Showing posts with label Pengemis Bersedeqah. Show all posts
Showing posts with label Pengemis Bersedeqah. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Unit Desa, Unit Jannah




Tajuk entry ini mungkin merupakan sesuatu yang amat familiar kepada para siswa USM.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh~

Unit Desa.

Satu klausa yang ringkas tapi amat berkuasa. Ia membuatkan hampir 85% pelajar tak senang duduk tanpa mempedulikannya. Begitu digeruni pelajar freshie dan begitu dibosani oleh para murobbi~hehe.

Berbicara mengenai unit desa. Bagi mereka yang tidak menuntut di USM, suka untuk ana menjelaskan serba sedikit berkenaan unit desa ni. Ia umpama kutipan mata yang diperolehi setiap kali seorang siswa yang menetap di desasiswa(baca:asrama) menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan atau diiktraf oleh pihak Majlis Perwakilan Desasiswa di USM. Mengikut sumber yang ramai percaya, dengan menggunakan kiraan Unit Desa inilah sesuatu keputusan samada seseorang siswa kekal mendapat tawaran desasiswa dibuat atau diputuskan.



Dan kerana itu, ramai siswa yang berebut-rebut mengumpul unit desa kerana tersibghah dengan fakta tersebut.

Ana memuji sistem ini. Hebat. Kerana boleh dianalogikan.

Baiklah seperti yang mungkin dapat digambarkan oleh ramai pembaca di luar kaca tingkap, Unit Desa hanya diperolehi setelah penyertaan terhadap satu-satu aktiviti yang dianjurkan. Matlamatnya tunggal iaitu untuk menempatkan diri di desasiswa untuk sidang yang seterusnya. Bagi mereka yang menyertai sendiri Majlis Perwakilan Desasiswa, extra Unit Desa yang dikreditkan memungkinkan mereka memilih sendiri Bilik dan Rakan Sebilik yang mereka hajati.

Sesiapa yang kurang penyertaan mereka, akan kuranglah unit desa dan berkuranglah kemungkinan mendapatkan tempat di desasiswa untuk sidang akademik yang akan datang. Ini satu sifir yang mudah.

Ayuh kita berfikir ke arah sesuatu yang hampir sama realistiknya.

Bayangkan Unit Desa itu merupakan Unit Jannah. Konsepnya serupa, maknanya lebih giga.

Unit Jannah.

Unit Jannah dikumpulkan khas untuk menempatkan diri di Jannah(baca:syurga Allah). Unit Jannah ini boleh diperolehi melalui aktiviti-aktiviti dunia yang digariskan oleh Majlis Amal Makruf Nahi Mungkar yang dikelolakan oleh malaikat Raqib dan Atid.

Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Unit Jannah ini sangat luas skopnya, ia termasuklah, ibadah, ibadah dan ibadah. Yakni berbuat selaku hamba. Abid.

Solat kerana Allah, Puasa kerana Allah, Belajar kerana Allah, Berjalan kerana Allah, Cinta kerana Allah, Benci kerana Allah, Berkawan kerana Allah, Berkata-kata kerana Allah, Bangun tidur kerana Allah hatta Menyikat Rambut kerana Allah juga boleh memungkinkan kita selaku siswa Universiti Terbuka Dunia memperolehi Unit Jannah ini.

Sifirnya juga mudah. Lakukan ibadah kerana Allah. Dapatkan Unit Jannah. Dan kemungkinan untuk ditempatkan di Jannah-jannah pilihan adalah tinggi. Bagi mereka yang merupakan Ahli Ibadah yang Berilmu lagi Beramal, ekstra Unit Jannah yang dikreditkan memungkinkan anda untuk memilih sendiri Jannah yang anda hajati bahkan boleh bersama dengan orang yang anda cintai! Hebat bukan??

Begitu juga jika semakin kurang aktiviti, maka semakin kuranglah Unit Jannah dan semakin tipislah peluang kita untuk menempatkan diri di syurga Allah.

Mudah bukan? Ana mencintai sistem yang diimplementasi ini kerana ia mirip kepada sistem pahaladosa dalam Islam. Ana yang memiripkannya.

(^________________________^)

Kembali kepada Unit Desa tadi. Sekiranya siswa gagal menempatkan diri di mana-mana desasiswa di USM, maka terpaksalah menyewa di rumah-rumah sewa di sekitar kampus. Dan mendaftar sebagai warga PETAS(Pelajar Tanpa Asrama). Sekurang-kurangnya ada alternatif lain, bukan?

Tapi, jika dari segi Unit Jannah, kegagalan menempatkan diri di salah satu Jannah Allah hanya memungkinkan kita untuk ke satu tempat sahaja dan tiada secubitpun kesejahteraan yang menanti kita di sana. Sebuah tempat yang dibenci ramai orang tapi ramai juga yang berusaha menempahnya.

Tahulah bahawa tiada tempat kembali melainkan dua ini. Jadi ayuh kita gencarkan penyertaan ke dalam aktiviti-aktiviti yang memungkinkan kita memperolehi Unit Jannah sebanyak-banyaknya. Ayuh, jadi mahasiswa aktif dan gapailah setiap peluang yang ada. Ini merupakan kuasa mahasiswa~Bijak kita bijak pada tempatnya.



Pengemis Di Jalan Ilah Melaporkan Untuk Buletin Semasa TV Al-Hijrah, Assalamualaikum.

Tol: Ana secara peribadi setakat diingat tak pernah lagi join segala Aerobik ataupun gotong royong hatta Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh MPDR untuk mendapatkan Unit Desa. Masa dan keadaan tidak memungkinkannya. Moga Allah meredhakan penyertaan ana di tahun akhir ni, mana tahu di sana dapat bertemu dengan orang-orang yang lebih berminat terhadap Unit Jannah? Siapa tahu? Peluang dakwah tu ada di mana-mana bukan? Dan ana masih lagi merupakan Siswa di Desasiswa walaupun tanpa Unit Desa. Jeng3~

Sunday, August 14, 2011

Nyamuk Dan Lampu



+Yong, dalam bus tu kalau tak ramai orang, duduk kat depan, jangan duduk belakang-belakang sangat.
- Hm, tempat duduk penuh bu~Alhamdulillah ramai, rasanya semua student. Nak balik UTP kot depa ni.
+ Tapah tu nanti dia berhenti arah Utara ke Selatan?
-Hm, entahlah nanti bila bus berhenti ke, kakyong tanyakan.
+Nanti dah nak dekat sampai jangan tertidur yong.
-InsyaAllah..(^__^)

Hm, perjalanan pulang ke desa yang dirindui. Tamat sudah LI (baca:Latihan Industri) ku di Terengganu. Selama dua bulan menangguk ilmu di sana, sampai sudah masanya untuk seraut sireh pulang ke gagangnya. Dan, sireh itu, akulah.

SP Bumi. Bus yang aku naiki ini, jalannya jauh..Akan merentasi, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, dan destinasi akhirnya Ipoh, Perak. Perjalananku hanya akan tamat bukan di hujung destinasi, kerana aku dijadualkan turun di Tapah.

Setelah beberapa situasi yang agak mendebarkan. Nah, aku kini di sini. Di depan Restoran KFC yang belum memulakan waktu niaga di tengah pekan mati, Tapah, yang amat asing bagiku. Aku tak kenal pekan ni, Teluk Intan pun belum taaruf habis. Maklumlah anak rantau jarang pulang.

Kereta ibu sampai dan aku lega.

Sesudah meregangkan badan usai turun dari kereta dan melilau-lilau melihat jika ada sebarang perubahan kepada rumah yang agak lama aku tinggalkan. Tibalah masa paling best iaitu untuk membentangkan 'Kertas Kerja' serta 'Hasil Dapatan Kajian' sepanjang pengalamanku di Terengganu. Usai menghadiri sesi 'mesyuarat' yang indah itu, mata terasa melekit ibarat digam-gam, justeru aku masuk untuk beradu.

Ceritanya bermula malam itu.

Aku masuk tidur dengan sedikit alpa. Terus sahaja aku melabuhkan ladungan tubuhku ke atas katil. Lampu telah dimatikan dan Siti telah lama nyenyak dahulu. Aku pun hampir belayar sehinggalah....nyiaaaamuk~~~nyiaaamuk~~~desup-desup berdesing-desing telingaku mendengarkan degungan nyamuk itu. Namun akibat terlalu malas maka aku gagahkan untuk terus melelapkan mata. Sehinggalah jam 2:45pagi.

Aku menyirap. Seingatku aku tidak terlelap langsung dari jam 11 tadi. Aku bingkas bangun dari katil dan memetik suis lampu. Aku lilaukan mata ke sekeliling kamar beradu tapiu aneh tidak kelihatan seekor nyamukpun yang berlegar-legar.

Aku lalu mengambil senjata ampuh yang digunakan untuk menyah nyamuk=Baygon.
Wangi sekejap bilikku. Dan aku sambung tidurku tanpa bangun qiam malam itu. Kerana tidak sedar.

Peristiwa semalam berulang lagi hari ini. Aku dengan pantas menyembur Baygon ke serata kawasan. Dan senyap.

Esoknya, aku persiapkan semburan Baygon sebelum masuk tidur. Aku malas untuk bangun berkali-kali hanya sekadar ingin mem'Baygon'.

Tapi, nampaknya dalam masa 3 hari nyamuk-nyamuk ini telah mencipta sistem imunisasi sendiri.

Aku bingkas bangun lagi dan memetik suis lampu. Hilang. Tiada seekor nyamukpun yang berkeliaran. Aku penasaran lalu aku matikan suis, belum sempat melabuhkan tubuh kembali, berdesup dengungan nyamuk di pinggir telingaku. Aku bukakan kembali suis lampu. Dan Hilang.

Nyamuk dan Lampu.

Itulah yang mendorongku menulis dinihari ini. Aku membuat satu eksperimen terhadap nyamuk ini. Selalunya nyamuk akan hadir dan menggila di tempat-tempat yang gelap dan terlindung dan akan pasif dalam keadaan terang bercahaya.

Sepertinya nyamuk ini merupakan entiti kegelapan pula. Haha.

Ukhti, bila keadaan menjadi gelap gelita, mudah-mudah sahaja badan kita menjadi mangsa bahaman sang nyamuk. Robek-robek liang kulit dibuat oleh sang nyamuk yang tidak berperikenyamukan ini.

Tapi, dalam keadaan terang, kemungkinan untuk digigit itu berkurang. Nyamuk-nyamuk ini kelihatannya mempunyai sivik yang tinggi ketika di bawah lampu.

Tidakkah kau memerhatikan?

Sebenarnya ukhti, tiada satu perkarapun yang terjadi dengan sia-sia. Hatta kisah nyamuk dan lampu pun merupakan salah satu wasilah Allah memperkenalkan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya. Melalui peringatan.

Nyamuk hanya akan menggila dalam keadaan gelap tak bercahaya. Dalam keadaan ini tubuh kita berpotensi diganggu oleh nyamuk-nyamuk gila tersebut. Tetapi, cahaya yang hadir dapat menangkis atau sekurang-kurangnya melemahkan serangan nyamuk-nyamuk ini.

Begitu juga dengan diri kita.

Dalam keadaan hati yang dilumuri kegelapan, kegersangan spiritual, hati mudah sahaja digigit dan diganggu oleh gangguan jiwa. Dan satu-satunya perkara yang boleh melemahkan gangguan jiwa (baca:nyamuk) ini adalah dengan cahaya. Itulah yang Allah campakkan ke dalam hati-hati hambaNya yang terpilih.

Indah bukan? Iktibar dari seekor nyamuk.

Begitulah, hati kita akan lemah seperti lemahnya badan kita bila berhadapan dengan kegelapan. Kegelapan merupakan peruntun semangat jiwa dan juga jasad. kegelapan menjadikan kita berada di luar norma kebiasaan hinggakan kita mampu menyakiti diri kita dan diri orang lain. Bagaimana?

Ya, kita menyakiti diri kita dengan meng'hadiahkan' kunci neraka dengan beramal dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang.

Jadi macam mana?

Carilah cahaya...seru takkan sampai jika kita statik di tempat kita berdiri ukhti. Jangan harapkan takdir mencarimu tapi carilah takdir. Cahaya itu Allah sisipkan pada rentak dan lipatan kehidupanmu, cari, atau suka ana memaksa, kejarlah cahaya itu.

Kenapa?

Kerana ana risau semakin lambat 'suis'cahaya itu ditekan, maka bertambah lukalah hati..Parahlah jiwa...Sakitnya ukhti..



Kejarlah cahaya...hanya cahaya yang mampu melemahkan gangguan jiwamu..

Dan cahaya itu adalah, Hidayah Allah.

Friday, August 20, 2010

Kita ini Biduanda Tanah Melayu sahaja.

In The Name of Allah the Most Gracious The Most Merciful.

Telah sampai akan sesuatu ilmu ke benakku, yang mana bertambahnya ia,maka bertambah saksamaku dalam hidup, sungguh tidak ku cari cemerlang hanya di bilik-bilik kuliah, bahkan bukan juga daripada agenda di sebalik tabir. Kerana yang tersirat malah lebih dari itu...Percikan darah bonda melahirkan, juga keringat ayahanda yg turut membesarkan bukan buat dibazir hanya begitu..justeru, NABILAH maralah...!!

MasyaAllah...subhanallah segala puji-pujian hanya baginya ya Allah.. menciptakan waktu yang cukup, untuk ruang bernafas, entah mengapa tak tercapai akal fikiran kita ini mencari jawapan setelah memikirkan tentang sesuatu, dalam sedar kita ini juga mencongak-congak, manusia itu tidak dijadikan uni functional, bahkan multifunctional! dan kerana itu kita ini bisa bernafas sedang jemari leka menari di dataran kekunci paparan riba...

Seberapa banyak pun tugasan yang berlari di latar perancangan harian kita ini, tetap juga kita ini masih ampuh untuk bernafas dengan keadaan relung udara yang luas tidak tersepit.. Pelik ya? kita ini terkekang akan waktu dan segala, tapi mengapa sepertinya sentiasa ada waktu untuk menyelesaikan urusan-urusan kita ini?

Kita ini bukan peribadi tohor yang luhur. Bukan juga entiti yang bergerak jasadiah di labuhan kebenaran semata..Bahkan jahilnya kita ini lebih pekat berlatar dalam darah berbanding baik sangka. Entah di mana silapnya percaturan hingga kita ini sering rebah terbetang arah bila dihujam mehnah. Alhamdulillah, masih waras melaga fikiran bahawa yang baik itu datangnya dari Allah, begitu juga ujian musibahNya. Kita ini biasa-biasa sahaja..


Ibarat melukut di tepi gantang, masuk tak lebih, keluar tak kurang, kita ini begitulah..pada kehidupan, pada pengharapan. Justeru kita ini bukanlah pemegang labuhan jiwa, ambillah titipan tuan hamba dan minggirlah. Maafkan kekasaran buah bicara, tapi yang telusnya kita, itulah.. Kerana kita ini hamba biasa, biduanda tanah Melayu yang kian tohor budi bicaranya. maafkan khilaf kita ini..

Kita ini mengharapkan kedewasaan di celah keriangan, kerana kita ini telah jerih menahan ombak kalbu yang sering berputar di relung jiwa. Kerana wibawa kita ini, bukan hanya sebesar zarrah, bahkan mungkin lebih lagi. Astaghfirullah....Allah, maafkan kita, hambaMu ini.

Pengakhirannya, kita ini mohon dikaji, meski ibarat hanya melukut kita ini minta dikasihani. Minta sedikit...dimengerti. Kerana kurangnya perhatian, kita ini seringkali senyum sendiri, hanya sendiri. Mahukah tuan hamba menjadi teman sesenyuman kita? Mungkin tidak kerana telah tercipta untukmu urusanmu, dan tercipta buat kita ini urusan kita, juga tercipta kita ini, hanya untuk DIA sang Kekasih Abadi. Dan Allah lebih ilmu.

Salam sayang berseri senyuman buat kita kepada kalian.

Salam sejahtera buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w nabi kita ini, salam takzim buat penghuni langit dan bumi,
Assalamualaikum.

Friday, July 16, 2010

Selam-selam ke laut dalam, Yang ketemu itu, itulah..

Bismillahirrahmanirrahim....

Tiba-tiba ana teringat, kisah ketika Rasullullah baru pulang(atau dihalau) dari Tsaqif yang mana baginda singgah lalu berehat di kebun miliknya Utbah dan Syaibah bin Rabi'ah. Rasulullah yang kepenatan itu hanya duduk berehat kepenatan, sebenarnya tujuan baginda ke Tsaqif adalah untuk mengajak penduduk di sana memeluk Islam, namun sebaliknya baginda pula dihalau.
Terdetiklah di kedua hati si pemilik kebun itu untuk menjamu tetamu yang tidak mereka kenali itu, lalu mereka mengarahkan suruhan mereka yang bernama Adas, untuk membawakan segugus anggur kepada nabi, ketika baginda disuguh gugusan anggur itu, baginda lantas mengucap satu kalimah agung..itu...itulah....Bismillahirrahmanirrahim...
Selanjutnya kisah itu, Adas lalu lebih bertanya kepada baginda hingga di pengakhiran cerita yang mana Baginda mengaitkan diri baginda dengan Yunus bin Mata, Adas lalu mengucup dahi baginda.. Wallahualam...

Sungguh kalimah yang satu ini sebenarnya amat besar impaknya buat hati-hati yang mendengar jika insan yang mengucapkan nya itu benar2 ikhlas dalam ucapan...

mungkin ana belum sampai ke tahap itu? ikhlaskah ana? ikhlas ke?
Entah sungguh ana juga kurang ilmu tentang itu. Setahu ana, ikhlas itu hanya Allah yang tahu, kerana dengan itulah Dia menganugerahkan imbalan atas perbuatan hambaNya..

Ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu hitam di waktu malam yang pekat zulmat...

Dari tingkap bilik ni, ana dapat lihat Plaza Ivory yang tersergam indah dengan kemilau cahayanya...selalu kalau bangun tahajud, senang je bibir nak mengucapkan Subhanallah... tapi kalau saat2 masih sedar dan segar ni, biasa je....
Kerana apa? Kerana nuraninya manusia memang mengakui keindahan dan keagungan ciptaan Allah, malah amat meyakini akan kekuasaanNya terhadap setiap hambaNya.. Cuma dalam sedar ego itu diletakkan sebagai kulit muka depan hati yang menyelimuti nurani supaya kekal dalam-dalam....hinngga kadang2 terlalu dalam samapai tak terjumpa lagi dah...masyaAllah...

Bila2 sekalipun kewajaran tetap ada untuk kalimah Allah itu diagungkan.. Bila2 sekalipun. Ana diselubungi sedikit kemalasan untuk berperi lebar kerana mata yang semakin melayut sedang baju masih tak bergosok. Besok ada jaulah...

Yes...shopping. nak beli ape? Hm..takde ape....barang sikit2 je..

Ok2..kembali kepada butir bicara..nurani manusia mengakui kebesaran Allah, tetapi egonya mengalahkah pengakuan itu. Bahkan sewajarnya tiada lagi yang lebih atas berbanding Allah swt, justeru letakkanlah Dia ditempat yang sewajarnya.. Teratas sekali..

Sungguh ana sangat mengantuk.. justeru mohon diri untuk beradu?

MasyaAllah..

Asifah jiddan wa jazakumullahhu khairan kathiran..

Assalamualaikum.

Thursday, June 17, 2010

Penyakitku semakin parah

Dalam satu kisah ketika Urwah b. Zubair mengunjungi rumah sahabatnya al Walid b. Abd Malik yang mana di sebelah rumahnya ada kawasan binatang buas, lalu keluarlah Muhammad (anak Urwah yang mengekorinya tanpa pengetahuannya) dari rumah al Walid ini. Lalu dia digigit binatang buas. Muhammad lalu menjerit lalu Urwah keluar unntuk membantu. Dalam kejadian ini, Muhammad terbunuh manakala Urwah cedera di kakinya, cederanya amat parah, lalu membusuk dan terpaksa dipotong. Katanya: Ya Allah dulu aku mempunyai 4 kerat anggota, Engkau ambil satu bakinya lagi 3. Dulu aku punya 4 orang anak, Engkau ambil satu bakinya lagi 3. Ya Allah walaupun Engkau ambil tapi Kau tinggalkan bakinya....."

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, masih ada udara buat dihirup, juga masih ada cahaya yg dapatdipantulkan oleh iris mata. Alhamdulillah. Suka ana berkongsi kisah ini...Walau dengan sesiapa pun...buat diambil ibrahnya?

Kisah ini,ana baca dari buku 2002 Kisah Duka-PHS1USM. Yang mana ana tak tahu sahihnya dimana.. Hakikatnya ana tertarik dgn kata-kata berbau redho Urwah b Zubair. Sungguh ioa menarik ana untuk berfikir lalu menekur lantai kerana lemahnya tawakal..

Ukhti Akhi fillah...hakikat kehidupan yang kita ini masing-masing punya wibawa(atau ego bahasa modennya), yang mana bila ditegur tak berlapik, katanya kita orang paleolitik( tak bertamadun), bila disembur dengan kebenaran, katanya kita ini menukah arus(yang hakikatnya songsang), lalu tertimbuslah kebenaran...Namun, ia lalu menyebabkan kita menebak satu kemungkinan dalam hidup, apakah mungkin hidup ini bakal disinari kembali dgn pencahayaan agung itu? MasyaAllah...sesungguhnya aku rindu...

Khulafa' kedua.
Ya...apakah ini? Khulafah kedua-adakah khulafah selepas kekhulafahan ArRasyidiin?
Naa...bukan itu yang ana maksudkan... Ana ingin bicara mengenai kekhulafahan yang bakal menyambung kembali kegemilangan khalifah dahulu kala yang 'dulu' runtuh disebabkan durjana ummah Mustafa Kamal Attartuk. Ingin ana ingatkan di sini, di hati2 sebilangan sahabat dan ana sendiri, khilafah tak akan padam.

Justeru, ana ingin untuk menyokong usul yang dikeutarakan oleh sebilangan sahabat dan sohibati di luar sana...if and only if khilafah yang diusulkan itu benar2 ISLAM.

Bila bicara ini harus disambung, ana terpaksa mengumpulkan deruan nafas di lohong peparu.... sungguh ia berat..maka dengarkanlah..

Ana senang bila mendapati ummat ini...semakin gencar geraknya..Malah lebih senang bila semakin ramai yang maju langkahnya, lebih senang lagi bila Islam itu disebut, tetapi lebih senang rasanya jika Islam itu benar-benar hidup. Dan jika kita BERSATU.

Menjadi harapan...untukku menyaksikan....
ummat yang bertuah ini..kembali bersatu hati..
buangkan yang keruh...ambillah..yang jernih..
itulah yang lebih berharga...selain dari perpaduan..

Lupakanlah segala persengketaan...
kukuhkan kembali...tali persaudaraan..
kerna orang yang beriman..
itu bersaudara..
saling bertolong bantu..berkasih mesra..
agar generasi kita..dimasa hadapan..
bangga dengan apa yang kita wariskan...

Bersatu kita teguh..
bercerai kita roboh..
yang berat sama dipikul..
yang ringan dijinjing sama..
sepakat membawa berkat..
asas hidup bermasyarakat..
amalkan hidup yang sihat..
selamat dunia akhirat..

Ye...amalkan hidup yang sihat... Mengapa perlu kita ini bergunjingan(49:12)? Astagar..


Dalam diri kita ini..ada sahaja fitrah yang kadang amat diyakini, kadang tidak disedari. Fitrah ketuhanan. Sejak ana tingkatan lima, baru ana ketahui yang manusia itu punya fitrah ini. Walau pada hakikatnya, sejak usia ana masih di angka 'sa' ana telah mengenal atau lebih tepat mendengar kalimah ketauhidan itu...Namun, di sebalik mewah dunia ciptaannya, kita malah lebih lupa, siapa pendasarnya? Penciptanya.

Kita ini..telah jauh khilafnya...jauh amat...lalu? Haruskah kita mengundur? Naa...bukan itu caranya..

Maralah tetapi bersama taubat..Dan lakukanlah perbuatan-perbuatan yang baik.
".......Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang yang selalu mengingati Allah..:(Hud,11:114)

Teruskan...dan jangan berputus asa dari rahmatNYA...bak firman indahNya..
"katakanlah,"wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa(lihat surah An-Nisa(4):48-kecuali dosa syirik) semuanya. Sungguh Dialah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(Az-Zumar,39:53)

Kesani khilafmu, taubat padaNya, jangan berputus asa, bersatulah lalu oraklah langkah mencipta Khulafa' kedua.

Penyakitku semakin parah-penyakitku yang suka deviate dari akar umbi bicara-biarlah.......

Salam dari kejauhan berseri senyuman..May Allah bless..

Assalamualaikum..

Kisah Urwah b. Zubair


Dalam satu kisah ketika Urwah mengunjungi rumah sahabatnya al Walid b. Abd Malik yang mana di sebelah rumahnya ada kawasan binatang buas, lalu keluarlah Muhammad (anak Urwah yang mengekorinya tanpa pengetahuannya) dari rumah al Walid ini. Lalu dia digigit binatang buas. Muhammad lalu menjerit lalu Urwah keluar unntuk membantu. Dalam kejadian ini, Muhammad terbunuh manakala Urwah cedera di kakinya, cederanya amat parah, lalu membusuk dan terpaksa dipotong. Katanya: Ya Allah dulu aku mempunyai 4 kerat anggota, Engkau ambil satu bakinya lagi 3. Dulu aku punya 4 orang anak, Engkau ambil satu bakinya lagi 3. Ya Allah walaupun Engkau ambil tapi Kau tinggalkan bakinya.....

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, masih ada udara buat dihirup, juga masih ada cahaya yg dapatdipantulkan oleh iris mata. Alhamdulillah. Suka ana berkongsi kisah ini...Walau dengan sesiapa pun...buat diambil ibrahnya?

Kisah ini,ana baca dari buku 2002 Kisah Duka-PHS1USM. Yang mana ana tak tahu sahihnya dimana.. Hakikatnya ana tertarik dgn kata-kata berbau redho Urwah b Zubair. Sungguh ioa menarik ana untuk berfikir lalu menekur lantai kerana lemahnya tawakal..

Ukhti Akhi fillah...hakikat kehidupan yang kita ini masing-masing punya wibawa(atau ego bahasa modennya), yang mana bila ditegur tak berlapik, katanya kita orang paleolitik( tak bertamadun), bila disembur dengan kebenaran, katanya kita ini menukah arus(yang hakikatnya songsang), lalu tertimbuslah kebenaran...Namun, ia lalu menyebabkan kita menebak satu kemungkinan dalam hidup, apakah mungkin hidup ini bakal disinari kembali dgn pencahayaan agung itu? MasyaAllah...sesungguhnya aku rindu...

Khulafa' kedua.
Ya...apakah ini? Khulafah kedua-adakah khulafah selepas kekhulafahan ArRasyidiin?
Naa...bukan itu yang ana maksudkan... Ana ingin bicara mengenai kekhulafahan yang bakal menyambung kembali kegemilangan khalifah dahulu kala yang 'dulu' runtuh disebabkan durjana ummah Mustafa Kamal Attartuk. Ingin ana ingatkan di sini, di hati2 sebilangan sahabat dan ana sendiri, khilafah tak akan padam.

Justeru, ana ingin untuk menyokong usul yang dikeutarakan oleh sebilangan sahabat dan sohibati di luar sana...if and only if khilafah yang diusulkan itu benar2 ISLAM.

Bila bicara ini harus disambung, ana terpaksa mengumpulkan deruan nafas di lohong peparu.... sungguh ia berat..maka dengarkanlah..

Ana senang bila mendapati ummat ini...semakin gencar geraknya..Malah lebih senang bila semakin ramai yang maju langkahnya, lebih senang lagi bila Islam itu disebut, tetapi lebih senang rasanya jika Islam itu benar-benar hidup.

Menjadi harapan...untukku menyaksikan....
ummat yang bertuah ini..kembali bersatu hati..
buangkan yang keruh...ambillah..yang jernih..

Dalam diri kita ini..ada sahaja fitrah yang kadang amat diyakini, kadang tidak disedari. Fitrah ketuhanan. Sejak ana tingkatan lima, baru ana ketahui yang manusia itu punya fitrah ini. Walau pada hakikatnya, sejak usia ana masih di angka 'sa' ana telah mengenal atau lebih tepat mendengar kalimah ketauhidan itu...Namun, di sebalik mewah dunia ciptaannya, kita malah lebih lupa, siapa pendasarnya? Penciptanya.

Kita ini..telah jauh khilafnya...jauh amat...lalu? Haruskah kita mengundur? Naa...bukan itu caranya..

Maralah tetapi bersama taubat..Dan lakukanlah perbuatan-perbuatan yang baik.
".......Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang yang selalu mengingati Allah..:(Hud,11:114)

Teruskan...dan jangan berputus asa dari rahmatNYA...bak firman indahNya..
"katakanlah,"wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa(lihat surah An-Nisa(4):48-kecuali dosa syirik) semuanya. Sungguh Dialah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(Az-Zumar,39:53)

Kesani khilafmu, taubat padaNya, jangan berputus asa, lalu oraklah langkah mencipta Khulafa' kedua.

Friday, June 4, 2010

Apakah Hebatnya?

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ini ana ingin berkongsi sesuatu dengan sang pembaca yang sudi untuk menjeling sekurang-kurangnya terhadap picisan tinta eletronik ini.

Kelip-kelip kusangka api,

Kalau api mana puntungnya,

Niat di hati ingin berkongsi,

Ada khilaf mohon maafnya.

Apakah kehebatannya?

Apakah hebatnya?

Hebatkah?

KETAATAN DAN KEPATUHAN KEPADA KEDUA IBUBAPA.

WUDUK YANG SEMPURNA

ZIKIR YANG TULUS IKHLAS KERANA ALLAH.

SOLAT YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK

PUASA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT

MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNA

HAJI DAN UMRAH YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT

SIFAT SILATURRAHIM DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMAT RASULULLAH

SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT

Sekarang ukhti akhi fillah, lihatlah…

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Justeru, bersinarlah retina mata ketika membaca artikel ini. Ana ingin kongsikan pada jiwa dan hati yang sudi dilurut, pada minda yang sudi mencerna beserta pancaindera yang sudi menerima dengan saksama.

Akhir kalam, terimalah isinya, abaikan penyampainya kerana hamba hanya hamba yang seperti antum punya salah segala. To err is human, to forgive divine. Jazakumullah hu kheir..

Salam sayang berseri senyuman.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Wednesday, May 5, 2010

Muazzin Idaman Hamba..

Bismillahirrahmanirrahim...
Sudah beberapa kali ana berharap agar akan kedengaran azan yang segar dengan semangat. Bila ye?
Hari ni, macam selalu, ana melekapkan kepala ke birai tingkap yang digril, untuk mendetect azan...tapi hampa.
Pintu bilik dibuka seluas-luasnya,mungkin lebih dengar macam ni..pun hampa..
Selang 8 minit ana menunggu, ana putus asa......Mesej Ain.
Ana:"Kenapa ana tak dengar azan?"
Ain:"Ada je tadi..."okay...dan ana pun bertakbir...

Hari yang lain...Perbualan ana bersama seorang classmate yang duduk di blok yang memang mengutarakan azan..
Ana:"Raida, saya dah tak dengar azan lah daripada bilik ni....."
Raida:"Jangan kata awak, memang takde azannya.."
Ana:"Ntah2, muazzin tu dah habis paper, balik?"Tapi sungguh, bukan niat nak berjenaka sebenarnya..

Ana perlukan azan. Itulah yang sebenarnya, tak kiralah dari laptop ke, handphone ke yang memang ana tak ada langgan, sekalipun, ana tak puas, ana tak tenang. Ana perlukan azan. Ana perlukan adanya insan yang melaungkan azan secara real..Bukan taped, bukan record..

Susah ke?

Bukan apa..Subhanallah...ana ini amat suka bila ada bahang atau hawa yang mengatakan Islam itu masih tertegak teguh dalam kalangan masyarakat ana ini. Supaya ana kuat untuk terus turut berdiri. Ana bukan dependent. tapi hati ana keras. jangan lentur ana dengan arahan sebab ana akan buat sekadar menurut perintah. Sebab ana egois!

MasyaAllah...
Tapi nasihatilah ana...kerana ana masih punya pendengaran dan hati, walaupun ia amat keras sekali. Dan bagi ana sebaik-baik arahan adalah syiar azan itu sendiri. Takbir,Tasyahud, ajaklah menunaikan solat, ajaklah memburu kejayaan...ana akan terlentur begitu... ana thiqah...ana taat.

Ana ingin alunan azan yang bisa menggetarkan hati. Bukan dengan alunannya yang berlentok berirama, bukan kerana muazzinnya orang yang warak lagi alim, bukan kerana bangun dan sekadar melakukan tugas sahaja..

Ana ingin si muazzin, benar-benar meniatkan dihatinya untuk melontarkan syiar menuju Allah itu sehabis baik, yang melontarkan seluruh jiwanya hanya untuk mengajak manusia ke arah Allah, yang ikhlas dalam bicara azannya lalu syahdu meliputi hati...Biarkan suaranya kurang merdu.. Tapi biarkan syabab dalam dirinya semangat melagukan syiar itu...

Allah..

Satu hari ana berdoa...Ya Allah benarkan aku mengagumi syiarMu ya Allah dengan cara yang sepatutnya...

dan di suatu Asar yang tidak begitu hangat...ana terdengar azan yang lama ana nantikan, Allah menakdirkan air menitis dari kilang air mata... Alhamdulillah...
Allah perkenankan doaku..
dan ia berlanjutan seterusnya..
lalu ana mengharapkan pintu langit terbuka dan mendoakan kesejahteraan ibu bapa, para guru, adik2, sahabat2, murobbi-ah2,dan yang sentiasa memperjuangkan kalimah tauhid..
Moga2 doa ini juga termakbul amin...

Bangunlah wahai deenul syabab...!!

Bangunlah...!!

Salam kasih berseri senyuman. Assalamualaikum.

Wednesday, November 4, 2009

4 Godaan Yang Menjauhkan Kita Daripada Tugas sebagai Khalifah

Assalamualaikum..
Selain daripada 10 tips tu.. ada satu lagi pengisian selepas solat tasbih dan fardhu Subuh pagi sabtu tu.. Simple je..

4 GODAAN YANG MENJAUHKAN KITA DARI TUGAS SEBAGAI KHALIFAH..

1)DUNIA..
"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia kecintaan........Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik."(3:14)

2)SYAHWAT

3)TIPU DAYA SYAITAN
"Lalu setan merperdayakan keduanya dari syurga sehingga keduanya dikeluarkan dari(segala kenikmatan) ketika keduanya di sana (syurga)....."(2:36)

Jadi sahabat, selamat merenung-renungkan dan selamat beramal!
Salam imtihan.
Salam sayang berseri senyuman..

Monday, October 12, 2009

Demi Matahari

Hari ni ana nak kongsikan penyejuk hati..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Demi matahari dan sinarnya d pagi hari,
demi bulan apabila mengiringinya,
demi siang apabila menampakkannya,
demi malam apabila menutupinya,
demi langit serta pembinaannya,
demi bumi serta penghamparannya,
demi jiwa serta penyempurnaannya,
maka Dia mengilhamkan kepadanya segala (jalan) kejahatan dan ketaqwaan,
sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu,
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya..
Benarlah penyataan Allah itu..
(Al-Syams,91:1-10)

Ada yang perlu dimuhasabah, muhasabah.
Yang perlu direncana, rencanalah.
Yang perlu dilakukan, lakukan segera..
Salam kasih berseri senyuman..
Assalamualaikum.