Monday, March 28, 2011
Allah the Best Companion Ever.
Sunday, March 6, 2011
Sumber Dari Along~~
Tengah hari yang sangat sejuk...
Bukan di oversea, just over the sea...Pulau Pinang..huhu~
Erm, lama aku tunggu di sini bersama sahabat-sahabat...destinasi untuk ke Program Tahsinul Ibadah masih jauh. Hujan pula semakin lebat. Pertama kali...melihat banjir kilat berlaku di depan mata. Air yang berwarna kuning keemas-emasan itu semakin tinggi hingga ke gigi jalan raya. Aku dan para sahabat tetap setia menanti di tebing yang agak tinggi daripada kawasan banjir...Dalam pada itu, Nabilah masih sempat membetulkan duduknya di tepi pokok bunga yang semakin layu. Ada kerusi simen yang panjang di situ.
"Relax jer walaupun hujan...ish...ish...ish..." getusku dalam hati.
Itulah Nabilah, memang sifatnya begitu...sentiasa relax dan ceria walaupun duduk di tengah hujan yang lebat=)
Tiba-tiba seseorang menepuk belakangku dengan lembut...
"Eh, Sakinah? Dari mana ni? Ana ingatkan anti tak datang, kan hujan lebat ni?"tanyaku bertalu-talu terhadap sahabat yang baru pulang dari Mesir itu kerana kegoncangan yang berlaku di sana.
"Ana datang dengan bot tu la kak...ni datang dengan Amira,"jawabnya jujur sambil tangan menunjuk ke arah sebuah bot kecil yang dinaikinya bersama rakan seperjuangannya itu. Ya, sejujur dirinya yang baru ku kenal beberapa minggu yang lalu.
"La, awatnya anti mai jugak? Sian kat antuma..."sambungku lagi.
Mereka hanya tersenyum. Tiada yang lebih indah selain melihat senyuman sahabat yang berukhuwah denganku hanya kerana Allah Ta'ala...SUBHANALLAH.
Hujan semakin lebat. Aku lihat banyak pokok-pokok di tepi jalan juga hanyut dibawa arus deras banjir yang kotor kerana membawa sampah sarap yang banyak. Sampan, basikal, atap nipah dan sebagainya juga turut dibawa pergi. Tiba-tiba mataku tertumpu kepada suatu 'objek' yang bergerak-gerak dibawa arus di depanku. Tak berkelip mataku melihat...
"Ya Allah, kucing! Teah, jom selamatkan kucing tu!!!"spontan ku arahkan Fatihah sebagai jurugambar yang dilantik secara rasmi untuk program ini mengejar seekor kucing yang masih hidup terapung-apung di permukaan air dan dibawa arus. Anehnya, kulihat kucing itu menggigit sehelai kertas yang tegak berdiri tanpa tenggelam di dalam air bah itu. Malah, kucing tersebut tidak dibawa terus oleh arus deras hingga ke hujungnya tetapi hanya berlegar-legar di sekitar pokok yang masih utuh di hadapan kami semua. Seakan ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh kucing tersebut kepadaku, aku segera berlari ke arahnya sambil cuba untuk menyelamatkannya, namun gagal kerana ia terlalu jauh dari tempat ku berdiri.
"Kena ambik gambo ni..."fikirku atas rasa keterujaanku itu terhadap fenomena tersebut. Aku terus mengeluarkan kamera digital yang sentiasa berada di dalam beg hitamku untuk merakamkan detik itu terutama kertas yang digigitnya...seakan ada tulisan al-quran di kertas itu, aku ingin segera membacanya. Namun, niatku terhalang kerana ada seekor anjing yang juga terapung-apung di depan kucing tersebut dan menghalang penglihatanku.
"Pelik betul la, nape lak tibe-tibe ade anjing ni?"rungut hatiku sendiri.
Kucing tersebut semakin mendekat denganku...Saat aku cuba mencapai kertas itu, tiba-tiba...???
"ASTAGHFIRULLAH!!!"jeritku...
"Eh, kenapa ni Along?"suara seseorang kedengaran jelas di telingaku.
Macam ku kenal je suara tu...??? dan tempat ini...???
"Ya Allah, aku mimpi rupanya..."bisikku perlahan setelah kulihat Ateh disampingku. Terpinga-pinga dia melihat gelagatku sambil tersenyum-senyum. Senyum perli. Rupa-rupanya ia hanya mimpi di dalam lenaku yang hanya sebentar cuma. Aku terus bercerita kepada Ateh tentang mimpiku yang aneh itu dan dia mendengar dengan setia.
Menggaru kepala yang tidak gatal, aku mengharap agar aku mendapat jawapan akan persoalan di dalam mimpiku itu. Apakah ayat quran yang tertulis pada kertas yang digigit kucing tersebut? Erm, Program Tahsinul Ibadah belum berlangsung ketika aku bermimpi tentangnya. Lagi 2 hari. Maka, mungkin di situlah jawapannya...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Program Tahsinul Ibadah baru sahaja berlalu. Aku seakan-akan terlupa bahawa ada jawapan yang perlu aku cari untuk sebuah persoalan yang aku juga tidak pasti. Sahabat-sahabat yang sempat aku kenali di dalam mimpi tersebut semuanya aku ketemu didalam program tersebut. Fatihah, Ateh, Sakinah dan Amira...serta beberapa orang sahabat yang lain tak dapat ku kenal pasti di dalam mimpiku itu. Namun, aku gagal bertemu dengan Nabilah kerana dia tidak hadir pada program yang sebenar, hanya hadir di dalam mimpi...hehe~
Aku bertanya kepada Ateh, apa agaknya jawapan untuk persoalan mimpiku itu?
"Surah Al-Fatihah kot Along...Tadi kan Ustazah tekankan tentang surah tersebut?"jawabnya spontan.
"Ye ke?"tanyaku acuh tak acuh.
"Mimpi yang kucing tu ke Along?"Angah mencelah.
"Eh, mana Angah tau?"aku bertanya semula.
"Angah dengar Along cite kat Ateh hari tu..."jawabnya pula.
"Oooo, time tido pun leh dengo Along sembang ek? hehehe..."aku ketawa meraikan...
Angah dan Ateh ketawa serentak...Gembira rasanya kerana hangat terasa ukhuwah itu.
Mungkin benar apa yang dikata oleh Ateh. Ustazah sangat menekankan bacaan Surah Al-Fatihah yang baik kerana ia dibaca dalam setiap rakaat dalam solat dan tidak sah solat tanpanya. Bacaan yang baik dengan sebutan makhraj dan tajwid yang betul serta memahami maknanya akan membuahkan kekhusyukan di dalam solat. Selain itu, Surah Al-Fatihah selalu dibaca dalam permulaan setiap perbuatan atau pekerjaan. Mungkin itulah mesej yang ingin Allah sampaikan kepadaku melalui kucing tersebut. Perbaikilah bacaan Al-Fatihah mu...Wallahua'lam.
*Namun, aku masih berharap agar mimpiku itu bersambung dalam siri tidur yang akan datang...haha~
Wednesday, December 15, 2010
Pulau Aman dan seribu pengharapan.
Sunday, December 5, 2010
Melodi Rindu
Friday, August 20, 2010
Kita ini Biduanda Tanah Melayu sahaja.
Telah sampai akan sesuatu ilmu ke benakku, yang mana bertambahnya ia,maka bertambah saksamaku dalam hidup, sungguh tidak ku cari cemerlang hanya di bilik-bilik kuliah, bahkan bukan juga daripada agenda di sebalik tabir. Kerana yang tersirat malah lebih dari itu...Percikan darah bonda melahirkan, juga keringat ayahanda yg turut membesarkan bukan buat dibazir hanya begitu..justeru, NABILAH maralah...!!
MasyaAllah...subhanallah segala puji-pujian hanya baginya ya Allah.. menciptakan waktu yang cukup, untuk ruang bernafas, entah mengapa tak tercapai akal fikiran kita ini mencari jawapan setelah memikirkan tentang sesuatu, dalam sedar kita ini juga mencongak-congak, manusia itu tidak dijadikan uni functional, bahkan multifunctional! dan kerana itu kita ini bisa bernafas sedang jemari leka menari di dataran kekunci paparan riba...
Seberapa banyak pun tugasan yang berlari di latar perancangan harian kita ini, tetap juga kita ini masih ampuh untuk bernafas dengan keadaan relung udara yang luas tidak tersepit.. Pelik ya? kita ini terkekang akan waktu dan segala, tapi mengapa sepertinya sentiasa ada waktu untuk menyelesaikan urusan-urusan kita ini?
Kita ini bukan peribadi tohor yang luhur. Bukan juga entiti yang bergerak jasadiah di labuhan kebenaran semata..Bahkan jahilnya kita ini lebih pekat berlatar dalam darah berbanding baik sangka. Entah di mana silapnya percaturan hingga kita ini sering rebah terbetang arah bila dihujam mehnah. Alhamdulillah, masih waras melaga fikiran bahawa yang baik itu datangnya dari Allah, begitu juga ujian musibahNya. Kita ini biasa-biasa sahaja..
Ibarat melukut di tepi gantang, masuk tak lebih, keluar tak kurang, kita ini begitulah..pada kehidupan, pada pengharapan. Justeru kita ini bukanlah pemegang labuhan jiwa, ambillah titipan tuan hamba dan minggirlah. Maafkan kekasaran buah bicara, tapi yang telusnya kita, itulah.. Kerana kita ini hamba biasa, biduanda tanah Melayu yang kian tohor budi bicaranya. maafkan khilaf kita ini..
Kita ini mengharapkan kedewasaan di celah keriangan, kerana kita ini telah jerih menahan ombak kalbu yang sering berputar di relung jiwa. Kerana wibawa kita ini, bukan hanya sebesar zarrah, bahkan mungkin lebih lagi. Astaghfirullah....Allah, maafkan kita, hambaMu ini.
Pengakhirannya, kita ini mohon dikaji, meski ibarat hanya melukut kita ini minta dikasihani. Minta sedikit...dimengerti. Kerana kurangnya perhatian, kita ini seringkali senyum sendiri, hanya sendiri. Mahukah tuan hamba menjadi teman sesenyuman kita? Mungkin tidak kerana telah tercipta untukmu urusanmu, dan tercipta buat kita ini urusan kita, juga tercipta kita ini, hanya untuk DIA sang Kekasih Abadi. Dan Allah lebih ilmu.
Salam sayang berseri senyuman buat kita kepada kalian.
Salam sejahtera buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w nabi kita ini, salam takzim buat penghuni langit dan bumi,
Assalamualaikum.
Friday, August 6, 2010
Friday, July 16, 2010
Selam-selam ke laut dalam, Yang ketemu itu, itulah..
Tiba-tiba ana teringat, kisah ketika Rasullullah baru pulang(atau dihalau) dari Tsaqif yang mana baginda singgah lalu berehat di kebun miliknya Utbah dan Syaibah bin Rabi'ah. Rasulullah yang kepenatan itu hanya duduk berehat kepenatan, sebenarnya tujuan baginda ke Tsaqif adalah untuk mengajak penduduk di sana memeluk Islam, namun sebaliknya baginda pula dihalau.
Terdetiklah di kedua hati si pemilik kebun itu untuk menjamu tetamu yang tidak mereka kenali itu, lalu mereka mengarahkan suruhan mereka yang bernama Adas, untuk membawakan segugus anggur kepada nabi, ketika baginda disuguh gugusan anggur itu, baginda lantas mengucap satu kalimah agung..itu...itulah....Bismillahirrahmanirrahim...
Selanjutnya kisah itu, Adas lalu lebih bertanya kepada baginda hingga di pengakhiran cerita yang mana Baginda mengaitkan diri baginda dengan Yunus bin Mata, Adas lalu mengucup dahi baginda.. Wallahualam...
Sungguh kalimah yang satu ini sebenarnya amat besar impaknya buat hati-hati yang mendengar jika insan yang mengucapkan nya itu benar2 ikhlas dalam ucapan...
mungkin ana belum sampai ke tahap itu? ikhlaskah ana? ikhlas ke?
Entah sungguh ana juga kurang ilmu tentang itu. Setahu ana, ikhlas itu hanya Allah yang tahu, kerana dengan itulah Dia menganugerahkan imbalan atas perbuatan hambaNya..
Ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu hitam di waktu malam yang pekat zulmat...
Dari tingkap bilik ni, ana dapat lihat Plaza Ivory yang tersergam indah dengan kemilau cahayanya...selalu kalau bangun tahajud, senang je bibir nak mengucapkan Subhanallah... tapi kalau saat2 masih sedar dan segar ni, biasa je....
Kerana apa? Kerana nuraninya manusia memang mengakui keindahan dan keagungan ciptaan Allah, malah amat meyakini akan kekuasaanNya terhadap setiap hambaNya.. Cuma dalam sedar ego itu diletakkan sebagai kulit muka depan hati yang menyelimuti nurani supaya kekal dalam-dalam....hinngga kadang2 terlalu dalam samapai tak terjumpa lagi dah...masyaAllah...
Bila2 sekalipun kewajaran tetap ada untuk kalimah Allah itu diagungkan.. Bila2 sekalipun. Ana diselubungi sedikit kemalasan untuk berperi lebar kerana mata yang semakin melayut sedang baju masih tak bergosok. Besok ada jaulah...
Yes...shopping. nak beli ape? Hm..takde ape....barang sikit2 je..
Ok2..kembali kepada butir bicara..nurani manusia mengakui kebesaran Allah, tetapi egonya mengalahkah pengakuan itu. Bahkan sewajarnya tiada lagi yang lebih atas berbanding Allah swt, justeru letakkanlah Dia ditempat yang sewajarnya.. Teratas sekali..
Sungguh ana sangat mengantuk.. justeru mohon diri untuk beradu?
MasyaAllah..
Asifah jiddan wa jazakumullahhu khairan kathiran..
Assalamualaikum.