Sunday, April 3, 2011

Ancaman buatku~~~

"Engkau harus keluar dari hidupku, meski hanya sementara waktu. Tolonglah minggir, jauh, pergilah ke mana pun tapi hadirlah bila aku kembali memanggilmu. Engkau merupakan ancaman yang amat besar buat diriku kali ini, kasihanilah aku, pergilah..pergilah...."

Nampaknya aku terpaksa menyahkan beberapa buah perkara buat sementara waktu, dikhuatiri keputusanku corot lagi semester ini, aku tidak dapat tahan ketawa mengejek yang datangnya entah dari ceruk mana diri ini, ketawa yang amat memperlekehkan aku, tak, tak sanggup. Aku tak mahu membunuh sendiri cinta pada keyakinan dan bantuan, atas alasan aku rebah oleh keadaan, naa...aku tak mahu.

Justeru aku mesti berbuat ini! Mesti.

Buku-buku kesayanganku, jelas aku sayang padamu, pergilah sementara waktu, hijrahlah ke laman barumu, kekallah di situ hingga masanya kamu bertamu kembali ke rak bukuku. biarkan aku bersama lembaran-lembaran ilmiah ini, walau hanya sebentar, kerana ia adalah amat perlu. Fahamlah.

Lavender, earphone kesayanganku yang menemani saat masaku tak mampu diisi dengan tilawah ataupun ralit dengan zikir, kita harus berenggang buat sementara waktu, aku tahu ini payah buatmu, aku malah lebih lagi, justeru ayuhlah kita sama2 mencuba, insyaAllah boleh.

Teman baruku FishBall, kita baru sahaja berkenalan bukan? Tapi asifah, aku perlu, menidakkan hadirmu walau di picis mejaku. Kekallah di situ.

Dan krayon-krayon kesayanganku serta teman kertas warna mereka, antunna juga terpaksa aku sisihkan buat sementara waktu kerana pendapatku aku tidak mampu beriadah bersama antunna lagi buat masa ini. Nanti kita jumpa lagi.

Dan kamu wahai senyumanku, kekallah. Kekallah. Kerana hanya dengan hadirmu dekatku dapat menutup pahitnya perpisahan dengan buah hatiku.

Exam, kau tidaklah kejam, cuma duniaku terlalu lemah buat dibawa masuk untuk mengharungi cabaranmu itu. Justeru sisihkanlah sedikit buatku, agar terbinanya keyakinan, lalu membawa syauqah yang berkenaan.

Usai.

Ini bukanlah entry yang mengada-ngada, buat mereka yang merasa perkara 'remeh' ini tidak wajar diambil kisah, ketahuilah tak selamanya anda benar, hidupku itu, maka fahamlah, sekiranya tidak mampu, kekallah di tempat kamu berada, dan biarkan aku dengan diriku.

Monday, March 28, 2011

Allah the Best Companion Ever.

Bila dah menghampiri akhir semester inilah mula datangnya rasa tak mau balik uni semester depan lagi dah. Sebab penatnya membahagi diri. Ha.....rasa nak shut down sebentar malangnya tiada masa, bila insan lain berehat aku perlu berjaga, bila mereka berjaga, juga aku perlu berjaga. Sungguh aku lelah. Bicara itu memang mudah lagi indah, tapi buat mereka yang merasa, pahitnya bukan lazat untuk ditelan. Berhentilah sebentar dari berbicara dan dengarilah aku. Kerana aku juga perlu untuk meluah bukan sekadar menelan. Allah. The best companion ever.

Sunday, March 6, 2011

Sumber Dari Along~~

Tengah hari yang sangat sejuk...

Bukan di oversea, just over the sea...Pulau Pinang..huhu~

Erm, lama aku tunggu di sini bersama sahabat-sahabat...destinasi untuk ke Program Tahsinul Ibadah masih jauh. Hujan pula semakin lebat. Pertama kali...melihat banjir kilat berlaku di depan mata. Air yang berwarna kuning keemas-emasan itu semakin tinggi hingga ke gigi jalan raya. Aku dan para sahabat tetap setia menanti di tebing yang agak tinggi daripada kawasan banjir...Dalam pada itu, Nabilah masih sempat membetulkan duduknya di tepi pokok bunga yang semakin layu. Ada kerusi simen yang panjang di situ.

"Relax jer walaupun hujan...ish...ish...ish..." getusku dalam hati.

Itulah Nabilah, memang sifatnya begitu...sentiasa relax dan ceria walaupun duduk di tengah hujan yang lebat=)

Tiba-tiba seseorang menepuk belakangku dengan lembut...

"Eh, Sakinah? Dari mana ni? Ana ingatkan anti tak datang, kan hujan lebat ni?"tanyaku bertalu-talu terhadap sahabat yang baru pulang dari Mesir itu kerana kegoncangan yang berlaku di sana.

"Ana datang dengan bot tu la kak...ni datang dengan Amira,"jawabnya jujur sambil tangan menunjuk ke arah sebuah bot kecil yang dinaikinya bersama rakan seperjuangannya itu. Ya, sejujur dirinya yang baru ku kenal beberapa minggu yang lalu.

"La, awatnya anti mai jugak? Sian kat antuma..."sambungku lagi.

Mereka hanya tersenyum. Tiada yang lebih indah selain melihat senyuman sahabat yang berukhuwah denganku hanya kerana Allah Ta'ala...SUBHANALLAH.

Hujan semakin lebat. Aku lihat banyak pokok-pokok di tepi jalan juga hanyut dibawa arus deras banjir yang kotor kerana membawa sampah sarap yang banyak. Sampan, basikal, atap nipah dan sebagainya juga turut dibawa pergi. Tiba-tiba mataku tertumpu kepada suatu 'objek' yang bergerak-gerak dibawa arus di depanku. Tak berkelip mataku melihat...

"Ya Allah, kucing! Teah, jom selamatkan kucing tu!!!"spontan ku arahkan Fatihah sebagai jurugambar yang dilantik secara rasmi untuk program ini mengejar seekor kucing yang masih hidup terapung-apung di permukaan air dan dibawa arus. Anehnya, kulihat kucing itu menggigit sehelai kertas yang tegak berdiri tanpa tenggelam di dalam air bah itu. Malah, kucing tersebut tidak dibawa terus oleh arus deras hingga ke hujungnya tetapi hanya berlegar-legar di sekitar pokok yang masih utuh di hadapan kami semua. Seakan ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh kucing tersebut kepadaku, aku segera berlari ke arahnya sambil cuba untuk menyelamatkannya, namun gagal kerana ia terlalu jauh dari tempat ku berdiri.

"Kena ambik gambo ni..."fikirku atas rasa keterujaanku itu terhadap fenomena tersebut. Aku terus mengeluarkan kamera digital yang sentiasa berada di dalam beg hitamku untuk merakamkan detik itu terutama kertas yang digigitnya...seakan ada tulisan al-quran di kertas itu, aku ingin segera membacanya. Namun, niatku terhalang kerana ada seekor anjing yang juga terapung-apung di depan kucing tersebut dan menghalang penglihatanku.

"Pelik betul la, nape lak tibe-tibe ade anjing ni?"rungut hatiku sendiri.

Kucing tersebut semakin mendekat denganku...Saat aku cuba mencapai kertas itu, tiba-tiba...???

"ASTAGHFIRULLAH!!!"jeritku...

"Eh, kenapa ni Along?"suara seseorang kedengaran jelas di telingaku.

Macam ku kenal je suara tu...??? dan tempat ini...???

"Ya Allah, aku mimpi rupanya..."bisikku perlahan setelah kulihat Ateh disampingku. Terpinga-pinga dia melihat gelagatku sambil tersenyum-senyum. Senyum perli. Rupa-rupanya ia hanya mimpi di dalam lenaku yang hanya sebentar cuma. Aku terus bercerita kepada Ateh tentang mimpiku yang aneh itu dan dia mendengar dengan setia.

Menggaru kepala yang tidak gatal, aku mengharap agar aku mendapat jawapan akan persoalan di dalam mimpiku itu. Apakah ayat quran yang tertulis pada kertas yang digigit kucing tersebut? Erm, Program Tahsinul Ibadah belum berlangsung ketika aku bermimpi tentangnya. Lagi 2 hari. Maka, mungkin di situlah jawapannya...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Program Tahsinul Ibadah baru sahaja berlalu. Aku seakan-akan terlupa bahawa ada jawapan yang perlu aku cari untuk sebuah persoalan yang aku juga tidak pasti. Sahabat-sahabat yang sempat aku kenali di dalam mimpi tersebut semuanya aku ketemu didalam program tersebut. Fatihah, Ateh, Sakinah dan Amira...serta beberapa orang sahabat yang lain tak dapat ku kenal pasti di dalam mimpiku itu. Namun, aku gagal bertemu dengan Nabilah kerana dia tidak hadir pada program yang sebenar, hanya hadir di dalam mimpi...hehe~

Aku bertanya kepada Ateh, apa agaknya jawapan untuk persoalan mimpiku itu?

"Surah Al-Fatihah kot Along...Tadi kan Ustazah tekankan tentang surah tersebut?"jawabnya spontan.

"Ye ke?"tanyaku acuh tak acuh.

"Mimpi yang kucing tu ke Along?"Angah mencelah.

"Eh, mana Angah tau?"aku bertanya semula.

"Angah dengar Along cite kat Ateh hari tu..."jawabnya pula.

"Oooo, time tido pun leh dengo Along sembang ek? hehehe..."aku ketawa meraikan...

Angah dan Ateh ketawa serentak...Gembira rasanya kerana hangat terasa ukhuwah itu.

Mungkin benar apa yang dikata oleh Ateh. Ustazah sangat menekankan bacaan Surah Al-Fatihah yang baik kerana ia dibaca dalam setiap rakaat dalam solat dan tidak sah solat tanpanya. Bacaan yang baik dengan sebutan makhraj dan tajwid yang betul serta memahami maknanya akan membuahkan kekhusyukan di dalam solat. Selain itu, Surah Al-Fatihah selalu dibaca dalam permulaan setiap perbuatan atau pekerjaan. Mungkin itulah mesej yang ingin Allah sampaikan kepadaku melalui kucing tersebut. Perbaikilah bacaan Al-Fatihah mu...Wallahua'lam.

*Namun, aku masih berharap agar mimpiku itu bersambung dalam siri tidur yang akan datang...haha~

Wednesday, December 15, 2010

Pulau Aman dan seribu pengharapan.

"Satu benda ana nak cakap, sebenarnya ukhti kena ingat, apa yang ukhti ikut, laksanakan, yang ukhti pegang, bukan ukhti terima saja-saja. Tapi,mungkin itulah doa ibubapa kita satu ketika dulu"

Mata yang hampir terpejam bersama belakang tengkuk yang semakin sengal tiba-tiba alert mendengarkan ucapan salah seorang sahabiah yang memberikan ucapan penutup dalam sesi evaluasi program. Sungguh, kata-katanya mudah, simple, tapi hamba terus interpret dan cernakan dalam benak ni.

Sungguh, apa yang kita lalui bukan suka-suka, lalu mengapa perlu adanya halangan? Sungguh ia sebenarnya datang dari diri kita sendiri, hakikatnya Allah dah jadikan jalan tu indah, harus dilalui dengan pemahaman yang indah juga.

Hamba teringat bila segala-galanya bermula, selepas tamat matrikulasi, kesilapan datang dari diri sendiri ke? entah, tapi bila program yang diadakan di Negeri Sembilan itu tamat lewat, dan kelewatan itu melewatkan keretapi,dan melepaskan bus untuk selamat sampai ke rumah, ia meragut kebebasan awal yang hamba terima dlm tarbiah, sekarang membantutkan dakwah.

Hamba punya tangan kaki tapi hamba lumpuh, punya mulut tapi hamba bisu, punya mata telinga tapi hamba buta pekak, ya Allah bersyukurku kerana Kamu telah menghadiahkan pancaindera yang mengasyikkan tapi kesalku kerana semuanya lumpuh di medan dakwah kearahMu.

Justeru, dalam meniti beberapa minit dalam hidup ni hamba mengambil satu fasal, bila saja sedar apa yang pudar, hamba akan segera warnakan kembali dengan krayon tarbiah, ana tahu bahawa air hujanan asid jahiliah itu selalu sahaja melunturkan semangat dan iman, justeru eloklah rasanya hamba berteduh di sini, di madrasah ini, membina kembali hati yang larut, agar kembali utuh, jiwa yang lemah, agar kembali hidup bugar.insyaAllah.

Menaiki bot kecil keluar dari pulau seribu kenangan, walaupun hanya sempat meneroka separuh dari pulau ini, namun hamba tahu, pada karangan di bawah air, obor-obor yang pura-pura mati, ikan-ikan halus yang menitip salam ke daratan, hamba tahu pulau ini turut mendoakan langkah-langkah kaki serikandi yang kembali pulang untuk melunaskan janji dan menanam harapan, moga mekar medan yang di huni dan dihujani. InsyaAllah.

Sunday, December 5, 2010

Melodi Rindu

Aku bukan seperti yang engkau sangkakan,
Pura-pura di dalam berjuang,
Aku tidak pandai, menyusun kata,
Tidakku pandai bermadah bicara.

Jika ada benci di hati,
katakanlah padaku,
Relaku terima apa kutukan,
Asalkan aqidah terjaga..

Tiba-tiba teringat keadaan cubicle A B1.3.3 dulu.. Dulu lepas beli handphone motorola kaler pink tu, Faezah bagi lagu ni..aint that sweet?

Seribu satu pengalaman dan cetusan rasa di matrikulasi melaka.

Friday, August 20, 2010

Kita ini Biduanda Tanah Melayu sahaja.

In The Name of Allah the Most Gracious The Most Merciful.

Telah sampai akan sesuatu ilmu ke benakku, yang mana bertambahnya ia,maka bertambah saksamaku dalam hidup, sungguh tidak ku cari cemerlang hanya di bilik-bilik kuliah, bahkan bukan juga daripada agenda di sebalik tabir. Kerana yang tersirat malah lebih dari itu...Percikan darah bonda melahirkan, juga keringat ayahanda yg turut membesarkan bukan buat dibazir hanya begitu..justeru, NABILAH maralah...!!

MasyaAllah...subhanallah segala puji-pujian hanya baginya ya Allah.. menciptakan waktu yang cukup, untuk ruang bernafas, entah mengapa tak tercapai akal fikiran kita ini mencari jawapan setelah memikirkan tentang sesuatu, dalam sedar kita ini juga mencongak-congak, manusia itu tidak dijadikan uni functional, bahkan multifunctional! dan kerana itu kita ini bisa bernafas sedang jemari leka menari di dataran kekunci paparan riba...

Seberapa banyak pun tugasan yang berlari di latar perancangan harian kita ini, tetap juga kita ini masih ampuh untuk bernafas dengan keadaan relung udara yang luas tidak tersepit.. Pelik ya? kita ini terkekang akan waktu dan segala, tapi mengapa sepertinya sentiasa ada waktu untuk menyelesaikan urusan-urusan kita ini?

Kita ini bukan peribadi tohor yang luhur. Bukan juga entiti yang bergerak jasadiah di labuhan kebenaran semata..Bahkan jahilnya kita ini lebih pekat berlatar dalam darah berbanding baik sangka. Entah di mana silapnya percaturan hingga kita ini sering rebah terbetang arah bila dihujam mehnah. Alhamdulillah, masih waras melaga fikiran bahawa yang baik itu datangnya dari Allah, begitu juga ujian musibahNya. Kita ini biasa-biasa sahaja..


Ibarat melukut di tepi gantang, masuk tak lebih, keluar tak kurang, kita ini begitulah..pada kehidupan, pada pengharapan. Justeru kita ini bukanlah pemegang labuhan jiwa, ambillah titipan tuan hamba dan minggirlah. Maafkan kekasaran buah bicara, tapi yang telusnya kita, itulah.. Kerana kita ini hamba biasa, biduanda tanah Melayu yang kian tohor budi bicaranya. maafkan khilaf kita ini..

Kita ini mengharapkan kedewasaan di celah keriangan, kerana kita ini telah jerih menahan ombak kalbu yang sering berputar di relung jiwa. Kerana wibawa kita ini, bukan hanya sebesar zarrah, bahkan mungkin lebih lagi. Astaghfirullah....Allah, maafkan kita, hambaMu ini.

Pengakhirannya, kita ini mohon dikaji, meski ibarat hanya melukut kita ini minta dikasihani. Minta sedikit...dimengerti. Kerana kurangnya perhatian, kita ini seringkali senyum sendiri, hanya sendiri. Mahukah tuan hamba menjadi teman sesenyuman kita? Mungkin tidak kerana telah tercipta untukmu urusanmu, dan tercipta buat kita ini urusan kita, juga tercipta kita ini, hanya untuk DIA sang Kekasih Abadi. Dan Allah lebih ilmu.

Salam sayang berseri senyuman buat kita kepada kalian.

Salam sejahtera buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w nabi kita ini, salam takzim buat penghuni langit dan bumi,
Assalamualaikum.