Friday, December 14, 2012

Kehilangan? Anda pasti?

In the name of Allah the most gracious the most merciful


InsyaAllah hari ni beta ingin menukilkan sesuatu. Ceah tinggi martabat, siap beta-beta you~

Ok serius.

Perkara ni dah berlatar lama sungguh2. Sejak hari sabtu, 15 November 2012, jam 7:48 minit pagi.

Ok itu kurang sehari menghampiri sebulan dari hari ini.

So, bolehlah bayangkan betapa benda tu dah nak berkerak dalam otak kan?

Tak tahulah valid lagi ke tak point yang bakal dikeluarkan ni kepada hati~

Nasiblah~


Ok.

Kehilangan.

Tanggal 15 November 2012.

jap lagi sambung

Pingu Cool

Semalam kan.........................................

Saya menipu.

Saya jadi sangat takut~sebab tertipu orang~

Sangat sedih sebab menipu.

Sangat marah sebab tak reti nak memanfaatkan berhelah.

Encik, saya minta maaf tapi saya tak berani. Saya nak beritahu saya tipu encik~saya minta maaf.

Saya student teknologi industri, dulu~~~~~~~~~~~~~~~saya minta maaf!!!!!

Encik sangat baik sedangkan saya dah menipu.

Jahat.

Kalau encik baca ni, encik maafkanlah saya~sebab saya tak berani nak cakap depan2~













Pingu Cool

Wednesday, November 21, 2012

MaTa BiSu

Dalam kalut langkahanku,
Aku menoleh melihat mata bisu,
Yang mengira derap dalam senyap,
Sambil doa dilontar penuh harap, kejap-kejap.

Aku mengerling sejenak,
Sebelum mata bisu berlari,
Entah apa yang telah memomoknya,
Hingga bacul menguliti lidah dan hati.

Si mata bisu telah berlalu,
Langkah tertoleh kini bersambung,
Tanpa sedar kesan mata bisu bertatu di hati.

Si mata bisu telah berlalu,
Alangkah lemah rasa diri,
Fikran hati tak tercapai ke akal.

Alangkah rawan rasa jiwa,
Bila tiada apa dapat diputus kata makna.

Si mata bisu telah berlalu,
Dan kuteruskan langkah minggirku.

Solanumdulcamara123.
1.00PM 24 Sept 2012


Aku seorang yang sangat cepat penat, dan mudah menjadi bingung. Kritikal, yes, macam pintar dan geliga, mungkin ya, tapi easily exhausted, definitely yes. Tahu tak sebab apa, sebab berfikir itu sangatlah penat. Terutamanya bagi seorang pacal yang nama beranaknya Siti Nur Nabilah. Dia kan, bila sampai dalam satu masa, persoalan diasak dari pelbagai segi, tu yang muncul rasa nak lari ke Pulau Aman tu.

Allah,
Entah mungkin sebab Nabilah itu seorang yang sangat pemalas, jadi sampai otak pun jadi 'berat tulang'.

Hm...

Selalunya bila aku malas fikir, aku buat apa tahu? Hoho, perosokkan diri kat tepi dinding, duduk diam-diam.
Tutup muka dengan kain dan cakap seorang-seorang.
You are okay, you are okay.

Haha, truly pathetic yes?

Sebab time tu takde emosi nak diluah, takde ayat nak disusun, nak bagi tahu, ada gergaji dalam hati.

So terpaksa buat camtu.

Ayat paling kuat pun, bertujuan nak suruh orang 'shuh,shuh, jauh, jauh, jangan kacau' , adalah dengan kata, ana pening kepala, bye.

Oklah. Pening.

Hilan fokus sebenarnya. Tak tahulah cari apa.

          Pingu Cool

Thursday, November 8, 2012

Daie Kecil

Sebelum melompat ke isi perbicaraan pokok, ada benda yang nak dinukilkan~rasa berharga.

Semalam sedih, hari ni pun sedih, hailah, kenapa macam ni eh? Masalah-masalah.

Ok,ok dalam kesedihan tu ada kemurnian keadaan. Rasa nak senyum pulak.

Semalam janji dengan anak-anak lewat tapi samapi bolehlah kata awal, nak dijadikan cerita tempat menunggu tu tak berapa kondusif nak dijadikan ruangan menunggu jadi cari escapisme pergi U-shoppe.

Dulu kalau tengah misery insyaAllah balik lab je singgah U-shoppe ni cari coklat, spokai-pokai poket ni pun digagahkan beli choki-choki kalau tak mampu beli vochell atau van houtten, muahaha, baru perasan dah lama tak makan coklat~

Tapi sejak bergraduasi ni mana pernah jejak lagi U-shoppe tu, nak kata cafe restu tu pun sekali tak sekala aku datang.

Dijadikan cerita seperti biasa, aku masuk kedai dengan bagi salam. Salesgirl dia tu tengah susun barang, bila nampak aku dia buat riak yang aku pun tak tahu nak describe.

Time tu muzik yang kat dalam U-shoppe tu musik poonpang-poompang~lagu heartbeat~kira dushum~dushum gegendang telinga dan hati mendengarnya.

Tapi disebabkan time tu tengah ralit nak mesej anak-anak suruh tukar venue lain, jadi macam tak ambil port sangat lah. Dalam kedai tu ketika itu hanya aku sorang je customer.

Tiba-tiba tanpa disangka-sangka, lagu heartbeat tu mati di tengah-tengah kerancakannya dan diganti pula dengan lagu nasyid (?). Nasyid?

Subhanallah~time tu memang rasa nak teleng kepala je tengok salesgirl tu~innalillah aku terlepas pandang rupanya.

Tapi time tu pura-pura tak perasan dan terus taip mesej sambil kepala ligat memikior macam mana nak communicate dengan dia ni~

Lepas memilih mentos (?), aku pun membayar lah, jelas yang salesgirl ni terbatuk-batuk, so dalam otak tengah susun ayat, antaranya:

"Batuk?" <"Haik, ais? Bukan batuk ke?" <"Dah lama batuk?" <
Tak sempat fikir banyak. Selepas mengucapkan akad jual beli, aku pun rasa nak give in dan blah, tapi hati tak nak mengalah, diarahkan juga untuk cakap:

"Semoga cepat sembuh!" Dan senyum.

Mudah.

Your heart decide whom it likes and whom it doesn't.
You doesn't need to tell it what to do,
It does it on its own.

See. Makanya itulah, rasanya terlepas pandang.

Sedih atas kelemahan diri~

Tak tergapai semua orang~

 Bila diingat2 balik, sebelum grad haritu, time mengisi taklim mingguan kat salah satu surau kat sana, ada je dia dengan kawannya tumpang solat tapi tak tumpang taklim.

Mungkin datang nak berehat je. Tapi lama.

So, kalau time tu aku yang mengisi, memang aku cakap kuat-kuatlah samapi semua orang yang wujud di surau tu, terkena coverage aku tu~


Tapi tak terfikirlah pulak, entah-entah sebenarnya dah lama dia tunggu kita hulur jemputan yang proper untuk ditarbiah.

Betapa lemahnya diri insan yang sering menganggap yang bukan-bukan. Cukuplah sekadar menyampaikan, usaha takpayah tengok hasil.

Yang mana ini adalah salah.

Kena usaha betul bersungguh-sungguh baru serahkan hasil pada Allah.

Konsep tu salah.

Hence, aku memeta satu jalan baru,insyaAllah diusahakn pengislahan terhadap diri sendiri dan juga diusahakan untuk menebar luaskan coverage dakwah yang tak seberapa ni insyaAllah.


Selingan:

Dia sedang ralit menekan-nekan kekunci telefon bimbitnya menaip sesuatu. Apabila tiba-tiba seorang lelaki masuk. Reaksi biasanya meminggir memberikan laluan kerana kedai itu sedikit sempit, tapi nampaknya lelaki itu senang kekal di situ. Dia lalu bersembunyi di rak lain, mencari jalan untuk ke bahagian belah sana. Bila dijengahkan mukanya sambil masih terus menaip, dirasakan lelaki itu menghampiri bahagian rak yang hampir dengannya.

Tindakan refleks menjadikan dia kembali menjauh sekali lagi, sehinggalah lelaki itu merengus tiba-tiba lalu keluar.

Dia yang kehairanan, hanya diam, namun terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba datang kembali dan berkata-kata padanya.

"Kenapa? Teruk sangat ke saya ni? Jijik sangat ke saya ni? Sampai kena jauh-jauh bagai? Pergi sini elak, pergi sana elak? jahat sangatke saya ni sampai orang-orang baik macam awak ni, pakai tudung labuh, baju kurung takut sangat kalau saya mendekat?" soal lelaki itu kepada Dia. Dia hanya mampu terkebil-kebil, terdiam.

Saat lelaki itu kembali menunduk dan bertujuan untuk beredar, Dia mula bersuara.
Lelaki itu menoleh kembali dan Dia sedang membelek-belek susunan coklat di rak dihadapannya tanpa memandang kepada lelaki itu lalu berkata:

"Bukan sebab awak jahat, saya mengelak..." jeda.
"...sebab saya bimbang je...tadi sebelum keluar rumah saya tersembur lebih minyak wangi. Bimbang kalau awak dekat, awak boleh terbau, jadi saya menjauh. Saya bimbang, Allah murka dengan bau tersebut, dan saya bimbang juga menjadi fitnah buat awak.."

Senyap.

"Bukan awak yang jahat kalau macam tu...saya yang jahat.."Ujarnya sebelum mengambil sebar coklat dan mengalih langkah menggunakan laluan lain sebelum ke kaunter membuat pembayaran.

Dan lelaki itu, diam terpaku.
Innalillahiwainnailaihiraajiun.

<<
(^__^)

Btw, wondering adakah patut aku mengejar Dia?
Dia ada ketika Asar je, zuhur bukan dia?
macam mana ni?

Pingu Cool

Thursday, October 18, 2012

Runtuhnya ego.

Kalau dulu keep denying.

How about now?

Masa redha?

Kartun sungguh.


Ekspedisi Cinta 'aku' sebelum menjadi 'ana'.

Layakkah digelar ekspedisi?

Ya, sudah, aku berjalan dalamnya.

Ada suatu ketika, di dalam bus yang baru sahaja bergerak keluar matrikulasi, KMM ketika itu.

Aku berada di tempat duduk paling belakang bus.

Aku menerima satu mesej yang sangat pelik.

Bukan kandungannya sahaja yang pelik.

Tetapi juga penghantarnya.

"Nab, kau dapat UiTM ye? Kau nak pergi jugak ke?" Mesej dari beliau.

Aku yang tidak berwasangka apa-apa ketika itu, dengan bersahaja membalas.

"InsyaAllah."

Senyap.

Perjalanan dari Melaka ke Pudu ketika itu sangat melelahkan. 

Tambah aku perlu mengambil LRT untuk ke Rawang.

Untung ada sahabat setiaku, Shaza di sisi.

Tapi tetap, LRT penuh terisi.

Kami berdiri, di tiang paling tengah, menjaga diri dan harta sendiri.

Sehingga dalam keadaan yang sangat tiba-tiba, telefonku berbunyi. Eh, mesej.

"Nab, I luv u.." Mesej beliau.

Aku memandang pintu LRT itu sambil berkira-kira untuk membaling alat komunikasi itu ke pintu kaca tersebut.

Marah membuak-buak kepada beliau, marah, benci, sedih, pelik dan entah.

Aku suakan handphone kepada Shaza, dan diam.

Selepas tiga hari aku mendiam.

"Aku sayang ko nab." Lagi sekali mesejnya sampai.

Aku membaca dua mesej tersebut dengan perasaan berbaur.

Indah? Entah, aku tak begitu faham.

Hakikatnya, aku pernah marah kerana persahabatan dulu kini diganti dengan cinta.

Rupa-rupanya, sekarang antara lelaki dan wanita tiada pernah lagi wujud persahabatan, masanya telah berubah. Aku harus faham.

Indah? Aku tersenyum memandang bulan di luar atap. Siang.

Entah kenapa? Pintu hati kubuka.

Kali pertama? Tak.

Sebelumnya 'Katak' telah mencuba masuk ke hati. Cewah. Hot stuff? Nope. Nope.

Sebabnya, aku tak nak faham, definisi 'persahabatan' lelaki wanita 'alam lagi satu' itu.

Tapi dengan beliau yang kedua ini, aku pun tak faham. Naluri remaja?

haha. Kartun.

3 hari kemudiannya, dilalui dengan harapan demi harapan, cinta? Itu kali pertama rasa lain dengan lelaki?

Haha. Kartun.

Cuma tiga hari, dan hari ketiga, Allah menampar hati, ketika solat zuhur, di sebelah almari di teratak sendiri.

Allah menampar hati, untuk tengok balik, what had happen to you now nab?

Tersedar.

Lalu memutus untuk berhenti. Tiba-tiba.

Dia? Terseksa. Ya.

Ekspedisi dua berhenti di sini. Let the rest be history.



Eh, bilanya yang ekspedisi satu?

Oh, ekspedisi 1 bersama 'Katak' itu.

'Katak' orang yang baik. Ditemukan Nazrul bekas teman sekolah lama. Entah apa halnya, beliau bertindak semacam. Sering SMS, yang lain? Entah, tak faham. Dia tidak bertindak serupa dengan Shaza. Lama, sehinggalah suatu ketika dia bertemu 'aku' yang 'ana'. Di hadapan koperasi. Dan dilihat tanpa berkelip.

Aku ketika itu, menegur selamba.

'Katak'!

Dan dia memandang dengan....tiada kata.

Selepas itu dia bertanya, mengapa berubah?

Aku tidak tahu dan tidak faham.

Sekarang rasanya cukup matang, untuk menafsir yang 'Katak' pernah berharap, cuma harapannya tercantas kerana mungkin merasa diri kurang sempurna. Sekarang baru faham.

Itulah ekspedisi pertama.

Lalu seterusnya apa?

Aku beriltizam dengan tarbiah.

Baru faham, bahawa, couple itu berdosa.

Berhukum haram.

Natijahnya jika dikumpul menghimpun kayu neraka.

Ketika itu baru faham.

Lebih takut bila memahami lebih dalam takrif 'couple' atau 'kasih sayang' melebihi ikhtilat.

Takut. Zina hati.


Takut.

Aku lalu beriltizam dengan tarbiah.

Diri terjaga, tetapi ye, tetap juga diuji.

Pengalaman yang seterusnya ini tidak mahu digelar ekspedisi.

Kerana ketika itu aku yakin pada diri, yang aku benci apa yang berlaku.

Encik itu memulakan mukadimahnya di walimah salah seorang saudaraku.

Yang kemudiannya atas dasar saudara, aku melayan seadanya.

Kerana iltizamku dengan tarbiah.

Lagakku keras.

Dia berusaha melunakkan.

Aku mencatas.

Dia tak jemu menukas.

Aku mendiam.

Dengan tanpa putus asa dia menegur.

Hingga akhirnya, aku tekad, sekalipun dia menganggap yang bukan-bukan.


Redha Allah lebih penting dari redha saudara.

Dia mempergunakannya. Aku lalu terus-terusan diam, dan mati dari dunia 'itu'.

Aku lalu ketika itu tenang. Dan tegang.

Faham bahawa naluri hati memang akan terbuai dengan keprihatinan makhluk itu.

Itu ujian. Dalam menajga diri sekalipun, tetap juga diuji.

Air mata jangan dikata. Jika dikumpul boleh membentuk wadi rasanya. Penyesalan. Kerana fitrah yang sangat sukar diempang.

Dan senyap.

Tapi, selepas setahun kemudian, aku kembali di sapa. Subhanallah.

'Dah kahwin ke?' Soal beliau.

"InsyaAllah nak dekat dah.."dengan yakinnya aku berkata. Dan senyap. Sungguh luput terus.

Aku telah menghancurkannya?

Biarlah.

Kerana saat itu, modus operandiku satu, wihdah.


Denial.

Cukup membantu.

Sehinggalah sekarang.

Hari-hari kebelakangan ini, aku sering berbualbicara dengan DIA, senyap, hati-ke hati. Di atas motor, hatta dihadapan lappy. Sambil berdiam hatta ketika sedang rancak bermuamalah dengan teman-teman. Bicara, senyap-senyap.

Meminta bantuan, meminta ketenangan.

Yang mana sekali lagi aku empang perasaan dengan denial, tapi rasa sangat sedih. Sangat sedih.

Tadi, kami bertemu. Dhuha.

Dia mendengarkanku. Sedang aku diam-diam berbisik.

Mohon Dia melorongkan ke arah terbaik.

Keputusannya?

Moga bukan didasari nafsu.

Belajarlah ikhlas, mencintaiNYA.

Belajar redha, memulakan ekspedisi cinta kembali. Kali ini kali pertama, moga2 diluruskan jalannya.

Memilih mati, berbanding memangkas redhaNya.

Mohon Allah luruskan jalan.        
                            

   

Pingu Cool

Wednesday, October 17, 2012

Bermata kaca.

Qurratun Qalbi,

Semalam ada mata yang berkaca.
kaca itu lalu berlari menuruni pipi,
pedih ya?

Lalu aku bertanya:
Terlukakah Qurratun Qalbi?

Dalam keadaan bersahaja,
Aku lemparkan penyapu kaca.

Qurratun Qalbi mengambilnya,
Tapi tetap, kekal jua ia menangis.

Aku tahu,
Qurratun Qalbi merasa berat,
Pengamanahan yang Qurratun Qalbi rasa becus ditangannya.

Hakikatnya,
Maaf Qurratun Qalbi nyata salah.

Kerana ia tidak berdiri sendiri apatah lagi sendirian.

Aku ini di sini, bersamamu Qurratun Qalbi,
Mengembleng tangan, kaki, otak, minda dan hati...

Qurratun Qalbi,
Mungkin berasa berat dek pertanggungjawaban.

Secara jelas,
Aku rasa sakit melihat,
Kaca yang menoreh pipi si Qurratun Qalbi itu.
Betapa lembut jiwa pemimpin yang memikirkan pimpinannya.

Semalam aku berfikir,
Qurratun Qalbi belum sendiri.

Kerana,
nyatanya, hari ini Allah memanggil kita bersama,
berdiri menemuiNya.

Qurratun Qalbi nyata tidak sendiri.

Pingu Cool

Friday, October 5, 2012

Jangan Robohkan Rumah Itu.

Dulu,

Danau di hujung desa itu,
Berteman sebuah rumah kecil,
Tinggi dari tanah,
Tak jauh dari kali.

Hawanya aman,
Bayunya segar,
Ada pepatung yang kejar0mengejar,
sedang kupu-kupu melayang bersahaja.

Air danau tidak berkocak,
Sabar waktu hanya mengacakan langit,
Biru. Indah.

Dan rumah kecil kekal di situ.

Suatu hari,
Air danau berkocak riak,
Pudar biru warna angkasa,
Pepatung tiada, sedang kekupu sembunyi,
Tanah berkeriping kering,
Menggegar pasak rumah kecil
Sekeping papan dindingnya jatuh.

Sang Maha Hidup menurunkan hujan.
Tanah kembali lembap,
Dan biru langit datang lagi bertamu.

Suatu hari,
Air danau berkocak keruh,
Ada pusar tidak tenang ditengahnya,
hingga rerumput di pinggir danau,
Tidak mewah lagi dengan lambaian mesranya.

Hawa terlalu panas,
Rumah kecil luarannya mengelupas,
Meledinglah papan,
Sekeping papan dindingnya jatuh. Lagi.

Esok,
Hawa yang sama menampar kuat pintu rumah kecil,
Papan dinding telah hilang dua,
Segala yang ingin masuk,
Masuk bersahaja.

Jangan, jangan masuki rumah ini!
Malang, tanpa dua papan,
Rumah tidak ampuh lagi.

Danau berkocak keruh sekali,
Pepatung dan kekupu mati,
Sayap-sayapnya dizalimi angin,
Yang kini berubah tabii.

Tiada lagi deru lembut,
Hatta yang mendamaikan.

Siapa yang mampu menyambut?
Siapa yang mampu membela?

Bila angin yang garang itu menampar tiang rumah kecil.
Dan penghujung kanannya rebah jatuh ke bawah.
Rumah kecil rebah.

Angin datang lagi,
menampar kaki yang satu lagi.

Tak terjangka, papan dapur meleding lalu jatuh,
Oh, rupanya mentari turut memakan rumah,
Mengelupas dan jatuhlah ke tanah.

Telah banyak papan dinding yang musnah.

Kaki kanan hadapan rumah bergoyang perlahan.
Oh, tidak, wahai angin berbelas kasihanlah.

Malangnya, angin itu penitahnya SATU,
menjadinya ia kerana titah yang Maha Satu.

Dan susuk hadapan kiri rumah kecil turut rebah!

Tidak! Mengapa tiba-tiba tiang yang belakang turut mendongkol jatuh?

JANGAN ROBOHKAN RUMAH ITU!!

Wahai alam yang tidak lagi bersifat alami,

JANGAN ROBOHKAN RUMAH ITU!!!

Ia berjiwa, harus berdiri.

TOLONG JANGAN ROBOHKAN RUMAH ITU!!!

Malangnya Pemilik Segala Kehendak telah berketetapan.
Rumah kecil itu harus roboh.
Pasaknya tidak pernah kukuh, tetapi tidak pula cuba dikukuhkan.

ROBOHLAH RUMAH.





Pingu Cool