Tuesday, April 2, 2013

Dua saat.

Aku, tak tahu apa yang terjadi pada diriku.

Sebenanya sejak pagi tadi aku meniatkan untuk menukilkan entri baharu, tapi baharu ini juga aku mampu.

Sebenarnya dalam usaha untuk meneutralkan rasa hati. Sekali lagi kembali.

Tapi digagalkan sekali lagi oleh taghut.

Pag tadi sempat aku bersama Quratun Qalbi ke pasar. Balik dari RST. Sarapan dan  mencari lauk. Sekarang dah ramai orang kat rumah.

Pulang dari pasar, Qurratun Qalbi membuka cerita, peihal dirinya dan sang murobbi.

Hatiku terpana sekejap. Lalu menelan nafas dalam.

Patutlah, permohonan pertolongan yang aku rayu sejak maghrib semalam berbalas sambil lewa.

Rupa-rupanya, dia memenangkan beberapa agenda penting lainnya.

Dan aku, kembali menelan nafas, dalam-dalam.


Sejujurnya aku tidak meminta menjadi aku.


Semalam, pundak bahu terasa memberat tiba-tiba usai kendiri. Azan maghrib yang sayup bergema menggoncang hati lebih lagi.

Dalam pada meminta bantuan Qurratun Qalbi untuk masuk ke medan bersama, hatiku bersuara nada sendu.

'Cerita apa lagi yang tinggal buat aku perikan pada hatiku?'

Air mata mengguncur perlahan tapi deras.

Telah selalu ia begitu.

Ana hanya ingin berkata-kata dengan manusia.

"Ana kan....ada satu masalah... Ukht, macam mana nak kuat... Ana xlarat nak positif. Ana ada bawa halaqah muhib, dua minggu lepas, sorang dah tak mahu datang h, alasan komitmen. Tengah pujuk yang it, harini ada sorang lagi tanak H, alasan yang katanya sangat peribadi. Ana asa penat dan pening... Tapi Allah tegur ada 6 orang lagi anak hq ana. Tapi dua orang agi mesej tak dapat datang sebab ada discussion test. Ukht, susahnya nak sabar.. Lama mana ana kena mengulang2 taujih? Apa cerita yang boleh ana guna untuk kuatkan diri ana sendiri ukht? Ana xperlukan masukan masulah lmh. Ana nak kuat je sekarang. Boleh tolong ana?"

Aku. Menyimpul kekuatan yang maha dahsyat bila menaip sms di atas untuk dihantar kepada dia. Airmata yang mengguncur seakan tidak pernah mengenal takrif henti. Kepala berserabut pening, dan nafas rasa berketul-ketul.

Sesungguhnya aku sangat-sangat memerlukan kekuatan, untuk tidak rebah, dalam langkahan yang kesekian kalinya, malam tadi.

Dan, sms-ku tidak berbalas.

"Alamak, handsock basahlah, tak suka..,"
"hee..ni mesti kena air berak ni kan?" usulku liar.
"Hee...tak senonoh..!"
"Tengok handsock tangan mana, kiri kan? Haha..," Giatku lagi. Dan cepat saja bahuku ditampar oleh tangan pengawal stereng.
"Turunkan ayong, dekat kafe ye?"
"Okeh."

"Ateh, pinjam tangan,"
"Ha? Nak buat apa?"
"Pinjamlah," Dia menghulurkan tangannya dan aku sambut dengan salaman kejap.
""Pinjamkan kekuatan eh?," Air mata diempang sehabis baik. Aku memohon, nafasku berbaki dua saat sahaja. Berat sungguh hidup ini rasanya.
"Kenapa ni ha? Baik cakap," Dia cuba mengorek perihalku. Tidak mahu  melepaskan genggaman.
"takdelah, nak pinjam kekuatan je... Jazakillah tau," Dan aku keluar dari kereta. Mujur dia tidak bertanya lebih.

Aku, memerlukan itu, untuk menipu diriku.

"Okeh, itu kisah pemuda yang telah membunuh 99 orang. Okeh taujihnya takat tu je. Banyak lagi masa kan?" Aku menyoal pada penjaga masa.

"Sekarang nak membebel pulak," Muka empat orang dihadapanku berubah kelat. Aku ketawa.

"Haha, takdelah. Ukht, ada benda ana nak cakap. Antunna perasankan yang halaqah kita ni makin lama makin sedikit?"

"Haah, mana yang lain,"

"Okeh, hummmph, okeh, sejak awal sem bermula, ana tak rasa antunna berdua kenal kot, tapi seorang yang patut bersama kita iaitu ukht A, memohon keluar dari halaqah. Alasannya komitmen..,"Senyap.

"Lalu antunna tinggallah sembilan orang. Eh sembilan ke?,"

"Lapan orang." Seorang mutarobbi terkasih membetulkan.

"Yeke?" Aku megambil buku laporan halaqah untuk kembali mengira nama. Aiseh lupa.

"Sembilan-la," sahut yang lainnya.

"Lapan," Ukht pertama tadi menegaskan keyakinannya.

"Haahlah, lapan," Ujarku ketika usai mengira.

"Masuk kak nabilah, sembilan," Insist ukht kedua tadi.

Serentak, kami berlima tergelak. Aiseh, sempat lagi.

"Hurm, lapan orang..berlangsunglah halaqah seperti biasa. Tapi tadi seorang lagi ukhti meminta keluar dari halaqah, ana baru nak pujuk ukht A, sekarang datang seorang lagi,"ujarku sugul. Yang lain masih terdiam.

"Antunna tahu tak sapa?" Tak tahu macam mana soalan ni boleh keluar.

"Ukht M," seorang akhwat tersebut.
"Hish..nauzubillah......,"
"Eh,eh, bukan maksud akak yang tak datang hari ni ke?,"kelam kabut dia kembali bertanya.
"Haha, takmaulah main teka-teka ni, bahaya,"

Aku lalu menukilkan perihal sebenar.

"Ukhti C," diam tersampuk. "Dia baru bagitahu ana petang tadi, ana rasa pening sekejap, terus tak lalu nak teruskan agenda kehidupan, rasa sangat pilu rasa," Airmataku bergenang tanpa segan di depan mereka, buat kali sulungnya.

"Yang ana tahu, ana nak tidur, ana rasa sempit sangat so ana nak tidur, ana sangat suka tidur, sebab masalah macam hilang, ana ingat bila ana bangun, dah takde dah masalah tu,ana terbangun time maghrib tadi. Ana mamai dan otak terus recall balik masalah tu, ana rasa lemah yang sangat amat. Ana tanya pada diri sendiri. Boleh tak kalau ana buat camtu? Bagitahu murobbiyah ana, akak ana penat, ana tak nak bawa halqah dah, ana nak settle satu-satu bagi halaqah kat orang lain, bungkus-bungkus barang balik perak. Boleh tak ana buat camtu? Tapi ana takdelah cakap kat murobbiyah ana...," sengih.

"Time tu ana memang rasa lemah. Tapi Allah tegur ana, sekelip mata je dia tegur. Tahu tak melalui siapa?," Senyap.

"Tahu tak melalui siapa?" Mataku lirik pada saudari pengerusi liqo' minggu ini ukhti S.

"Anti." terkejut. "Assalamualaikum, peringatan, halaqah kita malam ini pada jam XXXX di XXXX. Sila siapkan task masing-masing," Ana tuturkan kembali isi sms tersebut.

"Mesej anti, peringatan halaqah malam ini itulah yang menegur ana. Tu pasal ana jawab apa kat anti? Ana jawab terima kasih ukhti, terima kasih sangat2,kan?," Dia hanya mampu tersengih.

"Sebab time tu ana sangat-sangat bersyukur kepada Allah swt, sangat berterima kasih sebab Allah gerakkan anti untuk sebar mesej. Mungkin anti tak rasa apa-apa, tapi itu teguran dari Allah buat ana. Dalam pada ada mutarobbi yang mungkin taknak dakwah dengan kau nab, still ada mereka yang nak dan bersungguh-sungguh, jangan-jangan zalimi mereka,"

"Ana cerita dekat antunna bukan apa ukht..sebab ana tak tahu nak buat apa, ana tak tahu nak cakap dengan siapa, ana sms murobiyah ana, sampai sekarang, haha, no reply. Ana serius tak tahu nak buat apa, lama tau ana telanguk memikir sebelum ana bersiap ke liqo' ni. Ana kongsi sebab ana nak kongsi, maaf ye?"

"Takpelah kak nab."

"Saya rasa minggu ni paling banyak diuji rasanya," Ujar si ukht A tadi.

"Ha? Anti pun diuji? Apa ceritalah?"

"Ana pun rasa malas tadi, tak tahu kenapa sebab dua minggu ini kesihatan saya tak baik sangat, malas nak buat perkara-perkara. Tadi pun nak datang h asa malas sangat, nasib baik buat kat sini, saya kata sian kawan-kawan saya, depa jauh-jauh sanggup datang, saya yang duk sini pun tak mampu turun,"jeda. "Nasib baik saya datang, sebab pengisian harini semua kena dengan saya, hehehe,"

"Ceh...," Dalam gundah pun kami masih mampu tertawa.

"Ana tertanya-tanya, apa agak-agaknya hikmah yang Allah save untuk ana hari ni?," Soalku.

"Apa dia kak? Tak faham,"

"Tak..ana tanya, hikmah apa yang Allah simpan, sampai ana dikuatkan untuk datang halaqah malam ni, jumpa antunna, beri pengisian, bukan satu tiga ni, hahaha...tiga sekali ha Allah rezekikan ana bagi, sebab yang bentang task tak datang. Sebabnya Allah nak didik ana sesuatu, kalau ana expect antunna untuk jadi baik, ana kena jadi lebih-lebih baik lagi,insyaAllah," Angguk.

Hati rasa lebih tenang walaupun bukan iu caranya. Aku pernah terbaca sebuah buku. Bahawa haram seorang murobbi minta difahami..

Aku, perempuan, sekuat mana dinding hati, seteguh mana tiang jiwa, tetap juga tergoncang kadang-kadang oeh suasana.

Aku tidak dapat menemukan suatu cerita yang biasa aku ceritakan kepada diriku sendiri, agar hati yang runtuh kembali mengutuh.

Aku, hanya memohon untuk berbicara dengan manusia. Bukan dengan bayang-bayang mereka.


Sibuk.

"Ateh pun ceritalah pasal tu, pasal ni......................................................................," Qurratun Qalbi menyudahkan pekongsiannya.

Suatu perkongsian yang buat aku rasa lebih faham diri..

Bahawa sesungguhnya, 'dia' penat. Sudahlah mahu memikirkan program, mutarobbi lain lagi. Selesa memikirkan pekara lain berbanding melayan keletahku.

Bahawa aku lebih layak untuk dibiarkan, sekali lagi, menampal kembali hati sendirian.

Yang natijah akhirnya, membuatkan aku malam itu tidur bergenangan airmata.


Ana perlu untuk bercakap dengan manusia, insan.

"Salam ukht, dalam dakwah ni mana ada yang smooth sahaja. Itulah dakwah, itulah tarbiah. Bila kita berada di zon selesa, takuttakut kita lupa atau jauh dari Allah. Jadi Dia bagi kita peringatan supaya kita improvekan amal dan ilmu kita. Seorang dai'e takde titik noktahnya untuk bersabar dan terus positif. Hanya akan terhenti bila kita pejamkan mata selamanya. Mungkin kadangkala kita perlu melangkah selangkah ke belakang, untuk mara lebih ke hadapan. Duduk sekejap, muhasabah diri sat, cuba perbaiki pa lagi yang boleh diperbaiki dalam amal kita. Adalah salah kat mana-mana tu... Kesimpulannya, muhasabah diri, dah brapa banyak kita sakitkan hati orang, da brapa banyak kita sombong dengan Allah, da brapa banyak kita suuzhon denganNya, da brapa banyak kebergantungan kita bukan pada diriNya. N so on. 1 soalan ana, pa maksud anti xperlu masukan masulah lmh?"

Itu merupakan mesej balas yang aku terima ketika aku dalam perjalanan ke tekun. Pada awalnya, aku membaca baris awal mesej sahaja. Terus aku noktahkan bacaan dan mencampakkannya ke dalam beg. Tipikal mesej.

Usai sampai ke destinasi dan selesaiku merehatkan diri aku membalas mesej tersebut, cuba memperkenalkan diri pada insan yang mungkin belum kenal siapa aku.

"Ana tak perlukan formaliti dalam membangun hati ana. Ana tak perlukan teori dan konsep kosong. Ana tak perlu sesuatu yang dibuat hanya kerana cukup syarat. Ana tak perlukan kata-kata yang bukan akhlak. Ana tak perlukan kata-kata xda ruh yang dasarnya sambil lewa dan tak faham perkara.  Ana perlu untuk bercakap dengan manusia, insan. Itu"

"Formaliti dan apa yang anti tak perlu tu maksudnya apa? Dalam liqo lmh anti semua tu ke? Ana masih kurang faham. Yang ana bagi kata-kata tadi tu anti nak tak?" soalnya. Keluh besar.

"Fahamkanlah dulu kak.."

"Yela yang anti tak perlu semua tu antii dapat kat mana? Internet? Buku? Atau dalam LMH? Atau dalam hq?  Maaflah ana ni lambat sikit..,"

"Yang ana tak pelu itu ada dalam halaqah kita, dalam prog, dalam tarbiah dalam dakwah, dalam ukhuwwah. Itu apa yang ana rasa, bila dakwah dibuat ikut aci muat je. Pengisian asal habis masa. Hq sekadar perjumpaan ilmu sehaja, liqo sekadar perkumpulan manusia menyatakan masalah, pemberian solusi yang takde ruhi. Ana taknak tu kak sekarang. Hari lain ana boleh terima. Sekarang hati tengah sakit... Dahlah kak, takpelah, ana nak tidur. Afwan kathiran jiddan, mengganggu dan memeningkan. Sebab ana tak tahu nak buat apa, nak tanya sapa dah. Jazakillah jiddan. Assalamualaikum,"

Buat kesekian kalinya, aku mengotorkan sejadah yang jadi alas kepala dengan airmata.

Aku harus terbiasa begini. Selepas ini, aku akan terus begini..



Pingu Cool

Tuesday, March 26, 2013

Pembunuh.

Berbaki beberapa minit menuju zuhur.

Selepas zuhur ini ada janji temu.

Hurm..

Terasa ingin menukilkan sesuatu sejak malam tadi.

Macam ada yang membuak-buak dari benak yang ingin dibongkar ke kanvas putih eletronik blog ini.

Maka, terimalah.

Heeeeeiran.

Semalam, usai membeli dua biji burger HANYA untuk Ainina Shah, aku melangkah masuk ke RST meneruskan agenda hari ini.

Malam masih terlalu remaja, justeru terlalu banyak kereta beratur di pintu pagarnya.

Aku, secara umumnya, tidak begitu mencintai berada di tengah lautan manusia yang boleh melihat.

Kerana, lumrahnya aku tidak suka dilihat. Yeke?

Ya.

Jadi aku meneruskan langkahan yang kadang-kadang pincang, sebab kasut yang baru dibeli itu baru sahaja dirasmikan.

Kasut itu saiznya, lebih satu dari saiz kasutku yang sebenar. Apatah lagi bila berstokin maka bertambah besarlah kasut itu dipenglihatanku.

Untung, tidak terpeleot.

Jika tidak, mahu empat liqo' yang masih berbaki minggu ini, aku request untuk buat di ATIF rumah sewaku sahaja. Nauzubillah.

Tak mahu.

Aku sudah cukup menganggur dan tidak betah tarbiah datang kepadaku, melainkan aku yang pergi kepadanya.

Jadi dalam melangkah itu, aku melintasi sebuah kereta yang kalau pada pengamatanku merupakan sebuah kereta Myvi.

Dalamnya akuu tidak pasti siapa tapi hatiku tercuit juga sebab lampunya yang semulajadi tinggi benar-benar mengganggu penglihatanku, apatah lagi hatiku.

Yelah, udahlah tak gemar dilihat, ini disuluh-suluh pula.

Nasib, tak kupecahkan cermin keretanya. Haha.

Itu tak menjadi masalah walau sebesar kuman pun padaku.

Yang menjadi masalah adalah...

Berlari-lari.

Kulihat seorang wanita terkinja-kinja berlari dengan bersungguh-sungguh menuju ke kereta tadi. Tampaknya dialah insan yang ditunggu si penghuni kereta.

Sehingga aku sempat bertanya dengan diri sendiri, ada kemungkinankan dia bakal melangkah longkang yang besar itu dalam kalut lariannya?

Dan soalanku terjawab. Apabila dia ternyata melangkah melepasi longkang itu.

Hati aku terpalu. Sentap.

Sebegitu bersungguh-sungguhkah dia perlu untuk sampai ke sana?

Sehingga sanggup bermujahadah dalam langkahnya sebegitu rupa?

Aku pun tak sebegitu bila menghadiri liqo' tarbawiku.

Iyalah, masakan aku mahu berlari-lari kencang, hatta berlari anak pun boleh merisikokan aku ketempangan kaki yang bakal pula melumpuhkan agenda tarbawi lainnya, selama berbulan-bulan.

Aku jadi teringat peristiwa aku jatuh terduduk di hadapan DUD ketika aku masih siswi.

Yang natijahnya, dua liqo' terpinda serta satu mabit tertajarrud dari gapaianku, malam yang sama.

Hush..sengsara.

Tu tak dikira kesusah payahan menyusun langkah menuju perbatasan ilmu lagi itu. Mujur ada kawan menawarkan khidmat pelanduk teknologi, Kancil.

Dan aku belum pernah berlari lagi, sejak itu.

Surau.

Usai sampai di surau, aku jeda mencari nafas.

Qurratun qalbi aku lihat sedang hanyut dalam nikmatnya bertemu akhwat dalam liqo' tarbawinya.

Sedangkan hak aku bakal bermula tidak terlalu hampir. Masih berbaki satu setengah jam.

Justeru, aku ambil nafas dan kemudianku bersiap untuk solat.

Usai solat sempat aku menukilkan kisah wanita yang berlari-lari menuju ke kereta itu tadi, ke dalam buku catatan.

Sehinggakan aku kembali tertanya-tanya.

'Pudar sangatkah warna nikmat Tuhanmu yang di sediakan bagi insan yang sanggup melihat dan mengambil iktibar?'

Sampai kita lebih bersungguh-sungguh mengejar keredhaan manusia berbandng keredhaan Allah.

'Atau mungkin, hebat sangatkah manusia itu sehingga sanggup dilabuhkan jiwamu sedemikian rupa?'

Kalaulah potensi yang sama dilakukan untuk kehidupan yang lebih barakah, aku yakin wanita itu akan menjadi sosok yang bukan calang-calang.

Dalam situasi ini aku cuba berlapang dada.

Di dalam buku itu aku mampu.

Tapi di sini, telah tidak.

Aku tertanya-tanya, jika langkahan paritnya sebentar tadi gagal dicapai, apa yang menatijahkannya?

Aku masih tertanya-tanya, dalam dada penuh sesal atas tajassus yang aku lakukan ini.

Kisah Putus Asa.

Aku membuka emel yahoo ku sebentar tadi dan menemukan sebuah emel dari insan yang kadang-kadang aku nantikan.

Siapa dia?

Aku tak kenal.

yang aku tahu, dia seorang encik, dan perbahasaannya pada aku adalah, adik nabila.

Comel bukan?

Perkenalan berlaku tak salah aku tiga tahun lalu menerusi emel yang sama.

Aku tanyakan dia, siapa? Lalu dia beritakan siapa dirinya.

Kekal, aku tidak kenal.

Justeru aku bentangkan, kemungkinan-kemungkinan yang mungkin menemukan kami.

Dan kekal, dia sangkal.

Tak. Takde apapun, yang pernah menemukan kami. Tiada urusan apapun, dan tiada pertemuan apapun.

Bagaimana emelku jatuh ke tangannya juga, tiada kisah disebaliknya sekurang-kurangnya di pihakku.

Yang penting sekarang, rahsianya kini milikku. Cewah.

Mutiara.

Mutiara ilmu, itulah rahsianya yang kini milikku. hanya itu.

Saban masa, inboxku akan dipenuhi artikel-artikel kirimannya.

Usai kami ber-MOU, meneruskan sahaja kebetulan yang terjadi dengan berkongsi cerita.

Sebenarnya, dia yang bercerita.

Sedang aku malas untuk meresponnya.

Telah ditarbiah, aku sisih apa yang tidak perlu.

Justeru emelnya ku simak, saban kali. Yang perlu aku ketahui lebih, aku google sendiri.

Minimal jika sekali harung ia menghantar lebih 6 pautan artikel, akan kuucapkan, alhamdulillah terima kasih.

Dia bukan sesiapa.

Dia bukan sesiapa padaku, melainkan seorang teman ghaib yang wujud di alam maya.

Apa yang penting darinya adalah artikelnya.

Dan hari ini aku bertemu suatu kebetulan baru yang bersesuaian dengan kisah gadis itu.


Pertengkaran Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab.

Ini kisah yang dinukilkan dalam salah satu hadis dalam himpunan riyadus solihin.

Kisah sang pendosa yang telah membunuh 99 nyawa.

Dan kemudian dia bertemu dengan seorang pendeta yang berkata, 'Tiada ampunan bagimu.'

Dia kemudiannya, memenggal kepala pendeta itu, menggenapkan pembunuhannya menjadi 100.

Lalu ia bertemu dengan seorang alim dan bertanyakan satu soalan yang sama.

'Aku telah membunuh banyak nyawa, adakah Allah Tuhanmu akan menerimaku sekiranya aku ingin bertaubat?'

Kata orang alim itu: 'Tiada apa yang memisahkanmu dari taubatmu itu.'

Si pembunuh mendapat harapan.

Lalu si alim menitahkan dia supaya melakukan perjalanan.

'Pergilah kamu ke sebuah daerah, penduduk di sana, menyembah Allah yang kamu cari, pergilah dan sembahlah Allah bersama-sama mereka, tinggalkan tanah asalmu kerana sesungguhnya ia merupakan tanah yang buruk, bagimu,'

Lalu si pembunuh melakukan perjalanan.

Dan taqdir Allah mendahuluinya, ia lalu meninggal dunia.

Turunlah dua malaikat, iaitu malaikat azab dan malaikat rahmat berebutan bagi menentukan penghukuman ke atasnya.

Mahu dihukum dengan rahmatkah? Kerana sesungguhnya dia dalam perjalanan menuju redha Allah.

Atau mahu dihukum azabkah, kerana ia belum sempat berbuat apa-apa kebaikan?

Lalu turunlah, satu lagi malaikat pemutus, mensarankan solusi.

Ceritanya...

Ceritanya di sini. Ekspresi pertamaku usai membaca emel itu adalah, naseb baik si pembunuh tu dah memulakan perjalanan, kalau dia lambat...

Dan kes gadis itu, katakanlah langkahannya pincang melepasi parit besar itu lalu dia arwah, adakah kisahnya bakal diadili seperti di atas?

Dan kemudian, aku teringat kisah Hassan bin Hanan, yang melihat sebuah bangunan lalu bertanya, 'Kapankah didirikan bangunan ini?'. Lalu dia kemudiannya menyesal dan mengutuk dirinya sendiri. 'Mengapakah aku mempersoalkan sesuatu yang tidak bakal menambahkan amalku? Oleh itu aku hukum diriku berpuasa satu tahun,'

Aku terdiam sejenak dan beristighfar.

Aku tidak mahu menjadi pendeta, yang selayaknya meletakkan hukuman.

Tetapi aku ingin menjadi orang alim, yang memandang dosa, bukan pendosa.

Astaghfirullah..Astaghfirullah.

Dan aku kini ingin menjadi si pembunuh, yang tak melewatkan langkahnya menuju zuhur.

Usai.Pingu Cool

Thursday, March 21, 2013

Kisah 1,2,3....

Hari ini membulatkan mata juga untuk menuliskan sebuah post~hasil teguran Qurratun Qalbi, Ainina Shah.

"Ateh selalu buka blog ayong tau..,"
"Haha..takde apa-apa pun dah lama gila!,"
"Tahu takpe..,"

Jadi malam ini sengaja je menggatalkan tangan membuat satu post sebab sumpah bosan dah berabad duk bukak blog ni keluar post yang sama saja.

Sebabnya, pengunjung paling setia blog ini mesilahh ownernya sendiri. Merenung post2 dan memerhatikan nasib sendiri. Haha.

Kisah Serunding.

"Kak Nab, nah, hadiah!," Eh? Serunding?
"Ni sapa bagi ni?"
"Sayalah.. Tu pasal saya lambat tadi, mula-mula pergi bilik kawan, lepastu balik jap nak packing ni...,"
"Oho..ingatkan tidoq~Eh kenapa tak sama besaq?"
"Da, kak nab ambillah..,"
"Okeh terima kasih tau, mana dapat serunding? Gi Kelantan ke?"
"Tak kawan saya bagi.., akak simpanlah nanti ***** nampak,"
"Oh, ok,"

Itu kisah serunding. Serunding biasa sahaja, dalam dua bekas, satu besar satu kecil, satu untuk aku dan satu untuk *****. Bekas itu melambangkan tanggungjawab yang dibawa tuh, aku dapat bekas besaq sebab duk ramai-ramai.

Jadi makanlah.

Serunding itu biasa-biasa sahaja. Tapi sedap dengan perasa cinta. Haha, nak jugak cinta2 dia tu.

Serunding yang sama mengundang satu rasa nestapa pada jiwa.

"Wah..serunding! Sapa bawak?"
"Ada orang bagi long,"
"Along ingatkan ada orang bawa dari kampung, ingat serunding ni ingat ude...,"
"Ingat siapa?" tak berapa jelas.
"Ingat Uda...,"
"Hurm..haritu tak berkesempatan jumpa dia,"
"Yeke?"

Sweet pain though.
Ceria tentang serunding dari cinta membawa kepada cinta.

Kisah Tudung.

"Kak Nab, nak tanya,"Ujarnya bersusahpayah sebelum liqo' bubar.
"Ye, kenapa?"
"Takpelah kak, lainkali lah~,"
"Eh takpelah, hey awak, pergi balik sekarang, saya nak bercerita dengan ***** seorang sahaja,lalala, pergi balik cepat," ku menghalau adik usrah seorang lagi itu. Dia takmahu balik. Aku paut bahunya dan aku pimpin dia sampai ke pintu.
"Hehe..alaaa..kak nab, bestnye macam ni, macam adik saya pulak," katanya.
"Eh, awak bukan anak bongsu ke? Dah pergi balik, hahaha," Sebenarnya aku sengaja je, memang cara pergaulan dengan adik2 usrahku begitu. Kakak yang nakal ni.

"Okeh, so, kenapa, ce cerita?" Misi mengorek dimulakan.
"Takde apa, saja je..," Sambil mengeluarkan sesuatu dari beg.
"Nak bagi ni happy belated birthday...,"Aku pun time tu malu2 kucing (eh, malu betul2 ni tahu?) menerima hadiah itu.
"Ya Ampun, terima kasih bebanyak, haaa...terharunya...sedih,"Ujarku.
"Takdelah kak, saja beli untuk akak,"
"Eh, sdihnya, terima kasih tau, huhu, kain ke?"
"Ha...tak..tudung..,"
"Yeke? Terima kasih tau..,"

"Erm...nak beri ini je ke? Bukan nak cerita apa-apa?"
"Takpe ke kak? Kawan akak dah tunggu?"
"Dia belum sampai lagi, takpelah, ceritalah,"

Kisah Cinta.

Mata yang comel itu kini bergenang. Kerana rasa cinta pada saudara ia tidak tega membuat sesuatu yang boleh menyakitkan sahabatnya, justeru ia majukan musykillah bagi memohon masukan.

"*****, sayang tak kat dia?"
"Sayang..,"
"Jadi, jangan beri peluang untuk sesuatu yang negatif ini jadi. Sebelum terjadi apa-apa elakkan situasi itu seketika..,"
"Takpe ke kak? ***** macam pening bila kawan-kawan pn duk tanya-tanya..,"
"Bagi jawapan selamat, "Ini masa dia, jangan kacau,", jadi next time bila depa nampak ***** lagi depa dah tahu, "Eh, *****, masa ke?" so jawablah, "Haah, masa.","
"Ok,"
"Bila sampai tahap kematangan antunna berdua, baru explain cara matang sikit pada dia kenapa ***** buat camtu, insyaAllah next2 time, kita faham dia, dan dia faham kita.. Kalau betul-betul sayang, jangan terjebak dalam situasi yang akhirnya membarahkan benci kita kat dia, tak jangan. Okay?,"
"Okay kak, terima kasih,"
"Okeh, jom,"

Kisah Menjaga Hati.

Dan ini kisah menjaga hati. Dalam setiap perhubungan akan muncul ketika-ketika tertentu, orang kita kenal menjadi orang yang pernah kita kenal.

Makna kata, dia tidak menjadi dia.

Ambil inisiatif berhenti sejenak dan berilah masa.

Ketahuilah, dia sedang diuji dengan ujiannya. Dan kita sedang diuji dengan dia.

Apakah benar, cinta yang dimanifestasikan itu, cokmarnya redha Allah atau sekadar puing-puing bahasa dunia berlatar syurga fana?

Cewah.

Serius. Kalau benar cinta, bertahanlah dalam bersabar. Kerana di sela masa yang lain, sahabat kita juga melakukan perkara yang serupa berhadapan dengan kerenah kita.

Itulah entiti yang dinamakan manusia, keunikan dalam persahabatan.


masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah pertanda
cinta tak di sini lagi
kau tlah berpaling
reff:
biarkan aku menjaga perasaan ini, ohh
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi, aku takkan pergi
kau menjaga, aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meski ku lihat kini
kau di seberang sana
repeat reff
andai akhirnya
kau tak juga kembali
aku tetap sendiri
menjaga hati
repeat reff [3x]
sejujurnya diriku masih mengharapkanmu

#enuf said. tidur~




Pingu Cool

Thursday, February 21, 2013

Pingu dah tak kool.

Hari ini aku banyak tidur.

Banyak sangat tidur.

Entah, tak efisien langsung.

Tambah duduk rumah ni memang tak keluar mana-mana selepas majlis hari tu.

Bosan jangan cakaplah. Nak beli sikat pun tak boleh keluar.

Boring. Boring.

Tapi for the time being, biarlah camni. Lebih selesa berbanding pulang ke alam realiti, kuang3.

Embun di pagi buta,
menebarkan bau basah,
Detik demi detikku hitung,
Inikah saat untukku pergi.

Oh Tuhan ku cinta dia,
Berikanlah aku hidup,
Takkanku sakiti dia,
Hukum aku bila terjadi.

Aku tak mudah untuk jatuh cinta,
Aku tak mudah mengataku cinta,
Aku t ak mudah mengatakan ku jatuh cinta.....

Senandungku hanya untuk cinta,
Tirakatku hanya untuk Engkau,
Tiada dusta sumpah ku setia sampaiku menutup mata.

Huu...selama hampir seminggu ini aku duduk diam2, tiba-tiba jadi ribut. Kat Penang tak tahu apa jadi, baru semalam kepoh perihal aku taknak balik, haha.

Aku taknak balik lagi.Aku tak tahu dah nak buat apa kat sana.

Ibu suruh minta jadi GSTT kat sekolah beliau memandangkan ada ibu didik yang hampir bersalin.

Dan nyah suruh jadik share partner untuk perusahaan burger bakar cheese meleleh dia tuh.

Kat penang pulak, ainina shah berdegil minta akaun number. M pulak nak bagi pinjaman segala. Siap carikan kerja nih.

Dan aku pening kepala.

Hanya boleh menunduk bila tengah lunch. Nyah masak sedap, ikan keli goreng berlado. Ingat nak tambah tapi seleraku bantut.

Ayah tanya macam2.

Aku nak duduk rumah je. Duduk rumah je. Aku nak rehat. Kenapa kena tanya suatu benda yang aku taknak jawab, aku taknak fikir?!

Aku sangat sedih. Duduk kat penang aku tak sempat nak fikir. Dalam takde kerja diri tetap kena bekerja. Aku penat. Bila nak rehat kat rumah, huru-hara pula kat penang sana. Aku bukan orang penting, tapi kalau sebab aku orang lain susah, memang aku tak rela.

Bila duduk kat rumah pulak, asyik kena tanya2. Ya aku tahu aku sulung, jadi role model, adik2 masalah aku kena cater segala, buang masa dan sebagainya, biarlah! Tak boleh ke bagi senggang masa, untuk aku menjadi aku?

Kalau aku buang masa pun, masa aku bukan masa orang lain!

Kenapa ye aku hidup, ya Allah?

Sedihnya.

Sangat minta maaf dengan ayah sebab kayong takmampu nak respons yang baik2 selain tunduk dan makan.

Memakan nasi bersama kangkung dengan suapan yang besar2 itu umpama menelan gumpalan pasir, ayah tahu?

Fahamlah, bahawa saya ni manusia.

Tak tahu nak pergi ke mana.

Sangat rindu masjid besi. Rasa nak lepak kat belakang tabir batu berdekatan kolam masjid.

But still, langkahku terbatas.

There are so many things to be think of.

Baru2 ni semua yang berjumpa aku semua gaya2 nak carikan jodoh segala.

Kalau tak susahkan hidup orang tak boleh ke?

Janganlah cakap depan2 macam tu gaya aku desperate sangat!

Gila betul. Tak payah poyo-poyo nak kenenkan aku dengan sapa, berbohong, penipu semua tu!

Kenapalah wujud orang2 camtu kat dunia nih?

Pastu ada jugak yang penyibuk as if dia sangat berautoriti dalam bertanyakan masalah aku all of sudden. Kau ingat kau sapa? Ha, ni yang aku rasa nak marah ni.

Baru nak baiklah konon. Ah, persetankan semua tu.

Biarlah aku hidup dengan diri aku sendiri. Korang semua pergi jauh. Korang tak membantu.

Pingu dah tak Cool

Thursday, February 7, 2013

Sah Choleric

Sumber 1

Your temperment is choleric. The choleric temperament is fundamentally ambitious and leader-like. They have a lot of aggression, energy, and/or passion, and try to instill it in others. They can dominate people of other temperaments, especially phlegmatic types. Many great charismatic military and political figures were choleric. They like to be in charge of everything. However, cholerics also tend to be either highly disorganized or highly organized. They do not have in-between setups, only one extreme to another. As well as being leader-like and assertive, cholerics also fall into deep and sudden depression. Essentially, they are very much prone to mood swings. 


Rujukan: http://personality-testing.info/tests/4T.php

Sumber 2


With your 47 % you are: Phlegmatic: Laid-back, good-natured, easy to please. Usually get along with everyone, not one to 'make waves'. Weaknesses: Easy to become lazy, indecisive, selfish--usually undisciplined. 19 % from 39298 test takers had this profile!
But you have almost become this: 
With your 33 % you are: Choleric: Leader, organized, self-disciplined and sufficient. Very successful. Weaknesses: Try to be perfect all the time, become bossy, don't 'let your guard down'.
And that you are not at all: 
With your 13 % you are: Melancholy: Usually emotional, individualistic, creative...Commonly artistic, spontaneous, lover of 'different' things. Weaknesses: You don't care enough of what others think. You're always trying to be 'different', and you don't stick with anything.
With your 7 % you are: Sanguine: Loves people, friendly, great story-teller...Loves to be center of attention or just to fit in. Weaknesses: Loss of individualism because you care too much about others' opinions.
Rujukan: http://www.allthetests.com/quiz07/dasquiz2.php3?testid=1066683666

Sumber 3:

Strength Answers:
Sanguine:
Choleric:
Melancholy:
Phlegmatic:
Weakness Answers:
Sanguine:
Choleric:
Melancholy:
Phlegmatic:
Totals:
Sanguine:
Choleric:
Melancholy:
Phlegmatic:


rujukan:http://neoxenos.org/wp-content/blogs.dir/1/files/temperaments/temperament_test.htm

Sumber 4:


Your result for The Four Temperaments Test ...

Choleric

76% Sanguine, 94% Choleric, 50% Melancholic and 60% Phlegmatic!
A person who is choleric is a do-er. They have a lot of ambition, energy, and passion, and try to instill it in others. They can dominate people of other temperaments, especially phlegmatic types. Many great charismatic military and political figures were cholerics. They like to be leaders and in charge of everything.
Motive: Power
Needs:
  • To look good (academically)
  • To be right
  • To be respected
  • Approval
Wants:
  • To hide insecurities (tightly)
  • To please self
  • Leadership
  • Challenging Adventure
To find out more about your personality, you should visit:http://www.PersonalityNation.com

Pingu Cool

Wednesday, February 6, 2013

Encik Mujahid.

Sebut saja namanya Mujahid. Ia adalah seorang aktivis dakwah yang saat ini mengikuti dua kuliah magister di dua kampus yang berbeda, dan bekerja dengan jam kerja 40 jam per pekan. Penghasilannya 1,6 juta per bulan (RM4000/sebulan).

Selain kesibukan kuliah dan bekerja, al-Akh Mujahid juga sibuk memegang amanah di dakwah kampus, dakwah sekolah, dan di PKS tingkat Kecamatan di bagian Kaderisasi. Selanjutnya yang luar biasa, al-Akh Mujahid ternyata memiliki amanah 11 (sebelas) halaqah binaan dengan total peserta 99 orang. Binaan remaja setingkat SMA 3 kelompok, setingkat umur mahasiswa 7 kelompok, dan setingkat umur SMP 1 kelompok. Allahu Akbar!
Dengan kesibukannya yang luar biasa tersebut al-Akh Mujahid mengaku tetap bisa diandalkan orang tuanya dalam menjalankan beberapa tugas di rumah.

Karena kesungguhannya dalam melakukan aktivitas tarbiyah, belum lama ini al-Akh Mujahid mendapatkan hadiah satu buah sepeda motor dari Ust. H. Ahmad Heryawan.

Ia menjelaskan alasan mengapa harus dan apa manfaat mengelola banyak kelompok binaan.

Pertama, menurutnya, kebutuhan murabbi amat besar. Ada berapa jumlah kader dakwah di Indonesia? Ada berapa jumlah masyarakat Indonesia? Dengan asumsi kita mengandalkan dakwah model halaqah saja, maka kita butuh banyak murabbi. Kita sangat sering melihat kebutuhan murabbi yang tidak terpenuhi, sampai-sampai terjadi harus digaji untuk mendapatkan murabbi yang siap meluangkan waktunya.

Keduakebanyakan orang takut memegang banyak kelompok binaan akan mengganggu amanah yang lain, misalnya kuliah. Menurutnya ia membuktikan sebaliknya. Ketika jumlah halaqah yang dibinanya hanya 1 kelompok, IP (indeks prestasi) nya hanya di bawah 3. Ketika jumlah halaqah yang dibinanya dinaikkan menjadi 5 kelompok, IP-nya meningkat menjadi 3, 25. Dan ketika jumlah halaqah yang dibinanya dinaikkan menjadi 7 kelompok, IP-nya meningkat menjadi 3, 65. Bahkan ia mendapat beasiswa S2  dari kampusnya ketika jumlah halaqah yang dibinanya dinaikkan menjadi 10 kelompok. Hal ini menurut Al-Akh Mujahid menjadi bukti kebenaran janji Allah seperti disebutkan dalam al-Qur’an:
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Q.S. Muhammad: 7)

Ketiga, setiap hari kita punya 16 jam aktif. Berarti sepekan ada 112 jam. Bila 15 jam saja kita isi untuk mengelola 10 kelompok halaqah tentu cukup. Waktu tersebut tidak banyak dibandingkan dengan manfaat dari pahala yang bisa kita dapatkan.

Keempat, setiap selesai mengisi satu halaqah, ia pun seperti terbina oleh materi yang disampaikannya sendiri. Wawasannya seperti dipaksa meluas oleh pertanyaan-pertanyaan para binaan. Ruhiyah juga menjadi lebih terjaga karena hamper tiap hari ia membina halaqah.

Bagaimana cara mendapatkan kelompok halaqah binaan sebanyak itu?
 Kalau kita menunggu, menurut al-Akh Mujahid, biasanya kita tidak akan bisa mendapatkannya. Namun kalau kita mau jalan-jalan, banyak sekali lahan dakwah yang membutuhkan mentor. Jumlah SMA di Kota Bandung ada 200-an. Jumlah Kampus ada 100-an. Belum lagi jika dihitung jumlah masjid yang ada di masyarakat.

Bagaimana mengelola kelompok halaqah binaan sebanyak itu?
 Mungkin kita berpikir bahwa kalau memegang 10 kelompok halaqah maka harus menyusun 10 materi pembinaan setiap pekannya. Ternyata cara al-Akh Mujahid tidak seperti itu. Ia menyusun satu materi pembinaan untuk disampaikan pada semua kelompok. Maka waktu persiapan jadi hemat. Materi yang disiapkan pun lebih berdaya guna.

Halaqah diagendakan dalam 60 – 90 menit saja. Dan di dalamnya ia tidak harus berbicara terus menerus, tapi lebih banyak diskusi dan mempersilahkan para binaan untuk berpendapat. Disinilah al-Akh Mujahid bisa beristirahat. Selain itu dengan diadakannya presentasi bergilir di antara binaan, ia bisa melatih para binaannya agar siap menjadi murabbi di masa depan.

Al-Akh Mujahid juga memanfaatkan facebook. Ia membuat grup di situs jejaring social itu untuk setiap grup halaqah. Materi-materi yang tidak bisa disampaikan saat halaqah, dapat disampaikan melalui grup facebook tersebut.

Jika ada binaannya yang tidak bisa hadir pada jadwal yang ditentukan, maka ia diharuskan hadir pada jadwal kelompok lain.

Di setiap kelompok al-Akh Mujahid menunjuk satu orang yang bertugas menjarkom dan mencarikan jadwal halaqah serta menanyakan konfirmasi kehadiran anggota. Data kehadiran harus dimasukkan dalam Microsoft excel yang terpadu sehingga bisa di cek bagaimana kehadiran setiap peserta dalam halaqah.

Ada yang mengatakan bahwa memegang banyak kelompok tidaklah akan optimal. Tapi menurut pendapatnya tidak semua kelompok harus diperlakukan secara optimal. Sekedar “cukup” saja ternyata membuat binaan semakin baik. Ia berpikir, lebih baik memegang satu halaqah dengan optimal dan sembilan halaqah lainnya dengan kategori cukup saja, daripada Sembilan halaqah tersebut tidak mendapatkan pembinaan sama sekali.

Agar para binaannya mendapat kualitas pembinaan yang kian prima, al-Akh Mujahid secara bertahap mendelegasikan pembinaan kelompoknya kepada orang lain yang siap. Bila ia tidak bisa hadir dalam halaqah, ia akan berusaha untuk mencari murabbi pengganti sementara.

Agar semangat juang dan kekhusyu’annya dalam membina terjaga, Al-Akh Mujahid biasa mendengarkan nasyid Sang Murabbi dalam perjalanannya menuju tempat halaqah.

Barokallahu laka ya akhi…semoga para aktivis dakwah dapat mengambil teladan dari kesungguhanmu dalam mentarbiyah umat. Semoga Allah Ta’ala senantiasa mencurahkan ampunan, rahmat, barokah, dan keistiqomahan kepadamu dan kepada seluruh aktivis dakwah di negeri ini. Amin….
Al-Intima.
Pingu Cool

Monday, February 4, 2013

100% Choleric, 50% Melancholy, 30% Phlegmatic, 20% Sanguine.

Alhamdulillah, wasyukurillah.

Baru-baru ini hambe berpeluang bertemu pemimpin!

Cewah, gempak tu.

Baiklah benar, hambe bertemu pemimpin.

Pemimpin-pemimpin tanzim mahasiswa PEMBINA beserta pemimpin aktivisme seluruh IPT dan kawasan di Malaysia.

Beruntungnya hambe.

Oho...sempat juga hambe menelusuri hikmah dari setiap butir percakapan dalam setiap slot yang diselitkan.

Nyum,nyum enak!

Baiklah hambe pun sebenarnya pelik dengan diri hambe sendiri. Kenapa yang hambe kaku sungguh sepanjang program.

Nak bersuara pun tak terasa terpanggil, nak bertanya pun tak terasa nakkan penyelesaian, nak memberi pandangan berkongsi rumusan penyelesaian semuanya hambe tak buat.

Yang hambe buat adalah, senyap dan perhatikan!

haha...gila psikik kan?

Entahlah. Programmed to do so by my own mind?

Yang pasti hambe suka meneliti ikhwah akhwat yang join itu bersuara, bertanya dan sebagainya.

Salah satu slot yang hambe suka time program adalah yang disampaikan oleh salah seorang encik jkp, namanya enik uzair. Idealisme, Intelektualisme, Aktivisme dan.......

Yang dan ..... tu yang hambe suka. Terkesima sekejap.

Spiritualisme.

Presenter bersikap cool dengan membangunkan satu karakter yang sangat dekat dengan belia, iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh.

Baginda sultan ini biasa-biasa sahaja pada hambe. Ceritanya telah ana khatam dan hadam. Biasa sahaja.

Tapi usai enik JKP memuqadimahkan bicaranya berkenaan baginda sultan muhammad, hambe terkesima cepat-cepat.

Pergh...hebad!

Kesemua ciri-ciri ini ada pada baginda sulta muhammad.

Dan sumpah semua benda, hampir semua benda selepas tu rasa mudah gila! Asalkan kita ada idealisme yang di intelektualismekan, kita lalu mengaktivismekannya dan kemudian berspritualismelah!

Huuuu....be open..be open...

Okeh, ni berkaitan benda lain pulak.

Be open.

Ada satu part namanya TOT Box, presenter asal tak dapat datang kemudian digantikan dengan slot khas oleh JKP sendiri. Seorang lagi encik JKP ,Encik Iqbal namanya, suruh semua peserta kawal pernafasan merelakskan diri.

Tarikh nafas, tahan 4 saat, dan lepaskan mengikut mulut.

tarik nafas, tahan, lepas, sekali lagi, letak tangan di peha, kaki jejak tanah, be open, be open..

Time ni as if beliau nak semua peserta mereleasekan rasa-rasa dalaman mereka.

Dan hambe?

Hambe rasa macam takde apa-apa dalam hati...

Benak hambe kosong.

Hanya mampu tersenyum sekejap sebelum senyuman itu mati tiba-tiba. Airmata bergenang.

Sakitnya. Rupa-rupanya, masalah-masalah sudah tak boleh ddikenalpasti, telah menjadi satu transition state material, complex unwindable.

Genang air mata di tabir.

Hm..biarlah begitu.

Ohoi, satu lagi slot yang best!

Know yourself.

Hambe dah pernah dengar dah pasal pengklasifikasian pesakit mengikut jenis bendalir yang banyak dalam badan masing-masing. So time ni hambe just refresh lah sikit-sikit.

Cuma bendanya, adalah, hambe tak tahu hambe ni hape?

Powerful Choleric ke, Peaceful Phlegmatic ke, Perfect Melancholy ke, or Popular Sanguine?

haha...sebab dalam penerangan tu cuba je matchkan dengan diri sendiri. Tapi erm~erm...okeh, mungkin flexible kot eh?

Kalau 200%. 100% Choleric, 50% Melancholy, 30% Phlegmatic, and the rest ges to Sanguine?

haha...actually I alone can't read myself.

Pingu Cool