Wednesday, December 15, 2010
Pulau Aman dan seribu pengharapan.
Sunday, December 5, 2010
Melodi Rindu
Friday, August 20, 2010
Kita ini Biduanda Tanah Melayu sahaja.
Telah sampai akan sesuatu ilmu ke benakku, yang mana bertambahnya ia,maka bertambah saksamaku dalam hidup, sungguh tidak ku cari cemerlang hanya di bilik-bilik kuliah, bahkan bukan juga daripada agenda di sebalik tabir. Kerana yang tersirat malah lebih dari itu...Percikan darah bonda melahirkan, juga keringat ayahanda yg turut membesarkan bukan buat dibazir hanya begitu..justeru, NABILAH maralah...!!
MasyaAllah...subhanallah segala puji-pujian hanya baginya ya Allah.. menciptakan waktu yang cukup, untuk ruang bernafas, entah mengapa tak tercapai akal fikiran kita ini mencari jawapan setelah memikirkan tentang sesuatu, dalam sedar kita ini juga mencongak-congak, manusia itu tidak dijadikan uni functional, bahkan multifunctional! dan kerana itu kita ini bisa bernafas sedang jemari leka menari di dataran kekunci paparan riba...
Seberapa banyak pun tugasan yang berlari di latar perancangan harian kita ini, tetap juga kita ini masih ampuh untuk bernafas dengan keadaan relung udara yang luas tidak tersepit.. Pelik ya? kita ini terkekang akan waktu dan segala, tapi mengapa sepertinya sentiasa ada waktu untuk menyelesaikan urusan-urusan kita ini?
Kita ini bukan peribadi tohor yang luhur. Bukan juga entiti yang bergerak jasadiah di labuhan kebenaran semata..Bahkan jahilnya kita ini lebih pekat berlatar dalam darah berbanding baik sangka. Entah di mana silapnya percaturan hingga kita ini sering rebah terbetang arah bila dihujam mehnah. Alhamdulillah, masih waras melaga fikiran bahawa yang baik itu datangnya dari Allah, begitu juga ujian musibahNya. Kita ini biasa-biasa sahaja..
Ibarat melukut di tepi gantang, masuk tak lebih, keluar tak kurang, kita ini begitulah..pada kehidupan, pada pengharapan. Justeru kita ini bukanlah pemegang labuhan jiwa, ambillah titipan tuan hamba dan minggirlah. Maafkan kekasaran buah bicara, tapi yang telusnya kita, itulah.. Kerana kita ini hamba biasa, biduanda tanah Melayu yang kian tohor budi bicaranya. maafkan khilaf kita ini..
Kita ini mengharapkan kedewasaan di celah keriangan, kerana kita ini telah jerih menahan ombak kalbu yang sering berputar di relung jiwa. Kerana wibawa kita ini, bukan hanya sebesar zarrah, bahkan mungkin lebih lagi. Astaghfirullah....Allah, maafkan kita, hambaMu ini.
Pengakhirannya, kita ini mohon dikaji, meski ibarat hanya melukut kita ini minta dikasihani. Minta sedikit...dimengerti. Kerana kurangnya perhatian, kita ini seringkali senyum sendiri, hanya sendiri. Mahukah tuan hamba menjadi teman sesenyuman kita? Mungkin tidak kerana telah tercipta untukmu urusanmu, dan tercipta buat kita ini urusan kita, juga tercipta kita ini, hanya untuk DIA sang Kekasih Abadi. Dan Allah lebih ilmu.
Salam sayang berseri senyuman buat kita kepada kalian.
Salam sejahtera buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w nabi kita ini, salam takzim buat penghuni langit dan bumi,
Assalamualaikum.
Friday, August 6, 2010
Friday, July 16, 2010
Selam-selam ke laut dalam, Yang ketemu itu, itulah..
Tiba-tiba ana teringat, kisah ketika Rasullullah baru pulang(atau dihalau) dari Tsaqif yang mana baginda singgah lalu berehat di kebun miliknya Utbah dan Syaibah bin Rabi'ah. Rasulullah yang kepenatan itu hanya duduk berehat kepenatan, sebenarnya tujuan baginda ke Tsaqif adalah untuk mengajak penduduk di sana memeluk Islam, namun sebaliknya baginda pula dihalau.
Terdetiklah di kedua hati si pemilik kebun itu untuk menjamu tetamu yang tidak mereka kenali itu, lalu mereka mengarahkan suruhan mereka yang bernama Adas, untuk membawakan segugus anggur kepada nabi, ketika baginda disuguh gugusan anggur itu, baginda lantas mengucap satu kalimah agung..itu...itulah....Bismillahirrahmanirrahim...
Selanjutnya kisah itu, Adas lalu lebih bertanya kepada baginda hingga di pengakhiran cerita yang mana Baginda mengaitkan diri baginda dengan Yunus bin Mata, Adas lalu mengucup dahi baginda.. Wallahualam...
Sungguh kalimah yang satu ini sebenarnya amat besar impaknya buat hati-hati yang mendengar jika insan yang mengucapkan nya itu benar2 ikhlas dalam ucapan...
mungkin ana belum sampai ke tahap itu? ikhlaskah ana? ikhlas ke?
Entah sungguh ana juga kurang ilmu tentang itu. Setahu ana, ikhlas itu hanya Allah yang tahu, kerana dengan itulah Dia menganugerahkan imbalan atas perbuatan hambaNya..
Ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu hitam di waktu malam yang pekat zulmat...
Dari tingkap bilik ni, ana dapat lihat Plaza Ivory yang tersergam indah dengan kemilau cahayanya...selalu kalau bangun tahajud, senang je bibir nak mengucapkan Subhanallah... tapi kalau saat2 masih sedar dan segar ni, biasa je....
Kerana apa? Kerana nuraninya manusia memang mengakui keindahan dan keagungan ciptaan Allah, malah amat meyakini akan kekuasaanNya terhadap setiap hambaNya.. Cuma dalam sedar ego itu diletakkan sebagai kulit muka depan hati yang menyelimuti nurani supaya kekal dalam-dalam....hinngga kadang2 terlalu dalam samapai tak terjumpa lagi dah...masyaAllah...
Bila2 sekalipun kewajaran tetap ada untuk kalimah Allah itu diagungkan.. Bila2 sekalipun. Ana diselubungi sedikit kemalasan untuk berperi lebar kerana mata yang semakin melayut sedang baju masih tak bergosok. Besok ada jaulah...
Yes...shopping. nak beli ape? Hm..takde ape....barang sikit2 je..
Ok2..kembali kepada butir bicara..nurani manusia mengakui kebesaran Allah, tetapi egonya mengalahkah pengakuan itu. Bahkan sewajarnya tiada lagi yang lebih atas berbanding Allah swt, justeru letakkanlah Dia ditempat yang sewajarnya.. Teratas sekali..
Sungguh ana sangat mengantuk.. justeru mohon diri untuk beradu?
MasyaAllah..
Asifah jiddan wa jazakumullahhu khairan kathiran..
Assalamualaikum.
Sunday, June 20, 2010
From the top 10 misconceptions about Islam.
The true Arabic meaning of the word jihad is struggle. However in Islam it is often used to describe the striving in the way of god. There are many forms of jihad but the most important ones are Jihad al-nafs (jihad against ones self), jihad bil-lisan (jihad by being vocal), jihad bil yad (jihad by using action), and Jihad bis saif (jihad by using the sword). Each jihad is ranked differently and it was reported that Muhammad returned from a battle and said “We have returned from the lesser jihad (going into battle) to the greater jihad (the struggle of the soul).” This means that a Muslim struggling against himself and his soul is more important than the jihad of going into war. Another misconception is that only when a person dies in war does that person becomes a martyr. This is, however, false and it is believed that anyone doing anything for the sake of god and is killed becomes a martyr. A person who dies while performing pilgrimage in Mecca, a woman who dies while giving birth, or even someone who dies in a car crash while he was on his way to the mosque are all considered martyrs.
Friday, June 18, 2010
Salam Ilmi...-Larvae breast
Assalamualaikum wbkt..
Bismillahirrahmanirrahim..
Apa khabar ukhti akhowat fillah?
Kali ini ana suka untuk berkongsi satu artikel otau ilmu yg dikongsikan seorang sahabat melalui mesej di laman fb-sakurazei azei..jom telusuri...
Artikel ini mengingatkan saya pada pengajian guru saya....mengenai ulat yang berada dalam tubuh manusia..Beliau selalu sarankan kita sebagai wanita supaya banyakkan mengingat diri dan bersihkan diri dari dalam dulu..Kini baru saya faham apa maksud beliau. Kalau kita dan baca serta berfikir tentang artikel2 saya yang berkaitan punca penyakit dalam diri wanita posting saya yang lalu...http://alkiram.net/salam/2010/04/01/punca-asal-gangguan-dan-penyakit-dalam-diri-wanita/mungkin sedikit banyak membantu kita menjauhi daripada penyakit-penyakit sebegini....
Sebelum itu..kisah ini telah mengingatkan saya pada seorang pengamal dari RAHSIAHEBAT.BIZ , beliau seorang pesakit diabietis hampir setiap hari terpaksa cuci ulat di celah -celah kaki...alhamdulillah dengan amalan yang diperolehi dari Ebook pemusnah saka, lukanya semakin kering dan bebas dari kena potong...begitu besar selawat az-zatiah ini.So,Selalulah beramal selawat az-zatiah untuk kesejahteraan melindungi dari penyakit yng berkaitan dengan hama dan ulat ini.Kisah Saidina Ayub A.S diuji dengan ulat yang ribuan tahun dulu dikisahkan..dunia hari ni sebagai pentas PENYAKSIAN untuk meneguhkan iman kepada Allah SWT..
Pada yang bertanya pada saya..adakah penyakit- ganjil begini tidak berlaku pada orang bukan islam..sebagaimana dalam artikel saya lepas....???..tidak ,ia tetap juga berlaku... janji iblis bukan sahaja untuk merosakan orang islam tetapi adalah anak-anak Adam..pecaya atau tidak .Ayuh teruskanlah berfikir ...................................
Beberapa tahun yang lalu saya menerima email yang seperti ini; “Setelah Susan McKinley (Antropologi) pulang melakukan ekspedisi di sebuah negara di benua Amerika Selatan, ia menyedari ada ruam ganjil di payudara sebelah kirinya, Ia tidak mengetahui apa yang terjadi dan menyangka ruamnya akan sembuh nanti.
Setelah ia kembali, ia berjumpa dengan doktor kerana sudah merasa sakit. Doktor tidak mengetahui apakah punca penyakit tersebut. Namun doktor memberikannya antibiotik dan krim khusus. Tetapi sakitnya tidak juga reda malahan payu daranya semakin panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan tersebut. Bagaimanapun ia merasa bertambah sakit, lalu ia mula mencari doktor pakar. Dr. Lynch tidak dapat menganalisis jangkitan tersebut dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi. Malangnya doktor yang dicadangkan oleh Dr Lynch sedang bercuti. Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu Dermatologist tersebut.
Susan terkejut, setelah membuka pembalutnya, mereka menemui larva yang masih hidup dan bersarang dalam pori (liang rongga luka) pada payu daranya (klik untuk menonton video). Sesekali larva ini masuk ke dalam pori dan muncul pada pori sebelahnya. Beliau tidak dapat membayangkan bertapa dalam lubang tersebut. Larva tersebut memakan lemak, lapisan kulit dan tisu-tisu penghasilan susu di payu daranya.”
Kelihatan seakan- akan porli Larva dengan buah teratai.Setelah meneliti gambar yang disertakan saya sangsi akan kesahihan email tersebut kerana saya menyangka gambar pori- pori larva pada puting payu dara tersebut seumpama buah teratai. Gambar tersebut telah menerima sentuhan Photoshop. Meskipun pengirim email tersebut meminta agar disebarkan, namun saya membuat keputusan untuk mengabaikannya.
Apabila saya terlihat artikel ini masih ada pada profil seorang teman saya di Tagged, menjadi ingatan dan panduannya. Saya pun membuat carian video di youtube. Saya dapati banyak video yang memaparkan perihal ulat atau larva botflies (lalat bot) yang menjadikan manusia yang masih bernyawa sebagai perumahnya. Bukan sahaja pada payu dara, kepala (klik untuk tengok Video), mata, leher, kepala, tangan, bahagian belakang badan dan juga kaki.
Lalat Bot adalah dari keluarga Oestridae. Wujud sekitar 150 spesies yang dikenal di seluruh dunia yang menjadikan mamalia sebagai perumah larvanya. Larva spesis lalat Bot, Hominis Dermatobia yang juga dikenali sebagai Tarsola atau American Warbie fly bukan sahaja menjadikan binatang ternakan dan rusa sebagai perumahnya. Bahkan ia juga adalah satu-satunya spesies yang menjadikan manusia juga sebagai perumah larvanya. samada dengan memasukkan terus telur-telurnya ke dalam badan manusia.
Ataupun menjadi kira- kira 40 jenis nyamuk, lalat lain dan juga sejenis kutu menjadi vektornya, agen bagi memulakan kitaran hidup anaknya. Bagi nyamuk dan kutu ia berada pada cecairnya yang akan disuntik masuk ke tubuh manusia. Manakala bagi lalat, lalat Bot betina akan melekatkan kira-kira 30 biji telur di bawah sayap lalat spesis lain. Telur lalat bot yang dijatuhkan pada kulit kita, akan bertindak balas dengan kepanasan suhu badan kita, lalu segera menentas.
Seterusnya ia akan mengorek lubang pada kulit dan terus mamasuki tubuh badan manusia . Ia membesar dan terus tinggal di dalam badan kita dengan memakan lemak, lapisan kulit dan tisu-tisu badan. Duri-duri pada larva lalat Bot ini akan mengait, menghiris dan melumatkan isi daging sisi lubang yang dibina bertujuan membesarkannya dan juga menjadi makanannya, menyebabkan kita merasa sangat sakit. Semasa ia tinggal di dalam lubang pori tersebut, ia juga merembaskan antibodi yang bertindak sebagai penghalang jangkitan kuman.
Kira-kira 8 minggu ia akan mencapai peringkat pompong. Kebiasannya pada peringkat kepompong ia akan jatuh ke tanah dan seminggu di tanah ia akan bertukar menjadi lalat Bot yang dewasa.
Salah satu cara untuk mengeluarkan Larva tersebut dengan meletakan daging mentah pada bahagian kulit yang didiami larva tersebut sebagai umpan. Cara lain adalah dengan menggunakan gubal pokok matatorsalo, didapati di Costa Rica, yang akan membunuh larva, tetapi larva yang mati masih wujud di dalam kulit. Selain daripada itu, menutupi lubang pada permukaan kulit dengan pengilat kuku, vaselin (Gel Petroluem) atau pita pelekat menyebabkan larva tersebut tidak dapat bernafas dan selepas 1 hari larva tersebut akan mati kelemasan. Dengan kematian larva tersebut bererti tiada lagi rembesan antibodi yang menghalang jangkitan kuman. Lalu resiko untuk dijangkiti kuman adalah tinggi sekiranya tidak mendapat rawatan yang betul.
Baru-baru ini, doktor mendapati bahawa alat yang digunakan bagi mengeluarkan bisa ular, boleh digunakan bagi mengeluarkan larva dengan mudah dan berkesan pada semua tahap tumbesar larva lalat bot. oleh sebab ia bertindak dwi kegunaan maka kini ia menjadi salah satu komponen utama dalam kit peti pertolongan cemas.
Sumber dari Wikipedea, google, youtube dan daripada laman blog yang lain.
Salam sayang berseri senyuman...
Assalamualaikum..