Sunday, December 11, 2011

Kutipan Untuk Semangat

Bila sudah jatuh hati: 1 message received

"1 message received” tertera di handphone murah 2nd hand saya. Tak lama pastu, masuk lagi “message”. Saya pun membuka dan memerhatikan satu persatu isi kandungan sms. Bila dibuka inbox email dan FB, lebih kurang perkara yang sama yang saya terima daripada rakan-rakan saya dari Mesir dan luar negara sendiri. Belum campur panggilan telefon dan lain2 yang saya hadapi.



“Ustaz, hati saya dah kering. Baca Quran pun tak rasa apa-apa. Solat pun tak khusyuk. Tolong saya ustaz”.

“Saya rasa saya tak layak untuk dakwah ini. Saya takut bila grad dan kerja nanti ustaz. Sekarang teori boleh la. Kalau ikhwah tak jaga saya, saya confirm saya hanyut dengan kerjaya!”

“Dakwah kita sekarang terlalu sibuk. Saya tidak boleh tidur malam memikirkan perkara ni. Hubungan dengan ikhwah dah macam syarikat. Kering. Kering. Kering. Adakah ikhwah masih lagi ikhwah?

“Urusan perkahwinan saya bermasalah ustaz. Saya rasa macam ditipu je oleh ikhwah!”

“Ustaz, bagaimana kita hendak pastikan suasana ruhi dan ukhawi dalam meeting dan pengurusan dakwah kita ya? Sekarang suasana kering-kering je. Semua bekerja nak mengejar2. Rindu saat basah-basah dahulu. Ada ke zaman Hasan al-banna istilah kering-basah?”

“Geram saya tengok ikhwah di kawasan saya. Semua benda tak jalan. Takkan semua benda saya nak buat dan saya yang nak mulakan. Penatlah saya!"

"Saya rasa kami dianak-tirikan oleh pimpinan. Terkontang-kanting kami kat sini. Tolonglah! Tolonglah!"
Dan bermacam-macam lagi CURHAT (curahan hati, istilah pendakwah Indonesia) yang saya hadapi akhir-akhir ini. Semoga Allah memberi saya kekuatan untuk terus mendengar dan membantu permasalahan yang dihadapi pendakwah-pendakwah muda yang bersemangat untuk terlibat di dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah di dunia ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Pelbagai luahan yang bercampur-campur emosi. Marah, sedih, linangan air mata, tekanan dan meninggi suara yang lahir daripada mereka. Kadang-kadang berdesing juga telinga ni. InsyaAllah, teruskan begini sahabat-sahabatku. Itu petanda bahawa hati kita semua masih hidup. Amin. Hati yang faham dan nampak kekurangan untuk menuju ke arah lebih baik. Beginilah bila anda sudah jatuh hati pada dakwah ini. Beruntunglah anda semua!

Sepanjang pengalaman saya yang cetek atas Jalan Dakwah ini dan melihat teman2 dan senior2 saya yang saya perhatikan keaktifan mereka, idealisme seorang mahasiswa dalam membawa cita-cita dan harapan sangat penting. Hal ini yang menjadikan mereka inginkan kesempurnaan dan kepuasan dalam sesuatu perkara. Lonjakan ini sangat penting kerana ia antara faktor yang menjaga konsisten atau tidak kita dalam beramal.

Saya amat susah hati jika melihat ramai mahasiswa/mahasiswi generasi Muda ini yang terlalu cepat menjadi Syeikh (orang tua) sebelum tiba masanya. Lebih selesa duduk di rumah dan hanya bergerak bila diperlukan. Seronok ke jadi orang tua ya?

Matlamat apa yang kita nak raih?
Saya amat minat bersukan. Saya amat mengagumi Lionel Messi, ThieryHenry dan Nicol Ann David. Mereka berjaya mendapat pelbagai gelaran bertara dunia dan merangkul bermacam2 kejuaraan yang berprestij. Matlamat mereka jelas dan mereka benar2 berusaha sedaya upaya dlm menjayakan cita-cita tersebut. Perkara ini perlu dicontohi kita dalam amal dakwah yang kita lakukan seharian. Namun, satu perkara yang perlu diingat dan diulang sentiasa. Dalam semua kerja-kerja dan jerih payah yang kita lakukan, kembalikan urusan tersebut pada Allah. Pokok dakwah kita adalah Allah s.w.t, Allah s.w.t, Allah s.w.t. Tiada yang lain. Mengajak kawan-kawan dan di dalam masa yang sama menanam di dalam diri kita hakikat ketundukan kita kepada Allah. Kita bekerja atas jalan dakwah ini untuk meraih kemenangan dalam perjuangan. Ya, Kemenangan! Kemenangan!

Pasukan Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas acara bola sepak dalam Sukan SEA di Indonesia baru2 ni. Saya orang Shah Alam dan peminat pasukan bola sepak Selangor. Terkenang zaman 90an dulu ketika Selangor yang terkenal sebagai The Red Giants membolot 3 Kejuaraan Piala Malaysia berturut2 pada 1995,1996 dan 1997. Bandar Shah Alam akan sesak dan bising kerana berpusu-pusu penyokong memenuhi Stadium Shah Alam. Nama2 seperti Mehmet Durokovic, Zainal Abidin Hasan, Rusdi Suparman dan Christopher Kiwomya masih segar dalam ingatan. Tak lama selepas itu, arena bola sepak negara kembali sunyi dengan permainan hambar pemain2 liga tempatan dan terlalu banyak tangan politik di dalam bola sepak tempatan. Hatta saya sendiri dah malas nak ambil tahu dan mengutuk2 setiap kali Malaysia beraksi. Namun, sejak 2009 saya kembali mengikuti semula pasukan Harimau Muda yang berjaya menunjukkan aksi yang benar2 memukau!

Namun, definisi kemenangan bagi kita berbeza dengan kefahaman kemenangan orang lain. Kemenangan yang diajar oleh para Nabi dan sahabat. Kemenangan kita dijelaskan Syed Qutb:
Kemenangan yang paling bernilai di sisi Allah ialah kemenangan jiwa atas materialistik, kemenangan akidah menghadapi sakit dan sengsara, kemenangan iman menempuh badai fitnah. Di dalam kisah pembunuhan beramai-ramai di dalam Ashabul Ukhdud (walapun secara kasar ia menunjukkan kekalahan Islam dan kemenangan Musuh-musuh Islam), nyata sekali kemenangan orang-orang beriman itu mengalahkan perasaan takut dan sakit; kemenangan mengatasi godaan-godaan duniawi, kemenangan menghadapi fitnah, kemenangan kehormatan umat manusia di sepanjang zaman. Inilah kemenangan sejati! (Maalim Fit Toriq)
Ya, itulah erti kemenangan yang hakiki. Kemenangan dalaman yang amat tinggi nilainya. Bila kita memahami perkara ini dengan baik. Maka kita akan berusaha sedaya upaya memelihara diri kita daripada menjadi bakaran api neraka. Kita akan melawan supaya hati kita tidak rosak. Mengelakkan jiwa kita daripada dirosakkan oleh pandangan wanita, masa kosong yang tidak bermanfaat dan hari-hari yang lesu.
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan (Surah Tahrim:6)
Sedikit persoalan
Kita ambil sedikit masa sebentar...tanya soalan2 ini pada diri kita dan jawab dengan jujur tanpa perlu menghalakan pada orang lain. Dalam kesibukan dakwah kita seharian....
  • Bilakah masa terbaik yang kita berikan untuk membaca al-Quran?
  • Berapa lama mata kita tidak mengalirkan airmata kerana mengenang dosa kita?
  • Adakah kita merasa berat untuk menadah tangan selepas solat?
  • Sudah berapa lama dahi kita tidak diletakkan di atas sejadah pada waktu malam ketika manusia lain nyenyak tidur?
  • Apa yang kita lakukan ketika mendengar seruan azan?
Sudah ada jawapan? Simpanlah dan jadikan ia rahsia antara kita dengan Allah s.w.t. Junaid al-Baghdadi sewaktu ditanya: Mengapa aku merasa manusia menjauhkan diri daripada dakwahku? Beliau menjawab:
Lihatlah apa yang bercampur baur di dalam hati mu.
Syeikh Ahmad ar-Rasyid berpesan pada pendakwah:
Setiap dakwah yang mahu istiqamah dalam jalannya menuju Allah, hendaklah melangkah melalui istiqamah. Istiqamah pintunya ialah mihrab (ar-Raqaiq)
Takutlah kita semua akan hadis yang diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w ini:
"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan. Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga, TETAPI mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan. (Riwayat Ibnu Majah)
Berpijak di bumi nyata....
Saya akan berkongsi sedikit tips yang saya kutip atas perjalanan ini daripada para Murobbi yang menunjukkan teladan terbaik atas Jalan ini:
1. lakukan amalan harian (bacaan al-Quran, solat sunat, qiamullail, zikir dan lain2) sehingga Allah s.w.t merasa kasihan melihat amalan kita. Inilah yang ditanam pada generasi awal ketika Qiamullail diwajibkan.

2. pilihlah masa yang paling terbaik dalam hari kita untuk duduk membaca al-Quran, menghayati dan memikirkan makna-maknanya. Masalah kita adalah kita membaca al-Quran untuk dihabiskan semata-mata

3. Keluarlah bersusah-payah menyampaikan kebaikan. Berkenalan dengan orang-orang baru samada bangsa sendiri atau bangsa asing spt Arab, Inggeris dan lain2. Rajinkan mulut bersembang dan tutuplah pertemuan tersebut dengan hadiah daripada hadis Nabi s.a.w atau ayat Quran.

4. Beramal dalam lapangan masing-masing dengan penuh bersungguh-sungguh. Curahkan kreativiti dan tenaga kita secara optimum. Bekerja seolah-olah Hari Kiamat esok hari. Bekerja sehingga kita tertidur dalam kerja2 kita.

5. Kita sangat takut untuk berkata, “Saya yang buat ini”… “ Saya dah habiskan banyak duit saya”… “Saya dah korbankan macam-macam…” dan “Saya…saya…saya…”. Bila kita buang perkataan ini pasti kita akan rasa kerehatan dan ketenangan yang mendamaikan dalam kehidupan kita.
Dengan ini, jika gabungan (Roh yang hidup + Dakwah/Tarbiyah yang bersungguh) ini dilakukan, nescaya kita akan dapati pelbagai idea datang mencurah2, pelbagai jalan keluar untuk masalah kita dan bermacam-macam penyelesaian datang daripada arah yang tidak disangka2!
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dijadikan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah at-Tolaq:2-3)
Asas Kerajaan Nabi Daud a.s
Nabi Daud a.s sentiasa bertasbih pada waktu petang dan pada waktu pagi ketika terbit matahari, lalu Allah swt mempermudahkan gunung-ganang sehingga dapat bertasbih bersama-sama baginda. Allah swt berfirman dalam surah Sod ayat 18-20:
إِنَّا سَخَّرْنَا الْجِبَالَ مَعَهُ يُسَبِّحْنَ بِالْعَشِيِّ وَالإْشْرَاقِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.”
Lalu Allah swt mengurniakan kepada baginda suatu kurniaan yang amat besar yang difirmankan oleh Allah selepas itu:
وَشَدَدْنَا مُلْكَهُ
Maksudnya: “Dan Kami kuatkan kerajaannya…”
Sesuatu dakwah yang mendakwa dirinya sebagai dakwah Islam tidak akan teguh kekuasaannya dan akan dapat dikalahkan jika para pendokongnya tidak melakukan tasbih pada waktu petang dan pada waktu pagi (ketika terbit matahari).

Lagu Kedamaian Seorang Mukmin
Biarlah kata-kata As-Syahid Sayyid Qutb menutup tulisan ini, mengambarkan betapa damai dan rileksnya jiwa orang beriman setelah memahami tabiat sebenar perjuangan dakwah dan tarbiyah mereka:
Sesungguhnya lapangan perjuangan bukanlah terhad di dunia dan bumi ini sahaja. Para saksi terhadap perjuanganmu dan jerih payah mu bukanlah hanya umat mahusia yang hidupnya terbatas dalam lingkungan generasi tertentu sahaja. Para malaikat dan penghuni langit pun sebenarnya pun menyaksikan setiap aktiviti-aktiviti kehidupan dunia, mereka menjadi saksi atas segala kejadian dan aktiviti itu, juga peranan membuat perhitungan dan statistik mengenai nilai kejadian itu. Para malaikat penghuni langit bertugas menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk orang beriman berlipat ganda lebih baik daripada ruangan dan tempat tinggal yang dapat dibuat oleh penduduk bumi. Dan adalah pujian dan markah yang, diberi oleh para malaikat penghuni langit itu lebih bernilai daripada pujian seluruh penghuni dunia ini.Kerana di sana, akhirat jualah tempat kesudahannya! (Bab Inilah Jalannya)
Saat-saat akhir sebelum as-Syahid Sayyid Qutb dibawa ke tali gantung. Berjalan mendapatkan rindu kekasihnya. Setelah bertahun-tahun diseksa di dalam penjara. Masa yang dinanti telah tiba. Selamat Tinggal Dunia yang penuh pancaroba dan ujian yang tidak pernah padam. Selamat tinggal hai dunia yang penuh melalaikan!

~baru-baru ni, baru saya faham kenapa as-Syahid Sayyid Qutb begitu tenang menyerahkan lehernya di tali gantung.....biarpun beliau diberi peluang dibebaskan daripada hukuman tersebut, tetapi beliau tetap menolak!

Saturday, December 10, 2011

Once broken, consider sold~


Jika denganmu salah ku takmahu yang benar,
Jika denganmu rebah biarkan kutercalar.

Jika denganmu kabur ku tak mahu yang jelas,
Jika denganmu hanyut, biarlah aku lemas.


Jeng3...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~~~Demi Dia yang nyawaku berada digenggamanNYA, Alhamdulilah, tiadalah yang lebih besar melainkan Allah, yang Maha Agung lagi Maha Penyayang. Dan aku tersenyum.

Biasa dengar tak bait2 di atas, subhanallah pandainya mereka menggubah lagu sehingga aku yang mendengar kali pertama boleh teringat2 rangkap lagu tu dan nak dengar lagi dan lagi..

Tetapi alhamdulillah...mungkin sengaja Allah perkenankan aku yang mendengar untuk mengingat~supaya minda dapat merasionalkan keinginan utk mendengarnya lagi dan lagi itu... Haayok~~

Oh~~biar betul? Kalau dengannya salah, tak mahu yang benar? Hebatnya penyusunan ayat ini? Sangat hebat kerana diilhamkan menggunakan minda kurniaan Allah juga~ tetapi~ tetapi~ tetapi~~jangan tak tahu, ayat ini menunjukkan sesuatu, keangkuhan menerima kebenaran! MasyaAllah.

Umum mengetahui, bahawa mencintai yang bukan muhrim dengan cara yang tidak mengikut syarak bahkan melampaui batas adalah haram~tapi ada satu perkara yang mungkin jarang terfikir~~tahu tak yang ianya juga membazir? Ok, aku ini tidaklah bijak dalam meniaga, apetah lagi layak digelar natural born salesman, amatlah jauh panggangnya dari api, tapi aku suka duit, aku suka insentif, aku suka keuntungan..money3~~~kamu?

Jadi, as for me aku takkan rasa berbaloi kalau berbuat sesuatu yang tidak mendatang2kan apa2, apetah lagi mendatangkan kerugian~puhliss~~minta jauh~aku ni takdelah kaya sangat so takdelah sanggup nak tanggung kerugian yang berkoyan2 yang sepatotnya boleh dielakkan tu..

You get what I mean? I hate loss of profit~yang sepatutnya boleh menjadi profit yang berganda-ganda..Got my meaning. Ok, letak tepi sekejap, Japgi kita satukan hakikat demi hakikat.

Nak cakap, yang bercinta bagai nak rak dengan the one yang ajnabi( baca: bukan muhrim) tu apekehenye?

Bukan ade pekdah pun~ and futhermore~membazir wey, tak dapat apa~kalau korang nak bidas aku dengan hujah " eh dapat beb, my bf selalu belanja aku makan, aku dapat teddy bear each anniversary, dia selalu bagi aku present, flowers takyah cakaplah~aritu dia ajak aku pergi melancong, myb end of this year kami ingat nak pergi Dubai, tengok Taj Mahal, lambang cinta yang bersemi, and,and,and~~~~dia bagi aku credit card you~~~~jangan jeles~~"

(~__~)" huh~~well sekali lagi aku nak cakap, eventhough aku ni bukan the best saleswoman ever, bukan juga CEO marketing yang pikir income tiap2 detik, tapi aku ni takdelah 'lurus' sangat kalau nak menimbang wey, menimbang mana lagi berat, untung dunia ke akhirat.

Siapa yang boleh surekan kat aku yang all those bears, hadiah, flowers(yang forsure akan layu even rendam dalam panadol 3minggu sekalipun), termasuk pakej pelancongan and the card credits bila dihimpunkan di sebelah dacing(tidak memihak kepada mana2 parti politik, ahaks), sementara sebelahnya lagi, terletak satu perkara yang simple iaitu ucapan hasbiAllahu rabbi for example, the one yang terkandung dengan all those 'stuff' tu akan menjadi lebih berat daripada yang kalimah simple tu? Siapa? Siapa?

Ha~sebab tu lah aku cakap membazir~banyak mana pun material yang korang dapat tak untung weyh, malah rugi~elok2 je segala harta benda tu dibakar macam tu je nanti..tak ke rugi~apetah lagi rugi masa, tenaga, aduh semua tu tak dikira~nonono, balik kepada maksud aku sebelum ni, profit loses!!~~bila kata loses maksudnya plural, jamak, banyak....Hee~~tamau, tamau! Korang faham tak apa yang aku maksudkan? membazir?

Ha~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ok enough said, aku taknak bergaduh cuma mengeluh~sikit je tak banyak~sebab apa? sebab sayang~

Sayang sangat bile tengok orang kita yang bercinta bagai nak rak~last2 bila hati dan jiwa diserahkan sepenuhnya(aku taknak cakap pasal harta serahan yang lain, tak suka), tiba2 senang2 si dia patah2kan, remuk2kan, hancurluluh hati2 kekasih mereka yang mengharap tu...

Ingat, hati bukan macam barang kaca~sekalipun ia sama rapuh konsep nilainya berbeza. Ia bukan harta yang 'once broken, consider sold' tapi once hati tu patah remuk, segala2nya boleh berlaku. Aku tak salahkan orang yang bila that time baru kembali pada Allah, tak bukan salah, sebab mungkin Allah pilih masa tu untuk panggil hambanya yang bertuah itu kembali, tapi kawan, takkan takleh fikir, sapa yang suka sakit hati? Takkan bila dah tersentap direntap baru nak gagap(ganas ayat aku kan?)?Why not bila hati tengah 'suci' (baca: masih belum dikecewa), kembali cepat2 pada landasan Ilahi. Sebab tiada cinta yang tidak syarie tidak akan mengecewakan, hakikatnya semuanya akan memberi hasil yang sama even cinta tu membawa ke arah perkahwinan, sebab setiap inci hidup dan perlakuan akan dihisab, habis tu perlakuan cintan cintun sebelum kahwin tu takkan nak cut je kot~tak rasional~and bila direwind balik takkan time tu nak tersipu2 macam tertelan kapur~tak~elakkan selagi mampu~ingatlah kan~hanya taubat penawarnya~see~~aku siap bagi tips penawar lagi ni~

So dear, behave~aku bukanlah orang yang baik sangat, buktinya tulisan aku ni, langsung tak berhikmah! Tapi dear, kalau aku cakap berhikmah pun mahukah kau mendengarnya?

Almaklumlah,

"Jika denganmu salah, ku tak mahu yang benar"

Kau yang declare dulu..kau taknak yang benar kan? Tapi ada aku kisah? Aku nak cakap juga tak kira..Sebab apa? Sebab sayang~

Dah, itu je..by the way..Taj Mahal kat Dubai ke? Serendah-rendah IQ aku pun aku tahu jugak yang Taj Mahal tu kat mana..dan tak payahlah nak sembang, aku pun dah pernah pergi Taj Mahal dengan salah satu 'cinta' aku juga~Taj Mahal dekat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu. Bukan itu sahaja, aku sempat ziarah Makkah dan Madinah serta AlAqsa bersama 'cinta'ku itu..Kau apa ada? Baru plan kan??? Kenapa aku cakap ni? Sebab nak menguatkan cerita bahawa apa yang dijanjikan kekasihmu itu, ciput je~simple, semua orang boleh buat..tak semegah~


Regards,
Aku Yang Belum Penat.

Assalamualaikum~

Tuesday, December 6, 2011

KMM-USM

Hari ini aku terjumpa kembali sebuah buku catatan ketika di matrikulasi dahulu. Alkisahnya, aku sedang mengemas-ngemas dan sedang mempertimbangkan keperluan beberapa dokumen yang perlu berada di meja belajarku yang akhirnya aku memutuskan untuk menyembunyikan sebilangan darinya yang aku rasakan kurang penting untuk menyapa pandangan saat ini. Bila dah buka kotak buku2 itu aku pun terpandang buku exercise yang biasa itu. Aku pun ambil dan teliti yang membuatnya luar biasa adalah sticker USM yang berada di muka depannya, walau pada hakikatnya tertulis H8T1P1…praktikumku ketika di MATRIKULASI…..

Secara tuntas aku terkersip~subhanallah~rupa2nya percaturan Allah ini sangat indah bila difikirkan~ketika itu aku masih belum memasuki zaman university, intihan aku telah pun meletakkan pelekat university di muka hadapan bukuku, dan hakikatnya aku kini berada di university tersebut~peliknya hakikat~

Aku ketawa sendirian di bawah tingkap sambil mukaku disimbahi hangat mentari awal petang. Aku menggeleng-gelengkan kepala~sambil ketawa lagi.

Aku letakkan buku itu di atas meja belajarku sambil tanganku ligat mengirai2 isi kotak yang lama tersadai di tepi kaki meja itu. Hajatku nak tangkap gambar buku itu dan masukkan dalam blog ni nanti~insyaAllah~

Usai mengirai dan tiada apa yang menarik pandangan, aku lalu kembali ke meja belajarku. Aku ambil buku tersebut dan aku intai kandungannya. Sekali lagi aku ketawa sopan~Nabilah yang skema~skema sungguh~

Helaian demi helaian aku selak hingga mataku kini tertancap pada helaian2 terakhir kitab lama itu, dan aku terpana lalu hampir menitiskan airmata~

BISIKAN TARBIAH MADAH TERINDAH

Objektif:

· Menekankan kepentingan niat dalam mencari redha Allah

· Membentuk muslimah berkeperibadian unggul

· Menjalin dan mengeratkan silaturrahim

Dicapai melalui aktiviti dan slot:

· Iringan tarbiah dalam kehidupan

· Manisnya tarbiah

· Niat penguntum pahala, amal menjadikannya berganda, muslimah sejati penghias syurga.

Tanzim

Masulah: SNNN

S/U: AFAB

Iman: FHAL

Disiplin dan moderator: NHAK

Makanan: NER

3K: NA

Riadah/Aktiviti: NM

Tentatif

2.30-3.30: Pendaftaran, Taklimat Program dam Pembahagian Kumpulan

3.30-4.00: Seleksi Admirer(sampai habis program)

4.00-5.00: Tilawah, solat Asar, Mathurat

5.00-6.30: Habiballah Circle(LDK 1)

Lalang (Objektif 1)

Reka sajak buat ukhti (Obj 3)

Minum Petang

6.30-7.15: Kendiri

7.15-7.45: Maghrib

7.45-8.30: Tayangan, Solat Isyak, Lagu Tema, Makan Malam

8.45-10.30: LDK 2

Kartun Tarbiah ( Obj 2)

Lakon Layar Muslimah Sejati (Obj 2)

10.30-11.00:Tayangan :Ketukan Pintu Hati

11.00-11.45: Muhasabah (Diganti dengan Al-Fatihah)

11.45-12.00: Sunat taubat dan Al-Mulk

4.30-5.45: Qiam

5.45-6.45: Subuh, mathurat, tazkirah

6.45-7.30: Tadabbur Alam dan Riadah: Muslimah Mujahidah!

7.30-8.45: Kendiri, Sarapan, Dhuha

8.45-9.00: Isi masa lapang(menunggu akhowat luar-pengisi)

10.00-12.00: Slot 1 (Ahammiyatun Tarbiah)

12.00-12.30: Qoilullah

12.300-1.00: Makan tengahari

1.00-2.00: Zohor dan Tilawah

2.00-4.00: Slot 2 (Ihsan)

4.00-5.00: Ingat nak buat eval tapi terpaksa bersurai.

Bila tiba-tiba surau A1 tu kosong, hati seperti tersentak, ya Allah rindunya~ Dan ukhti hanum pun berkata~Alhamdulillah rindu~~~padahal baru je 5-6 minit surau tu kosong. Au terlentang di atas permaidani surau sambil mendepang tangan dan akhowat yang melihat hanya mampu ketawa~penat~

Hari yang lain:

Liqo TPK

FHAL

NER

NH

SNNN

NMMS

NH

Tiada satu pun wajah yang bebas kerutan di dahi tapi tiada satupun bibir yang terlupa untuk tersenyum. Liqo ini merupakan usaha membahagikan mad’u untuk difolo up selepas Rehlah Mahabbah di Pengkalan Balak. Beberapa nama telah disenaraikan dan TPK KMM diamanahkan untuk memantau perkembangan penama-penama itu.

“ Ana rasa kalau K.Im ni better FHAL yang bawa, sebab FHAL lembut, dan ana rasa memang dia kena orang yang lembut juga untuk approach,” ujar seorang akhowat.

“Yang ASH ni, macam mana?” soal sang murobbiah NMMS.

“ Kalau yang ana perasan dia ni jenis teratur orangnya, senang cerita sangat precise dalam kehidupan, kalau ana memang tak boleh lah nak click..Takut tak tsiqah..”

“ Ana rasa betul..tapi kan yang HDY better bagi kat NER kot, aritu kan dia datang sebab anti..” NER mengangguk. Senyumannya masih bersabit.

“Haah, ana perasan yang dia siqah ngan ana..”haha..ketawa pecah.

“Cuma ana harap yang Azi dan Zeera tu yang bawanya SNNN sebab anti enganging~~”ha? Semua nganga dan kembali tersenyum..

And the rest is history. Bermula pada tarikh itulah Ziarah Akhowat Version 0.5 diupgrade menjadi Ziarah Mad’u Version 1.0. Dan langkahku sebagai Murobbiah bermula ketika itulah~

Bila memori yang tadi menari di tubir mata hilang dihembus angin hari ini, senyumanku mati. Sungguh aku rindu dan tidak keterlaluan kukatakan aku kagum akan masa lampau itu. Sangat unik sekali bila pada hari ini, aku menganggap anak2 baru patah kaki, masih belum mampu berjalan lurus, sedangkan aku ketika dulu juga sangat baru~sangat baru~tapi kerana diberi peluang kami mampu~andai saja hatiku ini lembut untuk memberi peluang dengan cinta kepada anak2 baru, aku yakin yang mereka juga mampu~kerana hakikatnya mereka itu kini berada di maqam yang lebih matang dari usia tarbiahku dahulu.

Thursday, November 3, 2011

HATI INI SAYU~~~(lirik lagu)

Sebaknya~sekarang hati senang menjadi sebak~pada sesuatu yang pernah dijalani, dijalani kembali sebak pulak, sampai diri menjadi pelik, lalu tertanya-tanya adakah diri merapuh? Pesimistic menyapa, rasa bertambah sedih, hinggalah Allah menghadirkan satu ujian ringan, sangat ringan, sekadar menjadi bantuan mengukur sedih dan sebakku pada apa. Mata kembali terbuka, sebab Allah sayang, Allah sedarkan yang apa yang berlaku sebenarnya baik, bukan untuk diri sendiri tapi sebab takut, Allah sayang, tu sebab Allah hadirkan teguran ringkas tu untuk membezakan sebakku untuk apa. Allah sayang lagi~

Sunday, October 16, 2011

Kunci Itu Biasa-Biasa sahaja~


Kaki dilangkahkah santai menuju tempat yang ntah apa-apa. 'Ntah apa-apa' kerana aku belum pernah sampai ke sini, dan kerana itulah aku meladung kaki pergi ke segenap penjuru tanpa apa-apa halangan Biarkan ia begitu.

Aku bertemu satu pintu, pintunya biasa sahaja, aku lalu memutar tombolnya, menjengahkan kepala masuk, huh~biasa-biasa sahaja..Tanpa meneruskan langkah, aku menutup pintu tersebut dan berpaling.

Aku bertemu pintu kedua, dari luarannya nampak megah, aku kagum dengan ukiran dan perhiasan pada pintu tersebut, aku melihat ukiran awan larat emas berikat melingkari bendul pintu itu, aku teruja, aku cuba memutar tombol dan aku ghairah untuk masuk ke dalamnya. Aku menjengah ke dalam dan aku amat terkejut, pantas pintu itu aku tutup kembali rapat-rapat. Betapa aku hairan, masakan 'bilik sampah' berpintukan pintu indah sedemikian? Ya, bilik sampah.

Aku berfikir-fikir sambil berjalan, kaki aku belokkan ke sebelah kanan, kerana di hadapanku telah tidak ada jalan, baru sahaja aku membelok, sebuah pintu besi menyapa irisku, pintu besi yang amat gagah, tombolnya amat canggih, tiada lubang kunci di situ, namun bilik itu legap, kerana tingkapnya juga ditutup dengan besi, sangkaku, berkemungkinan terdapat barang berharga di dalamnya, sehingga aku sempat berasa ragu untuk menghampirkan tanganku ke tombol pintu, namun tetap aku memulas.

Bilik ini aneh, walaupun pintu yang menutupnya amat besar dan gagah tetapi bilik ini aneh, ia merupakan sebuah ruang yang semakin menyempit, bermula dari muka pintu yang lebar, bilik ini semakin menirus kelebarannya ke hujung penjuru bilik, aku merasa bertambah aneh. Tempat apakah ini?Rupanya pintu yang gagah itu sekadar mengilusi pandangan menutup kekurangan bilik yang serba sempit dan tidak dapat dimanfaatkan itu. Aku ketawa sinis.

Aku meneruskan lagi perjalananku, aku bertemu dengan sebuah kiub yang menempatkan sebuah bilik yang indah luarannya, aku melihat cahaya-cahaya yang terpalit di kitarnya, aku merasa sungguh bertuah kerana sampai ke tempat ini. Aku segera berlari ke arah pintu itu dan cuba ku pulas tombolnya. Dahiku berkerut, ah..kunci....Aku pelik masakan bilik ini berkunci? Namun akhirnya senyumku bersabit, bilik yang indah di luar ini mungkin indah juga di dalam.

Aku mengelih ke kiri dan ke kanan, mencari orang yang lalu lalang, sepi. Tiada. Aku memandang lagi kali ini mencari petunjuk bagi mencari kunci. Tanpa aku sedari, ada sekotak kaca yang aneh betul-betul berada di sebelah kiriku sedari tadi. Aha...kunci..


Oh, aku keliru, mana satu kuncinya? Kotak kaca tersebut mengandungi terlalu banyak anak kunci, melebihi 50 buah anak kunci, semuanya berlainan rupa, warna dan saiz. Ah, perangkapkah ini? Fikiran tidak dapat berfikir waras lalu segera aku mencuba kunci-kunci itu secara rawak. Aku mulakan pada yang pada firasatku sesuai dengan lubang kunci di tombol itu. Aku gagal. Aku cuba kunci yang lain pula, sekali lagi aku gagal, aku cuba memasukkan kunci yang ketara buruk dan usang, sudah tentu aku gagal, aku cuba lagi, dan aku cuba lagi...Sudah berpuluh-puluh kunci aku masukkan, aku menjadi semakin penat, aku menjadi kurang ingin mengetahui isi bilik tersebut kerana betapa susahnya ingin membuka pintu itu.

Akhir sekali aku mencuba mengangkat sebuah kunci yang sebesar tapak tangan tetapi berbunga kunci yang halus, tadi aku ada cuba mengangkatnya untuk dimasukkan ke lubang kunci tetapi kunci ini terlalu berat, diperbuat daripada emas, sangat berat hingga aku membatalkan niat untuk mencubanya. Tapi kali ini aku perlu, justeru aku mengerahkan sekuat tenagaku bagi mengangkat kunci itu. Cubaan untuk memasukkan kunci ke dalam lubang kunci gagal beberapa kali, bukan kerana tidak muat, tetapi kerana tidak terangkat, ah, kunci apakah ini? Berat dan menyusahkan!

Kesabaranku tadi kini memercikkan harapan, kunci selamat dimasukkan ke lubang kunci. Muat. Subhanallah..inikah kuncinya? Berat sungguh! Tombol ku pulas dan air mukaku berubah...

Cahaya yang tadi silau menyilau datangnya dari mesin-mesin yang sedang menyalakan lampu-lampu palsu, ia bukan sejenis cahaya yang menarik melainkan hanya lampu-lampu biasa. Bilik itu hanya dipenuhi lampu-lampu, dari mesin-mesin tanpa jiwa. Perasaanku hambar, usahaku yang tadi sepertinya sia-sia. Aku tertipu oleh cahaya yang sangkaku merupakan satu perkara yang menyenangkan. Tapi rupanya lahir dari satu kepuraan, dari mesin tanpa jiwa.

Pintu penipu itu aku tutup dengan perasaan berat. Sekiranya kunci tadi tidak diperbuat dari emas dan tidak begitu berat nescaya aku patahkan sahaja kunci itu, supaya tiada lagi insan lain yang kecewa. Untuk memasuki pintu itu, aku telah mengerahkan kudrat yang bukan sedikit, kuncinya juga nampak mahal dan memberatkan, tapi hasil dalamnya hanya sesuatu yang bukan asli, aku rasa tertipu.

Perjalanan tadi aku ingin saja akhiri, malas untuk meneroka tempat ini. Tempat yang 'ntah apa-apa'. Apa yang aku lakukan di sini??!

Baru sahaja aku ingin berpaling. Sesuatu menyapa pandanganku. Ah...pintu lagi!

Tapi~~~~

Aku mengahmpiri bilik itu. Wau~~~aku dapat melihat isi bilik itu dari luar..Ia merupakan sebuah taman yang indah, punya rumput yang tidak basah, ada air yang mengalir lembut pada sungai yang cetek dan cerah, ia seperti satu kawasan. Eh, ini pintu keluarkah? Kawasan yang amat indah..Eh, apakah itu? Aku melihat satu meja yang teramat panjang..tersusun di atasnya makanan-makanan serta minuman yang lazat. Aku yang baru sahaja kenyang menjadi lapar semula. Aku menjadi sangat ghairah lalu dengan rakus aku pulasi si tombol pintu, tapi hampa, ia berkunci.

Sangka buruk mengaburi qalbuku, mungkinkah ini juga satu tipu helah, seperti bilik berkunci tadi?

Namun, keindahan taman tadi tidak dapat aku hapusi dari benak mata. Aku lekapkan mukaku ke cermin yang menzahirkan nikmat itu di mataku. Ia nampak hidup bukan rekaan, aku lama begitu, memasang angan dan cita-cita untuk menikmati semuanya. Aku berasa marah. Mengapakah ianya berkunci?

Aku toleh ke kanan dan ke kiri, mencari kunci. Aku picingkan mata ke arah sebuah kotak kaca yang terletak betul-betul di sebelah kananku. Aku memandangnya dingin. Kotak kaca lagi.. Dan telahanku tepat. Puluhan kunci berada di situ.

Aku mengilas kunci yang kelihatan paling berharga dalam kalangan kunci-kunci itu. Amat sukar sebenarnya untuk aku berbuat sedemikian kerana sebenarnya tidak seperti kotak kaca tadi, kotak kaca yang ini mempunyai lebih dari satu kunci yang indah. Aku justeru cuma mengambil salah satu daripadanya dan mencuba, ia berat dan besar, tapi aku tak kisah, aku telah melihat nikmat di sebalik pintu itu. Gagal! Aku gagal. Dengan rakus, aku ambil pula kunci indah yang lain, lalu dengan gopoh aku masukkannya ke dalam lubang kunci. Gagal lagi! ini tidak boleh jadi!

Aku cuba lagi dengan kunci indah yang lain, menafikan hak kunci-kunci biasa yang wujud di depan mata, sangkaku, bilik yang indah ini kuncinya juga mesti indah. Tapi sekali lagi aku gagal. Aku semakin penat, mengangkat puluhan kunci indah untuk dicuba. Aku penat, tekakku kering dan perutku lapar, aku sangat penat. Ruangan luar bilik yang aku rasakan biasa tadi kini menjadi semakin sempit, aku pelik lagi khuatir apa yang sedang terjadi??

Aku merasa amat terhimpit. Apapun yang terjadi aku harus keluar dari tempat ini, pintu ini merupakan satu-satunya harapanku.

Ruangan yang semakin menyempit itu kini menyesakkan nafasku. Tanganku megambil mana-mana saja kunci yang mampu aku capai untuk aku masukkan ke lubang kunci, tidak aku hiraukan keindahan kunci-kunci itu lagi. Aku harus segera, jika tidak aku akan mati!

Gagal, gagal. Dan gagal lagi! Macam mana ni? Aku resah!

Aku melihat sekilas ke kotak kaca. Ruangan luar itu menjadi semakin sempit. Aku melihat lagi ke kotak kaca. Aku memandang sebuah anak kunci yang biasa-biasa sahaja. Ia mirip anak kunci padlock pada loker bajuku di bilik. Aku pelik mengapa aku terpandang akannya. Lama. Sehinggalah aku sedar aku tidak punya masa!

Aku mencapai kunci yang satu itu dah aku masukkannya ke lubang kunci. Klik!

Terbuka, tombolku pulas. Dan pintu itu terbuka. Aku segara berlari masuk ke dalam bilik.
fuhh~~hampir...

Aku menjatuhkan badan pada rumput yang tidak basah..Nyaman sekali. Mata kutebar ke serata ruang, nyaman dan menyejukkan. Hatiku redup.

'Kunci itu biasa-biasa sahaja' desis hatiku. Aku memandang ke luar bilik. Gelap.

Gelap?

Aneh, apa yang sedang berlaku kepadaku ini?

Perutku berkeroncong, peluh yang tadi merenik kini menjadi hawa dingin di dahi. Tekakku kembali haus, aku mengangkat tubuh untuk kembali berdiri. Kaki aku langkahkan rakus menuju meja hidangan, kepala aku tolehkan ke sekeliling, tiada orang lain, hanya aku di situ. Ntah kenapa aku merasakan yang hidangan itu hanya untukku.

Aku makan dengan lahapnya. Sangat banyak makanan yang telah masuk ke perutku, makanan yang sangat enak. Bila-bila haus aku bisa memilih dari piala mana aku ingin minum, aku berasa sangat gembira! Namun aku tak merasa puas, sebanyak mana pun yang telah aku ambil, tidak berkurang langsung hidangan di depan mataku. Aku takjub! Apakah ini?

'Kunci itu Biasa-biasa sahaja' Aku hampir tercekik!

Suara siapakah itu??!! Memutarkan kembali laras ayat yang dilontarkan hatiku sebentar tadi.

'Inilah nikmat Tuhanmu, yang menjadi ganjaran bagi orang-orang yang terpilih. Kuncinya terletak dunia, di hadapan mata, dalam kalangan orang-orang yang biasa sahaja. Kuncinya adalah keikhlasan yang lahir dari penat lelah orang yang biasa-biasa sahaja. Boleh jadi dia tidak mendapat ilmu akhirat dengan sempurna tapi dia mengamalkan apa yang diketahuinya. Boleh jadi dia mengetahui sesuatu yang tidak diketahui orang lain tapi dia tidak lokek mengkongsikannya. Kuncinya biasa-biasa sahaja. Matlamatnya untuk membuka pintu rahmat Allah bagi hamba yang berada dekatnya. Misinya satu, syurga kenikmatan buat hamba-hambaNya. Kunci itu biasa-biasa sahaja. Terdapat pada orang biasa yang kefahamannya luar biasa!'

Suara itu ghaib.

Aku memandang pintu dan kembali mengingat kunci yang aku tinggalkan di luar sahaja. Aku memberanikan diri untuk membuka pintu tadi. Di luar gelap dan tiada apa-apa. Kunci itu aku tarik dari lubang kunci lalu aku bawa bersama ke taman ini. Dia telah mengarahkan aku kepada kenikmatan abadi, maka ia layak bersama-samaku di sini.

"Bagi mereka yang mengarahkan seseorang ke arah kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama seperti orang yang berbuat kebajikan tersebut tanpa mengurangkan pahala orang yang berbuat. Dan bagi mereka yang mengarahkan orang kepada kejahatan, dia juga akan mendapat balasan sama seperti orang yang berbuat itu tanpa mengurangkan sedikitpun balasan untuk orang yang berbuat."

Saturday, October 15, 2011

Tribut Untuk Walidain....


When I'm down.
and my heart so weary...
When troubles comes.
And my heart burden me...
And I am still and wait here in the silence....
Until you come and sit a while with me~~~

You raise me up,
so I can stand on mountain..
You raised me up..
to walk on stormy seas..
I am strong when I am on your shoulder..
You raised me up to more than I can be...