Thursday, May 3, 2012

Engkaukah yang memanggil, cinta?

Kami meraba tanpa cahaya
Kami yang lupa hina dan papa

Subhanallah, aku tak tahu apa yang jadi pada diri ini.

Sudah terlalu sering di 'hantu'i panggilan haji.

Mungkinkah doa-doa yang sering melatar di bibir bila saja akhowat sebut pasal nikah sebagai perisai, Allah hampirkan?

Rasa hati terbuai-buai untuk mengerjakan haji.

Bila ditelek mencari permulaannya, mungkin start dengan entry 'Maharku 45K' tu.

Even sebelum ini memang terasa sangat ingin membalas jasa ibu yang tak pernah lagi lelah dengan perangai penaik darah tinggi macam perangai aku ini. Juga kesabaran ayah yang belum pernah kalah dengan gesaan adrenalin berlebihan memikirkan anak gadisnya yang kerap mendatangkan gundah di hatinya. Kesemuanya itu serasanya ingin dibalas dengan sesuatu yang membawa saham akhirat buat ayah dan ibu. Kalau setakat kereta dan rumah atau kejayaan atau PhD atau kekayaan, semua tu tak kekal di sisi Allah.

Jadi tergagaslah untuk menghadiahkan haji pada mereka.

Bila kata hadiah wajarlah diamkan kan? nanti tak surprise.

Tapi ibu ayah bukan baca pun blok hambe, ye dok ibu? (^__^)

Haji. Haji.

Dua untuk ayah dan ibu. Seorang satu.

Haji.

Satu untuk aku.

Aku pun nak pergi haji juga.

Bermulanya ketika dan detik itu aku mula mencongak-congak.

Sepanjang berurusan dengan hidup, biar matlamatnya terbias kepada peluang haji.

Dalam berjalan seharian, hati dipenuhi banyangan cinta haji.

Macam mana ni?

Bila difikirkan. Awal sangat ke aku fikir pasal haji-haji ini?

Bagaimana takrif awal, dan bagaimana takrif lambat?

Bukankah masa untuk itu dilatari tarikh mati?

Dan siapa yang tahu tarikh matinya?

Taknak mati lagi ya Allah.

Jangan matikan hamba sebelum hamba menyentuh RumahMu ya Allah..

Labbaikallahumma labbaik~~~

Pingu Cool

Monday, April 30, 2012

Selamat Diuji Abdullah!


Rasa sayu dan lemah bukan?

Bila segala usaha telah kita lampirkan pada kecintaan. Aktiviti-aktiviti yang kita hamparkan kerana Allah. Kecintaan.

Segala-gala hak ibadah baginya cuba kita penuhi, tapi iya, sengaja dilambatkan hasilnya.

Kerana Allah mencintai kemesraan dengan hambaNya.
Dia mahu kita selalu hampir denganNya.
Ingat akanNya.
Merunduk cinta hanya padaNya.
Meletak hampa dibahuNya.
Mengadu meminta hanya padaNya.
Merasa dekat dan terjaga denganNya.

Dia cinta itu.

Dia jadikan segalanya sebagai asbab, untuk kita malah lebih hampir.

Semakin selalu kita diuji semakin kerap kehampiran kita denganNya, semakin lunak hati yang tanpa kita sedar kembali kepada Penciptanya.

Tidakkah kita merasa nyaman bila pulang ke pangkuan keluarga? Ibarat tunas pulang ke induk, begitu pula makhluk yang kembali kepada Penciptanya.

Itulah yang sering kita terlepas.

Ujian itu indah.
Bagi hati yang berserah.
Natijahnya ada sudah.
Tinggal dicerahkan oleh Allah.

Selamat diuji! Selamat diuji! Selamat diuji!

Wahai Abdullah!


  • terangkanlah.. terangkanlah..
    jiwa yang berkabut langkah penuh dosa
    bila masa tlah tiada
    kereta kencana datang tiba-tiba

    airmata dalam luka tak merubah ceritanya
    hanya hening dan berjuta tanya
    dalam resah dalam pasrah

    terangkanlah.. terangkanlah..
    hati yang mengeluh saat hilang arah
    detik waktu yang memburu
    detik yang tak pernah kembali padaMu

    terangilah.. terangilah..
    bimbing kami dalam langkah
    ampunilah.. maafkanlah..
    dosa hidup sebelum di akhir masa

    ya Allah biha ya Allah biha
    ya Allah bi khusnul khotimah
    ya Allah biha ya Allah biha
    ya Allah bi khusnul khotimah



Thursday, April 26, 2012

Muit2

Bermusafir lagi malam ini, dengan kerisauan, berhati walang.

ya Allah, mohon ampuni kami ya Allah.

Permudahkan urusan kami.

Jagalah ibundaku ya Allah seperti selalu-selalunya ya Allah.

Sungguh aku berasa risau. Risau.

Huu..tak tahu nak buat apa, ikut je kaki melangkah ke mana. Pingu Cool

Masquerade~~~~~

Masquerade...

Itu tema masterpiece ku pagi ini. Haha...seriously bila aku katakan pada mutabaahku yang minggu ni minggu mood benda-benda merepek, aku benar-benar maksudkannya.

Walhal sewajarnya tak menang tangan aku dengan segala macam FYP, kiosknye lagi, assignment yang tak sedar due date minggu depan, program dan cinta-cinta~haha tak tahan, nak juga cinta-cinta dia tu!

Well, selepas 'You are my cupcakes' dan 'You are my sunshines' been released kepada autoriti2 berkenaan, tibalah masanya untuk 'Masquerade Beauty'. Pergh..ni kalau buat program ni molek gok~

Betul~betul...boleh gagaskan nak buat beauty night untuk akhowat, medan.

Haha... 'Masquerade Beauty' nama topengs yang aku hasilkan pagi ini, ada dua buah untuk dua buah hati.

Syarat nak pakai simple je, "pastikan hati tak hanyut dan lagha dan jangan dermakan ana maksiat disebabkan ana pembekal topeng antunna", amaran keras.

Depa ada Malam Mesra Teknologi Industri bertemakan 'Masquerade'. Sepatutnya ia bagi meraikan pelajar tahun akhir macam aku ni yang tak sedar dah school doesn't want us any longer. Ceh..takdelah. Meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yang bakal bergraduasi.

Tapi dah katanye rai, supportlah. Ni tak yuran TI nitenye je dah macam nak beli tiket naik kapal angkasa! Haha, lewah kau nab.

So, sudahnya, aku malas nak take port tapi bila budak-budak ni secara 'Freudian slip' tercakap nak suruh aku buatkan depa topeng, aku tak pandang enteng! Yelah bila dah tak dapat sambutan pelajar tahun akhir depa bukak la kat pelajar tahun lain juga. Nak jual kuota.

So, aku pun buatlah topengs a.k.a masquerade.

Macam mana, dah ada dalam darah...

Ibu dulu pernah ajar seni kot~haha~in fact aku benci gila seni-seni terutama seni lukis, sebab aku tak pandai lukis jari orang. Bila lukis jari orang macam orang tu tengah pegang bulu-bulu ayam untuk tarian ngajat. Ghee~

So, bila nak buat ni kenalah letak syarat, supaya apa yang kita bagi kat orang, orang tak guna untuk maksiat yang sahamnya nanti, kita pun boleh dapat.

Hence keluarlah amaran keras terbabit.

Haha, memang la diktator ini kak nab.

Hoho, well back to the real topics, nak kata aku ni free kaw-kaw untuk buat segala benda-benda ni tak juga, tapi tu lah bila dah start dan sayang dengan hasilnya, itu yang rasa nak buat dan buat lagi~

Macam tu ke maksiat? Astaghfirullahalazhim...

Astaghfirullahalazhim..

Hm...baiklah maksiat, nak tak nak kenalah bincangkan, dah terlintas di hati nak diapakan?

Takpe, biar panjang sikit entry kali ni.

Dulu, aku pernah terbaca, dalam hal bermaksiat secara diam-diam tanpa pengetahuan orang lain, memang orang lain tak tahu dan Allah je yang tahu, tapi kalau tak tahu nak bertaubat, akan Allah campakkan ke dalam diri orang-orang baik di sekeliling kita dengan rasa benci dan kurang senang terhadap pemaksiat tu!

Bila itu berlaku, tak ke pelik, kalau hasad ni selalunya dihadapi oleh orang-orang yang memang hasad atau kata lain pincang sedikit akhlaknya, tapi kalau orang baik pun dah benci kat kita.. Hm... tak ke seram?

Bila kita fikir-fikirkan, tiba-tiba kita boleh termasuk dalam latar tempat 'akhirat'. Cuba bayangkan, kalau orang baik di dunia, depan belakang kita dia baik, dengan Allah dia baik, dengan manusia dia baik, dengan diri sendiri dia baik, apa natijahnya?

Kalau benarlah amalnya dikira, natijahnya syurga. Subhanallah syurga...wuwuwu syurga.....

Tapi kalau orang yang baik tu , the one yang keep hating us di muka bumi ni, yang dalam hatinya terasa kurang senang segala dengan kita hatta dia sendiri tak tahu kenapa dia benci kita, sedangkan sebenarnya sebab dosa kita yang sehinggakan Allah campakkan rasa demikian dalam dirinya...

Tak ke macam kita tak layak berada dengan mereka?

Di dunia...apetah lagi..

Di akhirat?

Kalau natijah mereka syurga.........

Dan kita tak layak bersama mereka........

Lalu natijah kita?

Nauzubillahimin zalik.............................

Dush!

Kena sebijik, pagi-pagi ni kita muhasabah sebelum siap-siap nak gi makmal. Muhasabah, kenapa ada balasan yang Allah bagi kat sini dan ada balasan yang Allah bagi kat sana.

Di sebalik pembalasan tu...sebenarnya yang banyaknye adalah peringatan.

Peringatan agar orang yang pendosa seperti kita segera mencari taubat kepadaNya, juga peringatan kepada mereka yang beramal agar tidak berputus asa dengan amalan mereka.

Hm..nak kata pasal yang part beramal dan putus asa ni pun ada juga ceritanya.

Sangat biasa kita menahan rasa dan geram kepada mad'u yang entah nak cakap macam mana.

Kalau sekepala nak difikirkan tidaklah mengapa...

Cuba kalau dalam satu liqo' tu ada 5-6 kepala pastu ada 5-6-7 liqo... Jumlah minimum 25 orang..

Mangai..boleh gugur semua gigi depan.

Tak tipu.

Hatta mad'u aku ni cenonet je jumlahnya, tapi tetap dah rasa geli geleman belakang tengkuk sebab migrain.

Haha, migrain tu jangan memain!

Nak kata dalam tahan-tahan tu, akan datang juga satu ujian yang superb yang meniup-niup tali jantung kita yang paling lemah. Menembak tepat ujian itu pada titik paling lemah diri kita.

Bila dah sekian lama menahan, pendam, rasa tak terbela, maka akan datanglah rasa mudah je nak gugur air mata.

Bila ambil masa ketika itu untuk menjadi 'diri lagi satu', time tu lah Allah datangkan peringatan.

Peringatan Dia best!

Sebab Dia tahu kelemahan kita, dan Dia tahu apa yang kita perlukan.

Paling best bila tengah sober tu, all of sudden keadaan hujan..

Pergh...rahmat!

Tak pun dalam kena dump dengan mad'u yang insist taknak pergi program dengan alasan ke-busy-an tahap nabi Sulaiman, ataupun kedegilan anak-anak yang tahap tenggiling.

Time tu Allah hadirkan entah sapa-sapa ntah, yang tiba-tiba kata, teringin nak bercakap-cakap dengan kita.

Jadi sendiri kot kat aku.

Nak kata tengah sober sorang-sorang pasal satu masalah tu, memang aku rasa nak jadi alien je kat dunia sedia ada ni. Daripada suka makan nasi kat gerai ZY jadi pergi beli kat gerai Aiman. Kalau sebelum ni suka minum teh ais, tukar jadi jus jambu batu yang erm... tu. Kalau sebelum ni muka riang-riang je jumpa manusia, gi kafe tengok lauk je.

Maklumlah dah jadi alien.

Kalau senyum pun apa guna? Bukan semua yang ada kat cafe tu akan datang isi borang Pembina pun.

Tu dia......

Orang tak sabar. Langsung tak nak menunggu kail, yang di mahukannya, tuba, tuba, tuba!

Nak kata hati tengah sakitlah katakan.. Langsung tak peduli adab-adab umum dalam masyarakat. Peduli diri sendiri je. Apetah lagi rasa tak terbela, cewah.

Dalam kelam-kelam nak memilih lauk yang pelik tu, tetiba datang seorang makhluk yang bukan alien, sengih-sengih merenyih, so dah macam natural flaws in the trait, aku pun balaslah sengihannya tu.

Tak kenal sapa, muka pun tak familiar.

Then later dia datang dekat time amik-amik lauk tu,

'kak nab, malam ni kak nab bagi pengisian ke kak kat surau tu?'

Oh...anak medan ke?

'Eh tak..orang lain, akak datang tengok je..hehe..'

'Ala..rindu nak dengar kak nab cakap'

Shrummm.............hati rasa sejuk ibarat alam lepas kena hujan.

Rasa sebak dan sentap.

Inilah pembelaan. Kata hati. Allah membela menerusi salah seorang hambanya.

Kadang-kadang Allah bela, direct, menerusi ayat-ayatnya.

Dia tahu apa yang terbaik.

Nak kata itulah salah satu peringatan untuk kita yang beramal agar tidak putus asa dengan amalannya.

Peringatan.

Itulah. Hm..

Jadi, tazkirah panjang mengenai peringatan pada pagi ini, berhenti setakat di sini sahaja.

Berkenaan rasa benci tadi, tercongak-congak memikirkan, adakah maksiatku kini tersingkap hijabnya pada pandangan manusia?

Rasa sober.

Dan Allah datangkan pembelaan.

Agar tak rasa penat dalam beramal.

Well, kadang-kadang kembali kepada habit yang bukan-bukan, contohnya buat sampah ke dengan segala kertas-kertas warna, markers, glittering pens et cetera, et cetera.

Tak mengapa, asal tak terlebih lagha je.

Well, indeed kadang-kadang apa yang kita buat tu boleh dimanfaatkan sekalipun dalam keadaan jatuh dan tertekan.

Contohnya, masquerade ni.

Nak pakai lah jap jemur kain.

Elak UV.

Sekian.

Pingu Cool

Tuesday, April 24, 2012

You are mu cupcakes!

Semalam lepas habis solat maghrib selepas iftar terus cabut, bagi alasan kat masulah, "Ana ada kerja."

Hahaha, bila balik tahu kerja apa?

Buat benda untuk bagi kat budak-budak ni.

Alhamdulillah terima kasih Allah kerana merezekikan masa untuk aku menjadi aku kembali sekalipun sementara semalam.

Rasa totally relieved and back!

Hm..
You are my cupcakes~

Tema 'benda' yang aku bagi pada depa semalam.

Bila ditanya, kenapa cupcakes kak nab???

Ana pun dengan selambanya berkata~sweet kowt~~dengan mata dan kening yang terangkat-angkat sebab mengantuk.

'Tapi bila makan habis lah macam tu je...' Ujar salah seorang lagi.

Then dengan selambanya lagi..
'Cik adik oii, benda yang kita makan tu kan jadi darah daging what??' Angkat kening lagi..

'Ooooooohhh....' See...Tak payah terangkan jela-jela, depa faham maksud aku.

Gembira sebab boleh buat something daripada bahan yang dibeli menggunakan baucer buku hari tu.

Kad yang aku buat tu ada segala macam jenis warna, 'cupcakes', dengan serbuk prada lagi.

Yang paling interest, serbuk prada tu.

Memang masterpiece material I've ever had lah. If tak kerana Allah menakdirkan aku menggunakan baucer buku tu beli benda tu, memang tak pernah merasa beli serbuk prada sedemikian.

Nak cerita sesuatu yang lebih berat.

Kad tu supposed ada enam set, tapi yang dah released lima je.

Satu lagi masih dalam simpanan, tak bernama tidak berucapan.

Penamanya ada, cuma belum sampai hati menandainya di sana.

Pagi semalam aku menyudahkan segala laporan yang perlu, dan banyak perkara yang perlu aku selesaikan berkaitan dia.

Sangat banyak.

Yang pasti ia membuat hati pedih.

Samada secara terang-terangan atau sembunyi.

Hm..pergilah sakit, aku penat nih.Jangan kacau.

Hm....bila menaip laporan tu rasa sebal masih berbaki.

Rasa marah dan geram, sampai entah.

Tapi bila buat benda untuk budak-budak tu, rasa lain, nasib baik sensorang dalam bilik. Haru.

Tetiba terfikir apa yang terjadi sebenarnya?

Apa?

Hm..semuanya berjalan sangat baik!

Tapi kenapa?

Taknak terima hakikat tu. Itu pilihan aku. Biarlah.

Hm...teringat time sambut birthday aku hari tu, the time in which mereka semua mendeklamasikan puisi.

Berderai air mata terasa syahdu mendengarnya.
Bersabit senyum senda merasa senang dengannya.

Lalu aku pun hadiahkan mereka sebuah nyanyian biasa.

Andainya ada di antara kita nanti..
Berubah hala serta memungkiri janji,
jangan ada benci..

Suka dan duka dilalui,
jadikan kenangan di sudut hati..

Andainya cita-cita tidak kesampaian..
Ikatan murni terputus di pertengahan..
Jangan dikesalkan.

Jangan lantaran kegagalan kita berdendam saling bermusuhan..

Ungkit mengungkiti..
Sakit menyakiti..
memusnahkan diri..

Ada tak terasa yang macam benda ni jadi dalam urusan kita?
Rasa rendah dan direndahkan sebenarnya oleh diri sendiri?

Hm...

Time tu nyanyi entah kenapa, mungkin rasa sangat bahagia dan berharap moga kebahagian tu takkan sirna?

Atau jika sirna sekalipun biar semua ingat akan pesanan yang itu..

Cuma tak sangak, sirnanya sebegitu segera.

Tak pernah terfikir yang rangkap yang last tu akan terjadi dalam the so called thing named ukhuwah.

Tak pernah terfikir. Tapi jadi.

Tapi in fact, tiba-tiba rasa macam hilang segala nista dalam dada.

Memusuhi 'diriku' sendiri.
Darah daging dalam tarbiah.

Hilang.

Sebak menghadirkan cinta.

Sungguh Allahlah yang memegang hati-hati.

Ukhti, may Allah bless.

Pingu Cool

Monday, April 23, 2012

Wajibat 38

Tetibe je bila sign in tadi, 'Blogger Interface' berubah! Rasa tegang biji mata, tak suka. Bukanlah merungut tapi hak tu ada. Users sewajarnya punya pilihan samada untuk menggunakan interface yang lama atau yang baharu. Alhamdulillah cari punya cari jumpa juga punat untuk ke 'Use Old Interface'. Old pun old lah~ Janji bahagia~

Okeyh...dinihari yang bersemangat ini, beta ingin menempelkan sesuatu yang telah beta curi dari blog 'Ini Jalanku' by Ustaz Halim. Wajibat 38.

Sebelum ini beta mendapat sedikit berkenaan Wajibat 38 ini, tapi sepintas lalu yang sepintas-pintasnya kerana beta tidak sempat menyalinnya langsung-langsung. Hatta akhowat yang bersama pun dah letak pen! Ha..see. Cuma yang beta gila-gila ingat adalah namanya Wajibat 38 dan salah satu wajibatnya adalah kurangkan minum teh dan kopi? Apa???! Teh dan kopi??!

Oh la di da.. Camellia sinensis tu merupakan minuman santapan yang amat beta gemari. Bagaimana ini? Hatta coffea canephora wa coffea arabica juga coffea leberica wa excelsa merupakan idaman beta! Bagaimana?!

Ha.....jengjengjeng.. Dulu pernah ditaujihkan bahawa seorang ahli jemaah Harakiah Islamiah itu kehendaknya harus cair dengan keperluan jemaah. Dalam konteks ini, sekalipun bukan jemaah yang menegah pengambilan kopi dan teh ni, tetapi dari kupasan intro Wajibat 38 dari Ustaz Halim mengatakan untuk menempuhi dan menjalani kehidupan dan jalan dakwah ini, segala Usul 20, Amal 7 dan Wajibat 38 haruslah difahami, dihayati dan sekaligus diamalkan.

Kekurangan atau kepincangan dalam melaksanakannya menyebabkan seseorang tergelincir dari istilahnya yang sebenar.

Jadi sekiranya tegahan itu baik dan berlunas, haruslah. Sebab beta juga merupakan mereka yang berintima'kan jemaah yang di dalamnya beta bergerak sekarang, ISMA.

Takpe, takpe, cool dulu.

Ni beta senaraikan Wajibat 38 yang sempat beta copas tadi. Nah.

WAJIBAT 38

  1. Hendaklah ada bagi diri kita wirid harian dari Al-Quran, tidak kurang dari 1 juzuk. Berusahalah untuk setiap kali khatam 30 juzuk tidak lebih lama dari sebulan dan tidak lebih pendik dari 3 hari.
  2. Kita hendaklah memperbaiki bacaan Al-Quran, mendengar orang lain membacanya dan mengamati pengertian-pengertiannya. Kita mempelajari Sejarah Rasulullah saw, sejarah para Salaf (generasi Islam yang awal) sebanyak masa yang terluang pada kita. Perbanyakkan membaca Hadis Rasulullah saw. Hafallah sekurang-kurangnya 40 hadis (seperti buku Hadis 40 oleh Imam Nawawi). Hendaklah kita mempelajari satu buku dalam Asas Aqidah dan satu buku dalam Fiqh Ibadat.
  3. Bersegera melakukan pemeriksaan kesihatan badan yang menyeluruh, memakan ubat ke atas penyakit yang dihidapi, mengambil berat perkara-perkara yang membina kekuatan dan ketahanan badan dan menjauhkan diri dari sebarang sebab-sebab yang memudaratkan kesihatan diri.
  4. Jauhilah dari berlebihan minum kopi, teh pekat dan minuman-minuman penyegar yang lain. Jangan mengambilnya kecuali jika terpaksa. Hendaklah menjauhkan diri sama sekali dari merokok.
  5. Hendaklah mengambil berat tentang kebersihan dalam tiap sesuatu seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, badan, tempat kerja dan lain-lain. Sesungguhnya Agama ini dibina diatas asas kebersihan.
  6. Hendaklah sentiasa benar dalam perkataan. Jangan sekali-kali anda berbohong.
  7. Hendaklah kita menunaikan janji, perkataan dan persetujuan. Jangan memunkirinya walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
  8. Hendaklah kita menjadi seorang yang berani, kuat menanggung bebanan. Berani yang paling baik ialah berterus terang menyampaikan kebenaran, menyembunyi rahsia, mengaku kesilapan, berlaku adil terhadap diri dan mengawal diri ketika marah.
  9. Hendaklah menjaga hemah diri sehingga boleh dihormati dan sentiasa bekerja dalam kesungguhan, tetapi ini tidak menghalang kita dari bergurau secara benar dan ketawa secara senyuman.
  10. Hendaklah kita kuat sifat pemalu, perasaan yang mendalam, kuat terkesan dengan kebaikan dan keburukan, gembira dengan kebaikan, pedih kerana kejahatan. Hendaklah kita tawadhuk tanpa hina.
  11. Hendaklah kita bersifat adil, betul dalam mengeluarkan hukum dalam setiap keadaan. Janganlah kemarahan menyebabkan kita lupa kepada kebaikan-kebaikan. Jangan pula keredhaan menutup mata kita dari melihat keburukan-keburukan. Janganlah permusuhan menyebabkan kamu melupakan keindahan. Berkata benarlah walaupun mengena kepada diri sendiri atau orang yang terdekat dengan kita walaupun ianya pahit.
  12. Hendaklah kita sangat aktif dan terlatih dalam melaksanakan khidmat-khidmat masyarakat. Kita rasa gembira jika dapat menyumbang sesuatu khidmat kepada orang lain. Kita menziarahi orang sakit, menolong orang yang memerlukan bantuan, menanggung orang yang lemah, membantu orang yang ditimpa bencana walaupun dengan perkataan yang baik dan sentiasa bersegera ke arah kebaikan-kebaikan.
  13. Hendaklah kita memiliki hati yang penyayang, pemurah, lapang, memaafkan, bersahabat, kasih, bersopan santun, berlembut terhadap orang ramai dan haiwan, cantik dalam pergaulan, baik tingkahlaku terhadap semua orang, menjaga adab-adab Islam dalam masyarakat seperti menyayangi mereka yang lebih muda, menghormati mereka yang lebih tua, melapangkan tempat dalam majlis, tidak mengintip-intip kesalahan orang, tidak mengumpat, meminta izin untuk masuk atau keluar dan sebagainya.
  14. Hendaklah kita baik dalam membaca dan menulis. Banyak meneliti buku, akhbar, majallah, lamanweb Islam dan seumpamanya. Kita mempunyai perpustakaan sendiri walaupun saiznya kecil. Kita benar-benar pakar dalam ilmu dan kemahiran sekiranya kita adalah seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Kita mahir dalam hal ehwal umat Islam sehingga ke tahap kita dapat gambaran yang jelas dan dapat mengeluarkan keputusan yang slari dengan keperluan Dakwah semasa.
  15. Hendaklah kita melakukan kerja keusahawanan walaupun kita seorang yang kaya. Kita mengutamakan berniaga sendiri walaupun pada kadar yang sekecil mana dan walau tahap ijazah anda setinggi mana.
  16. Jangan kita hanya beriya-iya mencari pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan dengan menganggap ianya adalah sesempit pintu rezeki. Tetapi jangan pula kita menolaknya sekiranya diberikan peluang.
  17. Hendaklah kita bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kerjaya kita dengan tekun, berkualiti, disiplin dengan masa dan janji serta tidak menipu.
  18. Tunaikan hak-hak diri sendiri dengan baik dan hak-hak orang lain dengan sempurna tanpa cacat, berlengah-lengah atau menunggu mereka menagih-nagih hak mereka dari kita.
  19. Jauhilah judi dalam segala bentuknya, walau apa pun tujuan disebaliknya. Jauhi segala bentuk pendapatan yang haram walaupun dengannya kita mendapat keuntungan yang cepat.
  20. Jauhilah riba dalam semua urusan. Bersihkan diri kita sepenuhnya darinya.
  21. Bantulah ke arah meningkatkan ekonomi umat Islam secara umum dengan menggalakkan produk dan institusi ekonomi Islam. Jagalah setiap sen anda agar tidak jatuh ke tangan yang tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun. Janganlah anda memakai dan makan selain dari produk tanahair Islam anda sendiri.
  22. Berilah sumbangan dari sebahagian wang kita kepada Dakwah. Tunaikan zakat harta kita. Peruntukkan sebahagian lagi dari wang kita untuk mereka yang memerlukannya walau sekecil mana sekalipun pendapatan kita.
  23. Buatlah tabung simpanan sendiri dari sebahagian pendapatan kita walau sedikit mana sekalipun untuk menghadapi sebarang bentuk kecemasan. Janganlah sekali-kali kita bermewah-mewah dalam perbelanjaan apatah lagi tenggelam dalam kemewahan.
  24. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat dan budaya Islam dan melenyapkan budaya asing dalam segenap aspek kehidupan seperti ucap selamat, bahasa pertuturan, sejarah, pakaian, perhiasan rumah, masa bekerja dan rehat, makan minum, cara ketibaan dan bersurai, kesedihan dan keraian dan sebagainya. Hidupkanlah Sunnah dalam setiap perkara di atas.
  25. Kita menjauhi setiap bentuk dan perkara yang tidak Islamik seperti kelab, akhbar, organisasi, sekolah, badan dan sebagainya yang bertentangan dengan fikrah Islam sejati.
  26. Sentiasa merasakan kehadiran Allah swt, mengingati Akhirat, membuat persiapan menghadapinya, berusaha melalui jalan menujuNya dengan penuh sedar dan azam, berusaha mendekati Allah swt dengan melakukan perkara-perkara sunat nawafil seperti solat malam, puasa sekurang-kurangnya 3 hari stiap bulan, membanyakkan zikir hati dan lidah dan mengamalkan doa yang makthur (datang dari Rasulullah saw) dalam setiap keadaan.
  27. Kita baik dalam bersuci dan berada di dalam keadaan berwudhuk sebanyak waktu yang boleh.
  28. Kita baik dalam bersolat, membiasakan diri mengerjakannya dalam waktunya, berusaha menunaikannya secara berjemaah di masjid seberapa boleh.
  29. Kita berpuasa Ramadan dan menunaikan Haji sekiranya berkemampuan. Kerjakanlah ia sekarang sekiranya sudah mampu.
  30. Sentiasa menanam niat Jihad, cinta mati syahid dan membuat persediaan untuknya semampu anda.
  31. Perbaharui taubat dan istighfar dari masa ke semasa. Jaga diri dari dosa-dosa kecil, apatah lagi dosa-dosa besar. Peruntukkanlah satu jam sebelum tidur untuk kita menyemak diri tentang perbuatan yang telah lakukan dilakukan sepanjang hari samada baik atau buruk.
  32. Hendaklah berjihad kuat melawan nafsu syahwat hingga kita dapat memimpinnya. Tundukkan pandangan, kawal perasaan, hadapi runtunan nafsu dalam diri dan tingkatkan ia dengan menyalurkannya kepada yang halal dan baik dan halang ia dari apa sahaja bentuk yang haram.
  33. Jauhi arak, makanan minuman yang memabukkan dan apa sahaja yang seumpamanya.
  34. Jauhi dari berkawan dengan orang-orang yang jahat lagi merosakkan serta tempat-tempat maksiat dan dosa.
  35. Membenteras tempat-tempat berpoya-poya apatah lagi mengunjunginya. Jauhi dari bentuk bermewah-mewah.
  36. Mengenali setiap orang yang berdakwah dan bekerja untuk Islam. Kita juga memperkenalkan diri kita kepada mereka, melaksanakan hak-hak mereka seperti mengasihi, menghormati, membantu dan mengutamakan mereka dari diri kita sendiri dalam setiap pergaulan. Cuba sedaya upaya menghadiri program yang dianjurkan, jangan ponteng kecuali dengan uzur syar’iyy.
  37. Menjauhi badan atau perkumpulan yang tidak mendatangkan faedah kepada Islam dan tidak membawa ke arah mencapai matlamat murninya.
  38. Berusaha menyebarkan Dakwah ke setiap tempat, tidak melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan nama baik Islam dan pendakwahnya dan sentiasa bersedia melaksanakan tugasan yang diberikan demi mencapai kebaikan dan kemajuan Dakwah Islam.
There, Wajibat 38, beta ingat nak tulis comei-comei, atas kertas liplap-liplap pastu letak glittering pen kasi cool and warna warni then tampal dalam planner!

Wah! Planner! Pastu berkurunlah dalam tu tak diambil pelajaran dan dimanfaatkan? Tak,tak, tak. InsyaAllah tak. So here we go..!

P/S: Nak hiaskan planner dengan 10 Muwasofat Tarbiah jugak nih~Maklumlah tangga paling bawah Maratib Amal adalah Membina Individu Muslim, tipsnya adalah 10 Muwasofat Tarbiah inilah. Jadi sebelum melangkah ke mana-mana level dengan macho dan saksamanya, beta nak polish 10 MT tu dulu, yang tunggang terbalik hatta dah 4 tahun usia dakwalogy beta ini.
Sesuka hati beta aja menggunakan terma-terma yang beta ceduk dari pelbagai sumber ye? Tidak mengapalah beta bahagia apa? Beta adalah ratu bagi kerajaan hati beta what?

Ok. Assalamualaikum~
Pingu Cool

Friday, April 20, 2012

Smiley Buta

B-)

Kalau smiley yang di atas tu boleh menjadi smiley, ia akan jadi smiley yang tersengih sambil memakai cermin mata.

In which the one and only smiley I like to use when texting people especially family, and frens.

Wonder why?

Hm...sebab orang kata mata tu jendela hati. So kalau nak tahu apa yang tersirat kat hati lihatlah matanya. In which this is only applicable berlandaskan syarak semata-mata ye. Ajnabi haram.

Jadi bila kata macam tu, if nak sembunyikan rasa hati maka tutuplah mata kan?

That's why I used to use this kind of smiley.

Well indeed, kata seseorang habit is like a cable, when you practice it again and again u have made a tread into it one by one, when the times come, you cannot break it anymore.

Betullah tu bila lama sangat menyembunyikan mata, keupayaan untuk menilai hati orang pun dah menipis hatta sekarang aku sudah sering melarikan pandangan.

Bukan lagi nabilah mata helang yang dulu.

Kenapa?

If there a give, there must be a take.
No give, no take.

Dan aku pun tak terdesak sangat nak mengambil sesuatu yang tak sanggup aku bagi.

In which memandangkan aku tak nak orang tahu pasal aku, so aku tak nak ambil tahu pasal diorang. Fair?

Nope.

Kecintaan kepada Rasul itu membuatkan aku berfikir, 'Barangsiapa yang tidak mengambil tahu urusan ummatku maka dia bukanlah dari kalangan umatku.'

This is fair.

Aku umat Nabi Muhammad. Fair ke square ke aku tetap kena ambil berat.

Jadi jangan marahkan aku jika membabibuta mengambil tahu mengenaimu, memutuskan sesuatu buatmu dan merancang sesuatu dengan hasrat ia baik untukmu.

Kerana sebenarnya aku merancang dan bertindak dalam buta.

Tidakkah kau lihat aku berkaca mata? (@_@)



Pingu Cool