Thursday, November 19, 2009

Dan Akhirnya..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbkt..

Sohibati.. Dan akhirnya..



Hari ni buat yang kesekian kalinya.. Ana menduduki peperiksaan..

Teringat kepada kata-kata ustaz sewaktu iktikaf tu.. Exam adalah jihad kecil di dunia...

Tapi as for ana.. yang hidup ni merangkumi beberapa partition kecil, pelajaran mempengaruhi hampir 46% daripada keseluruhan hidup.. Dan ujiannya MasyaAllah...

Sebab..

"Apakah manusia mengira, dia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?"

76:36



Dan bagi ana salah satu pertanggungjawaban tu adalah study..

Ana harap anda semua pun merasakan yang sama walaupun 'rambut sama hitam, hati lain-lain.'



Ukhti, sekadar ingin berkongsi, dari hati seorang hamba yang lemah ini.. ada satu ketika yang macam rasa upaya jauh dari pundak bahu(tak larat dah), tiba-tiba terasa diconfort Allah melalui ayatNya..

"MilikNyalah perbendaharaan langit dan bumi;Dia melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki. Sungguh. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."

42:12



Jadi tak kiralah apa, yang pasti kita telah berusaha kan?



Dan ingatlah selalu, bahawa:

"Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hambanya niscaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi,tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh. Dia Mahateliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya, Maha Melihat."

42:27



Jadi ukhti kadang-kadang apa yang kita terima itu memang sangat bersesuaian denagn diri kita, in case apa yang terlalu kita hajati itu akan membuat kita jauh dari Islam dan Perjuangan?

Nauzubillah.. Moga kekal dalam rahmatNya.



Dalam melepasi musim peperiksaan ini, teruskanlah munajatmu sohibati.. Dan ingatlah..

"Amalan yang paling baik adalah yang sedikit tapi berterusan."



Daripada insan yang banyak bicara ini mestilah banyak khilaf yang dilakukan antara sedar atau tidak, jadi mohon sahabat yang membaca dan memahami..tegurlah dengan berhemah..



Salam sayang berseri senyuman..
Assalamualaikum.



Saturday, November 14, 2009

SENYUMLAH..

ORANG YANG KUAT BUKANLAH MEREKA YANG MAMPU MENUMBANGKAN SEEKOT HARIMAU JANTAN YANG GAGAH, BUKAN JUGA YANG MAMPU MENAHAN AIR TERJUN DARI MENCURAH, JUGA BUKAN YANG MAMPU MEMBELAH LANGIT DENGAN TERIAKANNYA, TETAPI YANG KUAT ITU ADALAH MEREKA YANG MAMPU MENAHAN AMARAHNYA TATKALA,PANASNYA TELAH SAMPAI CECAH KE KEPALA..



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

ITU.. definisi ana untuk kuat.. Kerana apa?

Bagi ana itu merupakan motivasi bagi ana mengawal amarah tatkala ia datang ziarah..

Jangan Salah Faham..

Hm.. Gambar yana leatak tadi tu ana browse je.. jadi sapa yang takde kat dalam gambar.. afwan.. Tu je semoge semua berjaya ye?

Hadiah daripada Allah.
















Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
kepada semua sahabat yang mengenali diri ana.. Apa yang baik dari blog ana ini ambillah sebagai teladan yang lagha tu ambillah sebagai sempadan semata-mata ye?Untuk entry pertama hari ni nak kongsikan kenangan sewaktu himpun yang lepas...
sikit je mungkin sebab tak de modal bicara untuk itu biarlah disimpan dalam hati semata...

Wednesday, November 4, 2009

4 Godaan Yang Menjauhkan Kita Daripada Tugas sebagai Khalifah

Assalamualaikum..
Selain daripada 10 tips tu.. ada satu lagi pengisian selepas solat tasbih dan fardhu Subuh pagi sabtu tu.. Simple je..

4 GODAAN YANG MENJAUHKAN KITA DARI TUGAS SEBAGAI KHALIFAH..

1)DUNIA..
"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia kecintaan........Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik."(3:14)

2)SYAHWAT

3)TIPU DAYA SYAITAN
"Lalu setan merperdayakan keduanya dari syurga sehingga keduanya dikeluarkan dari(segala kenikmatan) ketika keduanya di sana (syurga)....."(2:36)

Jadi sahabat, selamat merenung-renungkan dan selamat beramal!
Salam imtihan.
Salam sayang berseri senyuman..

GOLONGAN YANG MENANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Assalamualaikum warahmatullah..
Untuk kali ni ada sedikit perkongsian yang ana nak kongsikan yang mana ana dan sahabat perolehi dari pengalaman beriktikaf di masjid USM.. Ini merupakan anjuran KPRSUSM.. sempena lonjakan menuju musim peperiksaan yang menjelang.. Sudah pasti sekarang dah pun enter ke musim tu..
Untuk program yang start pada pukul 9 mlm jumaat, dan berakhir pada 7:15 pg esoknya, ana rasa ini merupakan satu usaha pengisian ynag menarik..
Dalam sehari tu, program yang dimulakan selepas solat Isyak lebih kurang ni, dimulai dengan pengisian daripada Ustaz Haji Johari-Pelajar Usm yang menyambung pengajiannya di sini.. Bukan ijazah sudah pasti..

GOLONGAN YANG MENANG-MUFLIHUN/GHOLIBUN

Sempena exam yang bakal menjelang..Adik-adik mesti telah berasa cukup bersedia dari segi persiapan study sebagainya.. Dalam pada itu, ada urusan-urusan yang perlu diselesaikan sebelum berasa tenang melangkah ke dewan peperiksaan.. Seperti ada hijab dalam menerima barakahNYA?

MENYINGKAP HIJAB DALAM MENERIMA BARAKAHNYA

1) Meminta ampun daripada Allah..Melalui solat taubat, zikir dan dalam berdoa digalakkan menybut dan adu dosa..
2)Nilai dosa pada Allah dan orang lain.. Jika berdosa pada Allah mohonlah ampun dan bertaubatlah, tapi jika berdosa pada makhluk, mohon maaflah..= Ibu bapa misalnya, Ibu sebagai pemohon doa paling mustajab buat seorang anak tu, juga sebagai pemberi motivasi..Dalam banyak kisah teladan dalam Islam misalnya, menunjukkan restu ibu itulah pemangkin kemajuan anak-anak..
3)Muhasabah diri kita, adakah kita pernah berbuat biadab? Terutama kepada muallim-guru kita, jika ya, jumpalah dan mohonlah kemaafan.. Minta restu dan jagalah HAK guru kamu..
4)Dengan para sahabat, ambil barang tanpa izin,kutuk, aniaya,ingatlah Allah makbulkan doa orang yang teraniaya..
5) Jaga perkara-perkara remeh=contoh solat jemaah(rapatkan saf),bersugi(ciri2 orang beriman), kalau nak tahu tentera Isalm susah nak menang pada mulanya sebab meremehkan perkara2 macamni.. Alhamdulillah..Pas betulkan silap baru capai kemenangan ke atas Rom..
6) Hormat semua orang tua tak kira siapa dia.. Cerita S.AbuBakar dan perubahan syariat iktidak oleh Rasulullah..
7)Jangan lupa perkara kecil-sedekah.sebab nak perolehi redha Allah, kecil pun jadilah..
8)Jaga penampilan
9)Sering bantu rakan-rakan.. Kita membantu orang,Allah akan bantu kita..
10) Hablumminallah..mesti sempurna..

Jadi sahabat, mohon renung-renungkan perkara-perkara ni moge kita peroleh semua yang dihajati berlandaskan Mardhotillah..
Salam Imtihan..
Salam sayng berseri senyuman..