Thursday, December 31, 2009

Kerudup Hati Buat Disingkap.

Nafas mula sempit,
Mata makin mengecil,
Urat makin menjerat,
Petanda ajal makin mendekat..

Only one stanza as a starter.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbkt.

Alhamdulillah hari ini dibukakan satu lagi pintu rezeki buat ana mengambil ibrah dari para sahabat. Alhamdulillah. Syukran buat ukhti full time musleemah, ukhti ain zulkeply yang duduk kat tingkat 5 bilik 14 yang mana dalam hati ana anti berada di petak istimewa(sila bayar yuran seat anda di kaunter... :-)), dan akhi wafi yang baru menjadi follower.

Erm, nak berterima kasihlah buat akhi wafi classmate ana former school kerana pada hari ini menerusi blog anta ana dapat tembus ke laman tarbiah yang lainnya. Alhamdulillah.

Untuk entry hari ini, ana sekadar ingin berkongsi, semester kedua yang pahit di USM. Tapi ana sangat pasti akan DIA yang Amat Mengasihi hambaNYA bahawa tak kira sebusuk mana ana ni, tak kiralah bila sampai satu masa, ana mungkin tidak lagi diterima dalam satu populasi manusia, ana tetap ada DIA. Alhamdulillah.

"Perkataan baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti. Allah Maha Kaya,Maha Penyantun."-AlBaqarah(2:263)

Buat akhowat yang mengenali diri ini. Jujur ana katakan, ana khilaf. Tuntun ana kembali melalui doa antunna. Syukran ukhti.

Minda kusut,
fikiran serabut,
Rona muka memerah,
Amarah..pergilah..

Ana mohon maaf buat yang mengenali diri ini, bahawa jujur kelihatan, karat-karat jahiliah yang keras memakan diri ini. Jangan putus nasihat ukhtiku, antunna sumber inspirasi.

Dan dahi mula kendur kedutnya,
Mata kembali kuyu,
Peluh ditepis pergi,
Pabila kamu di depan mata ukhti..

Alhamdulillah ana masih punya peluang melihat paras antunna saat kewujudan ana di USM ni, mohon paras yang dijanjikan tidak abadi itu, dapat menghadirkan ketenangan dalam jiwa-jiwa yang berhak.. Mohon ana merebut hak itu,ukhti.

Dan senyum yang terukir,
Terbias tak terkikir,
Bahawa peribadi insan kamil,
Merupakan baton yang anti wariskan pada yang lain..

Terima kasih atas segalanya, kerana kuatku jasamu.
Salam sayang berseri senyuman buat sohibati. Salam hormat buat Sahabat.
Senyum selalu. Assalamualaikum wbkt.