Thursday, December 31, 2009

Kerudup Hati Buat Disingkap.

Nafas mula sempit,
Mata makin mengecil,
Urat makin menjerat,
Petanda ajal makin mendekat..

Only one stanza as a starter.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbkt.

Alhamdulillah hari ini dibukakan satu lagi pintu rezeki buat ana mengambil ibrah dari para sahabat. Alhamdulillah. Syukran buat ukhti full time musleemah, ukhti ain zulkeply yang duduk kat tingkat 5 bilik 14 yang mana dalam hati ana anti berada di petak istimewa(sila bayar yuran seat anda di kaunter... :-)), dan akhi wafi yang baru menjadi follower.

Erm, nak berterima kasihlah buat akhi wafi classmate ana former school kerana pada hari ini menerusi blog anta ana dapat tembus ke laman tarbiah yang lainnya. Alhamdulillah.

Untuk entry hari ini, ana sekadar ingin berkongsi, semester kedua yang pahit di USM. Tapi ana sangat pasti akan DIA yang Amat Mengasihi hambaNYA bahawa tak kira sebusuk mana ana ni, tak kiralah bila sampai satu masa, ana mungkin tidak lagi diterima dalam satu populasi manusia, ana tetap ada DIA. Alhamdulillah.

"Perkataan baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti. Allah Maha Kaya,Maha Penyantun."-AlBaqarah(2:263)

Buat akhowat yang mengenali diri ini. Jujur ana katakan, ana khilaf. Tuntun ana kembali melalui doa antunna. Syukran ukhti.

Minda kusut,
fikiran serabut,
Rona muka memerah,
Amarah..pergilah..

Ana mohon maaf buat yang mengenali diri ini, bahawa jujur kelihatan, karat-karat jahiliah yang keras memakan diri ini. Jangan putus nasihat ukhtiku, antunna sumber inspirasi.

Dan dahi mula kendur kedutnya,
Mata kembali kuyu,
Peluh ditepis pergi,
Pabila kamu di depan mata ukhti..

Alhamdulillah ana masih punya peluang melihat paras antunna saat kewujudan ana di USM ni, mohon paras yang dijanjikan tidak abadi itu, dapat menghadirkan ketenangan dalam jiwa-jiwa yang berhak.. Mohon ana merebut hak itu,ukhti.

Dan senyum yang terukir,
Terbias tak terkikir,
Bahawa peribadi insan kamil,
Merupakan baton yang anti wariskan pada yang lain..

Terima kasih atas segalanya, kerana kuatku jasamu.
Salam sayang berseri senyuman buat sohibati. Salam hormat buat Sahabat.
Senyum selalu. Assalamualaikum wbkt.

Thursday, November 19, 2009

Dan Akhirnya..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbkt..

Sohibati.. Dan akhirnya..



Hari ni buat yang kesekian kalinya.. Ana menduduki peperiksaan..

Teringat kepada kata-kata ustaz sewaktu iktikaf tu.. Exam adalah jihad kecil di dunia...

Tapi as for ana.. yang hidup ni merangkumi beberapa partition kecil, pelajaran mempengaruhi hampir 46% daripada keseluruhan hidup.. Dan ujiannya MasyaAllah...

Sebab..

"Apakah manusia mengira, dia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?"

76:36



Dan bagi ana salah satu pertanggungjawaban tu adalah study..

Ana harap anda semua pun merasakan yang sama walaupun 'rambut sama hitam, hati lain-lain.'



Ukhti, sekadar ingin berkongsi, dari hati seorang hamba yang lemah ini.. ada satu ketika yang macam rasa upaya jauh dari pundak bahu(tak larat dah), tiba-tiba terasa diconfort Allah melalui ayatNya..

"MilikNyalah perbendaharaan langit dan bumi;Dia melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki. Sungguh. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."

42:12



Jadi tak kiralah apa, yang pasti kita telah berusaha kan?



Dan ingatlah selalu, bahawa:

"Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hambanya niscaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi,tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh. Dia Mahateliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya, Maha Melihat."

42:27



Jadi ukhti kadang-kadang apa yang kita terima itu memang sangat bersesuaian denagn diri kita, in case apa yang terlalu kita hajati itu akan membuat kita jauh dari Islam dan Perjuangan?

Nauzubillah.. Moga kekal dalam rahmatNya.



Dalam melepasi musim peperiksaan ini, teruskanlah munajatmu sohibati.. Dan ingatlah..

"Amalan yang paling baik adalah yang sedikit tapi berterusan."



Daripada insan yang banyak bicara ini mestilah banyak khilaf yang dilakukan antara sedar atau tidak, jadi mohon sahabat yang membaca dan memahami..tegurlah dengan berhemah..



Salam sayang berseri senyuman..
Assalamualaikum.



Saturday, November 14, 2009

SENYUMLAH..

ORANG YANG KUAT BUKANLAH MEREKA YANG MAMPU MENUMBANGKAN SEEKOT HARIMAU JANTAN YANG GAGAH, BUKAN JUGA YANG MAMPU MENAHAN AIR TERJUN DARI MENCURAH, JUGA BUKAN YANG MAMPU MEMBELAH LANGIT DENGAN TERIAKANNYA, TETAPI YANG KUAT ITU ADALAH MEREKA YANG MAMPU MENAHAN AMARAHNYA TATKALA,PANASNYA TELAH SAMPAI CECAH KE KEPALA..



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

ITU.. definisi ana untuk kuat.. Kerana apa?

Bagi ana itu merupakan motivasi bagi ana mengawal amarah tatkala ia datang ziarah..

Jangan Salah Faham..

Hm.. Gambar yana leatak tadi tu ana browse je.. jadi sapa yang takde kat dalam gambar.. afwan.. Tu je semoge semua berjaya ye?

Hadiah daripada Allah.
















Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
kepada semua sahabat yang mengenali diri ana.. Apa yang baik dari blog ana ini ambillah sebagai teladan yang lagha tu ambillah sebagai sempadan semata-mata ye?Untuk entry pertama hari ni nak kongsikan kenangan sewaktu himpun yang lepas...
sikit je mungkin sebab tak de modal bicara untuk itu biarlah disimpan dalam hati semata...

Wednesday, November 4, 2009

4 Godaan Yang Menjauhkan Kita Daripada Tugas sebagai Khalifah

Assalamualaikum..
Selain daripada 10 tips tu.. ada satu lagi pengisian selepas solat tasbih dan fardhu Subuh pagi sabtu tu.. Simple je..

4 GODAAN YANG MENJAUHKAN KITA DARI TUGAS SEBAGAI KHALIFAH..

1)DUNIA..
"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia kecintaan........Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik."(3:14)

2)SYAHWAT

3)TIPU DAYA SYAITAN
"Lalu setan merperdayakan keduanya dari syurga sehingga keduanya dikeluarkan dari(segala kenikmatan) ketika keduanya di sana (syurga)....."(2:36)

Jadi sahabat, selamat merenung-renungkan dan selamat beramal!
Salam imtihan.
Salam sayang berseri senyuman..

GOLONGAN YANG MENANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Assalamualaikum warahmatullah..
Untuk kali ni ada sedikit perkongsian yang ana nak kongsikan yang mana ana dan sahabat perolehi dari pengalaman beriktikaf di masjid USM.. Ini merupakan anjuran KPRSUSM.. sempena lonjakan menuju musim peperiksaan yang menjelang.. Sudah pasti sekarang dah pun enter ke musim tu..
Untuk program yang start pada pukul 9 mlm jumaat, dan berakhir pada 7:15 pg esoknya, ana rasa ini merupakan satu usaha pengisian ynag menarik..
Dalam sehari tu, program yang dimulakan selepas solat Isyak lebih kurang ni, dimulai dengan pengisian daripada Ustaz Haji Johari-Pelajar Usm yang menyambung pengajiannya di sini.. Bukan ijazah sudah pasti..

GOLONGAN YANG MENANG-MUFLIHUN/GHOLIBUN

Sempena exam yang bakal menjelang..Adik-adik mesti telah berasa cukup bersedia dari segi persiapan study sebagainya.. Dalam pada itu, ada urusan-urusan yang perlu diselesaikan sebelum berasa tenang melangkah ke dewan peperiksaan.. Seperti ada hijab dalam menerima barakahNYA?

MENYINGKAP HIJAB DALAM MENERIMA BARAKAHNYA

1) Meminta ampun daripada Allah..Melalui solat taubat, zikir dan dalam berdoa digalakkan menybut dan adu dosa..
2)Nilai dosa pada Allah dan orang lain.. Jika berdosa pada Allah mohonlah ampun dan bertaubatlah, tapi jika berdosa pada makhluk, mohon maaflah..= Ibu bapa misalnya, Ibu sebagai pemohon doa paling mustajab buat seorang anak tu, juga sebagai pemberi motivasi..Dalam banyak kisah teladan dalam Islam misalnya, menunjukkan restu ibu itulah pemangkin kemajuan anak-anak..
3)Muhasabah diri kita, adakah kita pernah berbuat biadab? Terutama kepada muallim-guru kita, jika ya, jumpalah dan mohonlah kemaafan.. Minta restu dan jagalah HAK guru kamu..
4)Dengan para sahabat, ambil barang tanpa izin,kutuk, aniaya,ingatlah Allah makbulkan doa orang yang teraniaya..
5) Jaga perkara-perkara remeh=contoh solat jemaah(rapatkan saf),bersugi(ciri2 orang beriman), kalau nak tahu tentera Isalm susah nak menang pada mulanya sebab meremehkan perkara2 macamni.. Alhamdulillah..Pas betulkan silap baru capai kemenangan ke atas Rom..
6) Hormat semua orang tua tak kira siapa dia.. Cerita S.AbuBakar dan perubahan syariat iktidak oleh Rasulullah..
7)Jangan lupa perkara kecil-sedekah.sebab nak perolehi redha Allah, kecil pun jadilah..
8)Jaga penampilan
9)Sering bantu rakan-rakan.. Kita membantu orang,Allah akan bantu kita..
10) Hablumminallah..mesti sempurna..

Jadi sahabat, mohon renung-renungkan perkara-perkara ni moge kita peroleh semua yang dihajati berlandaskan Mardhotillah..
Salam Imtihan..
Salam sayng berseri senyuman..

Thursday, October 15, 2009

HARUN YAHYA VS Darwinisme

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbkt

Hari ni ana baru je menjengah laman Harun Yahya.. Baru terbuka hati nak melihat Alhamdulillah..
Nak kongsi satu cerita ni..
Mengikut teori Darwinisme, manusia diciptakan daripada apa?
Hm, dia kata manusia(ciptaan dia) wujud daripada species beruk(nauzubilllah tak bersyukur). Dan berevolusi menjadi separa kera separa manusia dan wujud pada hari ini sebagai manusia iaitu dia...(Jangan salah faham ana bukan nak berkasar dengan orang tua cuma, ana tak boleh terima ni.. Rasa sedih, sapa xsedih kalau kita disamakan dengan beruk?)
TApi, Alhamdulillah ada seorang hamba Allah yang bernama Harun Yahya telah mengkaji dan menjumpai bukti yang menyanggah sangat2 teori Encik Darwin tersebut.. NI anan nak kongsikan lah..kalau ana bercerita memang terasa berapi2 jadi ana rasa wajarlah kalau ana kongsikan je isi artikel tu kan?Mari bersama kita baca..

Wednesday, October 14, 2009

Bila otak tak betul..

Assalamualaikum.. Ana tahu tiada orang baca blog ana...
Tapi takpe, ini jadi diary eletronik buat ana nampaknya..
Ana tahu semua sanagt sibuk, juga tahu, semua banyak kerja kalau tak tak sibuk kan?
Tapi ana tahu juga, dengan itu, ana selalu xda kawan..
Bila otak tak betul..
Shaza where are you?

Monday, October 12, 2009

Demi Matahari

Hari ni ana nak kongsikan penyejuk hati..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Demi matahari dan sinarnya d pagi hari,
demi bulan apabila mengiringinya,
demi siang apabila menampakkannya,
demi malam apabila menutupinya,
demi langit serta pembinaannya,
demi bumi serta penghamparannya,
demi jiwa serta penyempurnaannya,
maka Dia mengilhamkan kepadanya segala (jalan) kejahatan dan ketaqwaan,
sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu,
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya..
Benarlah penyataan Allah itu..
(Al-Syams,91:1-10)

Ada yang perlu dimuhasabah, muhasabah.
Yang perlu direncana, rencanalah.
Yang perlu dilakukan, lakukan segera..
Salam kasih berseri senyuman..
Assalamualaikum.

Verily after each difficulties, there's a relief..

Bismillahirrahmanirrahim...

Apa khabar hati?
Hari ini, kesabaran amat2 teruji ni.. Keputusan SLTP katanya keluar hari ini...
TAdi p CC Dossnet tutup, p pula yang tepi sebelah sana tapi system down, fikir2 lalalala, ana p naik bus mnuju school, now dalam lab..
Tekan carian..Dapat..Alhamdulillah..
Bila masuk mohe, tekan2 tak keluar, cari punye cari..jumpa page yang kira insyaAllah lah.. Tapi tak ingat password pula so akan dihantar ke mail, tapi try buka mail pulak ntah ape yang masalah tak leh bukak... Pastu, p kat komputer lain, try email, boleh pun bukak, tapi, memang shown cam ada email baru masuk, tetapi... ana tengok takde pun..Waktu tu hanya Allah yang tahu.. Sampai skarang masih tak dapat buka..


Hakikatnya, verily after each difficulties there's a relief..
Tadi ada orang HEP call, tak tahu mungkin Allah nak tolong ana kot, haritu waktu kelam kabut isi borang depan kakak kat PUMAH tu, tertinggal setuju or tak, hence dia call lah... Alhamdulillah.. Woahuu.. Ada pilihan rupanya... minggu ni pergi himpun, hence burn lah jamuan PPTI. Berasap lagi senior ana coz waktu interact day tu, pun ana absent jugak.. Ada benda yang lebih penting.
Kalau ana tak salah mungkin dia fikir ana ni type mania..aci redah je.. Rule breaker.. Well, dia bukan kenal ana pun.. Afwan,ana asif jiddan encik Senior..
Hm,jadi mungkin ada sebab tak boleh cek biasiswa tu... Mungkin tak ada rezeki?
Takpe try lain kali.. Rasanya, cyber Restu cam dah tampal notis, mungkinkah boleh?

Monday, October 5, 2009

Aku Cuba Mencari.. Bila ya ketemu?

Aku..
Dalam bayang-bayang dunia,
Dalam lopak-lopak lumpur,
aku mengenal..
Pencarinya aku dan yang di cari
kamu..

Dalam liuk lilin aku menyuluh,
Apa kamu masih di sini atau menjauh,
cuma hakikat kau tak pernah kuketemu,
Masakan bisa aku mengenalimu?

Dalam jalan berturap kerikil, berjalan aku jatuh,
bangun lalu rebah,
semuanya di sini..
Pada luka yang tertancap,
ada muhasabah yang terlekap,
Ya..aku manusia..
dan kamu?
Sama..

Aku,
mencari, pada sinar dhuha yang menjengah,
Aku lewat jalan lama menelusuri titip memori,
tapi titipnya tiada..
Dimusnah oleh sang pendusta..

Kita satu...
Melalui tahun penuh liku,
Dan masih bersatu,
melalui ujian yang bertamu..
Tapi, kini terbelah, terpisah,
dengan satu kehadiran orang lama...

Aku masih mencari...
pada wajah yang bertanar..
ada sedu yang bergaris,
pada mata yang tenang,
ada kolam yang bergenang..

Siapa mampu merubah wajahku?
Menyapu air mata lalu mengubah menjadi tawa..

Siapa mampu, untuk kekal di sisiku?
Bila tangan mula kebas,
dan kaki mula kejang..
paling bermakna bila hati mula rudum dan senyum mula luntur?
Siapa yang mampu untuk dekat, singgah lalu kekal di situ?

Aku mencari...
Yang bisa jadi tiang teguh, buat sandaran,
yang bisa jadi payung, buat teduhan,
yang bisa jadi ambal, buat hamparan,
yang bisa, jadi kamu, buat teman...

Bila ya ketemu...?

Tidak ada..tidak akan ada satu buatku..

Hasbi Rabbi Jallallah..Cukuplah bagiku Engkau Ya Allah..


-quoted from cHenDerAWasih MuarA_HS-
Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, dah enter minggu baru.. Minggu ni ada assignment yang menimbun abk gunung Himalayan.. Bila itu berlaku nampaknya kerj apart time untuk menyiapkan cerita dalam buku peribadi ana turut tergendala.. Dah berapa lama buku tu tak nampak cahaya di bumi Allah ni.. Hence, minta maaflah ye?.. nak cerita.. aritu pinjam laptop ukhti lani taw...tengok2 boleh on line at ease.. Best.. Buka solanum, watab and.... Hlovatulis.. I like it. I've downloaded maaany of here masterpiece. Masterpiece boleh maany ke?
Tak apelah.. untuk hari ni rasa nak buka mode anti virus pemusnah saliva yang boleh mengurangkan pahala puasa dan membuang energy yang boleh digunakan sewaktu kelas Dr. Issam nanti. Hence..ana akan senyap je rini. Skang Dah rasa cam ada polyurethane kat mulut ni. semacam je nak bersuara...
K, takpe buat yang mengenali diri, nak tanya puasa enam di bulan syawal dah settle?

Saturday, October 3, 2009

Aku adalah persangkaan hambaKu terhadapKu


Bismillahirrahmanirrahim... Madah dari hadits qudsi ni selalu mematangkan tahapan dan cara pemikiran.. Alhamdulillah setakat ini, tidak pernah terlupa kerana sering akan ada yang mengingatkan..."Ukhti sabar, hujungnya belum sampai, jangan berprasangka.." terlampau kerap klausa tncap dlm fikiran hingga kadang2 ana terus tertanamnya dalam roh... Sungguh..setiap apa yang kita harapkan, itulah yang akan terjadi.. kan? TAmbahan lagi, KekasihKu telah pun memujuk melalui surat cintanya, "....Allah mengehendaki kemudahan bagimu dan tidak mengehendaki kesukaran bagimu.."(2:185). Ayat ni ada dalam terjemahan semuka dengan kewajipan berpuasa ayat 183 2 kalau ukhti fillah perasan.. Bagus betul love letter ni kan, semua kat dalam'nya' boleh dimanfaatkan... "..Aku perkenankan doa orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.."


Masyaallah.. Ukhti, ana ada seorang sahabat, dulu pernah sekelas.. Waktu zaman muda-muda 2 tahun pernah duduk belakang seat dia.. Sahabat ni bukannya spesial ibarat pengarang jantung hati ke apa, bukan gak evil, ibarat bila nampak rasa nak cabut kulit muka.. tapi istemewa+unik sebab dia turut berada dalam linkungan sahabat yang dekat dengan hati.. Sekarang semua dah besar2..Ana selalu tengaok blog dia untuk ambil pengajaran, sebab ana percaya setelah masing-masing turut mencari Mardhotillah, dia lebih baik berbanding ana..

Hakikatnya, ana mungkin tak sebaik dia, tetapi, ana juga tahu, dengan berfikiran begitu, tanggungjawab tetap tak luruh dari pundak bahu.. Jadi izinkan ana terus berbicara ya ukhti?


Serius, mata memang rasa tengang, bahu rasa berat sebelah, pinggan sakitnya Ya Allah tapi ana tahu semua ni berbayar.. ana dapat kekuatan dari kesakitan ni, bukan kekuatan fizikal, tapi jasmaniah.. Mohon ukhti yang di sekitar ana terus mendorong ana ke arah yang lebih baik menuju Mardhotillah.

Buat ukhti Shaza yang an kasihi.. lamanya tak denagr berita...

Buat ukhti suaidah.. arau nagn penang xdelah jauh, tapi knapa tak berjumpa?

Ukhti Liyana, terima kasih.

Assalamualaikum.. jazakillah..

Friday, October 2, 2009

Ana rasa univ dalam taman ni perlu di improve..

Hm...2 bila hati yang kurang bersyukur berbicara.. Jadi ia perlu dibimbing. Siapa yang berdaulat untuk membimbingnya? Hm..diri sendiri... Jadi, wahai hati yang tenang kembalilah kepada kesyukuran pada Yang Satu... Afwan kasiro...sohabat,sohibati, siddiqi,sodikoti...
Assalamualaikum..kaifa hal? kaifa hal? Kaifa halukum wa imanukum.. Harapannya kullu bikhoir.. Jadi dalam melalui syawal ni.. cuba tadabbur bentar..kualiti syawal ni sama atau menurun ya sohibati.. MasyaAllah Allah, masih memberi peluang pada kita untuk membetulkan amalan, tak banyak, sedikit, tak lebih, jangan kurang... InsyaAllah..Kenapa kita perlu berusaha sedaya upaya di dunia untuk membetulkan diri buat akhirat...? "Dan kalau Allah menghukum manusia kerana kezalimannya, niscaya tidak akan ada yang ditinggalkan-Nya(di bumi) dari makhluk yang melata sekalipun,tetapi Allah menangguhkan mereka sampai waktu yang sudah ditentukan. Maka apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.(16:61)"
Jadi ya ukhti, betapa zalimnya kita ni, alahai...sehingga tidak wajar sekalipun tinggal di bumi ni, tapi Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihani...betapa beruntungnya kita di beri penangguhan oleh-Nya.. Penangguhan itu untuk apa? bagi kita koreksi diri dan tambahi apa yang kurang..(lepas spm bahasa Melayu ana tunggang langgang :p) okeh, ana asif jiddan ya ukhti, tutor dah bersedia untuk memulakan pengajaran.. Buat ukhti uhibbuki fillah, Hm,tepuk dada, tanya elemen yang duduk kat situ ye?..Fikir2kan dan selamat beramal.. :-)
Salam sayang berseri senyuman semanis madu buat ukhti yang ana kasihi..
Assalamualaikum..

Thursday, October 1, 2009

Chapter of Apologize

Bismillahirrahmannirrahim.. Buat mereka yang berpeluang menatap tulisan ana di blog ini... ana amat2 berharap pada semua agar memaafkan segala salah silap ana yang pernah tercipta sepanjang berurusan dengan anda semua.. Maaf atas segalanya dan doakan agar ana dibukakan hati untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan terakhir menjelang peperiksaan finale yang bakal menjelma.. Maaf atas segala khilaf dan ana juga mendoakan antum semua turut berjaya insyaAllah.. Asssalamualaikum.

Tuesday, September 15, 2009

Ucapan buat yang diingati.

Assalamualaikum.. Special wish untuk Idham adikku yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke9 pada 5 september.. Dan khas juga buat Ayahandaku yang juga menyambut ulang tahun klelahirannya yang ke 44 pada 10 september..dan juga bekas rumateku Naimah Latiff yang menyambut hari kelahiran yang ke 19 pada 12 September..


SELAMAT HARI LAHIR BUAT INSAN TERSAYANG YANG TERAMAT ISTIMEWA

Special humble honest wishes from dulcamara..

Assalamualaikum.. Kepada mereka yang mengenali diri saya, saya mengucapkan Selamat merasa Kemanisan Ramadhan dan Selamat Menyambut Syawal... Ampunkan kesemua kesalahan yang teringat di minda dan halalkan segala makan minum hutang piutang yang dapat dihalalkan dan yang masih diingati hingga kini... Selamat Pulang Beraya dan kirim salam pada seisi keluarga anda... Afwan kasiro ana asif jiddan.. Jazakillah hu khairan kathira... Assalamualaikum..

Friday, September 11, 2009

"MANA kertas IUK107 saya?"
"Ada kat aku tapi aku tertinggal lagi... Xperlah pasni kau ikut aku balik aku bagi.."
Sesuka hati jer..
"Tak boleh?"...
Lipat kilat dia merenung ke belakang seat...
"Asal? Napa tak boleh?" Ghee..seramnyer..
"Ada hal.." Pendek...macam nak telan aku jer..
"Ada hal yang lebih penting dari statistic ke?"
"There is no such thing as statistic in my life.."
"Ha?.."
"Tak lepas ni ada tutorial KOT121..Sorry...later k?.."

Tuesday, September 8, 2009

Allah...patutlah..

Salam shaz lupa nak habaq mai ni... hang sorang jelah pengunjung blog ceq.. the only one... Hmm..kira special ape...nanti konon cam busy gila nak mesej ceq..hang commment on post je no? take care sis.. Salam. Nak g melawat watab pulak.

buka buku baru, buku lama jangan buang

bismillahirrahmanirrahim...buat sahabatku Noor Shaza Akma bt Shamsuddin yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya pada 31 OGOS yang lepas... Selamat hari Lahir... Ha, tengok ni shaz, aku post birthday kau dalam blog ni... pernah mimpi x waktu kita sekolah2 dulu, akan ada orang wish birthday pada kau melalui blog dia??? wakkaka.. no hard feeling k?
Ni, nak gtau gak selama berabad kita berkawan ni...kau memang member, teman, paling indah sahabat aku yang terrrbaik.. no other.. sahabat ada la..tapi not yang terbaik kan? u r the one.. jadi sempena birthday kau ni aku pun nak wish gak..semoga hubungan kita berkekalan..kau sahabat kau teman kau adikku...haip jangan derhaka....aku lebih tua... Selamat ulang tahun kelahiran ke 19 buat Noor Shaza Akma bt Shamsuddin..

Wednesday, August 26, 2009

memory Ramadhan 2009

"hulur-hulur...nie kuih ape?"soal Qura.. macam biasa hari ni iftar sama-sama lagi.. kat bilik Kema. seramai 16 orang satu wing..
Hm,aras 3 wing A, B1...merupakan adik beradik terdekat.. tu yang sama-sama busuk waktu water shortage, yang sama-sama screaming each time blackout occur at night..sama-sama gerun bila ntahsapasapa yang buang air besar tapi tak recover...
mangai...tak paham
"ntah,rupe cam pulut inti.."but before that..
"baby nasi lemak.."dush..senyap..smua angkat kening wave tsunami..tinggi.. dan ahha... pecah ketawa waktu maghrib tu....naimah patentkan sendiri nama kuih pelik cam nasi l emak bungkusnya..
dan maghrib tu...air kordial tinggal 3 titis je sebelum di slurpp oleh air basuhan yang menderu laju menuruni lubang singki..

"weyh,cepat sikit weyh..dah nak isyak dah ni..."

sometimes refresh will hurt a bit..

confusing role of memories..

"nak buat air apa hari ni?"hari ni panas membunuh.
"aku ada kordial mangga.."Pieqa memurahkan hati mencadangkan harta yang dimiliki.
"set...jap biar kite turun cari ais. kemas-kemas sikit.."
astagar..hari ni sangat panas.. panas dalam.. memang berasap je rasa.. sape suruh tidur lepas sahur.. hence to all frens dont napping after sahur k?

Tuesday, August 25, 2009

bak kata hlovate its u who dcide wether the glass is half filled or half empty..hence as a conclusion, almost two months at USM my brain is suku filled... shaz help!!!!

Monday, August 24, 2009

memories plays a very confusing role.. Sometimes it make us laugh when we remember the time we cried.. n sometimes it make we cry when we remember the time we laughed...
Wing A Aras 3 blok kediaman B1, KMM..Batch 08/09..misz u all girls..
bismillahirrahmanirrahim...hm..sgt pelik shaz kata tak dapat tembus blog ana.. is that possible? ke ni blog peribadi?

Wednesday, August 19, 2009

Hari ini dalam sejarah..

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah.. Sejejak langkah menuruti Watab.. memang..aku tidaklah celik lagi bersinar-sinar mata bila mlibatkan IT ni.. tetapi..me is me.. Trying is a culture.. Fatah is a chance of life..