Sunday, October 16, 2011

Kunci Itu Biasa-Biasa sahaja~


Kaki dilangkahkah santai menuju tempat yang ntah apa-apa. 'Ntah apa-apa' kerana aku belum pernah sampai ke sini, dan kerana itulah aku meladung kaki pergi ke segenap penjuru tanpa apa-apa halangan Biarkan ia begitu.

Aku bertemu satu pintu, pintunya biasa sahaja, aku lalu memutar tombolnya, menjengahkan kepala masuk, huh~biasa-biasa sahaja..Tanpa meneruskan langkah, aku menutup pintu tersebut dan berpaling.

Aku bertemu pintu kedua, dari luarannya nampak megah, aku kagum dengan ukiran dan perhiasan pada pintu tersebut, aku melihat ukiran awan larat emas berikat melingkari bendul pintu itu, aku teruja, aku cuba memutar tombol dan aku ghairah untuk masuk ke dalamnya. Aku menjengah ke dalam dan aku amat terkejut, pantas pintu itu aku tutup kembali rapat-rapat. Betapa aku hairan, masakan 'bilik sampah' berpintukan pintu indah sedemikian? Ya, bilik sampah.

Aku berfikir-fikir sambil berjalan, kaki aku belokkan ke sebelah kanan, kerana di hadapanku telah tidak ada jalan, baru sahaja aku membelok, sebuah pintu besi menyapa irisku, pintu besi yang amat gagah, tombolnya amat canggih, tiada lubang kunci di situ, namun bilik itu legap, kerana tingkapnya juga ditutup dengan besi, sangkaku, berkemungkinan terdapat barang berharga di dalamnya, sehingga aku sempat berasa ragu untuk menghampirkan tanganku ke tombol pintu, namun tetap aku memulas.

Bilik ini aneh, walaupun pintu yang menutupnya amat besar dan gagah tetapi bilik ini aneh, ia merupakan sebuah ruang yang semakin menyempit, bermula dari muka pintu yang lebar, bilik ini semakin menirus kelebarannya ke hujung penjuru bilik, aku merasa bertambah aneh. Tempat apakah ini?Rupanya pintu yang gagah itu sekadar mengilusi pandangan menutup kekurangan bilik yang serba sempit dan tidak dapat dimanfaatkan itu. Aku ketawa sinis.

Aku meneruskan lagi perjalananku, aku bertemu dengan sebuah kiub yang menempatkan sebuah bilik yang indah luarannya, aku melihat cahaya-cahaya yang terpalit di kitarnya, aku merasa sungguh bertuah kerana sampai ke tempat ini. Aku segera berlari ke arah pintu itu dan cuba ku pulas tombolnya. Dahiku berkerut, ah..kunci....Aku pelik masakan bilik ini berkunci? Namun akhirnya senyumku bersabit, bilik yang indah di luar ini mungkin indah juga di dalam.

Aku mengelih ke kiri dan ke kanan, mencari orang yang lalu lalang, sepi. Tiada. Aku memandang lagi kali ini mencari petunjuk bagi mencari kunci. Tanpa aku sedari, ada sekotak kaca yang aneh betul-betul berada di sebelah kiriku sedari tadi. Aha...kunci..


Oh, aku keliru, mana satu kuncinya? Kotak kaca tersebut mengandungi terlalu banyak anak kunci, melebihi 50 buah anak kunci, semuanya berlainan rupa, warna dan saiz. Ah, perangkapkah ini? Fikiran tidak dapat berfikir waras lalu segera aku mencuba kunci-kunci itu secara rawak. Aku mulakan pada yang pada firasatku sesuai dengan lubang kunci di tombol itu. Aku gagal. Aku cuba kunci yang lain pula, sekali lagi aku gagal, aku cuba memasukkan kunci yang ketara buruk dan usang, sudah tentu aku gagal, aku cuba lagi, dan aku cuba lagi...Sudah berpuluh-puluh kunci aku masukkan, aku menjadi semakin penat, aku menjadi kurang ingin mengetahui isi bilik tersebut kerana betapa susahnya ingin membuka pintu itu.

Akhir sekali aku mencuba mengangkat sebuah kunci yang sebesar tapak tangan tetapi berbunga kunci yang halus, tadi aku ada cuba mengangkatnya untuk dimasukkan ke lubang kunci tetapi kunci ini terlalu berat, diperbuat daripada emas, sangat berat hingga aku membatalkan niat untuk mencubanya. Tapi kali ini aku perlu, justeru aku mengerahkan sekuat tenagaku bagi mengangkat kunci itu. Cubaan untuk memasukkan kunci ke dalam lubang kunci gagal beberapa kali, bukan kerana tidak muat, tetapi kerana tidak terangkat, ah, kunci apakah ini? Berat dan menyusahkan!

Kesabaranku tadi kini memercikkan harapan, kunci selamat dimasukkan ke lubang kunci. Muat. Subhanallah..inikah kuncinya? Berat sungguh! Tombol ku pulas dan air mukaku berubah...

Cahaya yang tadi silau menyilau datangnya dari mesin-mesin yang sedang menyalakan lampu-lampu palsu, ia bukan sejenis cahaya yang menarik melainkan hanya lampu-lampu biasa. Bilik itu hanya dipenuhi lampu-lampu, dari mesin-mesin tanpa jiwa. Perasaanku hambar, usahaku yang tadi sepertinya sia-sia. Aku tertipu oleh cahaya yang sangkaku merupakan satu perkara yang menyenangkan. Tapi rupanya lahir dari satu kepuraan, dari mesin tanpa jiwa.

Pintu penipu itu aku tutup dengan perasaan berat. Sekiranya kunci tadi tidak diperbuat dari emas dan tidak begitu berat nescaya aku patahkan sahaja kunci itu, supaya tiada lagi insan lain yang kecewa. Untuk memasuki pintu itu, aku telah mengerahkan kudrat yang bukan sedikit, kuncinya juga nampak mahal dan memberatkan, tapi hasil dalamnya hanya sesuatu yang bukan asli, aku rasa tertipu.

Perjalanan tadi aku ingin saja akhiri, malas untuk meneroka tempat ini. Tempat yang 'ntah apa-apa'. Apa yang aku lakukan di sini??!

Baru sahaja aku ingin berpaling. Sesuatu menyapa pandanganku. Ah...pintu lagi!

Tapi~~~~

Aku mengahmpiri bilik itu. Wau~~~aku dapat melihat isi bilik itu dari luar..Ia merupakan sebuah taman yang indah, punya rumput yang tidak basah, ada air yang mengalir lembut pada sungai yang cetek dan cerah, ia seperti satu kawasan. Eh, ini pintu keluarkah? Kawasan yang amat indah..Eh, apakah itu? Aku melihat satu meja yang teramat panjang..tersusun di atasnya makanan-makanan serta minuman yang lazat. Aku yang baru sahaja kenyang menjadi lapar semula. Aku menjadi sangat ghairah lalu dengan rakus aku pulasi si tombol pintu, tapi hampa, ia berkunci.

Sangka buruk mengaburi qalbuku, mungkinkah ini juga satu tipu helah, seperti bilik berkunci tadi?

Namun, keindahan taman tadi tidak dapat aku hapusi dari benak mata. Aku lekapkan mukaku ke cermin yang menzahirkan nikmat itu di mataku. Ia nampak hidup bukan rekaan, aku lama begitu, memasang angan dan cita-cita untuk menikmati semuanya. Aku berasa marah. Mengapakah ianya berkunci?

Aku toleh ke kanan dan ke kiri, mencari kunci. Aku picingkan mata ke arah sebuah kotak kaca yang terletak betul-betul di sebelah kananku. Aku memandangnya dingin. Kotak kaca lagi.. Dan telahanku tepat. Puluhan kunci berada di situ.

Aku mengilas kunci yang kelihatan paling berharga dalam kalangan kunci-kunci itu. Amat sukar sebenarnya untuk aku berbuat sedemikian kerana sebenarnya tidak seperti kotak kaca tadi, kotak kaca yang ini mempunyai lebih dari satu kunci yang indah. Aku justeru cuma mengambil salah satu daripadanya dan mencuba, ia berat dan besar, tapi aku tak kisah, aku telah melihat nikmat di sebalik pintu itu. Gagal! Aku gagal. Dengan rakus, aku ambil pula kunci indah yang lain, lalu dengan gopoh aku masukkannya ke dalam lubang kunci. Gagal lagi! ini tidak boleh jadi!

Aku cuba lagi dengan kunci indah yang lain, menafikan hak kunci-kunci biasa yang wujud di depan mata, sangkaku, bilik yang indah ini kuncinya juga mesti indah. Tapi sekali lagi aku gagal. Aku semakin penat, mengangkat puluhan kunci indah untuk dicuba. Aku penat, tekakku kering dan perutku lapar, aku sangat penat. Ruangan luar bilik yang aku rasakan biasa tadi kini menjadi semakin sempit, aku pelik lagi khuatir apa yang sedang terjadi??

Aku merasa amat terhimpit. Apapun yang terjadi aku harus keluar dari tempat ini, pintu ini merupakan satu-satunya harapanku.

Ruangan yang semakin menyempit itu kini menyesakkan nafasku. Tanganku megambil mana-mana saja kunci yang mampu aku capai untuk aku masukkan ke lubang kunci, tidak aku hiraukan keindahan kunci-kunci itu lagi. Aku harus segera, jika tidak aku akan mati!

Gagal, gagal. Dan gagal lagi! Macam mana ni? Aku resah!

Aku melihat sekilas ke kotak kaca. Ruangan luar itu menjadi semakin sempit. Aku melihat lagi ke kotak kaca. Aku memandang sebuah anak kunci yang biasa-biasa sahaja. Ia mirip anak kunci padlock pada loker bajuku di bilik. Aku pelik mengapa aku terpandang akannya. Lama. Sehinggalah aku sedar aku tidak punya masa!

Aku mencapai kunci yang satu itu dah aku masukkannya ke lubang kunci. Klik!

Terbuka, tombolku pulas. Dan pintu itu terbuka. Aku segara berlari masuk ke dalam bilik.
fuhh~~hampir...

Aku menjatuhkan badan pada rumput yang tidak basah..Nyaman sekali. Mata kutebar ke serata ruang, nyaman dan menyejukkan. Hatiku redup.

'Kunci itu biasa-biasa sahaja' desis hatiku. Aku memandang ke luar bilik. Gelap.

Gelap?

Aneh, apa yang sedang berlaku kepadaku ini?

Perutku berkeroncong, peluh yang tadi merenik kini menjadi hawa dingin di dahi. Tekakku kembali haus, aku mengangkat tubuh untuk kembali berdiri. Kaki aku langkahkan rakus menuju meja hidangan, kepala aku tolehkan ke sekeliling, tiada orang lain, hanya aku di situ. Ntah kenapa aku merasakan yang hidangan itu hanya untukku.

Aku makan dengan lahapnya. Sangat banyak makanan yang telah masuk ke perutku, makanan yang sangat enak. Bila-bila haus aku bisa memilih dari piala mana aku ingin minum, aku berasa sangat gembira! Namun aku tak merasa puas, sebanyak mana pun yang telah aku ambil, tidak berkurang langsung hidangan di depan mataku. Aku takjub! Apakah ini?

'Kunci itu Biasa-biasa sahaja' Aku hampir tercekik!

Suara siapakah itu??!! Memutarkan kembali laras ayat yang dilontarkan hatiku sebentar tadi.

'Inilah nikmat Tuhanmu, yang menjadi ganjaran bagi orang-orang yang terpilih. Kuncinya terletak dunia, di hadapan mata, dalam kalangan orang-orang yang biasa sahaja. Kuncinya adalah keikhlasan yang lahir dari penat lelah orang yang biasa-biasa sahaja. Boleh jadi dia tidak mendapat ilmu akhirat dengan sempurna tapi dia mengamalkan apa yang diketahuinya. Boleh jadi dia mengetahui sesuatu yang tidak diketahui orang lain tapi dia tidak lokek mengkongsikannya. Kuncinya biasa-biasa sahaja. Matlamatnya untuk membuka pintu rahmat Allah bagi hamba yang berada dekatnya. Misinya satu, syurga kenikmatan buat hamba-hambaNya. Kunci itu biasa-biasa sahaja. Terdapat pada orang biasa yang kefahamannya luar biasa!'

Suara itu ghaib.

Aku memandang pintu dan kembali mengingat kunci yang aku tinggalkan di luar sahaja. Aku memberanikan diri untuk membuka pintu tadi. Di luar gelap dan tiada apa-apa. Kunci itu aku tarik dari lubang kunci lalu aku bawa bersama ke taman ini. Dia telah mengarahkan aku kepada kenikmatan abadi, maka ia layak bersama-samaku di sini.

"Bagi mereka yang mengarahkan seseorang ke arah kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama seperti orang yang berbuat kebajikan tersebut tanpa mengurangkan pahala orang yang berbuat. Dan bagi mereka yang mengarahkan orang kepada kejahatan, dia juga akan mendapat balasan sama seperti orang yang berbuat itu tanpa mengurangkan sedikitpun balasan untuk orang yang berbuat."

Saturday, October 15, 2011

Tribut Untuk Walidain....


When I'm down.
and my heart so weary...
When troubles comes.
And my heart burden me...
And I am still and wait here in the silence....
Until you come and sit a while with me~~~

You raise me up,
so I can stand on mountain..
You raised me up..
to walk on stormy seas..
I am strong when I am on your shoulder..
You raised me up to more than I can be...