Saturday, October 11, 2014

Lately..

Lately, my most loyal best friend is the laptop.

Second, was Siti.

It's sad, isn't it?

My voice harshen days after another.

Speak with anything but human, spare myself.

I am impressed that I still sane.

Don't know when it will last long?

I am the man of no interest on anything spare as much as the spoon.

Yet, it has passed a month and a week.

Push me, to get going, please laptop.Pingu Cool

Saturday, August 2, 2014

Tips Beli Kereta Saiful Nang

CARA BELI KERETA TUNAI - AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI
Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Kita nak buat begini
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.
Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera
Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.
Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.
TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)
RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k
Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira
Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.
Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k)
Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.
Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.
Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.
Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.
Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah)
Selamat mencuba.
Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.
SAIFUL NANG
Street Learner
* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya 
** Untuk tips beli rumah tunai, itu tunggulah...nanti saya sembang lain kali. Boleh sebenarnya kalau nak.

Pingu Cool

Saturday, May 3, 2014

Wakilkan aku..

Layar ini seperti mengandungi virus berjangkit yang buat aku selalu minggir bila ingin mendekat.

Kesannya, bersawang yang dahsyat.

Sebenarnya sangat lama ingin menukilkan sesuatu.

Yang bersarang pada hati.

Sampai nian, sesuatu itu makin berganti dan berganti.

Sekarang?

Tentang Dia.

Aku, mendekati umur 25 tahun.

Suatu umur yang aku tetapkan banyak perkara di tahapnya.

Dan 3 daripadanya belum tercapai.

Kali ini aku ingin bicara tentang Dia.

Yang mengharukan hatiku sejak 5 bulan lalu.

Yang buat aku tanpa sedar dalam lelah dan mengah masih mampu berkitar mencari kelibatnya.

Yang membuatkan aku dengan gilanya mengatasi ketakutan yang satu.

Yang buat aku sedar akan kesakitannya.

Yang buat aku rasa sentiasa bersalah.

Yang buat aku yakin akan satu nama.

Sejak 24 tahun.

Aku hidup, alhamdulillah.

Hanya satu nama, yang berani aku hadapkan di hadapan Dia yang lebih Megah.

Hanya satu nama?

Dia, seseorang yang aku tak tahu darimana munculnya dan sejak bila perasaan itu bertanda.

Dia, entiti lemah yang kurang fungsi dalam hidup seorang Nabilah tapi punya kuasa meregang-lenturkan tangkai jantung.

Yang bisa menyahkan sakit kepala dan dalam masa yang sama menguis-nguis tangkai jiwa.

Yang tidak tahu apa-apa, juga tidak merancang apa-apa.

Dia, sesuatu yang aku tahu, tapi tidak tahu.

Aku hadapkan namanya di hadapan Tuhan.

Saban hari dan ketika.

Dia tidak berada di dalam lingkungan, tapi dia beriman.

Aku akan cemburu, aku tahu.

Tapi kinii hatiku menjadi terlebih dungu.

Aku kekal tidak tahu rancangan Allah, tetapi aku harap.....

.....jika ini adalah benar, mudahkanlah, gemburkanlah, dekatkanlah, campakkan hikmah kefahaman dalam benak untuk kami memahami situasi.

Tetapi jika ia bukanlah dia, maka Kau hapuskanlah, pendamkan dalam, jauhkan, tenteramkanlah dan campakkanlah hikmah kefahaman dalam benakku ya Allah.


Untuk urusan yang ini, sekali lagi aku wakilkan Tuhanku.

Pingu Cool

Thursday, January 16, 2014

Saksikanlah Bahawa Aku Seorang HambaNya!

Aku berada di Stesen Bus Butterworth, Pulau Pinang pada Jam 3.25 Pagi. Tidak seperti selalu yang kulihat, kerusi-kerusi masih kosong kecuali oleh dua gelandangan.

Yang seorang sedang enak tidur beralaskan tiga kerusi berkembar yang berdekak-dekuk. Tidakku tahu bermimpi apakah dia, kerana tidurnya tidak berbunyi. Tetapi aku tahu, esok pagi badannya akan sakit. Tetapi seperti selalu, dia aqkan mengendahkannya, juga.

Mungkin dia akan mati di sini suatu hari nanti, dalam tidurnya yang tidak berbunyi. Dan orang gelandangan sepertinya, tiada siapa yang akan peduli.

Dalam melihat kelenaannya itu, aku bertanya pada diriku, 'Fabi ayyi aala irobbikuma tukazziban?'. Nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?

Seorang dua orang mula berani sepertiku. Mampir ke kerusi-kerusi kosong di sini. Tetapi, masih, otakku tak lepas memikirkan 'dia'.

Dia 'perempuan' yang menyambutku tadi. Yang mengundang rasa selamat ketika mula menapak ke sini tadi.

Sebelum aku sedari, 'dia' ialah seorang lelaki albino buta yang sering menemani laluanku wara-wiri ke feri selalunya.

Dia yang memakai kain pelikat, baju melayu teluk belanga serta skaf kepala.

Aku yakin dia sakit. Tetapi dia tidak pernah melunjurkan tangan serta mangkuknya ke arah marhaen sepertiku. Sebaliknya dia hanya berdiri sahaja di situ. Kaki lima ke feri. Dan senyumnya tidak pernah lekang dari raut wajahnya yang semula jadi cerah itu.

Dalam keganasan angin yang menampar hujung tudungku hingga terbuai-buai ini, aku tertanya sendiri, tidak sejukkah dia, si lena yang aman atau 'dia' pengemis paling pembersih?

Dan sekali lagi, hatiku berkata 'Fabi ayyi aala irobbikuma tukazziban?'

Dan hatiku, mengia.

Aku jadi ragu-ragu untuk mengeluarkan jaketku dari dalam begku atau memakan keropok yang masih lagi berbaki.

Kerana aku tidak mampu menyiat jaket itu kepada belahan-belahan samarata dan berfungsi bagi menyahkan kesejukan orang lain.

Juga tidak mampu mengagihkan keropok yang berbaki sedikit itu barang seorang sekeping?

Secara tiba-tiba, datang seseorang dari arah belakangku dengan menyorong kereta sorong. Aku melihat belakang bajunya yang tertulis 'terminal Bus Butterworth'.

Ku kerling jam di tangan, 3.25pagi. Ya, dialah yang menggerakkan aku untuk menulis di sini.

'Fabi ayyi aala irobbikuma tukazziban?'

MasyaAllah. Allah.

Maafkan aku masyarakatku. Sekalipun aku berada di sini dengan gaya intelektualku, emnulis jurnal peribadi dinihari ini, aku tidak mapu membantu kamu, kamu dan kamu.

Intelektualku hasil universiti. Tempatku lumbakan minda kerdilku mengatasi orang lain. Dengan taraf graduasi dengan cemerlang.

Rupanya kebanggaan itu yang aku dedikasikan untuk dakwah (aku aktivis dakwah yang kononnya sangat sibuk) serta untuk ibubapaku itu, tidak mampu mebantu kamu.

Aku secara tiba-tiba ingin berhenti menulis.

Aku lalu kembali bertanya pada diri 'Fabi ayyi aala irobbikuma tukazziban?'

Baik.

Aku kekalkan kebanggaan pada diriku.
Kerana itu nikmat Tuhanku.
Aku keluarkan jaket menyelimuti menghalang bersin bertali arus.
Kerana itu nikmat Tuhanku.
Dan aku memakan keropok yang berbaki.
'Bismillah' sesungguhnya ini nikmat Tuhanku.

'Nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?'
Tiada.

Kerana ummahku masih punya harapan!

Kalimah 'Lailahaillallah, Muhammadu Rasulullah' akan kujadikan cahaya yang akan aku lemparkan ke seluruh pelosok bandar dan desa.

Kerana jalan dakwah ini kita bayar dengan nyawa dan darah! Aku, harus melangkah megah!

Saksikanlah bahawa aku seorang, hambaNYA.

Pingu Cool