Friday, December 28, 2012

Terasa Ingin Bercinta

27 Disember 2012. Jam 10:05PM

"Heee....nak tanya pendapat ayong sebenarnya.." Ujarnya dengan mata berkedip-kedip. Ni minta apa pun jadi ni, comel.

Aku memandangnya serius. Automatik lenganku memangku dagu. Terletak elok di atas meja jepun yang rapat dengan tubuh. Di hadapanku sedia terbuka buku "Supplemen Physic" bab Heat mukasurat 136, sedang menghadamkan Hukum Gas. Wajarlah mukaku seperti Ahli Mesyuarat Pentagon, bukan?

Keningku angkat dua kali. Ceh, berlagak kau Nab!

"Heee...pasal resolusi cegah couple tu...," Rahangku jatuh, mata menjentik naik tak terkawal.

Sekali lagi, apa dia?

"Betul cakap ayong yang kita banyak cakap, jangan couple, jangan couple...tapi takde satu pun yang tunjukkan cara macam mana nak cegah couple tu...." Dia terus menghujaniku dengan ayat-ayat yang masih berterbangan di angkasa tidak tergapai di minda.

Seminit.

Oho...gotcha.

That resolusi. Resolusi. The curse backfires.

"Awe dah jenuh cari, tak jumpa..."usulnya buat ke sekian kalinya.

Sekali lagi lenganku memangku dagu. Aku ajak dia ke mari. Mendekat.

"Okeh, sekarang keluarkan permasalahan. Apa permasalahannya?" Soalku melihat kepada buku yang telah sedia di tangan. Sememangnya roh kesetiausahaan merasuk jasadnya penuh. Ahaks.

Sengihku berbunga. Dia berfikir. Aku juga berfikir. Aiyak, I don't know what to talk about love lah dear~simply zero, absolutely. -273K indeed.

"Depa nakkan rasa mencintai dan dicintai...."Masalah pertama yang dikeluarkan.

"I see.. Hurm...Ok..Kalau awe, awe buat apa?"ujarku pula. Reverse psychology.

"Cari cinta Allah..."ujarnya polos.

Aku memandangnya dalam sambil otak menerawang. Sesuai tak?

"Ok..kita bahagikan peringkat ye..peringkat orang yang mungkin tak tahu apa-apa, belum ditarbiah, dia tak tahu apa yang kita tahu, orang awam, orang biasa...ok? Agak-agak awe, apa yang depa boleh buat?" Senyap. Senyum.

"Oklah. Fitrah nak didengari, nak berkongsi, nak dihargai. Ada orang tanya khabar, dah makan ke belum, sihat ke, gembira, sedih boleh kongsi sama-sama..Benda tu boleh dapat, sekalipun tidak apa boyfriend kan? Kalau awe, awe buat apa?"soalku lagi dengan hujah menjelaskan.

"Kawan-kawan..." Yup. Kawan-kawan.

"Kita memilih-milah rakan. Berkongsi rasa, duka bahagia, ada benda yang kita senang nak share dengan dia, dan kita rasa okay-okay je. Hatta kita akhowat pun, bukan rapat dengan semua, kan? Ada yang kita rapat, yang dia boleh compliance dengan kita, sama cara fikir. Dan sebagainya, kan?" Soalku.

Angguk. Senyum lagi.

"So, ok tak kalau cakap. Pilihlah rakan yang sesuai dengan kita. Kalau boleh pilih yang sama kos, pilihlah yang sama kos. Kalau tak ngam, pilihlah yang sama negeri misalnya. Kalau tak jumpa juga, pilihlah sesiapa pun yang dirasakan senang dan setara cara fikir. Yang baik untuk kita. Paling bagus yang fikir untuk dunia kita dan akhirat kita juga."

"Pastu mesti tertanya, mana nak cari kawan macam tu? Network bukan besar pun? Bla-bla-bla~"

"Kalau awe, awe cari kat mana?" Soalku lagi.

Dia senyum. "Surau.." Senyum lagi.

Sengih. "Yup, kalau nak cari kawan yang baik, carilah di tempat yang baik. Takkan nak cari kawan yang baik, pergi cari kat kaeroke, pusat bowling, kan? Tapi kalau dah jumpa kawan yang baik, bolehlah pergi karoeke dan bowling," Sengih lagi. Teringat Qurratun Qalbi.

Angguk. "Ni macam mana nak letak ni? Bentuk poin ke macam mana?" Soalnya tiba-tiba.

Ok itu masalah.

"Hurm, ayong ada tanya pada aye, dia nak buat macam mana, nak sertai UNGGAS ke, tengok kan link yang pasal UNGGAS ayong letak kat group tu?" Angguk."Takpun macam yang Encik Saiful kata nak sebar menerusi IPT ke atau nak buat sebaran Mukabuku je?" Ujarku membalas.

"Dua-dua. Yang hardcopy kita buat, yang softcopy sebar fesbuk,ikhwah," Aku pula mengangguk.

"Ikhwah?" Dalam otak ku berlaga satu presentasi beberapa wall-paper yang dinyatakan ayat 'rasa nak berkongsi kasih dan rasa?' 'maka carilah sahabat...yada~yada~~'

Awe mengangguk.

"Ikhwah tu Encik Farid lah kan?" Angguk lagi.Kasihan.
"Bukanke dia nak exam?" Soalku lagi.
"Awe dah tanyakan dia kata dia buat, kalau ikut aye nak buatkan, bagus betul aye tu, tapi dia kata dia akan buat sebelum tahun depan maka dia akan buatlah kot,"Ujar awe panjang.

Sukahatilah.

"Okeh.. ada satu point yang ayong rasa perlu diketengahkan lah~" Ujarku. Yes, otak mula berfungsi! Punyalah lamanya nak warm up~Takpe alhamdulillah Allah tak tarik nikmat berfikir~

"Kita kan, tak sedar, kita sibuk sangat nak cari cinta baharu, sedangkan kita telah ada cinta yang sedia ada. Kita yang akhowat ni pun, terlupa jugak, betapa telah ada cinta yang sedia ada tu. Keluarga kita, famili kita..." Dia mencatatkan dalam bukunya. Aku pula terasa diserap roh entah apa. Semangatnya!

"Keluarga kita, mak ayah kita, cuba tanya diri sendiri, bukankah depa yang sudi menerima kita apa adanya, jahiliyyahnya kita dulu, depa terima, sekarang dah ditarbiah depa terima jugak, depa kenal kita luar dalam,busukwanginya kita, tetap juga mereka setia mengasihi kita. Cuba tanya, hatta akhowat sekalipun, kalau buat benda buruk, kawan pun boleh lari, tapi mereka? Tengoklah~" Otakku menerawang menggambarkan wajah ayah dan ibu yang ada kuselitkan dalam Al-Quranku. Gambar lama tapi itulah pengubat rindu.

"Kita lupa, kita tak tahu, dalam hati ni baaanyak cinta, dan banyak yang boleh kita bagi kepada macam-macam orang..tapi bukan semua layak mendapatkannya. Bukan semua layak dapat cinta kita," Aku terpaku sendiri dengan apa yang keluar dari mulutku. Subhanallah ya Allah, kurniaan ilham-Mu.

Alang yang sedang mendengar di belakang senyap sekejap dari melayari internet.

"Haha, alang dapat taujihat free.."ujarku.

"Eh,eh taklah...alang memang perlukan taujihat pun.."ujarnya sambil ketawa.

Haish, ceria betul adik-beradik aku ni.

"Bukan semua.."

"Pilihlah..manfaatkan apa yang sedia ada.."sebuah keluhan berat kulepaskan. Sungguh sebesar-besar tanggungjawab adalah kata-kata. Aku sangat mencintai penyampaian,kerana dengan menyampaikan, ilmu itu lebih mengesankan. Subhanallah, Maha Suci Allah.

"Lepas tu barulah kaitkan cinta dengan Allah..ikut tahapanlah ye? Baru nak faham, dah faham dan sebagainya..?" soal awe.

"Hurm..haah kan, cinta Allah. Ye,ye," terkesima kejap, aiseh lupa pulak bab tu. Cinta agung tu.

"Senang je orang yang ada ilmu ni nak cakap, yelah maksudnya kat sini misalnya, student-student universiti, senang nak cakap, 'Tapi saya sayang boyfriend saya kerana Allah..'"aku buat mata juling, unintended to do so. Refleks action orang kata. Freudian slip, ahaks.

"Tapi nak tanya, betulke sayang boyfriend kerana Allah?  Kalau betul, mana satu matlamat? Boyfriend ke Allah? Kalau Allah matlamat, boyfriend takde pun takpe, sebab Allah masih ada. Tapi kalau boyfriend matlamat,, tahniahlah dah dapat, cuma Allah-nye mana? Redhakah Allah dengan matlamat kita tu..kena tanya tu.."ujarku dalam.

"Okeh, jazakillah ayong, nak pergi share dengan aye pulak. Sori ganggu ayong study." ujarnya dengan senyuman lalu pergi ke bilik sebelah.

Dan aku.

Senyap.

27 Disember 2012, Jam 11:41AM.

Sementara menunggu gas sampai aku menuju ke rak buku ATIF, ohhoi nampak sebuah khazanah yang sebelum ni dah biasa nampak bila menapak ke bilik-bilik akhowat ATIF cuma tak pernah bernafsu untuk membaca. Naluri aku ni bukan naluri buku cinta-cinta. Serius. Kalau ada nafsu pun jatuh kepada buku gaduh-gaduh je lah~Syiokk~

Tapi hari ini Allah ada hadiah nak bagi, so Dia suruh buka kotak hadiah pakai kunci, kuncinya itulah 'Cinta High Class oleh Fatimah Syarha Noordin' dan 'Cintaku kerana Agamamu oleh Dr Farhan Hadi'.

Okeh membacanya dari sebelum Encik Gas Paklong sampai, sampailah selesai menjemur baju yang baru lepas spinned, sampailah siap masak, makan sekejap dan akhirnya buku itu sampai ke bilik kubawa.

Plan asal hari ini mahu study sahaja. Sehinggakan Qurratun Qalbi memesej tadi selamba aku kata:

'rasanya hari ni tak buka fesbuk kot, nak studi esok tuisyen,'

Haha. Hampeh. Nasib baik study juga, sebab hakikatnya buku itu habis ku baca.

Aiseh. Mana boleh tak habis kalau dah mula. Cewah. Aku memandang 'Al-Muntalaq' yang mula dirujuk sejak bulan lepas, juga buku '7 tokoh yang diceritakan dalam Al-Quran' yang baru aku culik dari bilik achik semalam. Tak habis lagi pun... Ceh, poyo kau nab!

dan superb!

Aku menekuni kembali prinsipku yang pelbagai. Sampaikan aku terfikir, 'Dear nab, what's the point of building concept and principle while the real job of you is too learn not create yet.'

Yup. Tapi mungkin itulah pengajaran.

Sebelum ini aku pernah ditanyakan berkenaan poligami,dan pencerahanku cetek sekali, berdasarkan pembacaan dan kefahaman yang limit. Hari ini aku temukan perkara yang sesuai dengan jiwa dan kemampuan akalku berfikir. Ye. Prinsipku sedikit mencair, alhamdulillah hikmah.

Selain prinsip, ada juga yang berubah. Cara aku melihat diriku, dan kembali dia.

Allah.

Tiba-tiba terfikir satu analisis minda yang liar.

Satu nilaian telah jatuh ke tanah. Tiada yang tersembunyi di sebalik kehadapanan.

Ada yang kau peroleh tapi ada juga yang telah kau cicirkan.

Allahu Allah. Aku kembali.

Salah aku. Salah aku.

28 Disember 2012. Jam 12:17AM.

Terasa Ingin Bercinta.

Aku menajukkan post ku dengan ini.

Tadi hatiku terasa ingin menukilkan sesuatu buat 'dia'. 'Dia' yang akan menjadi suamiku kelak (ahaks, sengih kerang, plus shining cheek,malu weyh,okeh,okeh profesional). 'Dia' yang entah siapa. 'Dia' yang entah di mana.

(By the way Qurratun Qalbi, kalau anti baca ni tak payah nak giat sangatlah ye. Ana dah dewasa okeyh?? Angkat kening double jerk)

Awak, saya kan... dah buat salah.

Kasihan ye. Awak, erm....'nak cakap apa eh?' maaf sebab, dah merendahkan nilai yang sedia rendah. Dah merendahkan nilai akhlak, ibadah, akidah, feqah, muamalat yang telah sedia rendah. Awak,maaf kadang saya tak sengaja, saya tak di jaga. Awak, saya minta maaf,awak carilah yang lain ye, proses saya lambat lagi nak jadi isteri (?) yang sempurna.

^terasa nak cakap kat 'dia' macam ni, walau pada hakikatnya 'dia' itu entah siapa, entah di mana, entah wujud, entah telah tiada.

Entah.

Terasa Ingin Bercinta.

tapi tahu belum selayaknya.

La ilaha illallah.

Aku. menerjah.daerah.cinta.yang.teratas.buat.mereka.yang.telah.faham.

Daerah cinta agung, daerah cinta Allah.

P/s: Cari saya di sana, pada DIA.


Pingu Cool

Wednesday, December 19, 2012

Kekasihku, Siti!

[SITI]

19 Disember 2012

Hari ini sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke 10.

Tapi dah nak masuk ke Darjah 5 dah.

Untunglah muda dalam kalangan rakan sebaya.

Malam tadi.

Niat di hati nak telefon rumah.

Tapi nak miscall je lah~haha.

Sekali miscall takde deringan pun, tup-tup wahid yang angkat.

Allah, spoil.

So, mesej nyah, tanya Siti dah tidur ke?

Sebab request kredit tak dapat~lambat sangat, tapi...tetiba dikejutkan::::


Ibu: Assalamualaikum kak yong sihat ke adek ok aje esok hari jadi kita dzul dapat sek kat pp daftar 7 jan.

Dua kali aku baca mesej ibu ni, pelik sebab gaya tulisan dan gaya bahasa berbeza amat. Kita? Yang pakai kita ni macam.....

Aku: Ni Siti ke?

Ibu: Ya le....

Ohladida. Aku pun terus telefon number ibu. Lama akhirnya ayah yang angkat.

Aku: Assalamualaikum Ayah! Sihat ke?

Ayah: Alhamdulillah sihat..

Aku: Ayah...tu tadi...?

Ayah: Nak cakap dengan adik ye?

Aku: Ha, boleh juga..

Ayah: Dia tanak cakap. Mesej la mesej....

Aku: Hahaha...oh...dah pandai mesej ye? Ok2~

Letak.

Aku: Assalamualaikum siti.. (^__^). Ho...dah pandai main mesej ye? Kak yong memang ingat nak telefon malam ni. Tapi Wahid angkat. Siti sihat ke?

Ibu (Siti): kita sihat ja k yong tak ke

Aku: Kak yong selesema dan sakit gigi. Dzul pergi ke sek kat P P nanti?

Siti: Jadi pergi ok ke

Aku: Ok je. Baik sekolahnya. Nanti Siti tinggal seorang. Takpe ke?

Siti: Ok le adek tak kisah

Aku: Oho. Ibu ayah nyah am dan wahid semua sihat ke?

Siti: Semua sihat

Aku: Esok Siti umur berapa? Muda lagi ke?

Time ni aku kat dapur. Lapar sebab meniarap sambil baca buku fizik Form 4. Nak mengajar Jumaat ni~

Dan balasannya...

Siti: 10 tahun. Nak kata muda bolehlah....

Geram. Aku kunyah ayam yang aku makan kuat-kuat. Geram punya pasal. Budak ni lah~~~

Aku: Hahaha... Mengada-ngada! (^_^). Jadi apa azam sempena 10 tahun?

Siti: Berjaya dalam pelajaran ok tak azam kita ni

Aku gelak kuat2 kat dapur sebab baca ayat 'ok tak azam kita ni' tu. Comel sungguh. Tapi sebab time tu datang mesej ateh aku balas dan~dan aku terlupa nak respons mesej dia..

Sampailah...

Siti: Ai tak jawab pulak

Ohhooo...baru 6 minit kot~Hailah adik aku ni~

Aku: Eh terlupa. (^__^). Macam tak cukup je azam tu. Takkan berjaya dalam pelajaran je kot? Lagi?

Dan tahu tak dia balas apa? Yang aku rasa nak kunyah semua benda yang ada kat dalam bilik time tu????

Siti: Ada lagilah tapi azam ni bukan untuk kita tapi untuk k yong, zam zam ala kazam kahwinlah cepat2 hehehe...

Bertuah sungguh budak ini, dilahirkan Muslim dan dididik menjiwai Muslim..


Dan aku? Mengekeklah ketawa sensorang kat dalam bilik~ Orang tengah liqo' kat bilik lain pun mungkin seram sejuk dengar~ Siti...siti~

Aku: Hahaha... Melampau na? Amboi3, dia main2 ye? Allahu akbar. Ok. Kak yong nak ucapkan selamat hari jadi yang ke 10. Semoga siti menjadi sseorang anak yang solehah, hormat dan sayang ayah dan ibu, patuh arahan Allah, jaga solat, jaga aurat, semoga siti berjaya dalam pelajaran, jangan malas2, jadi insan yang  berguna. InsyaAllah... Kak yong orang pertama ucap hari jadi kan??

Siti: Ye... Maaf ye kalau terkasar bahasa ok...bila nak balik? Jawab ye.

Ok terkedu di situ. Rasa nak menangis.

Ok cool~maintain2~

Aku: Tak apa. Kak yong tak kisah pun... Bila nak balik? Hurm, kena fikir dulu ni. Mungkin minggu depan. Rindu ye?

Siti: yelaa....

Uwaa...lagilah sendu.

Okeh. Cool2~

Aku: Yea! Ada orang rindu... Hehe.. tak ape nanti kak yong susun jadual ye?

Siti: Ok...

I can sense something awkward there. Merajuk ke sayang? 


Ya Rahman...permudahkanlah~

Aku: Dah malam dah ni...Bila nak tidur? Ibu tengah buat kek ke?

Siti: Mana ada ibu tengok tv ok bye

O...O.....sulking is in the air of those~alamak~~~~

Aku: Dah nak tidur dah ye? Ok kirim salam pada ayah ibu nyah wahid and am. Kak yong sayang semua orang. Sayang siti juga. [lebih lagi....<<<<



Siti: [..........] no reply~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok. Di atas merupakan potongan dialog antara seorang kakak dengan adiknya. Sila jawab soalan berikut berdasarkan petikan yang diberi:

1. Siapakah 'AKU"?
2. Siapakah 'AKU' pada 'SITI'?
3. Merajukkah 'SITI'?
4. Agak-agaknya 'AKU' berbual dengan siapa?
5. Mungkinkah 'AYAH' berada di samping 'SITI'?

Oh la di da.

Banyaknye soalan~

Ada sebab kenapa aku taip balik semua mesej antara aku dengan SITI sebabnya ini first time bersembang dengan menggunakan SMS.

Dan besar dah adik aku tu~~~dah boleh berSMS~

Fuhh~~rasa sesak nafas~bukan sebab apa, sebab hidung tersumbat je pun~selesema.

But yes, aku serba salah~huuuu~~~

Ok dah jadi fitrah orang dah grad duk lah rumah~berbakti kepada keluarga~Patutnya bukan ke senang nak balik rumah~Apatah lagi sekarang dah tak kerja?

Jeng3~

Reality bites and truth hurts.

Sepanjang minggu aku ada takhliifan~

Setiap malam ada agenda.

Liqo' tarbawi majoritinya yang perlu difikirkan~

Hujung minggu dengan program-program wasaail yang lain~~~

Lalu, durhakakah aku?

Aku yakin tak...

Sebab ayah faham....

Ibu faham....

Nyah, wahid faham....

Cuma...

Siti... Idham...

Mungkin belum faham..

Selalu dah Siti tanya ' Bila nak balik?'

Hufff~yang selalu membuatkan aku pendek nafas~

Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk pulang.

Ya Rahman permudahkanlah urusan dan kefahaman.

Minggu ni KLS. Batal. Jumaat mengajar. Hujung minggu ingat nak turun Johor, akhowat menikah. Semalam dia telefon~sangat memerlukan kehadiran. Hati rasa sakit, nak membantu, tidak sepenuhnya mampu. Tidak mampu kerana belum berjaya mujahadah terhadap nafsu.

Kemudian, datang perihal Siti.

Siti yang dominan dalam diri aku.

Aku memohon. Moga Allah luruskan langkah. Moga..moga.

InsyaAllah tetap akan pulang juga~

Liqo' tarbawi dengan adik2 telah usai untuk semester ini, justeru tiga hari telah free~

Susun...susun..insyaAllah boleh.

Usai.

Nota kaki:
Siti merupakan adik bongsu 'Aku' yang baru mencecah 10 tahun hari ini. Nama penuhnya Siti Nur Zulaiha binti Nasri. Mahu berkenalan lebih dengan keluargaku?

Ayah: Nasri Bin Mustafa [sangat cool dan superb! Ayah hebadd! Jiwa penyayang~~]
Ibu: Saripah Binti Abd Manan [ lagilah cool! sikap cool aku ni menurun sifat ibu kebanyakannya, akhowat yang dah berjumpa pun mengakuinya: sama!]
Anak2:
1. Siti Nur Nabilah Bte Nasri [aku]
2. Siti Nur Amalina Bt Nasri [nyah]
3. Wahid Nazarin Bin Nasri [baru lepasan SPM]
4. Dzul Idham Bin Nasri [ Bakal menduduki tingkatan 1 di Sek Men Sains Bukit Mertajam]
5. Siti Nur Zulaiha Binti Nasri [Siti]

Kalau tengok anak2 perempuan semua ada Siti Nur, tapi yang lekat nama Siti je.

Tambahan, perbualan di atas memang dikekalkan bentuk ayat, ejaan, susunan bahasanya. Kalau tengok dialog Siti takde tanda baca, memang dia mesej macam tu.

Oh btw...kami orang perak.. so 'le' tu memang ada sebagai penyedap bahasa~




Pingu Cool

Friday, December 14, 2012

Kehilangan? Anda pasti?

In the name of Allah the most gracious the most merciful


InsyaAllah hari ni beta ingin menukilkan sesuatu. Ceah tinggi martabat, siap beta-beta you~

Ok serius.

Perkara ni dah berlatar lama sungguh2. Sejak hari sabtu, 15 November 2012, jam 7:48 minit pagi.

Ok itu kurang sehari menghampiri sebulan dari hari ini.

So, bolehlah bayangkan betapa benda tu dah nak berkerak dalam otak kan?

Tak tahulah valid lagi ke tak point yang bakal dikeluarkan ni kepada hati~

Nasiblah~


Ok.

Kehilangan.

Tanggal 15 November 2012.

jap lagi sambung

Pingu Cool

Semalam kan.........................................

Saya menipu.

Saya jadi sangat takut~sebab tertipu orang~

Sangat sedih sebab menipu.

Sangat marah sebab tak reti nak memanfaatkan berhelah.

Encik, saya minta maaf tapi saya tak berani. Saya nak beritahu saya tipu encik~saya minta maaf.

Saya student teknologi industri, dulu~~~~~~~~~~~~~~~saya minta maaf!!!!!

Encik sangat baik sedangkan saya dah menipu.

Jahat.

Kalau encik baca ni, encik maafkanlah saya~sebab saya tak berani nak cakap depan2~













Pingu Cool

Wednesday, November 21, 2012

MaTa BiSu

Dalam kalut langkahanku,
Aku menoleh melihat mata bisu,
Yang mengira derap dalam senyap,
Sambil doa dilontar penuh harap, kejap-kejap.

Aku mengerling sejenak,
Sebelum mata bisu berlari,
Entah apa yang telah memomoknya,
Hingga bacul menguliti lidah dan hati.

Si mata bisu telah berlalu,
Langkah tertoleh kini bersambung,
Tanpa sedar kesan mata bisu bertatu di hati.

Si mata bisu telah berlalu,
Alangkah lemah rasa diri,
Fikran hati tak tercapai ke akal.

Alangkah rawan rasa jiwa,
Bila tiada apa dapat diputus kata makna.

Si mata bisu telah berlalu,
Dan kuteruskan langkah minggirku.

Solanumdulcamara123.
1.00PM 24 Sept 2012


Aku seorang yang sangat cepat penat, dan mudah menjadi bingung. Kritikal, yes, macam pintar dan geliga, mungkin ya, tapi easily exhausted, definitely yes. Tahu tak sebab apa, sebab berfikir itu sangatlah penat. Terutamanya bagi seorang pacal yang nama beranaknya Siti Nur Nabilah. Dia kan, bila sampai dalam satu masa, persoalan diasak dari pelbagai segi, tu yang muncul rasa nak lari ke Pulau Aman tu.

Allah,
Entah mungkin sebab Nabilah itu seorang yang sangat pemalas, jadi sampai otak pun jadi 'berat tulang'.

Hm...

Selalunya bila aku malas fikir, aku buat apa tahu? Hoho, perosokkan diri kat tepi dinding, duduk diam-diam.
Tutup muka dengan kain dan cakap seorang-seorang.
You are okay, you are okay.

Haha, truly pathetic yes?

Sebab time tu takde emosi nak diluah, takde ayat nak disusun, nak bagi tahu, ada gergaji dalam hati.

So terpaksa buat camtu.

Ayat paling kuat pun, bertujuan nak suruh orang 'shuh,shuh, jauh, jauh, jangan kacau' , adalah dengan kata, ana pening kepala, bye.

Oklah. Pening.

Hilan fokus sebenarnya. Tak tahulah cari apa.

          Pingu Cool

Thursday, November 8, 2012

Daie Kecil

Sebelum melompat ke isi perbicaraan pokok, ada benda yang nak dinukilkan~rasa berharga.

Semalam sedih, hari ni pun sedih, hailah, kenapa macam ni eh? Masalah-masalah.

Ok,ok dalam kesedihan tu ada kemurnian keadaan. Rasa nak senyum pulak.

Semalam janji dengan anak-anak lewat tapi samapi bolehlah kata awal, nak dijadikan cerita tempat menunggu tu tak berapa kondusif nak dijadikan ruangan menunggu jadi cari escapisme pergi U-shoppe.

Dulu kalau tengah misery insyaAllah balik lab je singgah U-shoppe ni cari coklat, spokai-pokai poket ni pun digagahkan beli choki-choki kalau tak mampu beli vochell atau van houtten, muahaha, baru perasan dah lama tak makan coklat~

Tapi sejak bergraduasi ni mana pernah jejak lagi U-shoppe tu, nak kata cafe restu tu pun sekali tak sekala aku datang.

Dijadikan cerita seperti biasa, aku masuk kedai dengan bagi salam. Salesgirl dia tu tengah susun barang, bila nampak aku dia buat riak yang aku pun tak tahu nak describe.

Time tu muzik yang kat dalam U-shoppe tu musik poonpang-poompang~lagu heartbeat~kira dushum~dushum gegendang telinga dan hati mendengarnya.

Tapi disebabkan time tu tengah ralit nak mesej anak-anak suruh tukar venue lain, jadi macam tak ambil port sangat lah. Dalam kedai tu ketika itu hanya aku sorang je customer.

Tiba-tiba tanpa disangka-sangka, lagu heartbeat tu mati di tengah-tengah kerancakannya dan diganti pula dengan lagu nasyid (?). Nasyid?

Subhanallah~time tu memang rasa nak teleng kepala je tengok salesgirl tu~innalillah aku terlepas pandang rupanya.

Tapi time tu pura-pura tak perasan dan terus taip mesej sambil kepala ligat memikior macam mana nak communicate dengan dia ni~

Lepas memilih mentos (?), aku pun membayar lah, jelas yang salesgirl ni terbatuk-batuk, so dalam otak tengah susun ayat, antaranya:

"Batuk?" <"Haik, ais? Bukan batuk ke?" <"Dah lama batuk?" <
Tak sempat fikir banyak. Selepas mengucapkan akad jual beli, aku pun rasa nak give in dan blah, tapi hati tak nak mengalah, diarahkan juga untuk cakap:

"Semoga cepat sembuh!" Dan senyum.

Mudah.

Your heart decide whom it likes and whom it doesn't.
You doesn't need to tell it what to do,
It does it on its own.

See. Makanya itulah, rasanya terlepas pandang.

Sedih atas kelemahan diri~

Tak tergapai semua orang~

 Bila diingat2 balik, sebelum grad haritu, time mengisi taklim mingguan kat salah satu surau kat sana, ada je dia dengan kawannya tumpang solat tapi tak tumpang taklim.

Mungkin datang nak berehat je. Tapi lama.

So, kalau time tu aku yang mengisi, memang aku cakap kuat-kuatlah samapi semua orang yang wujud di surau tu, terkena coverage aku tu~


Tapi tak terfikirlah pulak, entah-entah sebenarnya dah lama dia tunggu kita hulur jemputan yang proper untuk ditarbiah.

Betapa lemahnya diri insan yang sering menganggap yang bukan-bukan. Cukuplah sekadar menyampaikan, usaha takpayah tengok hasil.

Yang mana ini adalah salah.

Kena usaha betul bersungguh-sungguh baru serahkan hasil pada Allah.

Konsep tu salah.

Hence, aku memeta satu jalan baru,insyaAllah diusahakn pengislahan terhadap diri sendiri dan juga diusahakan untuk menebar luaskan coverage dakwah yang tak seberapa ni insyaAllah.


Selingan:

Dia sedang ralit menekan-nekan kekunci telefon bimbitnya menaip sesuatu. Apabila tiba-tiba seorang lelaki masuk. Reaksi biasanya meminggir memberikan laluan kerana kedai itu sedikit sempit, tapi nampaknya lelaki itu senang kekal di situ. Dia lalu bersembunyi di rak lain, mencari jalan untuk ke bahagian belah sana. Bila dijengahkan mukanya sambil masih terus menaip, dirasakan lelaki itu menghampiri bahagian rak yang hampir dengannya.

Tindakan refleks menjadikan dia kembali menjauh sekali lagi, sehinggalah lelaki itu merengus tiba-tiba lalu keluar.

Dia yang kehairanan, hanya diam, namun terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba datang kembali dan berkata-kata padanya.

"Kenapa? Teruk sangat ke saya ni? Jijik sangat ke saya ni? Sampai kena jauh-jauh bagai? Pergi sini elak, pergi sana elak? jahat sangatke saya ni sampai orang-orang baik macam awak ni, pakai tudung labuh, baju kurung takut sangat kalau saya mendekat?" soal lelaki itu kepada Dia. Dia hanya mampu terkebil-kebil, terdiam.

Saat lelaki itu kembali menunduk dan bertujuan untuk beredar, Dia mula bersuara.
Lelaki itu menoleh kembali dan Dia sedang membelek-belek susunan coklat di rak dihadapannya tanpa memandang kepada lelaki itu lalu berkata:

"Bukan sebab awak jahat, saya mengelak..." jeda.
"...sebab saya bimbang je...tadi sebelum keluar rumah saya tersembur lebih minyak wangi. Bimbang kalau awak dekat, awak boleh terbau, jadi saya menjauh. Saya bimbang, Allah murka dengan bau tersebut, dan saya bimbang juga menjadi fitnah buat awak.."

Senyap.

"Bukan awak yang jahat kalau macam tu...saya yang jahat.."Ujarnya sebelum mengambil sebar coklat dan mengalih langkah menggunakan laluan lain sebelum ke kaunter membuat pembayaran.

Dan lelaki itu, diam terpaku.
Innalillahiwainnailaihiraajiun.

<<
(^__^)

Btw, wondering adakah patut aku mengejar Dia?
Dia ada ketika Asar je, zuhur bukan dia?
macam mana ni?

Pingu Cool

Thursday, October 18, 2012

Runtuhnya ego.

Kalau dulu keep denying.

How about now?

Masa redha?

Kartun sungguh.


Ekspedisi Cinta 'aku' sebelum menjadi 'ana'.

Layakkah digelar ekspedisi?

Ya, sudah, aku berjalan dalamnya.

Ada suatu ketika, di dalam bus yang baru sahaja bergerak keluar matrikulasi, KMM ketika itu.

Aku berada di tempat duduk paling belakang bus.

Aku menerima satu mesej yang sangat pelik.

Bukan kandungannya sahaja yang pelik.

Tetapi juga penghantarnya.

"Nab, kau dapat UiTM ye? Kau nak pergi jugak ke?" Mesej dari beliau.

Aku yang tidak berwasangka apa-apa ketika itu, dengan bersahaja membalas.

"InsyaAllah."

Senyap.

Perjalanan dari Melaka ke Pudu ketika itu sangat melelahkan. 

Tambah aku perlu mengambil LRT untuk ke Rawang.

Untung ada sahabat setiaku, Shaza di sisi.

Tapi tetap, LRT penuh terisi.

Kami berdiri, di tiang paling tengah, menjaga diri dan harta sendiri.

Sehingga dalam keadaan yang sangat tiba-tiba, telefonku berbunyi. Eh, mesej.

"Nab, I luv u.." Mesej beliau.

Aku memandang pintu LRT itu sambil berkira-kira untuk membaling alat komunikasi itu ke pintu kaca tersebut.

Marah membuak-buak kepada beliau, marah, benci, sedih, pelik dan entah.

Aku suakan handphone kepada Shaza, dan diam.

Selepas tiga hari aku mendiam.

"Aku sayang ko nab." Lagi sekali mesejnya sampai.

Aku membaca dua mesej tersebut dengan perasaan berbaur.

Indah? Entah, aku tak begitu faham.

Hakikatnya, aku pernah marah kerana persahabatan dulu kini diganti dengan cinta.

Rupa-rupanya, sekarang antara lelaki dan wanita tiada pernah lagi wujud persahabatan, masanya telah berubah. Aku harus faham.

Indah? Aku tersenyum memandang bulan di luar atap. Siang.

Entah kenapa? Pintu hati kubuka.

Kali pertama? Tak.

Sebelumnya 'Katak' telah mencuba masuk ke hati. Cewah. Hot stuff? Nope. Nope.

Sebabnya, aku tak nak faham, definisi 'persahabatan' lelaki wanita 'alam lagi satu' itu.

Tapi dengan beliau yang kedua ini, aku pun tak faham. Naluri remaja?

haha. Kartun.

3 hari kemudiannya, dilalui dengan harapan demi harapan, cinta? Itu kali pertama rasa lain dengan lelaki?

Haha. Kartun.

Cuma tiga hari, dan hari ketiga, Allah menampar hati, ketika solat zuhur, di sebelah almari di teratak sendiri.

Allah menampar hati, untuk tengok balik, what had happen to you now nab?

Tersedar.

Lalu memutus untuk berhenti. Tiba-tiba.

Dia? Terseksa. Ya.

Ekspedisi dua berhenti di sini. Let the rest be history.



Eh, bilanya yang ekspedisi satu?

Oh, ekspedisi 1 bersama 'Katak' itu.

'Katak' orang yang baik. Ditemukan Nazrul bekas teman sekolah lama. Entah apa halnya, beliau bertindak semacam. Sering SMS, yang lain? Entah, tak faham. Dia tidak bertindak serupa dengan Shaza. Lama, sehinggalah suatu ketika dia bertemu 'aku' yang 'ana'. Di hadapan koperasi. Dan dilihat tanpa berkelip.

Aku ketika itu, menegur selamba.

'Katak'!

Dan dia memandang dengan....tiada kata.

Selepas itu dia bertanya, mengapa berubah?

Aku tidak tahu dan tidak faham.

Sekarang rasanya cukup matang, untuk menafsir yang 'Katak' pernah berharap, cuma harapannya tercantas kerana mungkin merasa diri kurang sempurna. Sekarang baru faham.

Itulah ekspedisi pertama.

Lalu seterusnya apa?

Aku beriltizam dengan tarbiah.

Baru faham, bahawa, couple itu berdosa.

Berhukum haram.

Natijahnya jika dikumpul menghimpun kayu neraka.

Ketika itu baru faham.

Lebih takut bila memahami lebih dalam takrif 'couple' atau 'kasih sayang' melebihi ikhtilat.

Takut. Zina hati.


Takut.

Aku lalu beriltizam dengan tarbiah.

Diri terjaga, tetapi ye, tetap juga diuji.

Pengalaman yang seterusnya ini tidak mahu digelar ekspedisi.

Kerana ketika itu aku yakin pada diri, yang aku benci apa yang berlaku.

Encik itu memulakan mukadimahnya di walimah salah seorang saudaraku.

Yang kemudiannya atas dasar saudara, aku melayan seadanya.

Kerana iltizamku dengan tarbiah.

Lagakku keras.

Dia berusaha melunakkan.

Aku mencatas.

Dia tak jemu menukas.

Aku mendiam.

Dengan tanpa putus asa dia menegur.

Hingga akhirnya, aku tekad, sekalipun dia menganggap yang bukan-bukan.


Redha Allah lebih penting dari redha saudara.

Dia mempergunakannya. Aku lalu terus-terusan diam, dan mati dari dunia 'itu'.

Aku lalu ketika itu tenang. Dan tegang.

Faham bahawa naluri hati memang akan terbuai dengan keprihatinan makhluk itu.

Itu ujian. Dalam menajga diri sekalipun, tetap juga diuji.

Air mata jangan dikata. Jika dikumpul boleh membentuk wadi rasanya. Penyesalan. Kerana fitrah yang sangat sukar diempang.

Dan senyap.

Tapi, selepas setahun kemudian, aku kembali di sapa. Subhanallah.

'Dah kahwin ke?' Soal beliau.

"InsyaAllah nak dekat dah.."dengan yakinnya aku berkata. Dan senyap. Sungguh luput terus.

Aku telah menghancurkannya?

Biarlah.

Kerana saat itu, modus operandiku satu, wihdah.


Denial.

Cukup membantu.

Sehinggalah sekarang.

Hari-hari kebelakangan ini, aku sering berbualbicara dengan DIA, senyap, hati-ke hati. Di atas motor, hatta dihadapan lappy. Sambil berdiam hatta ketika sedang rancak bermuamalah dengan teman-teman. Bicara, senyap-senyap.

Meminta bantuan, meminta ketenangan.

Yang mana sekali lagi aku empang perasaan dengan denial, tapi rasa sangat sedih. Sangat sedih.

Tadi, kami bertemu. Dhuha.

Dia mendengarkanku. Sedang aku diam-diam berbisik.

Mohon Dia melorongkan ke arah terbaik.

Keputusannya?

Moga bukan didasari nafsu.

Belajarlah ikhlas, mencintaiNYA.

Belajar redha, memulakan ekspedisi cinta kembali. Kali ini kali pertama, moga2 diluruskan jalannya.

Memilih mati, berbanding memangkas redhaNya.

Mohon Allah luruskan jalan.        
                            

   

Pingu Cool

Wednesday, October 17, 2012

Bermata kaca.

Qurratun Qalbi,

Semalam ada mata yang berkaca.
kaca itu lalu berlari menuruni pipi,
pedih ya?

Lalu aku bertanya:
Terlukakah Qurratun Qalbi?

Dalam keadaan bersahaja,
Aku lemparkan penyapu kaca.

Qurratun Qalbi mengambilnya,
Tapi tetap, kekal jua ia menangis.

Aku tahu,
Qurratun Qalbi merasa berat,
Pengamanahan yang Qurratun Qalbi rasa becus ditangannya.

Hakikatnya,
Maaf Qurratun Qalbi nyata salah.

Kerana ia tidak berdiri sendiri apatah lagi sendirian.

Aku ini di sini, bersamamu Qurratun Qalbi,
Mengembleng tangan, kaki, otak, minda dan hati...

Qurratun Qalbi,
Mungkin berasa berat dek pertanggungjawaban.

Secara jelas,
Aku rasa sakit melihat,
Kaca yang menoreh pipi si Qurratun Qalbi itu.
Betapa lembut jiwa pemimpin yang memikirkan pimpinannya.

Semalam aku berfikir,
Qurratun Qalbi belum sendiri.

Kerana,
nyatanya, hari ini Allah memanggil kita bersama,
berdiri menemuiNya.

Qurratun Qalbi nyata tidak sendiri.

Pingu Cool

Friday, October 5, 2012

Jangan Robohkan Rumah Itu.

Dulu,

Danau di hujung desa itu,
Berteman sebuah rumah kecil,
Tinggi dari tanah,
Tak jauh dari kali.

Hawanya aman,
Bayunya segar,
Ada pepatung yang kejar0mengejar,
sedang kupu-kupu melayang bersahaja.

Air danau tidak berkocak,
Sabar waktu hanya mengacakan langit,
Biru. Indah.

Dan rumah kecil kekal di situ.

Suatu hari,
Air danau berkocak riak,
Pudar biru warna angkasa,
Pepatung tiada, sedang kekupu sembunyi,
Tanah berkeriping kering,
Menggegar pasak rumah kecil
Sekeping papan dindingnya jatuh.

Sang Maha Hidup menurunkan hujan.
Tanah kembali lembap,
Dan biru langit datang lagi bertamu.

Suatu hari,
Air danau berkocak keruh,
Ada pusar tidak tenang ditengahnya,
hingga rerumput di pinggir danau,
Tidak mewah lagi dengan lambaian mesranya.

Hawa terlalu panas,
Rumah kecil luarannya mengelupas,
Meledinglah papan,
Sekeping papan dindingnya jatuh. Lagi.

Esok,
Hawa yang sama menampar kuat pintu rumah kecil,
Papan dinding telah hilang dua,
Segala yang ingin masuk,
Masuk bersahaja.

Jangan, jangan masuki rumah ini!
Malang, tanpa dua papan,
Rumah tidak ampuh lagi.

Danau berkocak keruh sekali,
Pepatung dan kekupu mati,
Sayap-sayapnya dizalimi angin,
Yang kini berubah tabii.

Tiada lagi deru lembut,
Hatta yang mendamaikan.

Siapa yang mampu menyambut?
Siapa yang mampu membela?

Bila angin yang garang itu menampar tiang rumah kecil.
Dan penghujung kanannya rebah jatuh ke bawah.
Rumah kecil rebah.

Angin datang lagi,
menampar kaki yang satu lagi.

Tak terjangka, papan dapur meleding lalu jatuh,
Oh, rupanya mentari turut memakan rumah,
Mengelupas dan jatuhlah ke tanah.

Telah banyak papan dinding yang musnah.

Kaki kanan hadapan rumah bergoyang perlahan.
Oh, tidak, wahai angin berbelas kasihanlah.

Malangnya, angin itu penitahnya SATU,
menjadinya ia kerana titah yang Maha Satu.

Dan susuk hadapan kiri rumah kecil turut rebah!

Tidak! Mengapa tiba-tiba tiang yang belakang turut mendongkol jatuh?

JANGAN ROBOHKAN RUMAH ITU!!

Wahai alam yang tidak lagi bersifat alami,

JANGAN ROBOHKAN RUMAH ITU!!!

Ia berjiwa, harus berdiri.

TOLONG JANGAN ROBOHKAN RUMAH ITU!!!

Malangnya Pemilik Segala Kehendak telah berketetapan.
Rumah kecil itu harus roboh.
Pasaknya tidak pernah kukuh, tetapi tidak pula cuba dikukuhkan.

ROBOHLAH RUMAH.





Pingu Cool

Saturday, September 22, 2012

Bismillahirrahmanirrahim~

Allahhurrahman~

Ok, selamat bertemu kembali! Say hi to diri sendiri! Baru balik mengajar tadi~terus entertain muttaqin dan faqeehah, rasa macam wanita benar2 bekerjaya sekejap hehe~ dan sekarang mengupdate belog~

Ok, innalillahiwainnailaihiraajiun~

Untuk coretan hari ini ada satu berita buruk dan banyak berita gembira yang ingin dikongsikan~ hurm memandangkan berita buruk tu satu je, jadi takpelah kita abaikan jelah ye~

Macam ni blogger dashboard untuk blogger dah berubah buat blog hamba yang ini, dia jadik yang modern tu otomatik without spending buttons and options for reverse reaction~hati menjadi tersangatlah rawan bila tidak mampu berbuat apa2 untuk mengembalikannya kepada asal, tak mengapalah moga ia bermanfaat~mungkin lebih baik~ [memaksa diri untuk redha]..

By the way, berita yang menggembirakannya adalah, sebelum minta maaf kepada cik pingu sejuk sebab hamba lambat update...iaitu khamis lepas, 20 September 2012, Jam 4:16 petang di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, hamba telah selamat bergraduasi, alhamdulillah. Graduasi itu ditauliahkan Allah melalui rezeki dan perkenankan dan Pro-cansellor USM sebagai perantara. Arakian selamatlah sudah hamba bergelar graduan~ so here nak letak sikit gambar buat penyejuk mata~serius sangat hepi sebab parents ada, graduasi hamba ini merupakan hadiah bagi penat lelah mereka sepanjang membesarkan hamba selama 22 tahun di muka bumi ini~






 




Alhamdulillah ni sikitlah~hahaha~tak tahu lah kenapa sangat susah nak letak gambar tapi kalau gambar ni rasa fuh~sentosa je tengok~

Herm~Hamba mengambil sekelumit kesempatan bernafas di muka bumi ini untuk berterimakasih kepada kedua junjungan kasih ibunda dan ayahanda, untuk segalanya,yang tak mampu dilisankan menggunakan kata-kata, kerana belum mampu wujud satu takrif lengkap mendefinisikan corak pengorbanan dan harapan ibu dan ayah~sehingga sekarang.

Untuk adik2 yang sudi bertandang berlelah payah menunggu dan meraikan kak nab, minta maaf kalau muka ntah hape2 sebab time tu tak jumpa family lagi, dan tak dapat berlama2 dengan antunna, insyaAllah kami warga ATIF akan cari satu tarikh untuk cover balik kekurangan tu~sebenarnya special day tu untuk family induk ana ni~antunna family juga family kembangan~ana berbangga memperkenalkan antunna sebagai sahabat ana kepada family ana~mereka rasa ana bertuah memiliki antunna sebagai sahabat~

Arakian cukuplah~moga Allah meredhai langkah inibiar canggung asal masih kekal lurus~ Allalhu Allah~

Sekian~

Pingu Cool

Tuesday, September 18, 2012

Sah, jodoh!

Hehe~hailah hati~sukar untuk difahami.

Semenjak baru-baru ini, setiap kali menghampiri lokasi DTSP je, hati ni melompat-lompat, kalau yang biasa-biasa tu biasalah~Tapi sejak ambil jubah tu rasa semacam je~
Lantas terpacul satu provokasi manja :"Nak jumpa jodoh ke?" Hehehe.

Tadi ke raptai sekali lagi hati melompat-lompat, rasa sangat melampau. Penat dan sakit. Sungguhlah hati amat sukar difahami. Lantas, biarlah ia menentukan urusannya, malas nak kesah~serahkan ia pada Pemilik Setiap Hati-hati instead of jumping on second cute provocation:"Sah, nak jumpa jodoh,"

Jadilah apa nak jadi. Hati ni tahu dia suka yang mana. Biar dia pilih, dapat tak dapat kuasa Allah.

Hailah hati sukar dimengerti.

Pingu Cool

Thursday, August 30, 2012

BERLARILAH

[Ditampar]

Buat rasa ingin segera berlari, nanti.

Petikan sebuah konversasi:

[teringat daku semsa program dean list versus deen list..
"kak,kak nama kak sape ek?..."...aku yang sedikit blur~~masa tuh,terkejut dengan keramahannya....hatiku mengatakan ramahnya dye.....then,dia memeluk diriku dengan manjanya.....bila nak abis program....dye cium dan peluk ku dengan ikhlasnya...sambil kata"nanti,kita jumpa lagi ek...."....bila aku sampai di rumah, dapat pula mesg darinya.."kak,time kasih kat akak PEMBINA sumo jadi faci kami..time kasih sangat2..."".......astaghfirullah....pagi tadi, aq dapat mesg mengatakan beliau telah meninggal dunia...arwah ialah [dirahsiakan untuk privasi] tidak ku sangka itulah pelukan,kata2,mesg terakhir darinya....akhwat sumo...sama2 la kita doakan arwah ditempatkan bersama2 orang yang beriman.....ana pun tidak tau sebab kematian...al-fatihah.]

Salah satu komen [ini yang menampar]

[ramainya akhawat y concern. bilamana dngar cerita akhawt mengenai kebaikan dan kesungguhan arwah untuk berubah, membuatkn ana termuhasabah kmbali: jangan melambatkn proses tajmik kita. moga Allah berkati arwah dan diletakkn bersama hamba-hambaNya yang soleh.]

Jangan melambatkan proses tajmik kita.
Ye, kita tak tahu kita mati bila, samaada kita yang pergi, atau mereka yang mendahului. Kalau betul cinta, kenapa masih terbata-bata untuk menariknya ke jalan syurga yang kita yakini?

Kenapa? Kenapa? Alasan apa lagi yang ada? Atau diadakan?

Pingu Cool

Tuesday, August 28, 2012

[...]

Haruskah aku menerima,
Kasihmu yang baru menguntum bunga,
Jangan hanya indah di mata,
Jangan disiakan madah cinta.

Kerna bintang bukannya satu,
kerdipan hatiku ingin kau buru,
Jangan hanya kau kehampaan,
Jangan aku yang jadi alasan.

Kufikir kau teman biasa,
tidak akan berputik cinta,
mungkin juga belum menjelma.

Aku tak sanggup dikecewa,
cintaku satu tuk selamanya,
aku pencinta yang setia,
mustahil ada yang kedua.

Pingu Cool

Saturday, August 18, 2012

Hadiah Taqwa

Hm...hadiah taqwa?

Maas Salamah, wa ilal liqo' ya habibi.

Taqabbalahu minna wa minkum.

Kullu am wa antum bikhair~

Pingu Cool

Wednesday, July 4, 2012

Ketawa seorang pendosa yang telah menggegarkan syurgaNya.

Hm~Kurang seminggu aku mengenal erti bebas dari program ijazah sarjana muda ini, kurang seminggu, tapi telah terlalu banyak yang aku hadapi dalam masa 3 hari ini, hanya 3 hari.

Aku tanpa segan silunya memaklumkan aku telah menjadi pendosa. Bukan berbangga tetapi kecewa. Marah pada diri sendiri. Biar kamu tahu bahawa pendosa itu aku.

Sakit rasanya memberi cinta dengan derita. Bak kata yang kulontar pada Qurratun Qalbi, pendosa itu begitulah, hatinya sakit lalu dia menyakiti orang lain. Tidak ia sebarkan cinta melainkan dengan derita.

Aku telah berdosa, kepada dia yang aku sayang. Yang memberi darahnya untukku hidup, membuang peluh bercagaran upah, mengekang mata dari terkatup, menahan perit kerana berlapar, menahan sakit kerana terluka, menahan sabar kerana amarah, menahan kasih kerana mendidik, menahan rindu untuk kejayaanku.

Dan aku telah berdosa, padanya sekali lagi. Sekali lagi.

Sakitnya hati memikirkan sakitnya hatinya. Sakitnya hati. Sedih. Yang bukan canda.

Aku mencintai dia sepenuh hatiku, aku mencintai dia juga sepenuhnya hatiku, dia yang itu juga aku cinta, dan Dia serta "dia" juga, sepenuh hatiku. Tapi telah tergamak aku menyiat kulit hatinya paling dalam.

Pendosa itu aku. Pendosa itu aku.

Pingu Cool

Thursday, June 14, 2012

Mengeluh tidak menjadikan kita kaya!

Dalam dunia ni, sangat banyak kerenah manusia.

Sangat banyak.

Yang uniknya kerenah2 manusia ni akan menghasilkan kesan yang berbeza jika dipandang menggunakan kaca mata yang berbeza.

Jika dipandang dengan hati yang fasad dan jelik, ia akan menjadi sesuatu yang sangat sulit diterima.

Tapi jika dipandang dengan kasih dan cinta, ia akan sekadar disambut dengan senyum dan ketawa yang bersahaja.

Penat satu janji, bila berurusan dengan manusia yang pelbagai.

Tapi kita ada pilihan, untuk menerimanya dengan terbuka atau terseksa.

Yang seronok dan gembira, itu kita.

Yang sakit juga kita.

Jadi pilihlah.Pingu Cool

Monday, June 11, 2012

Mengungkit Itu Perlu

~Sebenarnya hak untuk ini adalah di tempat lain, tetapi tidak mengapalah semua telah mendapatkan hak masing-masing. Tinggal ini.~

Saban hari manusia cenderung untuk merasa diri mereka sentiasa benar. Dilengkapi dengan egosentris dan exferioriti membuatkna kita sentiasa alpa dan lupa.

Kadang-kadang keterlaluan sekali keangkuhan kita terhadap dunia. Merasa aman dari ancaman, merasa kebal dari teguran.

Kita cenderung untuk bersikap angkuh dan degil.

Malah bila dihadiahi nasihat, muka kita berubah cemberut, nada melengkit, dahi berkerut, diri melenting.

Apatah lagi bila keangkuhan itu didalili dengan pelbagai hujah dan nas-nas.

Merasa diri ampuh, tidak akan runtuh.

Malangnya ungkit mengungkit itu perlu.

Dalam meladeni kehidupan sebagai insan, kita memerhati sejarah dan belajar daripadanya.

Pembelajaran itu sendiri merupakan gabungan pelbagai skil termasuklah skil melihat, membaca, mendengar, memahami, mengulangi dan praktis.

Malangnya, ia tidak boleh dicapai secara sendiri.

Ya, insan mana yang mampu melukai dirinya sendiri?

Menengking dalam nasihat, berkeras dalam teguran, bertegas dalm bimbingan, bermujahadah dalam perubahan..

Siapa?

Jika kita tanpa tuntunan.

Lalu ungkitan itu perlu, kerana ia merupakan satu bentuk P.E.R.I.N.G.A.T.A.N.

Mengapakah Al-Quran itu diturunkan?

Sebagai PERINGATAN dan berita gembira.

Ungkitan itu perlu buat mengingatkan kita.

Yang dasarnya sangat akrab dengan lupa.

Peringatan itu perlu untuk kita yang berlantun-lantun bicara, berkata perubahan itu mesti ada.

Sedarlah, bahawa perubahan itu perlu bermula dengan A.K.U sebelum menjalar dengan K.A.M.U.

If you want to change, be the change!


Pingu Cool

Thursday, June 7, 2012

Dari jendela Transnasional~

Alhamdulillah~Allah rezekikan kembali menapak di medan amal~kembali selepas pulang ke kampung, tempat menetapnya buah hatiku~Teluk Intan.

Tadi, ada satu ibrah yang tertancap ke minda.

Duduk di seat yang betul2 atas tayar, benar2 menggarap harap hanya pada Yang Esa.
Sangat. Terlantun2 syahadah, bimbang2 mati dengan berpusara di lebuhraya.

Moga2 nafas terakhirku nanti, di medan amal.

Dalam harap itu ada satu lagi kegusaran~entah kenapa begitu kuat naluriku hari ini, wallahu'alam.

Bersebelahan seat dengan seorang lelaki (aku ambil single seat tapi sebelah tu lelaki), yang mana aku kenal~sangat femes~

Membuatkan aku keras macam patung~tapi..alhamdulillah, aku belajar mengenal diri. Seorang nabilah tidaklah terlalu lemah, sulbahnya agak ampuh~agak ampuh. Alhamdulillah.

Tapi, ia, dengan niat yang diluruskan pun~aku masih kekal janggal, moga2 ia adalah akhlak~

Tidak betah tidur, kerana segan dan sebal (sakit sebab melompat2), tidak betah berpelakuan kasar kerana masih prohibition di bawah akta tatasusila kementerian nabilah. Tidak betah bermonolog kerana bimbang terluah~aduh~apalah yang dibuatnya di sebelahku?

Tetiba, terfikir, mengapa sedemikian, sedangkan aku telah biasa.

Diperhatikan, dihampiri, diingatkan, ditegur, malah dicintai, lebih2 lagi.

Oleh Dia.

Yang Maha.

Mengapa cerlus? Hikmahmu luntur ye nabilah?

Lalu, aku tersenyum pada jendela kenderaan yang diluarnya akasia berkejar2an. Awan berjalan, sedang litar bitumen seperti berlari.

Aku mendapat hikmah lagi rupanya.

Alhamdulillah terima kasih Kekasih.

Hadiahmu indah nian. Banyak tak terhitung, hanya bisa dijemput dengan senyum, dihargai dengan syukur.

Terima kasih, saudara. Kerana hadir menjadi pemain, dalam usaha aku memperoleh hikmah ini.

Oh~memakan rendang juga red velvet titipan bonda. Jazakillahu kheir jiddan2 bonda~

Pingu Cool

Friday, June 1, 2012

Kerana Ada Yang Menerima

Bila di depan makcik-makcik:

"Minta maaflah saya belum reti menjahit~memasak pun main campak-campak je tapi tak masuk kuali pun~bab mengemas tu boleh le tapi alah sikitlah dengan habuk-habuk, saya memang jenis yang tak suka membazir, jadi baju basuh kadang-kadang ikut lapang~busy tu memang tak boleh elak~wanita bekerjaya kan, tapi itulah...nak buat macam mana.."

Bila di depan kengkawan:

"Assignment? Eh ada eh? Bila hantar? Esok? Oh ok, buat esoklah. Test minggu depan? Oh ok. Study? Awak jangan bergurau, mestilah belum. Thesis? Testing saya baru habis semalam kot, Literature review baru 8 muka... Dah siap? (refer kepada assignment), awak ni macam tak kenal saya, mestilah belum!"

Bila di depan sahabiah:

"Hm...apalah nilai hamba ini, ibarat melukut di tepi (atau tepian? hehe..) gantang, masuk tak lebih, keluar tak kurang, entahlah ukhti, ana buat biasa-biasa je, ha, oh dia, dia baik sebab dia nak, kalau diharap pada ana bimbang2 sebab dosa Allah hijab~nauzubillah.."

Bila di depan audience:

"Yup, I knew nothing. Memang fesyen saya out-of-date sikit, hah, kalerful? Hehe, nak diapakan, itu yang diadakan, ha? jerawat? muka berbelak? erm..baru lepas kem, so haruslah~ye? Miskin..hehe..dah namanya pun musafir~di bumi Allah kan?"

There. Plenty of possible dialogs that may come out in everyday conversation (in which most it does reflect me, haha)

Tengoklah, betapa miskinnya..dengan bakat, harta, kecantikan, manners, etc~etc.

Kisah? Haruslah!

Tapi, kenapa?

(^__^) Kadang-kadang kan kita mencuba sedaya upaya untuk memuaskan hati orang~sedangkan matlamat awal tidaklah sekadar memuaskan hati~cukuplah orang itu merasa ringan dengan kita. Itu haknya.

Tapi disebabkan goal yang terlalu tinggi diletakkan, kita akan cenderung untuk merasakan serba kekurangan~serba lemah dan canggung.

Merasa inferior dan betapa mazmumahnya hati terhadap alam dan seisinya.

Sebab matlamat yang kita letakkan sendiri.

Pertama, perlukah?

Mematlamatkan neraca dunia, untuk cagaran akhirat.

Oh la di da.

Sangat menakutkan~jika benar2 dilepaskan Allah swt.

Berdiri dan berfikir sendiri, seram~

Hah~~kita akan mudah merasa penat, mudah merasa sakit, sedih, marah, kesal, geram, dan segala rasa yang menakutkan.

Alahai, penatnya hati..atas sesuatu yang diminta sendiri.

Berlapang dadalah dengan apa yang terjadi.

Aku tahu ia sukar, tapi kerana kasihku, akanku tunggu.

Nanti, secara automatik kau akan tahu bila kau akan mula berlapang dada.

Meletakkan urusan pada neraca langit.

Baiknya membuncah cinta, buruknya menggembur rindu.

pada Allah, pada Allah.

Akanku tunggu.

Been there, done that bro. You choose.

By the way, after all, aku tetap merasa cukup, KERANA ADA YANG MENERIMA.

Hasbiallahurobbi~
Hasbunallahu wani'malwakil~

Pingu Cool

Sunday, May 20, 2012

Antum Muslim? Ana pun~

Sekurang-kurangnya ia merupakan satu usaha, meskipun paruhnya kecil, ia tetap usaha untuk memadamkan api yang sedang membakar umat ini.

Kita mudah untuk mencerca NGO2 yang tak selari dengan manhaj perjuangan kita, malangnya cara kita itu telah terlalu jauh salah.

Dengan mengatakan ahli NGO2 tersebut tak tentu arah agenda, tak realistik, tak faqih jadi jangan komen, etcetera, etcetera...untuk itu alhamdulillah.

Ana, jahil, dulu, kini dan entah sampai bila, ilmu ana sangat sedikit, manakan mampu menyaingi ilmu ulama, fuqaha', apatah lagi ilmu Allah.

Bila bercakap mengenai ilmu Allah, baru ana teringat, subhanallah, sampai bila ye kita perlu belajar untuk mengetahui semua ilmu Allah.

Yelah, bila dah cover semua nanti baru boleh nak komen. Kalau tak faqih jadi jangan komen. Masalah pula.

Tapi takpe, ana bukan buta untuk membaca sirah dan faham dengan hati, bahwa akhlak baginda Rasul, nyata luntur dari kita hari ini.

Ana juga bukan pekak, alhamdulillah untuk mendengar bahwa ada dalam kalangan kita ni sifatnya dah macam kaum nabi Nuh, yang mengejek2 Nabi Nuh ketika baginda membina bahteranya.

Yet, ana masih jahil, tapi ana tahu, takbur itu hanya sifat Allahu Akbar.

Ana tahu seburuk mana pendosa, yang dibenci adalah dosanya, bukan dirinya.

Ana tahu yang seburuk mana pendosa, lafaz istighfar di bibirnya yang diulang2 lebih Allah cintai, dari bicara hikmahku yang berhati keras.

Ana tahu juga yang ana sangat2 tak sempurna untuk dibandingkan dengan bro and sis yang mengaji agama hardcore punya.

Sebab ana hanya sekadar bertuah, Allah sorokkan aib ana, dari pengetahuan umum, jadi ana mampu tersenyum sekalipun untuk sementara.

Kadang-kadang ana lupa, untuk menghargai usaha orang lain yang sedikit, ana juga lupa untuk bersangka baik, kepada mereka yang berusaha mengubah dirinya tapi masih gagal untuk melawan halangan dengan bersungguh.

Sebab ana jahil, hati ana mencerca kedangkalan kesedaran mereka.

Tanpa ana sedar, usaha yang kecil itu ada malaikat yang mencatatkannya. Usaha yang kecil itu akan dibentang dan dibuat perhitungan ke atasnya.

Usaha yang mencapah, kadang telus, kadang tidak, kadang mundur, kadang maju, itu tetap dikira.

Ana jahil tapi ana manusia, ada iman yang mempunyai sifat: turun dan naik.

Jadi ana akan menjadi orang yang sentiasa mencapah. Mungkinkah sebab ana jahil?

Sekurang2nya ana tahu, apa yang ana buat dan ana percaya benar, insyaAllah.

Kami beragenda, dengan susunan Islam, menggunakan manhaj Al Quran dan Sunnah. Maafkan ana, tapi ana yakin kejahilan takkan mampir selari dengan manhaj ini.

Adakah kami sesat? Hingga kami dibakulsampahkan oleh the so-called masyarakat yang "faham Islam".

Yang refuse untuk duduk rumah jaga anak dan beranak?

Cuba, buka mata...hati. Cuba lihat apa baiknya kami.

Bukan untuk dipuji, tapi untuk difahami.

Kami tidak meminta pokok2, belalang, lalat dan mergastua bagi sekadar faham dan bantu.

Tapi kami memerlukan saudara kami yang faham Islam untuk membimbing kami yang "jahil" ini.

Jahil sebab kami memilih untuk berbuat apa yang kami yakin, yang mana pada pendapat saudara kami, keyakinan dan perbuatan kami itu tidak bermakna apa-apa.

Jahil sebab kami memilih untuk bertindak mengikut cara yang kami selesa, supaya akhlak dan aqidah terjaga, selagi lurus insyaAllah di jalan syarak.

Jahil sebab kami, yakin, bahwa "duduk rumah dan jaga anak dan beranak" merupakan salah satu wasilah bagi mendidik generasi baru kami. Agar besarnya nanti mampu menjadi Islam yang qudwah.

Dan dalam masa yang sama, "rumah" kami bukanlah rumah yang dimastautinkan sehari suntuk. Rumah kami adalah surau2 IPT, rumah kami merupakan jalan raya pada terang dan malam hari. Rumah kami merupakan dewan2 konvensyen dan seminar di pelusuk negeri. Rumah kami adalah rumah dan bilik saudara kami. Rumah kami merupakan khemah2 yang kami dirikan di jalanan kanan dan kiri, rumah kami adalah di kaki lima masjid, surau atau tadika taman kami. Dan, kami bawa "keluarga yang kami beranakkan dan jaga" untuk kekal bersama kami di rumah-rumah kami.

Kita, tiada beza, yang ada cuma alpa.

Alpa untuk membuka mata hati dan melihat, apa baiknya kami.

Bukan untuk dipuji tapi difahami.

Agenda kami picisan di mata anda, tapi besar di hati kami.

Kami tak termundur dengan teguran anda itu insyaAllah, tapi sebak kami diatasi cinta, minta moga difahami juga dengan rasa kasih.

Sebab pangkal kita adalah sama, dari berpencahnya jalan yang dirintis Rasulullah dan sahabat, dan hujung kita juga serupa, iaitu Allah azzawajalla.

Astaghfirullahalazim, kami jahil ya Allah maafkan kami kerana menyakiti saudara kami.
Astaghfirullahalazim, kami jahil ya Allah, ampuni kami kerana membenci saudara kami sendiri.
Astaghfirullahalazim, kami jahil ya Allah, memilih untuk menentang berbanding beralah.
Ampuni kami ya Allah, ampuni kami.

Pingu Cool

Monday, May 14, 2012

Ke-gila-an

Di pagi yang hening. Aku bangun sejak jam 12 tadi sebab dah tidur sejak lepas maghrib so sekarang nak update blog as if esok lepas subuh ada orang akan cepat2 baca update aku? Huh. Konon. haha....ok ini kegilaan.

Aku dibangkitkan dengan panggilan telefon.

Telefon lagi? Haah, memandangkan aku tak reti2 nak telefon orang jadi celcom paksa orang kol aku. Haha.

Ok cut the chase.

Pagi2 dibangunkan sebab dikejutkan dengan perihal anak. Masalah komunikasi dan rasukan iblis yang menyebabkan salah faham ni. Jadi sebagai mak yang sentap, aku kena cater problem ni perlahan yang in which dengan harapan moga-moga Allah rezekikan kesabaran, dan bimbingan.

Huh..selepas dating tadi aku sekarang nak start lah kerja yang ala-ala terbengkalai ni. Aku ni bukan apa, tak tahu lah jenis manusia bagaimana. Dari kecik sampai besar, tak serik2 buat kerja last minit. Sumpah tak serik2.

Dapat pulak sekarang ni bertambah terlatih pulak nak buat those things in its last minutes.

Yelah, kalau tiba-tiba kena panggil buat program, or liqo or permasalahan, so kena cater dengan cool dan saksamanya.

In which those skills I brought into my other life. Haha.

Ok, assignment due tomorrow? Then do tomorrow.

Enuf said.

Ke-gila-an.

Oklah to be sincere, I am too stressed these days. Sangat, sampai rasa nak tipu diri sendiri, saying "Nab, u r find. Relax" but in vain.

Ok takpe,takpe, get cool relax.

And baru-baru ni kegilaan ku menjadi-jadi ramai juga yang menjadi mangsa. Tapi aku tak salah..sangat.

Tiba-tiba je teringat pasal sharpener yang bentuk bulat and ada cermin kat depan dia tu.

Yang ini.
Ha, yang ni lah. Haha.. Baru-baru ni lah tak salah hari rabu. Time naik bus dan bus tu mendaki bukit RST ni aku teringat pasal pengasah pensel yang ini.

Dulu beli gila banyak. Tahu tak yang sharpeners ini tanpa cerminnya akan menjadi tidak berguna. As if mengasah pensel tu guna cermin. Haha. Even blade dia masih tajam, tapi tetap tidak berguna bila cermin tertanggal dari letaknya. Haha.

Selalu kalau aku beli dulu memang tak dapat warna biru atau merah. Selalu dapat yang hijau je. Asek2 yang hijau. Aku rindu gila dengan benda ni, sampai aku minta waed carikan kat sekolah dia. Tapi haritu time aku search pasal sharpener ni jumpa lah blog-blog yang bagi info, insyaAllah kalau aku pergi maidin aku nak gi kat bahagian stationary dia cari sharpener ni.

Btw, tahu tak apa yang best gila pasal sharpener ni? Satu dia murah, dulu sebiji rm0.20. 20 sen wei..aku beli banyak2 pun tak miskin what. Walhal mungkin kalau dikumpul dan dijual boleh dapat ni:



Kalau yang ni aku tak mampu. Dulu time sekolah bila kawan-kawan bawa, depa akan letak kat hujung meja depa. If nak asah pensel kena pergi 'mengemis' kat depa dan bersedialah untuk terima pelbagai tohmahan dan cercaan. Orang miskin. Teringat pulak. Time sekolah rendah selalu jadi bahan ejekan, bila masuk sekolah menengah sorry, aku jadi bongkak gila-gila, ego keras tembok besar china, depa yang jadi bahan sepak terajang. Alhamdulillah Allah rezekikan tarbiah. Ceh. Anyway jenis sharpener korang tak menentukan result UPSR korang. Muahaha.

Tu satu. Murah. Kedua, intriguing. Nak tahu apa lagi yang boleh dilakukan oleh sharpener ni? Muahaha.. Dulu-dulu ada satu kes bilamana seorang pelajar angkat tangan nak mengasah pensel, dia akan bangun dari kerusi dan ke belakang kelas sebab usually kat situlah letak bakul sampah.

Kalau aku, time mengasah pensel tu macam pergi buat bangunan 11 tingkat, berabad. Lama gila kalau mengasah. Kalau kata nak asah sabit ke, normallah juga, ni pensil. Hehe. Sebab sambil mengasah sambil berangan tengok cermin. Gelak sorang-sorang memang gila time tu. Tu yang bestnye.

Ha, sharpener yang sama trade name tapi love shape punya takde mirror so tak intriguing. Bohsan. Mean for lovers yang euww tak kreatif. Ada ke tinggalkan love shape sharpener bawah meja gadis sebagai tanda Secret Admire?

Tahu tak simboliknya apa? Love yang disagat. Haha.


So enuf said about sharpener. lagi satu kegilaan aku baru je tadi, waktu qiam tetiba terpandang pokok bunga kat tepi meja. Lepas tu terfikir subhanallah, hebatnya ciptaan Allah. And tetiba je deviate pulak terfikir nak pelihara kura-kura ke..tetiba teringat pulak mainan dulukala.(Begitu senang fikiran aku mencapah) Nak tahu apa?

Jengjengjeng....


TAMAGOTCHI!!!!!

Wa.........rindu gila...Hm...to be sincere, aku tak pernah memiliki sebijik pun benda ni tak pernah. Tak pernah. Dulu selalu tengok kawan-kawan main, bawak gi sekolah, sorok takmahu cikgu rampas. Benda ni bukan murah. Nak,nak kalau yang original. Depa growing pets in it, bagi makan, tidurkan, basuh penyahtinjaan, bawa jalan2..sambil mata depa lekat kat depan kelas tengok cikgu dan tangan di bawah meja.

So aku? Tengok je.. Aku tak tahu sangat apa ada kat dalam tu. Sebab tak pernah merasa memegang sebuah. (^_^) sweet pain.

Sekarang aku sangat2 berharap dapat cari balik benda ni. Takdelah kata kaya, tapi insyaAllah boleh dimampukan. Haha.

Nak kata yang gilanya. Aku tak ingat apa-ke-nemenye benda ni. So macam-macam key word aku insert kat google tadi nak cari image. Pocket game, mini game, jumpa yang bakugan punya, then kecikkan time masa, 2003 ke 2007, tak jumpa gak pastu pakai key carian mainan video, keluar sebijik je gambar tamagotchi barulah aku ingat namanya tamagotchi. Jadi selepas tu cariannya jadi mudah. Punyalah bersungguh.

Lepas tu aku pun survey lah keberadaannya di Malaysia masa ni sebab banyak related post latar masanya 2005, 2007. Last jumpa yang paling latest 2011, May. So aku tak rasa jauh sangat, baru setahun? setahun?

So, cari punya cari, aku jumpa people yang jual benda ni dengan harga yang relative murah Rm10, bukan ori, postage RM5. Harga biasanya memang bawah RM100. Setakat aku search tadi ada yang RM69.90 hingga RM80.00. Gila.

Dan lebih gila bila aku decide nak cari yang tamagotchi RM10 tu a.k.a RM15. Dan aku sms! SMS people yang dealer tu! Kalau dia monitor number aku macam mana??????????????

Nab! Why u no said?

Bila dah jadi baru nak menyesal. Dia tak reply lagi, yela agak2lah baru pukul berapa.

Hurm..tetiba niat nak tamagotchi jadik pudar, mengingatkan kesalahan.

Hm..sungguh, it has been ages since the last time I left childhood, but is seems like yesterday I get scold because I scratch my knee during cycling lesson.

Sekian.




Pingu Cool

Sunday, May 13, 2012

F.A.M.I.L.Y

~Sekapur sireh...sekapur sireh dilipat-lipat..~

Aku mengganggau di bawah bantal mencari handfon. Subhanallah pagi-pagi ahad ni siapa pula yang nak rembat aku masuk lab ni? Kepalaku rasa berpinar. Bahana kurang tidur.

'Baiti Jannati' tertera di telefonku, baru berniat nak pangkah je tadi rupa-rupanya rumah.

"Hello...assalamualaikum.."ujarku dengan suara serak. Sempat aku mengerling telefon bimbitku, pukul 9:36 a.m. Aiseh..masalah ni.

"Assalamualaikum kakyong ye?" soal suara yang amat aku rindui. Ayah. Dah lama tak cakap dengan ayah.

"Ye.."
"kakyong baru bangun tidur ke tu?" soal ayah lagi. Dan dengan innocentnye aku mengiakan.

Rasa sangat bersalah sebab menerima panggilan ayah dalam keadaan yang tak ceria (sebab baru bangun tidur dan sakit kepala) yet sebenarnya takde alasan untuk bertindak sedemikian.

Ayah bertanya khabar sementelah aku jarang menelefon ke rumah, sebenarnya aku memang jarang menelefon ke rumah, selalu aku kacau ibu je, kat fon melalui sms atau fesbuk. Selalu sangat. Kadang2 ibu yang telefon.

Rasanya mereka tahu kenapa aku begitu, sebab aku ni bukan jenis yang gemar membuat panggilan melainkan out of mind. Aku takde banyak duit sangat nak beli topup banyak2. Dan selalu kalau topup je mesti niat nak call rumah, tapi topup cepat sangat habis, kadang2 malas nak balas mesej2 yang lain tapi tak balas pun aku yang kena bagi mesej. Tu semuanya alasan.

Yet, ayah masih selamba. Tapi aku yang rasa tak selesa. Lagi pula anak dara jenis apa yang bangun lambat? Hehe, ayah tanya lambat yong bangun kenapa? Aku kata, tadi dah bangun yah, lepas dhuha tidur balik, malam tadi bangun pukul 2 buat kerja. Ayah dengan coolnya berkata "Gi makan yong.."

Bila aku jawab, makan? Makan lambat sikit kot.

Ayah jawab, "Oh, makan lambat, sehari sekali ye?" Dan aku pun mengiakan sambil ketawa.

Bagaimana ayah tahu? Sebenarnya apa yang pernah aku maklumkan sambil lalu ayah akan ingat betul-betul. Ayah orang biasa, kerja pun biasa je, tapi ayah sangat super di mata aku.

Bila menulis dan mengingat ni tambah bersalah pulak rasa.

Ayah tak pernah lupa pasal aku..dan adik2.. kadang-kadang terfikir ayah tak belajar tinggi, tapi ayah terang hati, berkenaan anak-anak memang ayanh tak pernah miss. Tak pernah. Aku pernah cakap pada ayah yang aku boikot barang2 Israel, bila ayah beli barang-barang toiletries bila aku nak balik uni, semuanya jenama Syurah..Nama yang islamik ayah ingat mungkin bukan Israel punye, kata ayah. Padahal aku cakap pasal boikot kat ayah time aku stay dengan ayah waktu matrix dulu, sepintas lalu dalam kereta. Sampai tahun ketiga kat universiti pun ayah ingat lagi.

Ayah.

Hari ini ayah kerja malam, mungkin dah keluar pun.

Ayah telefon dengan satu misi. Untuk bertanya.

"Kakyong ada apa-apa ke yang nak cerita?"

"Ha? Cerita? Takde pun.." ujarku balas.

"Takde cerita apa-apa?" Soal ayah lagi.

"Hm...semua ok yah..sibuk sikit yah nak siapkan projek" ujarku menyedapkan hati ayah.

"Ye? Banyak lagi? Jangan tertekan yong...kiosk macam mana?" soal ayah lagi.

"Kiosk? Kakyong pun tak sempat nak terlibat sangat,"ujarku.

"Ha, tak payah fikir banyak sangat, nanti penat tertekan.."ujar ayah penuh diplomasi.

Ayah juga bertanya berkemungkinan aku ada apa-apa wish untuk ibu ke? Takmau telefon ke? Soal ayah.

Aku kata eh hari ibu semalam lah yah. (in which aku blurr sebab sebelum tidur tadi aku sempat tengok fb n post pasal HI ini dan ada juga tazkirah berkenaannya, so bila bangun tidur aku ingat, benda tu berlaku semalam.)

Akhirnya ayah meminta diri. Aku rasa sampai sekarang aku rasa sangat bersalah sebab tak macam selalu bila bercakap dengan ayah.

Aku tahu ayah telefon sebab nak korek perihal aku. Mungkin nyah ada cakap-cakap kat rumah pasal aku distress pudar akhlak akhir-akhir ini. Jadi ayah seperti selalu datang sebagai my knight of the shining armour.

Aku sayang sangat kat ayah. Takde ganti pelindung seperti beliau. Pelindung bagiku dalam kalangan manusia. Maaf ayah kakyong tidur balik tadi. (,~_~,)

As for ibu, aku lihat sangat banyak post wish2 untuk hari ibu kat fesbuk depa.

Ibu ada fesbuk tapi aku tak tergerak pun nak buat macam depa.

Keras hatikah aku?

Hm...ibuku Saripah bt Abdul Manan sama seperti ayahku Nasri bin Mustafa, terang jiwanya. Ibu tahu luar dalamku. Ibu menerima aku bila aku jahat dan juga bila aku menjadi lebih baik. Ibu tahu aku baik burukku, ibu tahu aku tanpa aku perlu melafazkan. Sekalipun ibu juga manusia biasa.

Aku tahu ibu juga seperti ibu-ibu lain, mahukan perhatian dari anak-anaknya.

Tapi ibu kental hatinya, anaknya yang nakal bernama Nabilah ini telah ia kenal benar. Bicaranya telus tanpa belok2, sekalipun ibu malu jika aku nyatakan yang aku rindu dan sayang ibu, ibu segan bila ingin menjawab bilamana aku memohon doanya. Aku dan ibu tak macam orang lain, kami dulu tak rapat, sebab ibu seorang guru yang garang, terbawa ke rumah. Kadang-kadang bila aku ke sekolah ibu aku jadi cemburu, ibu lebih lembut dengan murid ibu berbanding kami.

Tapi selepas aku disapa tarbiah ini, egoku jadi sangat rendah berhadapan ayah dan ibu. Aku menyatakan kasih tanpa segan silu lagi, relaks dan cool sahaja. Membuatkan ibu kadang-kala terkedu, dan segan.

Tapi itu dulu, sekarang aku dah matang, ibu pun semakin biasa. Bias kata kasihku ibu balas seadanya. Terharu bila keprihatinan yang ibu sembunyikan dulu kini semakin jelas. Ibu, kenal aku lebih.

Even aku tak mengucapkan happy ibuday kepada beliau, beliau tahu itu bukan yang perdana.

Sebab ibu tahu, nakalnya aku, aku sentiasa ingat kat ibu, ibu tahu betapa degil dan nekadnya aku, aku sangat2 takut jika ibu tak merestuiku, ibu tahu yang sekalipun aku kelihatan keras, tapi aku patuh pada ibu, ibu tahu aku jujur sekalipun tidak bersama ibu, sekalipun ada peluang aku tetap taat.

Hatta sampai sekarang aku tak pernah jejak Queensbay.

Ibu kata, "Azab Allah tu tak mengira siapa yong.." aku akur.

Ibu kenal aku.

Hatiku ini terbelah-belah. Picisannya banyak sekali. Tapi selepas Allah dan rasulnya, ibu dan ayah punya share yang sangat besar.

Dan kerana cintaku yang agung ini, aku dedikasikan hijrahku, kembalinya aku untuk maslahah mereka.

Kakyong berubah, untuk kita bersama ibu, ayah.

Mereka faham itu.

Aku menghadiahkan lagu hati, yang boleh mereka dengari.

~When I'm down,
And my heart so weary,
When troubles comes,
And my heart burden be,
And I am still
And wait here in the silence..
Until you come and sit a while with me.

You raised me up so I can stand on mountain,
You raised me up to walk on stormy seas,
I am strong when I am on your shoulder,
You raised me up to more than I can be.

Ibu, ayah, ibu, ayah, ibu ayah. Ada cinta di hati ini buat kalian. Anakmu yang metah ini mentah fikirnya, geraknya, rasanya, ampuni anakanda atas terlanjurnya lidah dan rasa. Sungguh ana bihibbakum fillah, ilallah, lillah.

Salam sayang berseri senyuman.

F.A.M.I.L.Y= Father And Mother I Love You.




Pingu Cool

Thursday, May 10, 2012

Kalam Itu ada Padamu.

"Kak, hari ni kita baca Quran ye kak?" Soalnya sambil mengular menghampiri meja studinya.

Aku yang terjelepuk di lantai bilik itu masih dalam keadaan lelah dan mengah. Haha. Akhirnya...

Dia kemudian menghampiriku dengan mushaf di tangan. Oh ambil mushaf rupanya. Tapi kemudian mushaf itu diletakkan di tepi bantal di belakang kepalanya.

Aku yang masih memeta nafas tidak kisah kerana masa belum tiba, jadi kumpul nafas banyak-banyak.

"InsyaAllah...kita mula dengan tilawah hari ni eh?"

Muka yang selalu tenang dan cool itu menjadi redup tiba-tiba...

"Kak...saya...tak tahu...." Aku terkersip tapi bola mataku kembali tenang. Entah mengapa, tenang rasa sukmaku. Berdua-duaan sementara yang lain belum hadir ini, memudahkan urusan kami.

"Kenapa? Baca Quran?" Soalku meminta kepastian.

Dia memandang siling. Kalau ikut pengalaman, perlu elakkan berbicara perkara yang merupakan kelemahan mad'u. Bimbang2 depa sentap nanti.

Tapi...entah dirasuk apa, aku selamba meneruskan perbualan bernuansakan perihalnya yang satu itu.

"Erm..sebenarnye..eh sekejap, pernah khatam?" Soalku.

Geleng.

Aku mengangguk.

"Oh, kenapa eh?" Ujarku polos. Sengaja.

"Entahlah, pernah belajar tapi entah, degil kot.."

"Ok, sebenarnya, pada adik, apa yang masalah dalam membaca Quran?" Soalku berdiplomasi. Menggembur masalah dari akarnya.

"Semua, semua kak...tajwid ntah ke mana, terabur teruk..."Sayu lagunya berbaur inferioriti.

"Hm...tak pe, jangan risau, sebab tu lah akak nak perkenalkan tilawah supaya pembaikan diri kita ni, bukan pada akhlak sahaja2, ataupun ukhuwwah sahaja2, tak,tak, kita nak kembali balik kepada akar yang satu tu. Islam yang direkodkan oleh mushaf."

Diam. Matanya bergenang. Aku terkedu. Subhanallah, seberapa kurangkah bacaannya? Nanti bakal kuketahui.

"Lagipun, tak mustahil. Nah, Rasulullah diangkat menjadi rasul pada umur baginda 40 tahun, 23 tahun selepas itu syariat Islam turun sehinggalah disempurnakan sebelum wafatnya Rasulullah itu. Kalau Rasulullah bermula dari zero, dan sempurna sedemikian rupa, makanya tiada mustahillah bagi kita. Takpe, perlahan-lahan, jika tidak hari ini bila lagi?" Ujarku sambil menepuk pahanya dengan lembut.

"Ok ke?" Angguk.

"Kita mula sekarang?" Soalku lagi.

Angguk, mushaf dibuka.

"Kita mula dari awal ye, Alfatihah, ni macam mana nak ikut akak ke, baca sendiri?" Soalku lagi.

"Boleh kot baca sendiri..." Ujarnya sedikit bersemangat.

Aku tersenyum.

Natijahnya, dia tidaklah jauh dari fasih, tapi ya, ruang untuk pembaikan itu luas. InsyaAllah jika kena gayanya dia mampu.

Buktinya inferioriti itu hilang bila dia akhirnya membaca 3 muka surat berbalas 1 oleh aku. Semangatnya menular bila dia sudah mula membaca. Hebat, sangat hebat.

Aku gemar memandang sisi negatif orang sebagai aset bernilai yang boleh digilap. Takrif indah padaku bersifat sangat biasa. Sangat biasa. Aku tidak perlukan yang sempurna untuk aku merasa kagum dengannya.

Herm, anakku yang seorang ni selalunya kelihatan kental, alhamdulillah hari ini Allah rezekikan pintu hatinya terbuka untuk aku.

Alhamdulillah.

Aku, membenteng langkah, untuk tidak terjatuh dan turut sama mengheretmu, kekasih.

Berbahagialah, kamu dan aku memiliki Allah yang Pemurah dengan KasihNya dan Pengampun dengan RedhaNya.

Selamat meneroka keindahan kembali kepada Allah.

Pingu Cool

Sunday, May 6, 2012

Perasaan

There's once people said,
Orang yang selalu membicarakan tentang dirinya adalah orang yang bodoh.

Well said.

Who cares?

Pada mulanya nak cerita pasal sesuatu. Tetapi all of sudden mesej dari Nyah masuk menjawab soalan yang aku berikan padanya terlebih dahulu.

Tetiba rasa risau.

So, tukar cerita.

"Nyah, apa yang buat ibu terharu hari ini?" Taipku dan segera ku send kan kepada number adik keduaku itu. Tadi.

Usai beberapa detik, reply darinya memasuki laman henfon.

"Entahlah, agaknya ni ah kot. Tadi gi rumah maklong tapi paklong time tu tidur~Tapi dah nak dekat2 balik tu paklong bangun, time nak keluar tu, paklong cakap lamanye ko tak datang sini pah, aku rindu kat ko~tak pernah-pernah paklong macam tu, padahal takdelah lama sangat pun~baru dua minggu lepas" balas adikku berkenaan mesej sebelum ni.

Mungkin ibu rasa terharu kerana itu. Ibu terharu kerana ada yang sangat sayang pada ibu (in which at first aku ingat aku, betul apa aku sayang gila kat ibu), then ibu doakan semoga dosa mereka diampuni dan diberikan kemuliaan. So aku pun rasa intriguing lah nak tahu~apekehenye?

Mesej balasan nyah tu buat aku rasa tak sedap atas dua perkara.

Satu, hopefully last time isn't the last time jumpa paklong. Enuf said.

Second, if ibu sayang sangat kat paklong and maklong, aku dengan nyah lah parah. Parah. Masalah if maklong bertegas dengan keputusannya takmau aku 'dilangkah bendul' dan ibu agree. In which before this aku cuba rasionalkan diri, kata pada one true self, it's gonna be no longer~no woes. In fact it is truly woes.

Haru. Masalah. Aku dah decide nak gi haji dulu.

If ibu insist nak suruh nyah tunggu aku, kasihanla dia, budak syapiq tu dah tunggu sejak darjah 5 lagi.

Ya Allah kenapalah aku anak sulung? Boleh ye tanya macam tu?

Cut the chase. Risau petala kelapan~need sleep.

Pingu Cool