Saturday, March 31, 2012

Tidak mahukan hati ini....ia ENGKAR!

Menyalahkan hati.

Rasa sebal dan wordless.

Mencari-cari apalah yang boleh dijadikan harapan. Bila saban hari perkara sedemikian berulang dan kembali bersikap optimis, kononnya keadaan akan menjadi lebih baik, nanti.

Berbohong kepada diri sendiri merupakan sesuatu yang memeritkan ukhti.

Bila kita memilih untuk kekal tidak mahu berubah, sungguh kita masih boleh mencari jalan keluar, kerana yang tidak mahu berubah itu kita.

Tapi sekiranya kita ingin berubah, sangat ingin, sangat, sangat ingin, tetapi tidak mampu. Nah, akan terungkap rasa lemah dan dilemahkan, kerana qudrat terakhir itu hilang. Rahmat Allah juga tidak bersama.

Apalah perasaan jiwa hamba bila dirasakan salah tingkahnya pada tanggapan Pencipta?

Apalah perasaan kekasih bila si Belahan Hatinya tidak menyelinapkan tenang ke dalam jiwa atas keputusan yang diambilnya?

Apakah perasaan manusia, bila terasa perlakuannya tidak mendapat redha Tuhannya?

Sedih. Rasa sedih dan jauh dari syurga.

Rasa sedih dan hilang kebergantungan.

Tidak! Hamba itu berkata, "Tuhan, jangan tinggalkan hamba,ranap leburlah jasad, hancur hilanglah keyakinan."

Air mata mengalir bertali arus, mengundang sama lelehan air hidung petanda sebak yang melampau.

Hilang qudrat yang terakhir ibarat nyawa ditarik sedikit demi sedikit, sampai merasakan mahu menghilangkan diri dari dunia.

"Tuhan, aku tidak mahu hati ini, ia engkar Tuhan..." Sendunya dalam doa.

**************************************************************************************

Hati yang engkar.

Pagi terasa panas dan memijat kulit hingga terasa rengsa, jam menunjukkan hampir jam 10, mengutuk-ngutuk diri kerana kembali terlena selepas subuh tadi, rasa sangat hangin kerana masih belum berdhuha. Argh...serabut!

Punat lif ditekan, menunggu dalam rungsing menyebabkan rias mukanya kelat. Lebih kelat dan masam berbanding jeruk kelubi.

Usai pintu terbuka, diredahnya masuk dengan muka sedingin salju kutub. Sungguh dia hilang mood, hampir suku perancangannya tidak menjadi hari ini dan memungkinkan untuk dia gagal juga menamatkan hari ini dengan gembira yang saksama.

Lahar dibenak serasa ingin dimuntahkan pada pintu-pintu kamar yang tertutup itu. Sebal.
Rasa marah dan memberontak meronta-ronta di atmanya yang rapuh.

Sungguh, dia marah.

Pada hatinya sendiri.

Mengapa hatimu keras sekali Deena? Mengapa?

Tiba-tiba terasa titisan airmata menitis di pipi, disekanya dengan belakang telapak tangan sebelum tangannya menolak pintu makmal.

Dia harus kuat.

Keseorangan di makmal sambil menantikan stabilnya suhu sample yang masih di-maleanization-kan di dalam kelalang reaksi benar-benar mendera sukmanya.

Sumpahan senyapnya sebanding dengan bilangan zikirnya.

Dia memutuskan untuk keluar dari situ, lari seketika dari tanggungjawab. Sedangkan perbuatannya boleh menangung padah yang amat parah. Kemalangan, eksperimen tanpa kawalan.

Dia senyap di dalam surau. Zuhur masih jauh, sedang dhuha telah usai ditunaikan tadi lagi. Quran terasa berat untuk dipegang apatah lagi diselak lalu dibaca mukanya.

Dia gelisah. Dalam masa yang sedikit dia cuba bermuhasabah.

Apa yang telah terjadi Deena? Mengapa hidupmu kacau bilau?

Apa yang terjadi Deena, mengapa tingkahmu sumbang di sisi manusia juga dirimu sendiri?

Apa yang terjadi Deena........? Argh! Diam! Kamu yang bertanya, sedang itu semua datangnya dari kamu sendiri, hatiku yang khianat!

Deena benar-benar rasa terganggu, dirembeskan air matanya sekuat-kuat hatinya, tanpa esak, tangisannya terasa perit di kerongkongan, dia tidak boleh menarik perhatian sesiapa untuk mampir ke surau kerana sekarang adalah masa meditasi hatinya, dia harus bersendirian.

Sebenarnya tiada apa yang terjadi.

Tingkah Deena biasa-biasa sahaja, ibadahnya sama, tiada kurangnya, hubungannya dengan keluarga baik dan dia tidak pernah lupa mendoakan mereka, adik-adiknya juga amat tsiqah dan patuh padanya, para akhowatnya juga sangat membantu dan wajar membahagiakannya, apatah lagi permata-permata hatinya yang digilapnya khusus kerana agama.

Tapi....ada sesuatu yang hilang.

Hatinya.

Deena sebenarnya berjalan tanpa hatinya. Berbuat dengan kosong sukmanya. Menjadikan ia cepat penat sedangkan apa yang dibuat segalanya demi makanan rohaninya itu.

Tapi mengapa hatinya sangat jahat dan menidakkan segala keperluan biasanya itu, adakah hatinya sudah mula bosan dengan makanan sedemikian sedangkan ia adalah makanan paling lazat dari kalangan nikmat dunia?

Atau hatinya sudah mula ENGKAR?

Deena merengus sedih, memarahi dirinya sendiri.
Terasa lemah tanpa pegangan Allah sedangkan DIA sangat hampir melebihi urat lehernya sendiri.

Nazrahnya luka tersayat kesedihan yang lahir entah dari mana.

Hinggakan kalbu sukmanya meruntun derita bertanya tentang di manakah terletaknya hak 'mereka'?

"Tuhan, aku tidak mahu hati ini Tuhan, tukarlah hatiku dengan hati yang lain, ia sudah engkar daripada taat kepadamu, merasa lelah dengan kebaikan dan mula merasa tertarik dengan dunia. Ambillah ia dan hancurkan, gantikan aku dengan hati yang baru Tuhan," luah Deena tanpa sedar akan apa yang diucapkan.

Deena buntu. Deena berasa tidak tahu.
Dia lemah, dan merasa dilemahkan.

Dalam esak tangis yang semakin memudar, wajahnya disimbah cahaya dari venetian blind yang bergayutan di tingkap surau.

Cahaya yang tepat menampar wajahnya itu tidak memperkenalkan rasa pijar di pipi tapi silau di irisnya.

Deena terpana. Dalam sinar matahari yang menampar pipi itu, Deena melihat titis-titis hujan yang diturunkan dari langit.

Dia sangat mencintai hujan!

Deena rasa terpujuk.

Tiba-tiba, Deena menyentuh dada kirinya, cuba mengesan detak jantungnya. Memanggil hampir nazrahnya yang kelabu.

Denyutannya makin menyusut, muka Deena terasa tegang, gerakannya longlai, Deena teringatkan eksperimen yang sedang ditinggalkannya...tapi Deena tidak mampu berbuat apa-apa..dia terkulai longlai dalam keadaan mukanya bersimbah cahaya dalam gerimis di tengahari Jumaat itu.

Hatinya pergi menemui Tuhannya.

Monday, March 26, 2012

Bila Patik Jatuh Sayang~

Hari ini.

Hah. Mimpi di hari Ahad. Akhirnya ia menjelma setelah beberapa kali menampar pipi malam tadi sebelum tidur untuk merasionalkan apa yang bakal terjadi hari ini.

Hari ini.

Patik diminta untuk menggantikan seorang kenalan baru yang dikenalkan oleh coursemate patik untuk mengajar tuisyen. Patik pelik dengan rezeki patik kebelakangan ini banyak yang bersangkutpaut dengan tuisyen.

Semalam ketika liqo patik mendapat panggilan memohon bantuan tambahan itu lalu patik meminta tempoh. Yelah, tengah liqo, kena decide nak mengajor. Subjek Bio pulak tu, form 4 form 5 pulak tu. Huh~5 tahun dah teman tinggai~mananye ye~

Lepas tu merasionalkan, sebab Ahad tengahari ada riadah bowling kat BJ, so patik ingat nak tolaklah sebab tuisyen sampai jam 12.30 dari 9 pagi, berkumpul depan Khaleel jam 1 ptg, manakan sempat patik berkejar kerana hari Ahad mana ada bus.

Jadi, ingat nak tolak je.

Sekali diilhamkan Allah, sudah Dia mahu yang itu, maka itulah. Patik diilhamkan untuk meminta akhowat mengambil patik dari dalam kampus, di kompleks DK, jadi usai mendapat bantuan patik pun rasa nak tolonglah kenalan tu.

Bukannya apa, bila fikir betul2, riadah yang sedemikian tu, tidak wajar dijadikan batu penghadang sebab kawan mike yang seorang lagi tu bukan sengaja tinggal kelasnya untuk berfoya-foya.

Dia ada rehlah dengan jemaahnya. Patik sangatlah faham situasinya maka patik memang nak sangat menolong, cuma patik tidak pernah mengajar tuisyen apetah lagi Biologi yang patik tinggal 5 tahun yang lepas.

Bincang punya bincang, maka tetaplah patik membantu.

Kiranya bahan fotokopi untuk murid dan rujukan untuk patik seharusnya diberi jam 11 malam Sabtu tu, tetapi pihak belah sana tertidur, bila dia bangun patik pula telah beradu.

Hence, lepas Subuh esoknya patik bertemu dengan beliau di Surau Restu. Beliau brief sikit2 dan beliau yang pada mulanya kata patik hanya perlu mengajar jam 9-10.30 sahaja kerana dia akan cuba balik. Tetapi sebenarnya beliau merupakan penghandle program, disebabkan patik sangatlah faham kedukaan beliau itu patik pun dengan membabi butanya menawarkan untuk mengisi kedua-dua slot~

Sekalipun disusuli soalan, "Mampu ke nak hadam dua-dua ni [refer pada bahan]?" Patik dengan coolnya kata "InsyaAllah, dulu saya ambil bio juga," Keningnya hampir bertaut kerana dia dan patik sebaya, hence, memang dah 5 tahun tinggal. Tapi dia tiada pilihan lain melainkan mempercayai patik.

Patik melangkah dengan amat nervous sekali kerana persediaan patik tidak terlalu sempurna hatta ingin dikatakan mencukupi juga amatlah jauh panggang dari api.

Tapi patik macam biasa buat cool dan redah.

Sampai di kelas, takde orang, patik pun secara automatik tanpa sedar terus tulis nota kat papan putih dan tunggu, seorang pelajar tingakatan 4 masuk, LELAKI.

Habeslah~

So patik pun buat macam berpengalaman [at which ini sangat penting] dan patik terus je terangkan berkenaan tajuk yang diassign. Patik rasa hebat juga patik ini kerana patik tahu apa yang telah patik perbuat.

Usai mengajar datang lagi seorang pelajar. Patik jatuh kasihan padanya dan sangkaan patik benar bila dia menjawab soalan patik:
"Irfan, datang naik apa Irfan?"
"Bus." Pendek.
"Duduk mana?" Setelah beberapa lama menyepi.
"Teluk Kumbar." Ujarnya patuh.
"Ush, jauh tu, bertolak pukul berapa? Bangun pukul berapa?" Sengih.
Sengih. "Pukul 8." haaa~~
"Subuh tak?" Sengih lagi. Firdaus mula ambil port.
"Tak dan ah..." dan sengih lagi..
"Ha..nanti bila berkesempatan, sebelum zuhur ke, qada' ye?" Ujar patik sebelum ketiga-tiga insan di kelas itu kembali kepada kerja masing-masing.

Debar patik nyata hilang namun patik sangat-sangat khuatir dengan kelas tingkatan 5 kerana patik seperti menggambarkan betapa perkasanya mereka itu [diberitahu seorang je].

Lalu patik pun bersedia untuk ke kelas tingkatan lima. Patik khuatir. Tapi patik cuba redah.
Patik membuat perkara yang sama cuma kali ini disebabkan ada pelajar perempuan maka patik berasa sedikit relaks dan santai.

Kelas ini comel dan manis.

Silibusnya lebih tough sedikit dari yang tadi [Tingkatan 4], tapi masih mampu ditampung ingatan jangka panjang patik.

Lalu patik ,habiskan mengikut flow secara automatik. And it ends well. And fascinating.

Mereka semua tsiqah hatta si Nazim yang kelihatan pintar itu.

Si Atiqah yang kiut pula merupakan pelajar yang sopan dan beradap. Sangat manis.

Cikgu berasa sangat bertuah kerana diberi peluang mengajar kalian. Kalian sangat manis dan cikgu doakan kalian berjaya dunia akhirat.

Footnote: Atiqah suka makan daun bawang, Nazim timbulkan pasal hadis nabi pasal bawang tu [in which patik terkejut, dia berminat!], then bila cakap punya cakap dia defend pula pasal bawang putih sebab dia suka bawang putih..there..the ice is broken.

Irfan tak sanggup terima nota cikgu yang highlighted dengan highlight pink, cikgu ada tu je Irfan. Firdaus mengantuk dalam kelas.
Usai itu, bowling. Hebat. Cadangan, kambus longkang tu supaya tak ramai yang strike masuk longkang lagi lain kali~ Hebat~
Beli barang kiosk, murah~wuwuwu~~dan habiskan voucher buku~tepat2 RM100. Beserta buku Bahasa Inggeris untuk anak tutor yang bakal datang. Opps~patik bakal menjadi private tutor? Wallahua'lam~.

Pingu Cool

Friday, March 23, 2012

Jiwa persis rempeyek~

Kugenggam angin semalam,
Kusimpan jadi kenangan,
Kupeluk bayang hitammu,
Menjadi kabus mimpiku..

Wallahua'lam benar ke tak lirik ni terasa nak melagukannya~murmur.

Hurm, hari ni kacau. Rasa unevenness yang sangat.
Hampir semua orang kena sembur bila kelihatannya semua rasa diri betul. Termasuklah aku.

Bila kata semua, maksudnya semua. Tak kiralah siapa. Supervisor, lab partner, akhowat, anak, mad'u hatta pokok? Ha, pokok terkecuali, sejuk teman melihatnya~

Serius aku faham apa yang kak syazan rasakan bila dia nak sangat tahun ni cepat berakhit dan kami dapat berehat dengan cool. Dan time tu aku geleng kepala dan kata, sekejap je kak, nanti akak mesti rindu.

Tak, sekarang tak, kalau yang sekejap ni mampu membuatkan aku hilang waras, maka ia harus habis cepat. Kalau yang sekejap tu mampu membuatku hilang izzah dalam pergaulan, maka ia harus habis cepat. Harus.

Aku demam, tak sihat, tak cukup rehat, overworked. Bila MC pun sibuk terhegeh-hegeh tanya aku datang ke tak? Nak kena hampuk dengan reaction flask ke hape? Ni teman tak gemor ni~

Bila aku bersin tak henti mulalah buat muka concern, bila aku tak datang tu takkan tak faham2.

Yo, bro, takkanlah nak aku tulis kat langit malam pakai neon light baru kau dapat hint? Even it is only a hint? Daa...buat rosak mood aku je hari ni lah~

Pastu kena hadap supervisor cum my wood engineering lecturer pulak. Haduh, memang lah aku rasa bukan sekadar MC tapi rasa nak extend semester ni. Hoh~

Pastu wrong timing pulak akhowat buat perangai. Perangai biasa dia yang selama ni aku biasa je sabar, tapi hari ni salah masa, so sedas renungan tajam dan numbness terlepas.

Pastu Mutarobbiah pulak nak berdebat pasal keputusan yang bijak yang dia rasa betul. So dapatlah teman debat yang saksama seperti beta.

Pastu dapat pulak tahu bukan setakat kena handle iftar je tapi rupanya pengisian pun patik juga yang handle. Baguslah tu, jam dah 6.40ptg.

Banyak sangat benda yang memanaskan hati~dimulai dengan yang itu.

Benda yang aku biasa tahan dan bersifat cool dalam menerima dah jadi ntahhapehape~

At last, aku decide untuk follow the flow as well as possible.

Yang penting aku happened to accept those obstacles.

Lantaklah.

Ye, aku kasar, maka?

Because, those who mind, doesn't matter and those who matter don't mind.

Pingu Cool

Sunday, March 18, 2012

Kasih Ayah Yang Magik 1

2007

"Macam mana sekolah yong?" Suara yang sedikit garau itu menyapa telinga yang sedang meneliti jadual bertugas pengawas yang sedang diubahsuai. Banyak yang kena ubah ni, minggu lepas Rahman dah jaga pagar jadi minggu ni tak bolehlah jaga pagar lagi. Siapa nak baca doa kalau aku letak Wafi jaga pagar pulak? Ha..panggil Azim lah~

Tidak lupa menjawab sapaan ayah yang masih berdiri di depan pintu biliknya itu, dia mengangkat muka. Ayah sedang mengeluarkan butang-butang pada baju pengawal keselamatan yang dipakai, ayah letakkan satu persatu butang itu ke dalam beg hitam berzip yang ayah sering bawa ke mana-mana. Tingkah ayah jelas lemah, mungkin kerana memandu dalam kesesakan lalulintas dari Petaling Jaya. Dia kurang arif adakah ayah sering menggunakan jalan lama atau melalui LebuhRaya Guthrie yang baru saja dilancarkan penggunaannya.

"Sekolah? Hehe..entahlah yah penatnye ya Allah," Fail pengawas yang ditatapnya sedari tadi sejak dia duduk berteleku di atas katil usai Maghrib yang didirikan tanpa roh itu dia tutup dan ketepikan. Dia turun dari katil dan mengorak langkah keluar bilik.

Bilik ini merupakan tempat lepak rasminya di rumah, dia sangat jarang keluar dari bilik. Melainkan untuk bermasyarakat dengan keluarganya sahaja. Bilik ini sudah boleh dinamakan gua Nabilah, kerana sering sahaja dia menjadi pertapa setia penunggu bilik itu. Hingga pernah suatu ketika dia sesak nafas dan dibawa ke klinik kerana usai sahaja menggosok baju kerja ayah, dia yang ketika itu mula mengalami kesukaran bernafas terus masuk ke bilik, namun dapat dikesan oleh ibu, ibu pun mulalah melancarkan serangan terhadap habitnya yang satu itu. Katanya, selalu sangat berkurung tu pasal boleh sesak nafas.

Malam ini dia melabuhkan punggungnya di sebelah ibu yang sedang berbaring di hadapan TV. Dalam beberapa minit lagi drama Korea 'My Girl' akan mula ditayangkan. Gambar pemberita TV3 itu ditatapnya sambil membaca pengumuman yang ditulis kecil di bawah skrin televisyen.

"Duit belanja cukupke?" Ayah yang kelihatan baru mengambil pinggan di rak dan menuju ke periuk nasi bertanya lagi. Ayah beri seminggu RM25 untuk 5 hari. Jadi sehari belanja RM5. Duit bas pergi balik bervariasi julat harganya antara RM1.60-Rm2.00 bergantung kepada jenis bus yang dinaiki. Selain belanja rehat, duit RM5 itu juga turut digunakan untuk makan tengahari sebelum kelas persediaan tahun peperiksaan dimulakan pada petangnya.

"Cukup yah..Banyak lagi duit minggu lepas ada lagi RM 3 tambah minggu ni punya, kayalah hamba.." Ujarnya berseloroh. Ayah telah mengambil tempat di sampingnya sambil menatang pinggan penuh nasi dan lauk pauk. Rutin mereka begitulah sangat jarang makan bersama ketika hari-hari bekerja. Ketika cuti ibu gemar menyediakan masakan istimewa, masa itulah baru mereka duduk makan bersama-sama.

Di rumah hanya ada dia, ibu, ayah, am dan su. Wahid keluar ntah ke mana, mungkin ke rumah Amirul kawannya itu. Nyah pula berada di asrama.

Drama korea yang dinanti sudah bermula. Dia selalunya hanya berhubungan dengan ayah ibu dan adik2 ketika ini sahajalah. Selalunya usai makan, ayah akan mandi dan baring di hadapan tv di sebelah ibu tapi bukan untuk menonton tetapi untuk melelapkan mata sebelum masuk ke bilik betul-betul. Ibu juga selalunya penat pulang dari sekolah jadi hanya senyap menonton. Sekali-sekala ibu mengolah apa yang dilihatnya di televisyen atau berborak dengan ayah mengenai isu-isu yang dirasakan perlu. Dan dia, kekal memaku pendangan pada heroin yang sedang berlakon di dalam tv.

Malam kini berlalu sepi.

Pintuku diketuk bertalu-talu. Dia bangun sambil memisatkan mata. Orang yang mengetuk itu tiada di hadapan pintu, tapi dia telah biasa. Itu ayah. Ayah mengejutkannya untuk meminta bantuan untuk menggosokkan baju kerjanya. Kadang-kadang dia akan gosokkan sebelum tidur, tapi tadi malam seluar ayah masih dikeringkan di bangku meja makan jadi dia memutuskan untuk menggosoknya hari ini. Dia membuka suis, kedengaran ayah menggosok lantai bilik air, ayah pagi-pagi lagi dah bertenaga, seperti tidak terkesan langsung dengan kepenatannya bekerja semalam.

Usai menggosok baju dia melentokkan kepalanya di atas sofa sambil duduk. Dia tidak mahu berbaring kerana sebentar lagi dia ingin bersiap untuk ke sekolah kalau baring alamatnya lambatlah dia nanti. Selalunya bila ayah akan keluar rumah ayah akan gerakkannya untuk mengunci pintu. Ayah selalunya keluar sebelum subuh lagi, jam 5.30pagi dah dikira lewat bagi ayah. Kerana jika laluan sesak menghampiri hari cerah, kemungkinan untuk sampai ke tempat kerja dalam masa dua jam adalah tipis sekali.

"Yong, bangun yong..kunci pintu ni.." Dengan mata pejam dipegangnya jeriji pintu yang senang dipanggil 'grill' itu. Ayah memberikannya botol air sementara ayah memanaskan enjin. Dia ke dapur untuk mengisi air ke dalam bekas itu untuk bekalan minuman ayah. Ayah jarangbersarapan kecuali jika terdapat apa-apa yang boleh dimakan.

Dia kembali ke muka pintu dan menghulurkan bekas air kepada ayah. Seisi rumah masih senyap, belum terjaga. Jam menunjukkan hampir 5.15am. Dia kaget. Bimbang ayah telat.

Ayah menghulurkan tangannya untuk dia menyalaminya. Disambut dan dibawanya ke muka lalu dikucup tangan ayahnya.

"Belajar baik-baik yong.."Ujar ayah. Angguk. "Jangan tidur lagi, pergi jemur baju tu ayah dah mesin dah.."Tambah ayah sambil merapatkan pintu pagar.

Dia mendengus perlahan. Alah...tak jemur lagi ke? Selalunya ayah yang menjemur baju sebelum ke tempat kerja.

Kereta ayah yang sudah menderu dihantarnya dengan pandangan kosong ke rumah hadapan yang tidak berpenghuni. Tiada rasa gerun atau takut memandang ke landskap yang sewajarnya menyeramkan itu apath lagi pada waktu dinihari begini.

DIa menutup pintu. Niat di hati ingin menyambung lena dikambus dalam-dalam. Ada kerja yang perlu dibuat ini.

Rutin itu berlangsung hampir setiap hari. Dan dia membesar menjadi gadis berusia 17 tahun dengan norma yang begitu.


Bersambung...

Pingu Cool

Thursday, March 8, 2012

Mungkin kerana cinta~

Mungkin kerana cinta~

Setelah puas kening berkerut-kerut.

Pening-pening kepala memikir ibrah.

Tersengguk-sengguk menahan sakit tengkuk kerana berfikir.

Terdiam dan tidak berkutik di dinihari.

Memikir,memikir dan memikir.

Mencari resolusi, bila sahaja ada masa yang memampukan.

Akhirnya, ketemu satu pesalah sejati. Cinta.

Mungkin kerana cinta.

Kerana terlalu cinta, ia ditarik. Kerana Dia bersifat cemburu~

Sedar dan tahu, agar segera sahaja mengoreksi diri, bahawa walau dengan apapun sekali kebaikan yang disenangi, cinta itu tidak harus lebih dari kepadaNya.

Persoalannya, cintakah aku padanya?

Ya, tidak mampu menahan jiwa dari bimbang, bila tak mendengar suaranya.

Tak mampu menahan hati untuk resah, bila tidak melihat kelibatnya.

Tidak tahan mengempang gelisah bila ia kecalaran.

Mungkin itu tanda cinta?

Satu ketika dahulu, aku pernah dipanggil [walau sekali] sebagai akhowat doktor cinta.

Ya, ketika itu, entah kenapa, bahasa yang melatari perbualan sesama akhowat semuanya bernada syurga.

Tenang dan menenangkan~

Bila sahaja masuk ke peringkat pencarian solusi berkenaan masalah hati, aku menjadi rujukan. Akhowat doktor cinta.

Tapi, ia tak sama.

Persetankan itu kerana hakikatnya sekarang, aku tak pasti adakah ia kerana cinta?

Oh, Allah, luruskan jalan. Jika ia merupakan sesuatu yang Engkau redhai, dekatkanlah ya Allah. Jika tidak, tunjukkanlah padaku sesuatu yang lebih baik dari itu.

Mungkinkah kerana cinta, ia ditarik?

Setakat ini itu sahaja resolusi yang mampu disenaraikan~

Cukuplah, cukuplah, cukuplah Allah bagiku.

6 mac 2012- handphoneku yang berwarna putih keciciran. Pergi bersama membawa hati yang cinta.

7 mac 2012- kembali mendapatkan number yang sama.

Cukuplah, cukuplah, cukuplah Allah bagiku.

Pingu Cool

Wednesday, March 7, 2012

Telah perginya ia kepada yang lebih berhak.

Oh, hari ini, hurm...ye hari yang lain.

Bisa aja dada berdebar-debar, menyoal usul dan natijah tindakan pada hari ini.

Selain diri sendiri, banyak pihak yang telah terzalimi.

Ana, asifah jiddan, jiddan. Lebih memilih untuk senyap bila tiada madah yang boleh menayangkan cerminan hati. Biarlah~sungguh ana tak tahu.

Jadi, hari ini, banyak kehilangan telah berlaku. Tapi ya, jika pertanyaannya adalah "Bagaimana harimu hari ini Nabilah?" Tentu sahaja jawapannya boleh jadi puas atau tidak memuaskan.

Tapi jika persoalannya begini: "Masih banyakkan nikmat Allah yang melatari hidupmu?" Ya, iya, sepastinya banyak sekali.

Tapi boleh tidak boleh, serasa masih ingin berbicara mengenai kehilangan.

Yang paling parah adalah itu, kehilangan hikmah, sehingga bila disentak, layak rasanya.

Untung sahaja ada madah motivasi pembakar sedemikian, agar hamba yang berkelana di pentas amal ini tidak terawang-awang hanya sekadar bermimpi di luar realiti.

Agar kembali memasang kekuda di atas daratan bukan fantasi.

Syukran. syukran ya Allah.

Yang kedua itulah kehilangan kesihatan, sementara tapi sangat mengusarkan dan menggunturkan. Hampir sahaja langkah menjadi amat pincang dan terabur. Kasihan kepada mereka yang terkesan akan keadaan, kerana keadaanku ini, aku telat dan menelatkan yang lain. Tertinggal dan meninggalkan yang lain. Asifah, asifah.

Lalu hilangnya sihat itu membawa kepada hilangnya tenteram.

Ya, bisa sahaja ia bukan sumber prima akan kehilangan damai yang sebelum ni enak bersarang dihati. Sudah, itu nanti aku khabarkan.

Alat telekomunikasi. Ya kehilangan yang seterusnya. Minor. Tapi effectnya subhanallah~ Biasalah bagi mereka-mereka yang berpajak masa sepertiku, alat yang satu itu sebenarnya amat-amat perlu.

Jadi, hikmahnya?

Ada. Ada.

Minggu hadapan bakal pulang kerana telah dipanggil menghadap ayahanda dan bonda yang jauh di mata, tidak lekang di hati.

Pulang juga untuk menguliti adinda-adinda yang sering menjadi tajuk-tajuk utama doa-doa harian dan buah fikiran.

Pulang juga kerana menunai janji.

Pulang juga kerana mencari rehat bagi hati. Moga hati tidak menghampiri mati.

Pulang dengan misi. Misi biasa tapi bermakna bila kena gayanya.

Pulang meraikan hari jadi.

Hari jadiku dan harijadinya. Hari jadi kami.

Tahun yang ini mungkin akan kehilangan bonus ulangtahun kelahiran celcom. Kerana sim kartu yang itu telah lenyap dari genggaman.

Sudah, ikhlaskan sahaja.

Kehilangan, kehilangan itu, membawa pintu harap yang indah pada akhirnya~
Tinggal pintu itu ditolak dan isinya diteroka sahaja.

Selamat meneroka hikmah.
Selamat menebar rahmah.

Pingu Cool

Friday, March 2, 2012

Bila rindu~

[Dulu....]

Nebi berjalan tegak. Matanya memandang hadapan. Penuh karisma dalam perwatakan. Ya lah, dia merupakan orang penting di sini. Siapa tak kenal, mak tiri pengawas. Tapi itu ketika di sekolah dahulu, sekarang di tempat yang baru suasana yang baru, tapi masih, aura itu kekal. Masih.

Tiba-tiba sekalipun disedari, ada minah yang datang dari arah bertentangan melanggar bahunya kasar. Usai melanggar, meluncur pula kata-kata luahan kurang senang dari bibir gadis itu.

"Hee..buta ke? Dah tahu jalan ni sempit nak juga saing ngan aku..badan kecik takpe juga..." ujar gadis si pelanggar senada. Emosinya kurang stabil, sungguh dia memang rasa nak fire orang je sekarang, dapat pula seorang badak merintang jalan, memang mangsa la. Kasihan si gadis malang. Malang kerana....

"Wei, asal?" tanpa nada dia menuturkan sambil lengannya kuat memaut lengan gadis yang melanggarnya tadi. Sakit di bahu tidak diendahkan sakit di hati lebih merajai. Malanglah kau minah, jumpa dengan aku hari ini. Ujarnya dalam hati.

"Apahal kau? Nak cari gaduh ke?" Ujarnya kurang senang kepada Badak air dihadapannya. Badan dahlah besar, bawa air pulak tu. Sesuailah sangat. Dia melihat riak muka gadis dihadapannya ditarik perlahan-lahan menjadi dingin. Entah kenapa perutnya kecur.

"Kau. Aku tanya 'asal?'. Takde pulak aku cakap "Aku nak cari gaduh dengan kau." kan? Kenapa kau tak reti nak bezakan dua ayat tu ke?" Ujarnya dingin sedinginnya. Pandangan pakcik popeye di kaunter tidak dihiraukan.

" Hei, yang kau sibuk sangat urusan aku ni kenapa?" Ujarnya membela diri. Sekalipun kedengaran berani, dia sebetulnya sedang sangat-sangat khuatir. Aura gadis dihadapannya bukan main-main. Gelas plastik berisi air di tangan itu kelihatan bergetar-getar riak air di dalamnya. Air teh. Dia cuak.

"Masalahnya, kalau urusan kau, yang kau kacau aku tengah jalan APAHAL?!!" Tengkingnya tinggi. Sabarnya telah lama hilang. Gadis yang dihadapan matanya sekarang dipandang kecik-besar-kecik-besar je tu. Silap-silap ada orang mandi air teh susu ni karang.

"Aku peduli hape, jalan aku, suka hati aku lah" Gadis dihadapannya menjawab kini dengan nada yang rendah amat rendah.

Nebi naik angin.

"Wei, minah. Engkau kalau nak datang cafe, cari makan, buat cara cari makan. Jangan kau musnahkan hari yang indah masyarakat cafe yang baik-baik ni. Aura buruk kau tu simpanlah kat bilik sorang-sorang. Lagi satu jalan tu pandang depan, mata letak kat mana kepala ke patela? Apa kau ingat mandat kau besar sangat sampai semua orang boleh bagi kau jalan as if kau kebal. Hah? Kalau orang halang kau, sesuka hati je kau tepis kami as if kami ni cacing kerawit yang kau boleh pijak-pijak dengan kaki?"

Kedengaran semburan yang diikuti batuk-batuk dari arah belakang. Nebi mengalih pandangan. Kelihatan seorang budak lelaki yang sedang tersedak. Berhamburan nasi ke kerusi kosong dihadapannya. Cacing kerawit? Budak lelaki itu menala pandang ke arahnya dengan pandangan geram. 'Aku tengah makanlah bodoh..' Pandangannya pada Nebi seolah-olah menghantar mesej yang itu. Tapi pandangan geramnya padam sebaik terlihat sengih yang dihadiahi.

Nebi tersengih dua saat sebelum kembali menyambung. "Huh?" Singkat. Sebenarnya tak sempat nak habiskan sepatah je lagi perkataan sebelum budak lelaki tu tersedak tadi. Itulah Nebi, kemarahan yang terpendam akan membuahkan kata-kata kasar, pedas, padat lagi hampir membunuh bila dia membuka mulut. Minah ni memang silap orang.

"Nabilah...sabar,sabar..."Ujar Sarah cuba menenangkan gunung berapi yang baru mengeluarkan lava. Bahaya kalau dibiarkan lama ni.

"Diamlah kau! Kau nak makan penampar aku ke apa?!" Ujarnya sebagai pertahanan terakhir membela diri berhadapan badak air ni. Sakit woo kena fire...Adakah patut dia kata mata aku letak kat patela? Patela tu kepala lutut, hebat juga budak ni punya jargon.

"Cuba."Ujar gadis dingin itu datar. Pujukan Sarah disampingnya tidak diendahkan. "Sekali tangan kau melekat kat pipi aku, aku pastikan kau dapat 15 kali ganda. Biar gugur semua gigi depan kau tu." Bicara yang diikuti ketapan gigi dan dilatari suara sedingin ais di kutub dunia menggegarkan gegendang telinga dan tangkai jantung orang yang mendengarnya. Tak terkecuali gadis yang melawan bicara dengan Nebi itu.

"Weh, rupa je nampak macam alim. Tapi ayat macam orang rosak akhlak. Tak sepadan, baik tak payah pakai tudung macam ni. Wei, ustazah, kau seret kawan kau balik, buat malu je. Kawan nampak baik, tapi diri sendiri ntah apa-apa. Kononla nak tunjuk baik, akhlak dengan orang pun fail..huh?"Adakah aku tengah mencurah minyak kepada api? Oh, kenapalah dengan aku hari ni, mungkinkah aku bakal putus nafas dihabisi badak air yang hampir meletup dihadapanku ini?

"Nabilah, dah, dah...jom, kita balik..Yang lain tengah tunggu tu.."Ujar Sarah menarik tangan Nebi. Kena debik pun debiklah. Aku tak kisah dah. Kepentingan sekarang adalah keluar dari cafe ini sebelum sesuatu perkara buruk yang dia yakin boleh terjadi sekiranya lama lagi mereka di sini.

"Sekurang-kurangnya aku kawan dengan orang baik-baik, aku hormat kepentingan mereka terhadap hidup mereka. Kau? Apa kau buat kat sini? Dalam kalangan orang-orang baik yang berada di sini, kau tak layak. Apa kau buat kat sini sebenarnya? Kau ibarat taik cicak dalam dua kolah air masjid..." Sekali lagi, terdengar bunyi semburan, kepalanya sekali lagi menala ke arah yang sama. Kali kedua budak tu tersembur. Merah padam mukanya. Taik cicak. Agak-agaklah nak guna analogi pun kau kat cafe kan? Ujar mata itu menghantar isyarat bermesej. Nebi membalas juga dengan isyarat, 'Sorry mister, you neef to face the fact.'

Dia menala pandangan kembali kepada gadis beg tinju [future-to-be] dihadapannya, sambil menyambung "Kalau aku blah dari sini, sama macam air kolah kurang 10 gayung, kolah akan keruh, macam mana juga cafe ni keruh kalau kau ada kat sini."Kali ni bicaranya selamba. Dah tak marah dah sekadar nak mengajar gadis di depannya ini. Sarah di sebelah dah menarik-nariknya keluar dari cafe. Kakinya melangkah enggan menuruti langkah Sarah.

"Dan lagi satu, aku berakhlak kepada mereka yang berakhlak SAHAJA. Haha." Ujarnya sambil meletakkan cawan air yang masih separuh berisi ke dalam basin dan melangkah mengekori Sarah keluar dari cafe.

Kedengaran tepukan dari beberapa meja di cafe itu. Beberapa orang yang mengenalinya bangun dan memberi tepukan sambil menghantar isyarat 'Bravo!' dengan two tumbs up.

Dia pula. Mendepangkan tangan ke awangan sambil tunduk sikit-sikit.."Terima kasih, terima kasih, anda sememangnya warga yang prihatin.." ujarnya sambil ketawa dan beredar dari cafe sambil diseret Sarah yang sedang menggeleng-geleng kepalanya meninggalkan gadis tadi yang kini dibaham malu kerana ayat-ayat terakhir Nebi tadi.. Nabilah...Nabilah...

[Kini...]

Kepalanya tunduk. Mengambil beg yang disandang di belakang ke sisi kanannya. Mengeluarkan dompet untuk membayar harga minuman yang dipesan.

Gotcha. "Berapa?".

"RM 1.10." Dia mengorek-ngorek, mengirai-ngirai isi dompet di ruangan kecil yang sewajarnya berisi syiling. Allah. Kosong.

"Maaf, sekupang takda." Ujarnya kesal. Dia menghulurkan dua keping RM1 dan mendapat pulangan RM 0.90 yang kesemuanya merupakan syiling RM 0.10. Haik? Perli ke apa abang air ni?

Baru sahaja dia ingin melangkah menuju meja yang ditempati Ain dan Aina, bahunya dilanggar kuat. Habis berterabur syiling RM 0.90 dan juga telah selamatlah tumpahnya air jagung pada tudung labuhnya.

Dia senyap. Nabilah, senyap. Dia memandang gadis dihadapannya dengan pandangan kosong. Ain dan Aina menghampirinya yang masih berdiri menghadap gadis itu. Mereka kaget.

Nabilah melangkah. Setelah mengutip gelas yang kosong. Dan beredar. Duit RM 0.90 dia itu tidak dikutip. Tidak larat, bukan sekarang. Dia menghampiri basin gelas dan meletakkan gelas itu ke dalam basin sambil kakinya terus melangkah.

Kata-kata maaf yang diucapkan gadis tadi tidak dihiraukannya. Bersama-sama pandangan sahabat-sahabatnya.

Ain dan Aina mengutip kembali syiling-syiling yang bertaburan. Gadis tadi kelihatan terasa amat bersalah. Kakak tu langsung tak cakap apa-apa dan terus je blah. Dia jadi cemerkap. Ditolongnya kakak yang lagi dua orang ini mengutip syiling yang bertaburan.

"Kak, saya minta maaf..."Ujarnya sangat malu.

"Takpe, dia pergi tandas je tu.."Ujar Aina santai. Ain pula hanya tersenyum lalu mengangguk.

Nabilah, mungkin marah. Kebarangkaliannya agak tinggi tapi mereka tahu yang gadis itu cuba meminggir dengan sepantasnya untuk menenangkan dirinya sendiri. Dia berlalu kerana tidak mampu menahan marah. Caranya mengawal amarah adalah dengan berisolasi. Itu sahaja. Nanti dia akan kembali. Mereka yakin. Tiga tahun berukhuwah dengan Nabilah memungkinkan mereka meneka hampir kebanyakan perbuatannya, walau bukan semuanya.

Tukang kedai mengambil mop lalu mengelap tumpahan air jagung yang tak sempat sampai di tekak tuannya itu.

Ain dan Aina baru saja berkira-kira untuk berpaling ke meja makan setelah mengutip syiling-syiling itu. Bimbang kucing naik ke meja nanti. Sebelum tiba-tiba Nabilah muncul.

"Antuma kutip duit ana tadi?" Soalnya. Tudung dan t-shirtnya dah bertukar. Eh?

Mereka mengangguk. Gadis yang melanggarnya tadi, memandang Nabilah tanpa berkelip apabila Nabilah senyum kepadanya.

"Maaf." Ujarnya sepatah bila adik junior ni tidak bereaksi.

Gadis itu seperti disentap ke dalam realiti bila Nabilah bersuara.

"Kak..saya minta maaf kak..saya tak sengaja.." Tukasnya pantas dengan rasa bersalah yang menggunung. Jadi isu pula akak ni balik bilik tukar tudung baju segala.. Hish, rasa bersalah betul! Nasib baik kat Cafe Desasiswa. Kalau Cafe Siswa? Kasihan akak ni.

"Takpe. It happens..always.."Balasnya sambil tersenyum. Gadis itu mengembalikan senyuman kini dengan riak lega. Sungguh, akak baik gila! Matanya menghantar pandangan bermesej ke arah Nabilah.

Cuba bagitahu akak benda yang akak tak tahu? Nabilah mengembalikan pandangan bermesej dengan senyuman yang amat mesra. Gadis itu ketawa.

"Maaf kak ye.."
"Taken...takpelah..Dah jadi, ikhlaskan aja.."Ujarnya polos.

Gadis itu berlalu..

"Ukhti, antuma tak jaga nasi ke?" Soalnya tiba-tiba. Ain dan Aina yang terpaku macam tugu negara itu seperti tersampuk oleh soalan Nabilah. Dengan tersenyum mereka segera berlalu.

Keadaan sekeliling di Cafe itu kembali seperti biasa.

"Encik, bagi saya air yang berharga RM 0.90" Ujarnya yang mengundang senyum di wajah lelaki yang menjual air tu.

'Benarlah hebatnya akhlak seorang Muslimah.' Ujar lelaki itu sekadar di dalam hati bila berhadapan dengan gadis bertudung labuh ini yang manis tetapi tidak pernah tersenyum, terutama kepadanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dulu lain..Sekarang lain..Dahulu bujang sekarang dah kahwin....Hehe.

Kalau dulu, amarah yang membuncah boleh sahaja dengan sesuka hatinya dihambur keluar.

Tak kira masa tak kira mangsanya, asalkan jiwa puas, emosi lepas.

Untung juga, dulu bila Sarah mengadu kepada Murobbiahku, usai sahaja kami pulang dari cafe dan menuju liqo di Blok A1.

Dan kaw-kaw aku dimarahi pula oleh Murobbiahku.

Entah, berhadapan dengan insan-insan ini menjadikan aku mudah merendahkan egoku.

Teguran dan nasihat mereka hatta bagaimana sekalipun mengusap indah lalu masuk ke dalam hatiku.

Mungkin benar kerana hubungan mereka dengan Allah yang memungkinkan segala itu.

Menasihati kerana sayang, menegur kerana cinta. Menjadikan aku, aku pada hari ini.

Dan hari ini...kembalilah Muslimahnya seorang Nabilah pada akhlaknya.

"When I am angry, I have the right to be angry, but that doesn't give me the right to be cruel or rude."

"Orang yang kuat bukanlah mereka yang mampu menjatuhkan singa jantan hanya dengan tangan, bukan pula mereka yang mampu menahan curahan air terjun, tetapi orang yang kuat adalah mereka yang mampu mengikat amarahnya"

Yet, no referencee~Just accept it as you please.

Azam cool yang menjadi, tahun saban tahun.

Pingu Cool

Sekeping Handyplast Yang Murah.

Cedera.

Tapi sedikit sahaja.

Baru perasan, yang sejak menjalani the so called 'tarbiah' ini.

Aku berubah. Kalau dulu, segalanya fragile, dari dalam sampai ke-luar.

Hati fragile. Haha.

Lutut pun ala-ala fragile. Haha.

Cuts and hurt dah jadik perkara biasa. Haha.

And more, the lapisan iman too are too fragile. Haha.

Tapi lepas matang sikit dalam tarbiah.

Dah masuk usia anak-anak kecil pandai mengklasifikasikan barang-barang mainan.

Keampuhan sedikit demi sedikit melatari peribadi.

Jadi ampuh dari sudut hati. Dikuatkan dengan tarbiah dan dakwah.
Dah tak fragile dah.

Jadi ampuh dari sudut jasmani. Dikuatkan dengan kerja-kerja dakwah.
Dah tak fragile dah.

Jadi ampuh dari sudut emosi. Dikuatkan dengan kesabaran.
Dah tak fragile dah.

Jadi ampuh walau hanya lebih baik sedikit dari dulu sudah dikira menguntungkan.

Cukuplah.

Tapi mungkin, keampuhan yang sedikit itu, boleh menjadikan kulupa pada diri yang sebenar.

Nabilah, yang lemah. Haha.

Semalam, entah dirasuk mambang yang mana? [mungkin mambang jiwa yang terpenjara, cewah] aku ke sana~~

Ke mana? Haha biarlah rahsia.

Tempat yang benar, cuma tidak pada masa, suasana dan orangnya.

Bagi sesiapa yang melihat, diamlah.

Bagi siapa yang hanya sekadar mendoakan dan memberi ruang. Terima kasih.

Aku menekur keampuhan diri.

Merasa rindu akan kerapuhan yang dulu. Sedikit hanya sedikit.

Dan alhamdulillah rindu itu membawa aku menemui kamu.

Cedera.

Hari ini aku peroleh nyawa yang baru.

Tiada yang beza pada jasad dan perwatakan, hanya nyawa yang baru.

Dear you,
I am me. Allah loves me. Do you feel it too?

Tuntas, kecederaan itu sekadar hadir menziarahi, hanya ziarah.

Supaya aku mengesani betapa untungnya hidupku dilanggar tarbiah.

Sakit yang membuatkan sakit lain menjadi simple.

Sedih yang membuatkan sedih lain menjadi simple.

Marah yang membuatkan marah lain menjadi simple.

Terasa yang membuatkan rasa lain menjadi simple.

Dulu, aku lalui, supaya Kini, aku menjadi aku.

Dear you,
I am me. Allah loves me. Do you feel it too?

Cukuplah Allah bagiku.

Syukran oh Allah.

Pingu Cool