Wednesday, July 17, 2013

Jampi serapah kehidupan.

Dunia.

Tidak pernah sesukar ini untuk ditafsirkan.

Semakin kita meningkat dewasa. Ya semakin dewasa.

Aku teringat akan suatu kelompok perkataan yang aku tuturkan ketika aku di tingkatan lima. Di dalam diari yang tersimpan denganku hingga kini.

Semakin kita dewasa, semakin banyak perkara yang harus kita fikirkan. Semakin banyak perkara yang harus kita putuskan.

Ya. Dunia menjadi semakin rumit dan tersangat kompleks.

Manusia kini bukan hanya ada dua muka sahaja. Baik atau jahat. Tak. Sekarang kompleks yang merangkum keduanya juga sangat banyak.

Ada yang baik tetapi sangat jahat. Baik pada luarannya tapi sangat jahat pada hati dan perasaannya. Boleh jadi ada sela waktu dia terleka, di sela yang lain dia tersedar pula.

Manakala ada yang jahatnya terang tanpa perlu bersuluh. Segala apa yang hadir darinya menyakitkan hati, mata dan pancaindera lainnya. Tetapi, nuraninya murni. Ditelek kenapa perilakunya begitu, sebabnya boleh mengundang sebak.

Dan kerana itu aku semakin keliru.

Ingin menoktahkan penelitianku dengan apa?

Analisa tanpa konklusi.

Aku, Siti Nur Nabilah Bte Nasri.

Masih berdiri sendiri. Membaca serapah dan jampi. Kepada kehidupan yang rahsianya tiada tara.

Aku, Siti Nur Nabilah Bte Nasri.

Masih dalam kekelaman minda dan perasaan. Mengupayakan diri untuk sentiasa bangkit dan berjalan.
Sekalipun kesakitan meredah kerikil jalan hari esok sangat payah untuk ditahan.

Dan aku, Siti Nur Nabilah Bte Nasri, pada hari ini buat kesekian kalinya. Akan dan terus memohon keampunan Allah atas segala salah tingkah kehidupanku, dan sentiasa memohon cahaya dariNYA...

Kerana aku tahu, sekalipun aku bersendirian, aku tidak pernah BERSENDIRI.

Pingu Cool