Thursday, October 17, 2013

Tahukah engkau di mana ia bersemayam?

[A]

Tahukah engkau, di mana ia bersemayam?
Dialah saudaramu, kemana ia melangkah?

Sanggupkah matamu memandangnya?
Sedang matanya tak sanggup menatapmu.

Saudaramu hidup laksana sejarah.
Berjalan beriringan mengikuti langkahmu.
Tanpa bahasa yang dapat menyapa.
Bercucur air mata jika bersua.

Jika bumi menghimpitnya.
Hanya hatimu tempat mengadu.

Engkau bermurah hati tanpa pamrih.
Memupus duka nestapa yang ia derita.

Engkau memikul beban berat tanggungannya.
Ketika letih pilu merasuk kedua bahunya.

Jika bumi menghimpitnya,
hanya hatimu tempat mengadu.

Engkau selimutkan tirai di sekujur tubuhnya,
Ketika syaitan datang memperdayanya.

Engkau tersenyum bangga dengan ranum buah akhindit,
engkau bahagia pula dengan kesuburan
ladang dunia saudaramu.

Jika bumi menghimpitnya
Hanya hatimu tempat mengadu.

[B]

Tahukah kamu di mana dia bersemayam?
Dia itu sahabatmu..

Bila matamu tidak lagi rindu memandang matanya.
Hatimu kini kering dari tawa dan senyum yang sebelum ini menggula.

Padanya dahulu kau sandarkan resah hatimu,
Juga kau serapkan suka harimu..

Kini senyummu hambar, boleh jadi hilang terus.

Tahukah engkau bahawa dia masih lagi hidup,
Dalam desah dan derai airmata saban waktu.

Bahawa kini harapnya kian musnah,
Kerana tulang belakangnya telah patah.

Dia mengerekot dalam kesejukan sepi,
Sedang engkau ada betul-betul di sisi,
atau mungkin hanya diilusi.

Apakah yang engkau pamitkan sekarang?
Jika dahulu cinta, sekarang?

Dia tenggelam dalam hanyut pura-pura.
belajar kuat sendiri-sendiri.
Sedang sendi patah-patah menujah hidup.

Yang berat ditopang sendiri.

Sekali lagi, tahukah kamu di mana dia bersemayam?

Dia itu, dahulu sahabatmu..

[C]
Engkau bertanya, ada apa denganku. Dan engkau diserang gundah, bila tiada jawapan dapat kupeta. Tahukah engkau, bahawa aku tidak dapat menukilkan walau sekelumit isi hati, apatah lagi bahasa minda. berhadapan denganmu umpama mimpi, entahkan mahu diteriak atau dikagumi.

Sela-sela tawamu, kelihatan riang.

Aku cuma berharap bahawa tawa itu, seperti tawaku.

Menutup redup sekadar di mata.

Kerana jika tidak, tahulah aku, bahawa aku, telah sendiri.

Pingu Cool