Tuesday, May 21, 2013

UNexpected.

Tak pernah terlintas di benakku,
Saat pertama kita bertemu,
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah,
Harum dan membuncah.

Hamba redha ya Rahman, Engkau sebagai Ilahku, Muhammad sebagai Rasulku, Islam sebagai agamaku.

Pingu Cool

Thursday, May 9, 2013

PRA PRU

Kalau tengok previous post, 12 April. Mangai berjanggut. Kalaulah blog ini merupakan sebuh almari, dah wajar ada sawang2 halus dah ni..

Okeh semua orang sibuk cerita tentang PRU, PASCA i mean, pasca.

Tapi aku, nak cerita pasal PRA sebab baru la ni sempat nak kabor~ Suka hatilah~

PRU.

3 huruf, besar maknanya.

Terutamanya buat aku yang memang tak minat politik ni. Memang tak minat.

teringat bila QB cakap pasal politik dan bila aku mengaku tak minat politik, dia tanya kenapa, aku jawab, tak nak, tak suka.

Hoho. Suka ke tak suka ke, kerja kena jalan. Mana boleh hesitate2 masa tak cukup doh. Dah aku pun berjalan.

Sepanjang dua bulan lepas. Bila ISMA megumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya, time tu lah aku cuba buka hati dan mata. Awal2 dulu tak turun kerja, sebab ada krisis dalam diri.

Lepas tu tiap2 minggu turun kafilah dakwah. KD kami panggil.

Mula2 tu biasa2 je, malas2, main2. Berjumpa dengan makcik2, yang takde penolakan. Sebab time tu bukan kempen pun, bukan masa kempen pun tapi, kami turun. So bjumpa dengan macam2 jenis orang yang baik hati.

Sepanjang selepas diumumkan tu, gerakkerja dakwah, melalui agensi dibekukan, jadi program takde, fokus gerakerja PRU.

Tapi bila parlimen lambat sangat nak bubar, turun KD tiap2 minggu, tak tahu sampai bila, pastu KD stop dalam dua minggu camtu. Tiba2 parlimen bubar so, KD on balik.

Selepas itu datanglah hari penamaan calon. Baru tahu rupa2nya Ustaz Hamidi jadi calon. Padahal dia kerja sama2 kami. Kalau ikutkan kami turun KD sebelum tu memang tak tahu sape calon aa ke nak letak calon. Yang kami kempen kat makcik2 tu pilih orang ISLAM, tak kisah parti apa, Dia Islam, kita yakin dengan dia, kita pilih. Kiranya kami berkempen utk ustazah aisyah dan cikgu man jugaklah ni. kalau mereka cukup berwibawa.

Jadi waktu hari penamaan calon tu, hati dah debar2. Sebelum ni tak tahu pun apa rupanya penamaan calon tu, kalau ada kat tv pun tak tengo, mana pernah minat nak ambil tahu.. tapi time tu berserah, lepas munajat semua, kami kuatkan hati pergi ke Pejabat Tanah dan Daerah Kulim. Time ni ansar dari Kelantan turun. masyaAllah!

Selepas hari, ikhwah dan akwat bekerja dengan kegilaan. Siang malam watsapp melaporkan. Kadang  malu pada diri sendiri, mampu turun hujung minggu itupun menumpang. Bangga dengan akhwt n ikhwah yang turun lepas kerja. nak juga ikut macam tu, kemampuan ada, tapi perjalanan terbatas.

Jadi hujung minggu, kaw3 turun, pagi petang. Hujan, panas, redah. yang penting setiap rumah kat padang serai ada risalah kami ini.

Hari ahad, sehari selepas penamaan calon. Situasi KD berubah. Sudah muncul hati2 yang marah kepada kami. Yang boleh kami santuni dengan hujah, kami olah. Yang tidak, kami sematkan kasih dan sayang kami di  pinggir pagar mereka. Doa kami, mudah2an hati bertaut di genggaman Allah.

Hujung minggu pertama kempen, ansar datang bertali arus, silih berganti. Dari kelantan turun lagi. Bersama QB. Dari DHL, sebas mendatangi. MasyaAllah, jiwa yang terpuruk rasa terpujuk. Innallaha maas sobirin.

Minggu terakhir kempen. Jumaat cuti, segera ke padang serai. Seperti biasa ansar kelantan tetap meluangkan masa. Walaupun sekejap, perlu pulang mengundi kata mereka. Jumaat tengahari, menebalkan muka memasuki masjid ketika khutbah, menyebarkan risalah pada kereta dan motorsikal. Sangat malu, tapi perlu bersungguh. Alhamdulillah tak banyak yang terbuang.

Petangnya, kami ke taman mutiara pula menyebarkan handbill untuk ceramah malam nanti.

Sehingga isyak kami bertebaran di sekitar taman. Usai isyak kami menuju ke pondok panas, menunggu bermulanya ketukan hati.

Dan malam itu, hati kami terpujuk.

Esoknyaa, sabtu, PRU berbaki sehari lagi. Hari ini merupakan hari akhir berkempen. Ikhwah akhwt diingatkan supaya berhati seawal 11.50PM.

Taklimat PACA.

Alhamdulillah, terjadi jugak PACA. Accidentally. Rezeki yang Allah tetapkan.

QB juga berezeki.

Usai taklimat PACA menjelang tengahri, kami bertebaran selepas zuhur menyantuni alamt2 yang masih berbaki. Niat di hati nak sebar risalah di TOL BKE-LUNAS. Gagal, tanpa kebenaran.

Lalu menebalkan muka dengan topi dan tag berjasa, di pasar malam stesen bus kulim. Dipandang dan diendahkan. memang malu tapi kena kuat.

Usai. bersiap pulang. malam itu sesama jentera ada munajat bersama2.

Rasa teramat marah dan kecewa datang menjenguk rasa tiba2. Air wuuk di muka yang sewajarnya menyejukkan rasa pasa. Ketika itu memang sedih terhadap diri sendiri.

Marah yang membuak2 melihatkan kertas rekod ISBN kedai buku yang perlu dikey-in dikoyak.

Marah pada Allah. Tiba2. Dah lama tak jadi begitu. bergetar2 tangan menahan marah, di samping bersungguh2 berkata tenang pada diri.

Kemudian anak kecil menangis di rumah itu tanpa henti. Entah di mana hilangnya kewarasan ketika itu. Mungkin akibat, penat, marah dan sekaligus takut dan risau dengan keputusan esok membuatkan semuanya sinonim menjadi barah. Aku menagis teresak-esak.

Mujur QB di sisi. Melembutkan hati. Logik hilang.

Pergi juga ke munajat. Bersolat sendiri2. Bertwassul dengn amal. Baru je tadi marah kat Allah. Tak malu. Menangis lagi.

Usai, ada sedikit ucapan calon dan ustaz anuar. Hati hidup.

Balik itu tidur. bangun dengan ujian kesihatan.

Ruam satu badan.

hari ini hari mengundi. Tapi tak balik mengundi. Jadi PACA di sk sg seluang. Berdebar2. Tapi Allah ada.

Pengalaman pertama dengn SPR. Menarik.

BERJASA tidak menang di seberang perai. saluran ku iaitu saluran 5 mengumpul 18 undi shja. Tapi sebenarnya ia menakjubkan.

Cukuplah. Itu menjadi cerita. Yang bakal disebak sekadar memori di masa akan datang.

Pingu Cool