Thursday, June 20, 2013

Jurnal kami, sukarelawati AP.

Jurnal Sukarelawati AP (^_^):

Hari pertama: Rasa malu wo nak approach orang promot auto debit potongan Aman Palestin setiap bulan. Namun tahu, Allah ada simpan hadiah setiap hari.

Gelagat hari pertama:

Sukarelawati: Encik, sila ambil satu..kami daripada Aman Palestin (muka subjek sangat serius maklumlah gaya eksekutif standard)

Subjek: Tak ape, tak ape..mereka dah cukup susah dah tu. Tak apa saya derma..nah..(sambil memasukkan RMX dalam tabung palestin).

Hari kedua: Kebanyakan orang yang dihulurkan risalah tu kata dah dapat. Aiyak..susah ma..tak ingat muka...

Gelagat harii kedua:
Subjek: Ni apa ni..?

Sukarelawati: Encik kami dari Aman Palestin, ni pejabat kami..sila ambil satu.. (^_^).

Subjek: Astaghfirullah....ni sukarelawan ka ni?

Sukarelawati: (^_^) sengih. Ye saya..

Subjek: Astaghfirullah...astaghfirullah...maksudnya ni bukan student ka?

Sukarelawan: Bukan encik, kami dah grad. Encik, encik berminat dengan auto debit?

Subjek: Auto debit? Oh..tak apalah..auto debit ye? Syarikat kami pun ada buat auto debit ni..insurans takaful yang kat depan tu..Astaghfirullah..betul ka sukarelawan?

Sukarelawati: Ye....encik kenapa ye? Ada benda salah ke yang kami buat? Encik istighfar memanjang tu?

Subjek: Astaghfirullah...tak saya malu sebenarnya dengan diri sendiri..(oh...kemudian beliau bertanyakan pada kami latar belakang akademik dan sbgnya sebelum beliau bergegas ke pejabat beliau dan berjanjii untuk datang kembali)

Menjelang tengahari beliau datang lagi, saya yang sedang menyusun pamplet rasa tak sedap...

Subjek:Astaghfirullah....astaghfirullah...(sambil mengeluarkan duit dari dompet, lalu dimasukkan ke dalam tabung.)

Sukarelawati: Alhamdulillah terima kasih encik, semoga dipermudahkan urusan..(^_^)

Subjek: Astaghfirullahalazim....astaghfirullah...nah amik ni RMX belanja makan tengahari dua-dua orang, saya sedekah..

Sukarelawati: Eh,eh,eh tak payah encik, tak perlu..ya Allah..tak perlu..ambil balik encik..

Subjek: Eh tak,tak saya memang niat ni..tadi saya nampakorang  tua..dah niat dah nak bagi..tengok lagi skali takdak dah, takpa saya bagi kat kamu..buat makan..

Sukarelawati: Ya Allah encik....sebenarnya kami ok je.. Kami boleh je hidup encik buat kerja sukarelawan ni sebab kami dah biasa..sejak kami student lagi kami dah biasa terlibat dengan kerja-kerja ni..Kami ok je encik..encik jangan rasa kasihan...Allah simpan rezeki untuk hamba-hambanya..jangan risau..encik ambillah balik duit ni.

Subjek: Eh tak ape..tak ape..tu lah saya sedih..malu dengan diri sendiri..tengok orang-orang muda buat benda-benda macam ni..saya rasa malu..patutnya saya ni ha..yang dah bersara..tua dah ni yang buat...

Sukarelawati: Tak ape encik..setiap daripada kita ada role masing-masing dalam membantu umat. Encik ada kemampuan encik bantu dengan kewangan. Kalau tanya saya, yang saya mampu, tenagalah..(^_^)

Subjek: nanti bila dah kerja tetap...bolehlah ambil insurans..ni kad saya..tapi kena kurangkan berat badan sikitlah..

Sukarelawati: Erk..insyaAllah terima kasih encik...encik ni ambil balik duitnya..

Subjek: Takpe,takpe..maaflah saya cakap ye, kalau insurans ni kalau slightly overweight depa susah nak amik kalau bulan-bulan kena potong RM150, boleh kena sampai RM200..sebab health risk macam sakit jantung semua..tinggi sikit..saya minta maaf cakap,anak sulung saya lelaki 34 tahun..pun besar sikit..tulah..kalau yang dia(sambil aim kat kawan)...ha..depa tengok terus lulus..

Sukarelawati: ye encik, insyaAllah..huhu..terima kasih.

huhu...macam-macam..

Tengahari tu sewaktu bergilir-gilir rehat..jumpa sorang lagi ejen insurans..

Sukarelawati:Hai..jemput ambil satu... (^_^)

Subjek: Takmau..(sambil memasukkan derma dalam tabung)

Saya angkat kening...okaiii....

Subjek: Saya tamau benda tu saya mau isi saja..ini untuk palestin kan?

Sukarelawati: Ye saya...terima kasih banyak-banyak. (^_^)

Subjek: Saya suka sama you. Satu..you macam I. Muka you macam I, bulat.

Sukarelawati: (Dalam hati..ah sudah...tahan ketawa tapi tersengih juga)

Subjek: Dua...muka you macam chinese ma..chinese look..

Sukarelawati: Hahahah..(pecah ketawa) Haiya...mana ada ma...

Subjek: Ada..I percaya, I bukan orang pertama cakap you macam cina..betul tak?  Betul tak?

Sukarelawati: Ngeheh. Ada.

Subjek: Itu ada atuk ka..nenek ka..chinese?

Sukarelawati: Takdak.. (^_^)

Subjek: Cuba check..cuba check..

Sukarelwati: Okeh..ni you nak pergi mana ni?

Subjek: I dari itu hospital..I ada customer kena operate..I Prudential ma...so I datang sini jalan-jalan dulu nanti I pergi sana balik..I duduk sana bukan I boleh tolong apa-apa.

Sukarelawati: Hurm( sambil angguk-angguk) Sudah lunch ka?

Subjek: Sudah..kalau belum lunch mana ada tenaga ma..

Sukarelawati: (Ngeheh..cheq ni ha..belum lunch lagi ni...uhu)

Selepas bertanyakan latar belakang dan selepas dinasihati supaya try cari kerja kat Pulau berbanding kat mainland ni, atas faktor ekonomi dan kemudiannya sempat mempromosikan insurans....

Subjek: You ada amik insurans ka?

Sukarelwati: Takde.. :P

Subjek: Aiyoo..you sangat jahat...

Sukarelawati: Macam mana saya mahu bayar ma...? Saya belum kerja tetap lagi..

Subjek: Ya lorr..tak ape mari bagi saya number you..

Suarelawati: Takmau lah..tamau..

Subjek: Tak boleh..bagi sini...cepat..(nada gurau-gurau..)

Sukarelawati: Tamau lah...
Subjek: Aiyoo...
Sukarelawati: okeh..okeh..01...

Macam-macam...

Petang tu pulak:

Subjek: Ni Aman Palestin..bukan kat tu ka.. kat sapa?

Sukarelwati: Sungai Dua encik?

Subjek: Ha..kan..yang Budiyanto tu?

Sukarelawati: Ye saya, kami dah pindah sekarang pejabat urusan dan gerai jualan ada kat dalam ni.

Subjek: Ha..budiyanto..budiyanto...saya kenal dia..

Sukarelawati: Encik nak jumpa ustaz ke? Dia ada kat dalam tu..

Subjek: Ha boleh juga...(sambil cheq membuka jalan menuju pejabat)

Subjek:(mengatakan pada team mate yang tinggal kat luar tu ) tolong tengokkan kereta putih saya tu ye..dalam tu ada gaslah...ada apa lah...

Hehe..
Bila selesai urusan dia..

Subjek: Ha..berapa upah jaga kereta? (muka serius sambil pakai kasut Phua Chu Kang)

Sukarelwati: Hehe..kereta encik yang putih tu?

Subjek: Haah...dalam tu ada gas...takut pulak...(kami tahan senyum je)

Kemudian dia beransur..bila kami pandang tepi tengok da takde..sekelip mata je..pelik.
Kemudian dia keluar dari kedai dobi selang beberapa kedai dari kedai kami sambil pegang plastik karpet yang baru lepas di dobi..sambil tersenyum dan melaung..

Subjek: Amik karpet ni ha....!

Haiyak.


Dan semalam, hari ketiga.

Orang tak ramai..memang tak ramai langsung..kadang-kadang kacau team mate kat sebelah tu..sampai terkekek-kekek dia ketawa..sebab boring~

Tapi highlight of the day tetap ada.

Hari ni mengikut gagasan ustaz untuk letak flyers 'Ramadan bersama Palestin' kat deret kereta. So pepagi tu hambe gi lah buat. Buh kat semua kereta.

Tengah dalam usaha tu terlintas sorang pakcik yang bawa tong air.

Pakcik: Apa tu cik?

Sukarelwati: Silakan pakcik..kami daripada Aman Palestin..ni merupakan risalah projek terbaru kami sempena Ramadhan ni..Ramadhan Bersama palestin..jemput ambbil...

Pakcik: Terima kasih...

Saya pun lalu menitipkan risalah yang masih berbaki ke kereta terakhir lalu pulang ke booth.
Ternampak pakcik tu tengah converse dengan zaujah beliau kat tepi van yang parking kat depan bustop tu. Converse sambil pandang kat kami. (booth.)

Senyum je, tak kisahlah nampak ke tak.

Kemudian nampak pakcik tu menuju ke arah kami. Tapi takmau perasan jadi senyap je.

Lalu betul-betul dia mai dan tanya..

Pakcik: Dik..ni apa sebenarnya..cuba terang sikit?
Sukarelawati 1: Ni kami sediakan pakej gangsa..pakej perak..pakej emas..

Bila tengok pakcik tu macam tak minat je..

Sukarelawati 2: Pakcik...sebenarnya macam ni...ini projek Ramadhan bersama palestin..Kami tengah kumpul dana sebanyak ni...RM2juta, semuanya RM5juta untuk ni..pakcik...sumbangan hari raya, dan pakaian hari raya, bila kita nak raya kan kena ada pakaian yang  baik..jadi kita kumpulkan sumbangan untuk itu..selain itu pakcik..kami usahakan utk sumbangan untuk sahur dan berbuka...untuk anak yatim palestin dan keluarga kat sana..sebab tu kami buat projek ni pakcik.

Subjek: Ha..baru terang..nah ambil (sambil bagi dua keping not Rm50)
Sukarewati: Allahu akbar! Alhamdulillah. Pakcik saya daftarkan pakcik untuk pakej gangsa ni e pakcik..boleh pakcik bagi maklumat? Nama..............

Kemudian keluar seorang dari kedai AP. Beliau datang jumpa ustaz sebab nak dapatkan sumbangan pondok tahfiz dipendang. Pun pakcik tu bagi sumbangan. Hebat tak hebat?

Alhamdulillah itu pagi..

Menjelang tengaharii tengah kami melangut menengok orang yang lalu lalang sebab tahu depa dah dapat flyers, datang seorang mamat yang jual karpet kat kedai hujung sana. Bukan rakyat tanah melayu. Tahu depa kerja kat kedaii hujung tu sebab slalu lalu, tapi kami tak bagi flyers sebab flyers dalam bahasa Melayu. Dari depan tabung haji lagi dia duk usha kami..rasa tak best juga..tapi matanya dikecil-kecilkan.

So kami diam je..tak senyum..tak apa..bila dia lalu depan booth kami..dia jalan laju..tapi kemudian dia brek, dia keluar duit, datang balik dan bubuh RMX.

Mungkin tadi yang dia duk pandang tu dia tengah scan tulisan kat tabung AP.

MasyaAllah. Ceritanya tak habis sampai situ.

Petang tu, dia lalu lagi, kemudian..dia jalan laju, brek dan datang lagi bubuh RMX lagi.

MasyaAllah..

Dua kali dalam satu hari, pada orang yang sama. Mulianya.. T.T...

Alhamdulillah.

Dan puncaknya...petang semalam.
Ketika sedang boring menjaga booth tu..kami ternampak seorang lelaki ala-ala mat rempit dengan topi dan pakaian hitam serta bercermin mata berjalan bersama dengan dua orang anak kecil sebaya 4-5 tahun. Keduanya dressed up macam hiphoppers~

Menghampiri booth kami, lelaki dewasa tu cakap kat budak berdua tu..

Dewasa: ha...! Tu..pergilah bubuh! (dengan gaya rock habis...gua cakap sama lu..kat anak-anak sedara (agakan penulis))

Dan bila depa lalu tepat depan booth tu,
Dia keluar duit dan suruh salah seorang anak sedara dia masukkan dalam tabung.

Sukarelawati: Alhamdulillah..terima kasih... (^__^) senyum kat adik tu sambil angguk hormat pada lelaki tadi.

lalu depa pun berlalu sambil berjalan dengan gaya rock gila...comel sangat...

Sukarelawati 1: Comel...ntahntah lelaki tu paksu depa kot~ comel sangat..

Sukarelawati 2: Kenapa awak cakap paksu?

Sukarelawati 1: Ntahlah..agak je..sebab budak-budak tu bersikap cool dengan dia..kalau abang misalnya..rasa tak tsiqah macam tu..ni dia ikut je apa cakap orang tu..
"Ha..tu..pergilah bubuh...." (sambil melakonkan kembali situasi paksu dan anak sedara beliau)

Sukarelawati 2: Hehehe~

Kemudian atas beberapa sebab saya masuk sekejap ke kedai, bila keluar..

Sukarelawati 2: Awak....tengok ni...orang tu bagi...

Kata kawanku sambil mataku melirik ke arah yang ditunjuk. Sekotak 'sesuatu' berada di atas meja booth.

Sukarelawati 1: sapa?

Sukarelwati 2: Yang awak kata paksu tu lah...

Sukarelwati 1: MasyaAllah yeke? Ya Ampun...masyaAllah~

Sukarelati 2: Dia lalu pastu dia bagi..

Aku lalu membuka kotak tersebut dan di dalamnya ada dua biji donut yang macam dunkins punye tu~ masyaAllah~comelnyee~
Alamak....baiknya paksu...
Kami ketawa sambil berhamdalah dan kemudian tangkap gambar kenangan~
MasyaAllah hebatnya hati anak muda tu~

Kemudiannya kami tersedar sebuah kereta lalu dan meng-hon kami. Paksu tu rupanya...

Ya Allah..moga barakah hidupnya Ya Allah.

Alhamdulillah..

Kami, sentiasa mendoakan anda-anda yang sangat baik kepada kami.
Sangat baik.
Kami mendoakan semoga anda dipermudahkan urusan dunia dan akhirat~

Ni tak kira lagi sorang salesman direct selling yang datang ke kedai dan request sticker kat kami suruh ambilkan..sangat bagus..

dan juga seorang lelaki yang diragui yang masuk ke dalam kedai, tengok2...kami dari luar berjaga-jaga juga..sebab risau..ada sorang akhwat je kat dalam..

Kemudian nampak dia isi borang.

Bila keluar, kami masuk lah tanya.

Rupa-rupanya dia nak jadi ahli Aman Malaysia, tapi kami bukan Aman Malaysia. Last3, dia isi borang sukarelwan AP. Malu kami pada diri sendiri.

MasyaAllah seronok sangat kerja ni~kenal pelbagai ragam masyarakat~
Pingu Cool

Sunday, June 16, 2013

Mereka meminta seorang pendosa memperbodohkan dirinya,
Mereka meminta seorang pendosa menjadi ketua,
mereka meminta sesuatu yang seorang pendosa tidak layak melakukannya,
kerana mereka tidak tahu.

Pendosa itu juga rebah di depan tuhannya,
saban masa luluh merintih rasa tak bermaya,
atas nafsu tak tergedang,
atas ujian tak terlalu.

kerana pendosa itu dia.

Pingu Cool

Thursday, June 13, 2013

Yang sulung.

Nanti mesti orang bercakap kan...

Dah dua kali majlis, tapi bukan yang sulung.

Xpelah..Allah tahu yang terbaik.


Bubuh status ni di facebook selepas mendapat perkhabaran selepas Zuhur tadi.

Kemudian Ustaz Budi balas:

"Yang ketiga nanti yang sulung insyaAllah (^_^)"

Aiyooo...Malu mak...

Rasa merah pipi. Tak tahu nak buh mana muka ni. Mesti ustaz tengah tertunggu-tunggu iklan bisnesonline aku. Huhu apa nak buat..solat dhuha tak khusyuk..rezeki jadi susah nak masuk.

Tapi..aku tak buat dengan sengaja.

Hm..

Hidup memang terasa susah. Entah nape. Nak kata diuji, rasa penat juga diuji ni tapi tu lah, macam tak rasa pape dah. Iman bertambah naik atau berkurang pun tak dapat dikenalpasti. Hidup pun dah macam robot.

Follow je the flow. Saat perlu marah, marah. Saat perlu ketawa, ketawa. Saat perlu nangis...baru jadi manusia.

Kenapa jadi macam tu? Tak tahu. tak apelah.

Tadi dapat perkhabaran yang insyaAllah minggu depan akan ada majlis pertunangan kat rumah tu.

Time tu terus reply kat Wasup "yeay! langsungnya bila?"

Sebab tak sabar-sabar nak balik rumah 'sendiri'.

Nyah takdelah balas. Tapi sendiri mahu fikirlah kan kalau tetiba pula tunang segala bagai buat properlah tu. macam nyah lah aritu. So nikahnya macam ura-ura tahun depan.

Aku.
Aku rasa aku dah malas nak in dengan mesyuarat mak-mak ayah-ayah ni, sebab aku punya conscience dah tak valid.Sebab aku dah mati. I am no longer live. Ni bukan pesimis ni. Ini realiti. Aku sendiri rasa macam zombi berjalan, takde nyawa. Lifeless?

So, aku malas nak kekalkan autoriti anak sulung lagi terpelajar yang boleh jadi rujukan atau ape. Sebab aku..dah..ntah.

So, akan ada majlis kedua, dan bukannya majlis aku? Haha.

Terasa nak balas komen ustaz tu.

"Kena tunggu 5 orang lagi ustaz. Ada kat dunia ni, adalah...takde..kira kat sanalah.."

Huhu..

Aku rasa tak balik kot. Meskipun majlis dia di buat di 'rumah aku'.

And again, it seem I am no longer belong to that house since when? Ntah.

Rumah baru renovate. Tuan rumah tak masuk lagi rumah, dah ada majlis. alhamdulillah barakah hendaknya.

Aku tanak balik kot. Kena spareexplanation kepada ibu dan ayah.

Aku tanak dah...sakit.

Time nyah haritu pun sedara mara asyik tanya. Jenjiran diam je sebab kalau jiran pun cik yah jelah. Orang pandang aku macam hape je. Ibu pun sama. Siap marah pegang budak..

Aku manusia kan? Ke bukan?

Dapat pulak lepas tu kenduri kak As dan mamat.

Bila aku cakap, "Saya lambat lagi.."

Aku kena marah pula dengan kak odah, "Ko jangan cakap macam tu!"

Hey, couldn't you detect the tone in the voice? I'm convincing my ownself. Couldn't you read?

Allah tahu yang terbaik. Allah tahu..

Aku taknak balik.. sebab aku tak tahan sakit...
Pingu Cool

Tuesday, June 11, 2013

Makan banyak~

Ku sangka aur di pinggir tebing..

Kiranya tebu di pinggir bibir...

Kusangka jujur pancaran batin...

Rupanya palsu penghias zahir..

Kukira hati jiwa nurani..

Suci sendendang wajah terbayang...

Kukira puji seikhlas budi...

Kulupa lidah tidak bertulang...

Dimanis gula semut binasa...

Kail berduri bersalut umpan..

Dimanis kata insan terlena...

Kerana budi hampa terkorban..

Inikah dia...lakonan hidup...

Dipentas dunia insan berpura...

Tipu dan daya...pencapai maksud..

Budi dan harta..merangkum noda...


So, hari ni berkonsekuensi keadaan semalam, aku masih belum tenang-tenang.
Celik mata jam 4.30..seronok jugak bangun awal-awal ni. 
Dulu time study selalu bangun terlebih awal.
Sekarang selalunya time program je lah.
So nak dijadikan cerita aku guling-guling sebab Alang takde so toto ini aku yang punye haha!
 (terlebih jovial huh?)
Lepas tu raba-raba cari henfun~capai yang mana tercapai.
So tercapai Nokia X2, tengok2, dah 4.41a.m.
Ceh, aku baru berguling-guling dua kali kot takkan dah sebelas minit? haiyak. Ni mesti kes alarn kedua ni. Aku ingat first alarm, 4.30a.m.
Baru nak riak.
Astagar.
So aku capai pulak henfun keduaku.
Ninetology.
Cek2 ada 64 mesej from four conversation.
Haih..malaih....

So aku ignore dulu.
Bangun dan solat.
Solat..dan solat lagi..
Pastu tak rasa nak sambung.
Aku pun...baring..bum...
Pastu tetiba alarm bunyik!
haish..kacau! Ni alarm 30 minit sebelum azan pulak...auto-app sekali dengan aplikasi waktu solat. bagus tak? Tapi kurang sensitiviti sebab azan fajr dia takde assolatu khairum minannaum~

So aku guling-guling lagi sebab henfun tengah cas..
Kemudian satu lagi alarm!
haish! Tak tenang hidup aku dibuatnya~
So matikan.. tu alarm 5.45...ala-ala aku bangun setiap hari. Kira wake-up call-lah. Kalau terlepas, terlepaslah rahmat Allah.

So dah settle padam alarm~aku tak terus runtuhkan badann atas toto.
Dalam gelap-gelap tu aku pandang sejadah yang masih terhampar tak berlipat. Lama aku berdiri.

nak solat apa lagi eh? Bagi tenang?
Ada tak solat sunat penenang?

So aku pun secara off-handednya.
Berdiri mengangkat takbiratul ihram..dengan lafaz niat solat sunat saja...
Mana ada tambah tenang dalam niat tu~nanti jadik bidaah pulak~
Usolli sunnatan sakiinah ra'ataini.....
tak niat solat sunat dua rakaat biasa....
Aku cuma nak tenang je ya Allah..nak tenang je....

Usai solat dua rakaat tu.
Henfun masih-masih tak bunyi-bunyi lagi petanda azan belum masuk.

So aku sekali lagi dengan pasrahnya bummm...baring lagi~
Amik selimut tutup muka~duk diam-diam....
Pastu pusing badan menghadap tempat solat tadi..
Dan diam lagi...
Aku dengar bunyi burung-burung keluar sarang..sayup-sayup...decit-decit..halus.
Sekejap lagi, azanlah ni. Kataku pada diri sendiri.

Telinga ku pasang untuk menangkap apa-apa bacaan.
haik..kenapa takde bacaan Al-Quran ni? Masjid TTS selalu ada bunyi pagi2 walaupun tak dengar sangat.

So aku pun tunggu sampailah..tetiba ada orang buka pintu~
Time tu muka tengah tutup dengan selimut.
Aku tengah baring siap dengan telekung..
Sejadah tak berlipat~
Allah....alang masuk lah kot~
Malas nak bergerak~
Malas nak bersapa~
So aku kekalkan posisi~
Sampailah terdengar pintu ditutup kembali~

Alang amik tuala lah kot~

So aku kebil2 mata~
kenapa azan lambat sangat ni?

Aku pun bangun, dan ready berdiri~gila-lah~
aku pun tak tahu apa yang aku buat~
Disebabkan aku memang tunggu azan utk solat sunut subuh~so aku takdelah nak solat sebab belum azan lagi~
Tetiba..henfun menjerit..
Ohoi~alhamdulillah~
terus aku angkat takbir dan solat sunat~
Dan kemudia terus solat subuh~

okeh sekarang tengah bersila atas sejadah~terkebil-kebil.
Pandang siling kosong dalam gelap.

Pastu..aku bummmm..baring lagi~

Pemalas betul!

So sekarang ingat nak bangun bukak lampu~
Tapi sebelum tu berangan dulu~
Ohoi bilik ni semalaman bergelap~sejak maghrib semalam sampailah beberapa minit akan datang?
Sedangkan aku ada dalam ni setiap masa?
Ohhoi~jimat hoi~

Okeh, enuf crap.
So bangun bukak lampu~dah siap lipat telekung segala~
Ingat harini nak basuh bajulah sekali dengan telekung~
Kita tengok nanti~terlupa ke tak~haha~

So aku pun pergi bukak lemari sebab nak cari tudung nak tilawah~
Sebab tudung aku tinggal kat bawah dan malas nak turun ambil~
sejak hari ahad? Haha~Pemalas ko nab.
Semalam aku tilawah pakai topi yang beli kat cameron haritu pastu tambah selimut~punyelah pemalas~
Sebbaik tak kantoi ngan alang time tilawah tu~adalah juga 3 kali aku buat camtu~

So harini aku malas nak turun so aku keluar tudung baru~
So ternampak tudung lain~so amik dan gaya2 depan cermin~
Dan again, anuf crap~aku pun put the tudung beside and wear the proper one to tilawah~
banyak jugak setengah juzuk aku kampoi tadi~

So area lepas tilawah tu aku baring lagi tapi kali ni lampu terbukak lah~

So aku decide harini nak buat task~

tapi sekarang lapar~

jadi aku sambar sepeket kopi putih cap ayam dan turun..akhirnya!

Dengan niat yang satu, mencari makanan untuk dimakan kerana Allah~

Ada nasi tapi takde lauk~

So ceritanya bermula di sini~

Aku buka peti dan aim keropok lekor untuk digoreng~
Dalam sink ada dua ekor ikan kembung, rasanya alang lah kot yang suka makan-makan lauk pepagi ini~
So aku pun mula lah aku punya operasi.

Bukan aku masak pun harini~
Giliran aku esok~
Tapi, aku lapar tahu? Lapar.
So aku pun potonglah kiut-kiut keropok tu sampai habis~

hahaha...siaplah korang~habiskan!
Kata hatiku yang kutujukan kepada semua housemateku agar mereka kena juga habiskan semua keropok tu~
Sebelum tu aku masak air~
So aku goreng keropok tu sampai ranggup (kesalahan ejaan disengajakan, sebab aku memang pronounce rang-gup, suka)
So aku goreng, goreng sementara tunggu air masak dan keropok siap digoreng aku amik sos kat dalam bilik peti~untuk dimakan bersama emplong~

Emplong ni aye bawa dari sabah bila dia bercuti dengan famili beliau minggu lepas~
So aku cicah emplong tu dengan sos~
Sambil balik2kan keropok~
Dah siap aku angkat~
So masukkan lagi~

Air pun masak so aku pun buat kopi putih cap ayam aku~
Ok done~

Aku aim nasi dalam periuk~ni goreng sedap ni~
Aku dah boleh  bayang masin2 nasi goreng~
Tapi alang defros ikan, dia nak masak apa? 
Hurm~
Pikir2 lama jugaklah aku pun kata takpelah~goreng bihun tomyam lah~
Padahal keropok dah banyak~
Tapi tak jadi pulak~aku makan jelah keropok tu~
Tetiba aku pi kat peti dan amik nugget~
So aku pun goreng habis nugget tu~

Pastu aku ternampak mee sedap~
Aku tak suka sangat makan benda ni semenjak dua menjak ni~
Aku lenih suka goreng mihun je~
Tapi entah nafsu kebinatangan apa yang merasuk~
Aku pun merendam maggi~

So sekarang tengah tunggu maggi kembang~
Aku senyum tengok nugget yang makin hitam dalam kuali~
Haiya nab..engkau ni~
Tapi seyes, aku suka makan benda-benda terlebih vcarbon ni~ Thrrill rasa dia~
So aku pun balik2 kan dan angkat~

Skarang aku ada secawan kopi putih cap ayam, sebeban keropok lekor kelantan, 5 keping nugget bukan utk aku sorang, nasi sejuk, dan magi~

So aku dah siap buat mee sedap mee goreng tu~

So aku ada makanan-makanan ni campur emplong~

Aku amik nasi seciput buh kicap makan dengan nugget, pastu makan mee sedap, amik keropok buat lauk, penolak nasi,..pastu boring-boring makanlah emplong~

Aku makan semuanya sekali~kuantiti porsi manusia lah~tapi berjenis2.

So, apamacam?

Ada bran?

Ekceli aku tengah kusut, so aku makan banyak~

Sebenarnya tak banyak pun sebab aku jenis cepat puas kalau makan~

Nak suruh makan banyak2 nak kasi perabih tu boleh, tapi kalau secara sukarela memang tak la~

Tapi sebab aku tengah serabut so aku main bantai je masak semua benda.

Ala bukan makan sorang semua housemate kampoi sekali.

So agak2 dah puas makan.

Dan selesai secawan kopi cap ayam.

Aku pun blah naik atas~
amik lappy alang dan start bedah buku uluwwil himmah.

Ni skarang tengah buat slidelah ni utk liqo'

So itulah kejanggalan hariku~

Adios.

Pingu Cool

Monday, June 10, 2013

Ketenangan yang hilang.

Baru-baru ini aku senang hilang fokus. Hilang fokus untuk segala-galanya.

Segala-galanya.

Entah kenapa dengan hati. Entah kenapa dengan diri.

Apa yang aku aim nak buat, tak terbuat. Bukan malas atau berlengah, tapi terus lupa.

Bila nak buat satu benda, teringat satu benda lain, lepas tu dua-dua terlupa.

Aku sangat-sangat sedih akan keadaan ini. Kenapa hati berlari-lari?

Kenapa minda tak boleh duduk diam?

Mana hilang fokus aku? Aku sangat fokus. Sangat fokus. Dulu.

Sedihnya rasa.

Teringat semalam nak gi kursus online kat pejabat Aman.

Pagi tu lepas qiam ingat nak kemas-kemas, pastu terlupa sampai subuh~waktu solat baru teringat, tengah solat pulak tu.

Lepas tu ingat nak kemas-kemas jugak,tapi gi pinjam charger pula teringat nak keluar ni kena cas fon~so pinjam charger sambil tanya andak nak gerak pukul berapa~

Bila sampai bilik cas fon~tapi lupa nak on-kan. Macam hape ntah~

Lepas tu terus lupa kemas~kata ini awal lagi ni~ ingat japgi nak goreng nasi lah makan sebelum kursus, tapi terus habis lupa sebab tetiba rasa ngantuk~

Tapi tamau tidur, duk mesej murobbiah buat satu laporan (yang mana ini pun terlupa jugak nak lapor sebelum buat a.k.a minta izin)..hadoi~

Tuptup, time tunggu balasan tu tertidur~ingat nak tidur sat-sat je~takdelah kunci jam~

Pastu hamik, 40minit!

Ha...bangun sebab M duk reply mesej~time tu tak sempat dah nak reply dia balik~ kelam kabut siap-siap semua. pakat mandi, baju dengan tudung ambik yang tak iron je~ memang menyampah keadaan macam ni~

pas siap-siap tu terlupa nak dhuha~pastu pakat ambik wudhuk pulak~ya Ampun serius tak tenang~

Dah agak-agak siap~ main campak barang yang agak2 nak pakai~pakat turun lah ni ingatkan nak amik kopi sepeket nak bancuh sebab rasa ngantuk sesangat~

pastu turun tangga sampai separuh tangga teringat yang nak naik motor, jaket terlupa nak ambik~

Haiyo naik balik~pastu terpandang bekas jarun peniti~terlupa nak sisip jarum supaya tudung tak gerak2, so amik peniti.

Turun. Sampai dapur, baru teringat haiyak~kopi tak amik~memang tak lah~minum vico dahlah~

Sedih wooo~sebbaik tak terlupa isi air~ pastu time nak makan tu~alang masak tomyam amik nasi~danh tahu lambat pi buh banyak buat apa~kelam kabut pulak mulut tak cukup besar nak suap sebab andak dah hidup enjin~

Huuu...sedih..

Tu tak kira nak buat air tu, time nak campur gula amik bekas garam~sikit agi je nak masuk dah~ disebabkan air tu panas so nak sejuk sikit ingat nak buh air masak~ pastu pi buka pili air sua cawan berisi air vico~sebbaik perasan~kalau tak ya ampun~

sober-nye rase~

sampai-sampai pejabat~baru perasan buku nota tak bawa~haiyak~memang malu terhadap diri sendiri~weyh nab ko datang nak belajar kan? Nak belajar tak bersedia? tak malu ke?

Sebab akal panjang sikit, bukaklah microsoft word~time ustaz budi bagi penerangan dah sibuk2 taip dalam lappy~gaya hape je~harap sangat ustaz tak kecil hati~ saya tengah jot down isi penting ustaz~nanti saya lupa~otak saya dah tak betul~

haih~lepas tu hari ini~kekalutan disebabkan lupa bertali arus....

sebenarnya kan...betapa tinggi pengharapanku pada Allah? Sebesar mana aku bersandar padaNya sebagai penjaga? Ke semua aku nak buat sendiri?

Sebenarnya aku ni cari apa? Kenapa boleh hilang fokus macam hape? Mana hati? mana hati kau nab?

Ya, Allah, ya Rabbi..hambe lemah...jangan ya Allah kau uji hambe begini ya Allah...hambe lemah bila hambe lemah...hambe benci diri sendiri bila hambe lemah~tolong ya Allah paut aku kembali dalam lindunganMu.

ketenganan yang hilang...

Pingu Cool

Saturday, June 8, 2013

Sedang mencari....



Sedang mencari calon suami.
Heuwhuewheuw.
Kalau ada yang berkenanlah nak memperisterikan 'perempuan mithali' macam saya ni.
Nak kata desperate takdelah sangat.
Tapi nebes jugaklah sebab ayah dah acah-acah kata nak pinang anak orang sebelah yang hensem-hensem (?) tu.
Duk tunggu 'aral melintang' jadi kat borang bm. Tak jadi-jadi lagi.
Btw, encik imam, awak tengah hafal surah hape? Lambat sangat. Tak siap-siap. 
Hahahaha.

Out of the blue.

Tuesday, June 4, 2013

Yang jahat itu aku.

Okeh. Sekarang dah sejuk sikit~so harapnya ok-ok je.

Entri kali ini pelik sikit in which aku akan mengahbiskan masa kehidupan aku yang terhad ini, bersama merisikokan murka Allah ke atas aku dan aku akan buat sesuatu yang sangat tak berpekdah dan langsung tak bermanfaat pun bagi aku.

Ye, aku akan bercakap tentang orang lain. Tentang orang lain.

Kau tahu tak, dalam blog yang aku sayang ni aku akan cakap pasai orang lain? Bazir tak bazir?

Ah..sudahlah. No turning back. AKu dah lama niat ni~ So harini benda jahat ini terlaksana!

Hahaha! Puas~ (rasa evil gila, ah persetankan rasa bersalah tu nab~hahaha!)

Ok nak dijadikan cerita ekceli aku tengah bercuti dalam kepanasan kat rumah ni. Rasa sangat panas. Dalam dan luar.

Ok sejak balik cuti kali lepas lagi aku dah start panas2 ni. Yelah mana taknya, jejak tanah je dah kena sua pikir pasai dia. Sebal sungguhlah.

Balik cuti kali ni lama sikit kat umah. Aku selami sikit apa perasaan adik2 aku. Tapi aku lebih sikitlah sebab ego aku ni kental sikit aci tak lut lah setakat jeling-jeling tak puas hati atau pertanyaan-pertanyaan ala-ala nak menyalahkan aku, memang aku sangkal sampai sentaplah kan? Dapat..

Sebal,lalalala,,sebal..

Nak start katne eh? Ish tak boleh melebih sangat, kalau masuk ghibah ni naya nak hadap neraka Allah. Daging dia pun bukan lazat nak kasi part paling busuk lagilah aku tak hadap.

So aku citer perasaan aku dah lah. Pasai dia.. Wuihh..tetiba panas balik~

Ok citernya camni. Sumpah aku tak kisah bila parents aku ala-ala menvetokan diri sebagai pakcik dan makcik yang bertanggungjawab dan baik hati gi jemput dia kat Johor sana tu. Ala-ala first time juga jejak sana~kira ok lah~

Pun aku lagi-lagilah tak kisah kalau sekadar nak jadi guardian sampai budak tu menikah, in which kalau ikut natural conversation at first haritu patutnya skang dah langsung. No hal.

Yang jadik tak bestnye, aku yang balik ini ala-ala nak sambut sepupu menikah jadi betambah sebal bila benda tak jadi due to objections from pakcik makcik aku yang konon sangat berwibawa tapi aritu tak rasa terpanggil pulak nak gi johor amik dia. Mak aku jugak yang bersusah payah, ini apa kes ni?

Jadi masalah pula bila minah tu buat rumah aku jadi negeri dia skang ni. Siap nak cari kerja lagi, lama lah tu nak duk sini. Memang lah aku sebal je rasa~

Dapat pula boleh pulak dia buka cerita pergi sana~pergi sini sepanjang aku takde~memanglah aku rasa nak terbalik meja~ aku lempang kang mulut tu bisu japgi~ Sia-sia je lahir ada mulut kang~

Memang lah~


Aku ok weh, kalau ko menumpang tu buat cara menumpang~ sopan sikit~

Aku ni bukan tak pernah menumpang kat rumah orang~waktu akau kat rumah family kak sa kat ganu dulu~dua bulan walaupun aku mai time weekends je tapi dua bulan juga~depa kenal aku dua bulan juga~

Tapi pepandailah bawa diri~wallaweh~

Jaga aurat~jaga peri~ni tak buat aku rasa nak pelempang je~

Dan lagi satu, aku kalau tak minat, maknanya memang tak minat~so tak payah nak pancing aku cakap dengan ko~tolonglah jangan nyendeng ngan aku~aku tak suka weh~kira bagus aku diam dari aku layan ko tahu? Kang nangis, bising lak ibu aku~

Skang ni, aku tengah menyebalkan diri~gila rasa sedih~sampai hati~

Walaupun aku tahu yang ibu and ayah sedaya upaya tamau anak2 dia rasa terganggu bila minah tu duk skali tapi aku tak suka~

ya Allah, settlelah cepat urusan budak ni~aku tanak dia ada kat sini~

Nak cakap dengan family pun takleh~buzy body~

Gi mana-mana, mana pernah nak tinggal~

Naseb baik pakai avanza, ni wahid tak balik lagi~kalau time wahid balik japgi dia tak berambus lagi dari sini memang aku merempan suruh ibu nikahkan dia~tak dia, aku nikah, tengoklah~

Faham tak? Gi memana je, tak pernah kata tanak~ yang ibu pun tak pernah fail ngajak~naik minyaklah orang tu~ macam hape ntah~

Poyo weh~poyo~

Yang paling buat aku sebal, bila aku sebok sembang dengan ibu dengan ayah, dia pun sibuk nak nyampukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk~




WEYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY!

Boleh bla tak?

Aku balik skali skala nak jumpa family aku tahu tak? Bukan nak dengar kau nyampuk?

Pleaselah jangan menebeng depan aku dah~sebelum betul2 terlontar pinggan yang aku aim nak baling setiap kali aku geram, sebelum benda tu jadi betul-betul~baik kau simpan diri ko leklok~lagi  manis kalau bla terus lah dari kehidupan keluarga aku~

Aku nak tengok pasni jadi apa~japgi aku nak balik penang~aku suh ibu ayah settle hal budak tu cepat~kalau ada pihak yang nak sibuk2 bising nak halang aku suguh mulut depan dengan rang~tengoklah~ mengada-ngada sangat~ yang tanggung tu kami~nak banyak cakap~nah ambiklah dia buat sendiri~ macam hape ntah~

arghhh~

Sebal weh.~cane nih~ nak baca Quran pun bertabur~ jahatnye aku~ tolonglah Allah ambik dia blah~aku tanak jadik hambe jahat~Pingu Cool