Thursday, April 29, 2010

Jika itu yang terbaik...maka senyumlah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
salam berseri senyuman dari kejauhan dari ana buat semua sahabat..
Ana ada lagi 2 paper lagi, mohon doanya ye? Terima kasih atas kebesaran hatimu..

Saturday, April 3, 2010

Buat Yang Kesekian Kalinya..

Bismillahirrahmanirrahim..

Buat yang ke sekian kalinya, ana khuatir jika inilah kali terakhir untuk mencoret di sisi blog ini, jadi ana ingin sekali memohon kemaafan buat sahabat yang pernah hadir di blog ini agar memaafkan ana yang jahil ini.

Sebab sebenar permohonan ini adalah kerana Allah semata-mata. Jika tidak kerana mengharapkan keredhoan Allah dalam ana menduduki peperiksaan dunia ini, tidaklah ana berbuat. Hanya keranaNya.

Ikhwah akhowat fillah-salam ziarah buat Abdullah..Ana memohon maaf atas segala khilaf atas kesalahan ana yang pernah tercoreng di hati antum, ana asifah.. Moga-moga dengan kerelaan antum terhadap khilaf yang lepas ini dapat memudahkan urusan ana dalam menduduki peperiksaan.

Akhir kalam, salam sayang berseri senyuman buat akhowat fillat. Salam hormat buat ikhwah.( Wafi, salam hari kelahiran ke-20, ini je yang termampu).

Assalamualaikum.

Friday, April 2, 2010

Jadilah...

Bismillahirrahmanirrahim..

Aduyai rasa mencucuk-cucuk di belakang, sakit sangat. Teringat time Uwais al Qorni menerima berita ghaib yang ketika Rasulullah di dalam perang Uhud kala itu, ada berita yang dia terima Rasullullah patah gigi, lalu diapun mematahkan giginya bagi merasai keperitan sakitnya kekasih hatinya itu.. Itu Uwais. Ana pun nak jugak. Tapi bila jatuh terduduk, Alhamdulillah kala itu hanya Allah je yang bersama, tapi tetap juga tak tertanggung rasanya. Perjalanan asal menuju ke Bakti Permai menunaikan amanah terpaksa ana batalkan setelah maju beberapa tapak setelah jatuh itu, dan ana berpatah balik, sungguh sengal sungguh..

Dan kesengalan ini tidak menghalang ana untuk menghambur pena mencoret wadah di dalam blog ini, terhadap ORANG YANG BUTA HATI MEREKA.

Afwan, ana capitalized phrase itu, sungguh, pinggang yang mencucuk ini tidak sesakit hati yang turut mencucuk-cucuk.

Sebenarnya, ketika kejadian yang tidak memalukan itu berlaku ana bukanlah keseorangan, seingat analah. Ana musibah di hadapan Dewan Utama Desasiswa yang didalamnya mendiamlah sekumpulan kecil manusia. Nak dikata tak nampak, haha, ana jatuh depan pintu dewan kot(hendaklah diketahui sekumpulan kecil manusia ye? Tiada function di dewan tu saat tu..), lalu timbullah kegelisahan ana tak boleh bangun dan tersentak, macam biasalah kalau tersentak tu, nafas akan terhenti sekejap, peluh merenik, Alhamdulillah, Allah menakdirkan belum ajal akibat terjatuh..

MUZIK MEMBUTAKAN HATI?

Hm..ini bukan fakta,jadi jika ada peminat muzik nasyid berunsur keagamaan, rock, ballad,jazz yang mengetengahkan Islam, jangan khuatir ana bukan nak boycott kome, cuma pemikiran ini hadir bila ana cuba bangun dari jatuh tadi. Muzik membutakan hati orang yang berada di dalam dewan kala itu.

Seperti yang ana jelaskan di dalam dewan tu ada manusia,ana jatuh di depan pintu entrance, siap mengaduh sekejap walaupun perlahan(selepas termelatah kalimah'Allah' for sure), namun ana yang tersentak lagi tersentap tu terusan berfikir, siapa yang ingin menolong aku ni? Lalu hati menyahut..'Allah!' dan sejenak ana kuat untuk bangun lalu meneruskan langkah ke hadapan. Namun, terdetik di hati, 'orang kat dalam tu nampak ke?' Sejurus itu, sakit yang mencucuk membuat ana berhenti seketika lalu berkira untuk meneruskan perjalanan. 'Masalah ini...' kerana maut ana jika ibu tahu ana tetap berjalan-jalan ketika mengalami kesakitan(ibu ana sangat prihatin dan penyayang, selepas Allah,Rasul dan Islam, Ibu menduduki tangga seterusnya bersama ayah), lalu ana berpatah balik tanpa mampu mengeluarkan handset, sebenarnya ana telah dirukhsahkan untuk menunaikan amanah itu esok hari sahaja, namun, mengenangkan esok hari ana punya satu urusan di luar kawasan makanya ana pun meneruskan niat itu pada hari ini. Niat di hati ingin mabit di sana, tapi niat itu juga bungkam kerana malam ini memang ada mabit di medan satu lagi. Namun, hampir ketiga-tiganya terpaksa ana korbankan kerana sakit pinggang..Pinggan? Pinggang? Apa kaitan pinggan dan pinggang? Minta maaf tersasul. Ye, kembali kepada buah bicara..

Ana sebenarnya, terkilan tatkala berpatah balik tadi, ana kesan lokasi kejadian itu memang jelas terang lagi bersuluh, dan yang membuatkan ana kaku hati tadi bila melihatkan anak muda(macam ana dah tua je) di dalamnya yang sedang test music instruments mereka. Mendengarkan gitar di-'striiiing' hati ana ibarat digulai, mendengar drum di-'truk-tuk-tuk-tuk' ana lemah, hai..inikah insan yang diharapkan mahu membantu?(sebab depa berada di lokasi kejadian).

Hakikatnya, ana yang sedia mendamba ada syabab Muslimin yang bangkit menjunjung khilafah, mengharapkan syabab yang menyinari generasi rabbani, syabab yang menjunjung perjuangan Nabi Allah, meneruskan jihad Salehuddin, dan Al Fateh lalu merangka Neraca Islam di muka bumi,benar-benar terkilan melihatkan insan yang di dalam itu..

Bukanlah ana mengharapkan mereka berburu keluar untuk menjunjung ana ke hospital tanpa menggunakan ambulans(tambahan bukan serius pun,kan?),bukan juga ana mendambakan mereka berpusu-pusu datang memberikan bantuan kecemasan seperti me'nyepray' spray anti-kejang yang sejuk lagi pedih kat pinggang ni sampai keras tak leh melentur, apatah lagi melakukan bantuan CPR(langkah mayat aku-kata adik ana), tidak,TIDAK! Ana cuma mengharapkan syabab ini kembali dinaungi ciri manusia Islam yang sebenar.

Tapi ana tahu manusia itu fitrahnya lemah..'Khuliqul insaanu dhoiifa..', justeru ana menyedapkan hati dalam perjalanan menaiki tangga Restu yang tidak begitu banyak(Alhamdulillah kalau tak tercabut pinggang),yang mungkin Insan tadi tu memang tak nampak ana jatuh dan mengaduh tu..(yang mana ini bagus), atau mungkin mereka nampak ana tapi mereka tak tahu ana jatuh, mungkin menyangkakan ana mengikat tali kasut..Husnu zhon..

Jadilah..

Assalamualaikum..

Mengambil Ibrah dari Fuqaha' Al Azhar

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana berkunjung ke salah sebuah blog yang dulu pernah ana kunjungi tapi time t blog tu beku. Mungkin kerana penulis kala itu sedang sibuk menguruskan kepulangannya ke Malaysia maka tak sempat mencoret. Hari ini ana buka dan melihat akan coretan2 terbarunya. suka untuk ana kongsikan buat yang bisa meihat dan memahami. Jazakillah ustaz..

Dipetik daripada blog: al-aman.blogspot.com.


"Encik Malaysia, kamu berlagak kamu kebal. Ingat, serangan Allah maha sakti. Peluru-pelurunya berkuasa menembusi tubuh orang yg jauh lebih handal dan gagah dari kamu. Dia menyerang ikut kehendakNya. Jika ingkar perintahnya kamu mungkin tersungkur. Kamu mesti taatiNya, Dia kan Tuan kamu. Tahun lepas, Mr. Amerika cedera teruk kena peluru jenis Katrina. Tak sempat langsung nak mengelak. Jepun-kun yg pakar teknologi itu, satu dunia kenal tapi tak mampu juga lawan walaupun dah reka macam-macam ciptaan canggih untuk bertahan. Akhirnya, tersembam ke dalam bumi. Jiran kamu, Bapak Indonesia pula diserang menggunakan senjata berat jenis Tsunami. Kamu pun terluka terkena serpihan peluru itu bukan? Haiti pun menyembah bumi baru-baru ini. Si Israel celaka yg rampas tanah milik kita dan 'Ammu Palestin itu pula bergegas pergi curi organ dalaman Haiti. Baru-baru ini, dia halau pula saudara-mara kita yg beriktikaf di masjid. Dibina pula kuil jahanamnya di tepi masjid. Baiklah Encik Malaysia, saya sekadar menegur. Hmm... saya dan keluarga takut laknatNya..." kata Encik Brunei mengakhiri perbualan dengan jiran terdekatnya, Encik Malaysia yg sering mengingkari Tuannya sendiri. Encik Brunei pun memulakan langkahan dan pulang ke rumah.

Encik Malaysia kelihatan tenang sahaja bahkan otaknya sedang merancang beberapa projek mega. "Untung judi tahun 2008 dulu dapat RM 2.5 bilion. Duit ini digunakan untuk pengurusan dan pembangunan rumah.. yes!", kata Encik Malaysia lalu tersenyum tanda puas hati.

Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. “Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini." kata Zain Serudin.

Di Mesir, Dr. Zainab Ridhwan juga pernah mengusulkan supaya arak, daging babi dan perjudian dihidangkan sebagai memuliakan tetamu-tetamu asing yg datang, bahkan menyifatkan bahawa tindakan itu ialah satu respons positif daripada kita setelah mereka meraikan kita yg tidak minum arak dan makan babi apabila berkunjung ke negara mereka!

Siapakah Dr. Zainab Ridhwan ini? Dia dan SIS di Malaysia muncul dalam satu versi yg sama. Gaya pemikiran liberal yg berselindung di sebalik nama Islam. Saya rasa anda sudah mula mengenali siapa gerangan Dr. Zainab Ridhwan ini. Beliau ialah pemegang Ijazah Kedoktoran dalam Falsafah Islamiah dari Universiti Iskandariah. Untuk pengetahuan bagi yg tidak tahu, selain Indonesia, Mesir juga merupakan sarang penyembah ideologi liberal. Bahkan tidak melampau jika saya mengatakan bahawa tokoh-tokoh liberal di Indonesia banyak menceduk pemikiran Dr. Nasr Hamid Abu Zaid, anak kelahiran Tanta, Mesir.

sumber dari:al-aman.blogspot.com