Sunday, April 3, 2011

Ancaman buatku~~~

"Engkau harus keluar dari hidupku, meski hanya sementara waktu. Tolonglah minggir, jauh, pergilah ke mana pun tapi hadirlah bila aku kembali memanggilmu. Engkau merupakan ancaman yang amat besar buat diriku kali ini, kasihanilah aku, pergilah..pergilah...."

Nampaknya aku terpaksa menyahkan beberapa buah perkara buat sementara waktu, dikhuatiri keputusanku corot lagi semester ini, aku tidak dapat tahan ketawa mengejek yang datangnya entah dari ceruk mana diri ini, ketawa yang amat memperlekehkan aku, tak, tak sanggup. Aku tak mahu membunuh sendiri cinta pada keyakinan dan bantuan, atas alasan aku rebah oleh keadaan, naa...aku tak mahu.

Justeru aku mesti berbuat ini! Mesti.

Buku-buku kesayanganku, jelas aku sayang padamu, pergilah sementara waktu, hijrahlah ke laman barumu, kekallah di situ hingga masanya kamu bertamu kembali ke rak bukuku. biarkan aku bersama lembaran-lembaran ilmiah ini, walau hanya sebentar, kerana ia adalah amat perlu. Fahamlah.

Lavender, earphone kesayanganku yang menemani saat masaku tak mampu diisi dengan tilawah ataupun ralit dengan zikir, kita harus berenggang buat sementara waktu, aku tahu ini payah buatmu, aku malah lebih lagi, justeru ayuhlah kita sama2 mencuba, insyaAllah boleh.

Teman baruku FishBall, kita baru sahaja berkenalan bukan? Tapi asifah, aku perlu, menidakkan hadirmu walau di picis mejaku. Kekallah di situ.

Dan krayon-krayon kesayanganku serta teman kertas warna mereka, antunna juga terpaksa aku sisihkan buat sementara waktu kerana pendapatku aku tidak mampu beriadah bersama antunna lagi buat masa ini. Nanti kita jumpa lagi.

Dan kamu wahai senyumanku, kekallah. Kekallah. Kerana hanya dengan hadirmu dekatku dapat menutup pahitnya perpisahan dengan buah hatiku.

Exam, kau tidaklah kejam, cuma duniaku terlalu lemah buat dibawa masuk untuk mengharungi cabaranmu itu. Justeru sisihkanlah sedikit buatku, agar terbinanya keyakinan, lalu membawa syauqah yang berkenaan.

Usai.

Ini bukanlah entry yang mengada-ngada, buat mereka yang merasa perkara 'remeh' ini tidak wajar diambil kisah, ketahuilah tak selamanya anda benar, hidupku itu, maka fahamlah, sekiranya tidak mampu, kekallah di tempat kamu berada, dan biarkan aku dengan diriku.