Thursday, October 18, 2012

Runtuhnya ego.

Kalau dulu keep denying.

How about now?

Masa redha?

Kartun sungguh.


Ekspedisi Cinta 'aku' sebelum menjadi 'ana'.

Layakkah digelar ekspedisi?

Ya, sudah, aku berjalan dalamnya.

Ada suatu ketika, di dalam bus yang baru sahaja bergerak keluar matrikulasi, KMM ketika itu.

Aku berada di tempat duduk paling belakang bus.

Aku menerima satu mesej yang sangat pelik.

Bukan kandungannya sahaja yang pelik.

Tetapi juga penghantarnya.

"Nab, kau dapat UiTM ye? Kau nak pergi jugak ke?" Mesej dari beliau.

Aku yang tidak berwasangka apa-apa ketika itu, dengan bersahaja membalas.

"InsyaAllah."

Senyap.

Perjalanan dari Melaka ke Pudu ketika itu sangat melelahkan. 

Tambah aku perlu mengambil LRT untuk ke Rawang.

Untung ada sahabat setiaku, Shaza di sisi.

Tapi tetap, LRT penuh terisi.

Kami berdiri, di tiang paling tengah, menjaga diri dan harta sendiri.

Sehingga dalam keadaan yang sangat tiba-tiba, telefonku berbunyi. Eh, mesej.

"Nab, I luv u.." Mesej beliau.

Aku memandang pintu LRT itu sambil berkira-kira untuk membaling alat komunikasi itu ke pintu kaca tersebut.

Marah membuak-buak kepada beliau, marah, benci, sedih, pelik dan entah.

Aku suakan handphone kepada Shaza, dan diam.

Selepas tiga hari aku mendiam.

"Aku sayang ko nab." Lagi sekali mesejnya sampai.

Aku membaca dua mesej tersebut dengan perasaan berbaur.

Indah? Entah, aku tak begitu faham.

Hakikatnya, aku pernah marah kerana persahabatan dulu kini diganti dengan cinta.

Rupa-rupanya, sekarang antara lelaki dan wanita tiada pernah lagi wujud persahabatan, masanya telah berubah. Aku harus faham.

Indah? Aku tersenyum memandang bulan di luar atap. Siang.

Entah kenapa? Pintu hati kubuka.

Kali pertama? Tak.

Sebelumnya 'Katak' telah mencuba masuk ke hati. Cewah. Hot stuff? Nope. Nope.

Sebabnya, aku tak nak faham, definisi 'persahabatan' lelaki wanita 'alam lagi satu' itu.

Tapi dengan beliau yang kedua ini, aku pun tak faham. Naluri remaja?

haha. Kartun.

3 hari kemudiannya, dilalui dengan harapan demi harapan, cinta? Itu kali pertama rasa lain dengan lelaki?

Haha. Kartun.

Cuma tiga hari, dan hari ketiga, Allah menampar hati, ketika solat zuhur, di sebelah almari di teratak sendiri.

Allah menampar hati, untuk tengok balik, what had happen to you now nab?

Tersedar.

Lalu memutus untuk berhenti. Tiba-tiba.

Dia? Terseksa. Ya.

Ekspedisi dua berhenti di sini. Let the rest be history.



Eh, bilanya yang ekspedisi satu?

Oh, ekspedisi 1 bersama 'Katak' itu.

'Katak' orang yang baik. Ditemukan Nazrul bekas teman sekolah lama. Entah apa halnya, beliau bertindak semacam. Sering SMS, yang lain? Entah, tak faham. Dia tidak bertindak serupa dengan Shaza. Lama, sehinggalah suatu ketika dia bertemu 'aku' yang 'ana'. Di hadapan koperasi. Dan dilihat tanpa berkelip.

Aku ketika itu, menegur selamba.

'Katak'!

Dan dia memandang dengan....tiada kata.

Selepas itu dia bertanya, mengapa berubah?

Aku tidak tahu dan tidak faham.

Sekarang rasanya cukup matang, untuk menafsir yang 'Katak' pernah berharap, cuma harapannya tercantas kerana mungkin merasa diri kurang sempurna. Sekarang baru faham.

Itulah ekspedisi pertama.

Lalu seterusnya apa?

Aku beriltizam dengan tarbiah.

Baru faham, bahawa, couple itu berdosa.

Berhukum haram.

Natijahnya jika dikumpul menghimpun kayu neraka.

Ketika itu baru faham.

Lebih takut bila memahami lebih dalam takrif 'couple' atau 'kasih sayang' melebihi ikhtilat.

Takut. Zina hati.


Takut.

Aku lalu beriltizam dengan tarbiah.

Diri terjaga, tetapi ye, tetap juga diuji.

Pengalaman yang seterusnya ini tidak mahu digelar ekspedisi.

Kerana ketika itu aku yakin pada diri, yang aku benci apa yang berlaku.

Encik itu memulakan mukadimahnya di walimah salah seorang saudaraku.

Yang kemudiannya atas dasar saudara, aku melayan seadanya.

Kerana iltizamku dengan tarbiah.

Lagakku keras.

Dia berusaha melunakkan.

Aku mencatas.

Dia tak jemu menukas.

Aku mendiam.

Dengan tanpa putus asa dia menegur.

Hingga akhirnya, aku tekad, sekalipun dia menganggap yang bukan-bukan.


Redha Allah lebih penting dari redha saudara.

Dia mempergunakannya. Aku lalu terus-terusan diam, dan mati dari dunia 'itu'.

Aku lalu ketika itu tenang. Dan tegang.

Faham bahawa naluri hati memang akan terbuai dengan keprihatinan makhluk itu.

Itu ujian. Dalam menajga diri sekalipun, tetap juga diuji.

Air mata jangan dikata. Jika dikumpul boleh membentuk wadi rasanya. Penyesalan. Kerana fitrah yang sangat sukar diempang.

Dan senyap.

Tapi, selepas setahun kemudian, aku kembali di sapa. Subhanallah.

'Dah kahwin ke?' Soal beliau.

"InsyaAllah nak dekat dah.."dengan yakinnya aku berkata. Dan senyap. Sungguh luput terus.

Aku telah menghancurkannya?

Biarlah.

Kerana saat itu, modus operandiku satu, wihdah.


Denial.

Cukup membantu.

Sehinggalah sekarang.

Hari-hari kebelakangan ini, aku sering berbualbicara dengan DIA, senyap, hati-ke hati. Di atas motor, hatta dihadapan lappy. Sambil berdiam hatta ketika sedang rancak bermuamalah dengan teman-teman. Bicara, senyap-senyap.

Meminta bantuan, meminta ketenangan.

Yang mana sekali lagi aku empang perasaan dengan denial, tapi rasa sangat sedih. Sangat sedih.

Tadi, kami bertemu. Dhuha.

Dia mendengarkanku. Sedang aku diam-diam berbisik.

Mohon Dia melorongkan ke arah terbaik.

Keputusannya?

Moga bukan didasari nafsu.

Belajarlah ikhlas, mencintaiNYA.

Belajar redha, memulakan ekspedisi cinta kembali. Kali ini kali pertama, moga2 diluruskan jalannya.

Memilih mati, berbanding memangkas redhaNya.

Mohon Allah luruskan jalan.        
                            

   

Pingu Cool

Wednesday, October 17, 2012

Bermata kaca.

Qurratun Qalbi,

Semalam ada mata yang berkaca.
kaca itu lalu berlari menuruni pipi,
pedih ya?

Lalu aku bertanya:
Terlukakah Qurratun Qalbi?

Dalam keadaan bersahaja,
Aku lemparkan penyapu kaca.

Qurratun Qalbi mengambilnya,
Tapi tetap, kekal jua ia menangis.

Aku tahu,
Qurratun Qalbi merasa berat,
Pengamanahan yang Qurratun Qalbi rasa becus ditangannya.

Hakikatnya,
Maaf Qurratun Qalbi nyata salah.

Kerana ia tidak berdiri sendiri apatah lagi sendirian.

Aku ini di sini, bersamamu Qurratun Qalbi,
Mengembleng tangan, kaki, otak, minda dan hati...

Qurratun Qalbi,
Mungkin berasa berat dek pertanggungjawaban.

Secara jelas,
Aku rasa sakit melihat,
Kaca yang menoreh pipi si Qurratun Qalbi itu.
Betapa lembut jiwa pemimpin yang memikirkan pimpinannya.

Semalam aku berfikir,
Qurratun Qalbi belum sendiri.

Kerana,
nyatanya, hari ini Allah memanggil kita bersama,
berdiri menemuiNya.

Qurratun Qalbi nyata tidak sendiri.

Pingu Cool

Friday, October 5, 2012

Jangan Robohkan Rumah Itu.

Dulu,

Danau di hujung desa itu,
Berteman sebuah rumah kecil,
Tinggi dari tanah,
Tak jauh dari kali.

Hawanya aman,
Bayunya segar,
Ada pepatung yang kejar0mengejar,
sedang kupu-kupu melayang bersahaja.

Air danau tidak berkocak,
Sabar waktu hanya mengacakan langit,
Biru. Indah.

Dan rumah kecil kekal di situ.

Suatu hari,
Air danau berkocak riak,
Pudar biru warna angkasa,
Pepatung tiada, sedang kekupu sembunyi,
Tanah berkeriping kering,
Menggegar pasak rumah kecil
Sekeping papan dindingnya jatuh.

Sang Maha Hidup menurunkan hujan.
Tanah kembali lembap,
Dan biru langit datang lagi bertamu.

Suatu hari,
Air danau berkocak keruh,
Ada pusar tidak tenang ditengahnya,
hingga rerumput di pinggir danau,
Tidak mewah lagi dengan lambaian mesranya.

Hawa terlalu panas,
Rumah kecil luarannya mengelupas,
Meledinglah papan,
Sekeping papan dindingnya jatuh. Lagi.

Esok,
Hawa yang sama menampar kuat pintu rumah kecil,
Papan dinding telah hilang dua,
Segala yang ingin masuk,
Masuk bersahaja.

Jangan, jangan masuki rumah ini!
Malang, tanpa dua papan,
Rumah tidak ampuh lagi.

Danau berkocak keruh sekali,
Pepatung dan kekupu mati,
Sayap-sayapnya dizalimi angin,
Yang kini berubah tabii.

Tiada lagi deru lembut,
Hatta yang mendamaikan.

Siapa yang mampu menyambut?
Siapa yang mampu membela?

Bila angin yang garang itu menampar tiang rumah kecil.
Dan penghujung kanannya rebah jatuh ke bawah.
Rumah kecil rebah.

Angin datang lagi,
menampar kaki yang satu lagi.

Tak terjangka, papan dapur meleding lalu jatuh,
Oh, rupanya mentari turut memakan rumah,
Mengelupas dan jatuhlah ke tanah.

Telah banyak papan dinding yang musnah.

Kaki kanan hadapan rumah bergoyang perlahan.
Oh, tidak, wahai angin berbelas kasihanlah.

Malangnya, angin itu penitahnya SATU,
menjadinya ia kerana titah yang Maha Satu.

Dan susuk hadapan kiri rumah kecil turut rebah!

Tidak! Mengapa tiba-tiba tiang yang belakang turut mendongkol jatuh?

JANGAN ROBOHKAN RUMAH ITU!!

Wahai alam yang tidak lagi bersifat alami,

JANGAN ROBOHKAN RUMAH ITU!!!

Ia berjiwa, harus berdiri.

TOLONG JANGAN ROBOHKAN RUMAH ITU!!!

Malangnya Pemilik Segala Kehendak telah berketetapan.
Rumah kecil itu harus roboh.
Pasaknya tidak pernah kukuh, tetapi tidak pula cuba dikukuhkan.

ROBOHLAH RUMAH.





Pingu Cool