Friday, April 12, 2013

Bebel

Tahu tak sekarang ni sepatutnya saya tengah buat apa?

Sepatutnya sekarang ni tengah hadap isu-isu semasa. Isu homeless, buang anak, krisis air di beberapa tempat dalam negara, isu keselamatan Lahad Datu,, menghadam apakah kaitan GTP dengan NKRA dan dari manakah wujudnya MKRA pula. Apakah peranan sektor swasta dalam melestarikan ETP pula dan apakah itu EPP dan BO. etc...

Tapi,

Tak lalu dah.. Nak menghadap benda tu sejak pagi tadi.

Malam semalam sampai pukul 2 pagi hadam tajuk matematik tingkatan 1-3 dan tingkatan 4. Fuyoo, rasa macam dapat pencahayaan agung pula rasanya. Sebab mampu buat benda yang kalau 7 tahun lalu sangat-sangat berat untuk dibuat. Tu ibaratnya macam nak bukak pagar besi tapi yang dah berkarat, punyalah payah dan bunyinya subhanallah...berkerrrrriukk.

Tapi malam tadi boleh.

Pagi tadi lepas Subuh sambung Math tingkatan 5, sampai pukul 7.42AM dan lepas tu nilah menghadap page PEMANDU tu.

Lepas ni kena cater semua benda tu dan bersedia untuk buat2 apa yang patut~

Punyalah malas gila nak masak sampai torture AB suruh dia masak sensorang. Ampunkan.

Sebenarnya nak cakap apa?

Takde apa..nak cakap je...

Sebenanrnya nak cakap...nak membebel-bebel. Tapi kan FB sangat tak seronok. Bukak je rasa nak muntah dah..sekarang.

Banyak je kebaikan, tapi aku pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Pelik tak?

Psikologi kot~

Hurm,,esok nak exam PTD. Ha..exam PTDlah yang membuatkan aku rajin kaji bebenda tu..  Tapi rasa macam tergawang-gawang lagi.

Haa..jap lagi sebelum asar nak tidur lah sekejap. Haha.

Dapat kerja, bagus ke?

RM30 sehari... Buat seketika, jadilah... Sekejap je pun. 15 hari.

Ruang relung hati terasa sempit.
Iris mata meregang semahunya.
Pemandangan jadi pudar warna.
Sedang bunyi-bunyi alam serasa menyesakkan jiwa.

Nafas tidak lagi berbaris,
Kitar waktu hidup dilalui seadanya sahaja.
Malam menjadi siang,
Siang menjadi malam.
Tengahari entah bila.
Hanya waktu solat menjadikanku hamba.

Semua insan berjalan, laju, pantas dan lekas,
Di atas tanah ternampak hati-hati,
Tertinggal dan terjatuh dari jasad.
Berjalanlah jasad tanpa ditemani hati.

Entah bila bayu yang lembut itu amat keras tamparannya.
Bagaiman senyuman bisa menjadi sindiran.
Entah bila cinta dalam hati mati,
Mungkin sahaja kepompong kupu-kupu dalam hati,
Tidak mampu berevolusi lagi, kini.

Rentak tanah yang dijejak,
Dipijak hati-hati.
Entah bila bermula tanah jadi pecah berkeping-keping.
Di tanah sendiri, identiti dilarik, carik, habis.

Sampai nian, nafasku bukan lagi nafasku.
Nafasku teracu mengikut kemahuanmu.

Entah bila persoalan kehidupan menjadi serumit ini,
Tiada kata mudah seindah 'ya' atau 'tidak' bagi mengkonklusikannya.


Hempedu ibarat dipicit-picit,
Hingga isinya masuk ke dalam darah,pahit.

Andai adanya hempedu.

Isi hati bukan lagi isi hati.
Kemurnian jiwa dan perasaan bukan lagi hanya dihukum Tuhan.

Fikiran kini diacu, kebebasannya dicabul,
Pandangan kini menjadi semu, sekarang ada pangkat, 'salah' atau 'betul'
Kemurnian fikiran dan eksklusif minda bukan lagi kekayaan hakiki sesuatu peribadi.


Entah bila, terang jadi suram.
Lembut jadi rakus,
Dingin jadi hangat,
Selesa jadi rimas.

Entah bila, hatiku bukan lagi hatiku.

Entah bila aku tidak menjadi aku.

Pingu Cool

Thursday, April 11, 2013

Setelah ku dipaling-RAST

Hampir aku hanyut kerana rindu,
Pada harta yang pasti reput 
Dan lenyap di sini..
Hampir aku lupa pada Yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku.

Sekelip matanya hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMU

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu.

Sungguh aku cari cahaya itu,
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu.

Sekelip matanya hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya millikMu.

Yang hanya ku pinta,
Harapan keampunan
Hati ini telah kulukai.

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya kerana diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran..

Yang hanya ku idam,
Hadir di pandanganMu,
Bersama mereka terdahulu..

Yang hanya ku pinta,
Harapan keampunan,
Hati ini telah kulukai...

Sungguh aku cari
Cahaya itu..
Untuk menyuluh..
Setelah ku dipaling..

Allahu akbar.

Dah hampir seminggu dia takde kat sini. Haha. Sedih woo.

Semua orang menantikan dia kembali untuk kembali menjadi diri sendiri.


Pingu Cool

Tuesday, April 2, 2013

Dua saat.

Aku, tak tahu apa yang terjadi pada diriku.

Sebenanya sejak pagi tadi aku meniatkan untuk menukilkan entri baharu, tapi baharu ini juga aku mampu.

Sebenarnya dalam usaha untuk meneutralkan rasa hati. Sekali lagi kembali.

Tapi digagalkan sekali lagi oleh taghut.

Pag tadi sempat aku bersama Quratun Qalbi ke pasar. Balik dari RST. Sarapan dan  mencari lauk. Sekarang dah ramai orang kat rumah.

Pulang dari pasar, Qurratun Qalbi membuka cerita, peihal dirinya dan sang murobbi.

Hatiku terpana sekejap. Lalu menelan nafas dalam.

Patutlah, permohonan pertolongan yang aku rayu sejak maghrib semalam berbalas sambil lewa.

Rupa-rupanya, dia memenangkan beberapa agenda penting lainnya.

Dan aku, kembali menelan nafas, dalam-dalam.


Sejujurnya aku tidak meminta menjadi aku.


Semalam, pundak bahu terasa memberat tiba-tiba usai kendiri. Azan maghrib yang sayup bergema menggoncang hati lebih lagi.

Dalam pada meminta bantuan Qurratun Qalbi untuk masuk ke medan bersama, hatiku bersuara nada sendu.

'Cerita apa lagi yang tinggal buat aku perikan pada hatiku?'

Air mata mengguncur perlahan tapi deras.

Telah selalu ia begitu.

Ana hanya ingin berkata-kata dengan manusia.

"Ana kan....ada satu masalah... Ukht, macam mana nak kuat... Ana xlarat nak positif. Ana ada bawa halaqah muhib, dua minggu lepas, sorang dah tak mahu datang h, alasan komitmen. Tengah pujuk yang it, harini ada sorang lagi tanak H, alasan yang katanya sangat peribadi. Ana asa penat dan pening... Tapi Allah tegur ada 6 orang lagi anak hq ana. Tapi dua orang agi mesej tak dapat datang sebab ada discussion test. Ukht, susahnya nak sabar.. Lama mana ana kena mengulang2 taujih? Apa cerita yang boleh ana guna untuk kuatkan diri ana sendiri ukht? Ana xperlukan masukan masulah lmh. Ana nak kuat je sekarang. Boleh tolong ana?"

Aku. Menyimpul kekuatan yang maha dahsyat bila menaip sms di atas untuk dihantar kepada dia. Airmata yang mengguncur seakan tidak pernah mengenal takrif henti. Kepala berserabut pening, dan nafas rasa berketul-ketul.

Sesungguhnya aku sangat-sangat memerlukan kekuatan, untuk tidak rebah, dalam langkahan yang kesekian kalinya, malam tadi.

Dan, sms-ku tidak berbalas.

"Alamak, handsock basahlah, tak suka..,"
"hee..ni mesti kena air berak ni kan?" usulku liar.
"Hee...tak senonoh..!"
"Tengok handsock tangan mana, kiri kan? Haha..," Giatku lagi. Dan cepat saja bahuku ditampar oleh tangan pengawal stereng.
"Turunkan ayong, dekat kafe ye?"
"Okeh."

"Ateh, pinjam tangan,"
"Ha? Nak buat apa?"
"Pinjamlah," Dia menghulurkan tangannya dan aku sambut dengan salaman kejap.
""Pinjamkan kekuatan eh?," Air mata diempang sehabis baik. Aku memohon, nafasku berbaki dua saat sahaja. Berat sungguh hidup ini rasanya.
"Kenapa ni ha? Baik cakap," Dia cuba mengorek perihalku. Tidak mahu  melepaskan genggaman.
"takdelah, nak pinjam kekuatan je... Jazakillah tau," Dan aku keluar dari kereta. Mujur dia tidak bertanya lebih.

Aku, memerlukan itu, untuk menipu diriku.

"Okeh, itu kisah pemuda yang telah membunuh 99 orang. Okeh taujihnya takat tu je. Banyak lagi masa kan?" Aku menyoal pada penjaga masa.

"Sekarang nak membebel pulak," Muka empat orang dihadapanku berubah kelat. Aku ketawa.

"Haha, takdelah. Ukht, ada benda ana nak cakap. Antunna perasankan yang halaqah kita ni makin lama makin sedikit?"

"Haah, mana yang lain,"

"Okeh, hummmph, okeh, sejak awal sem bermula, ana tak rasa antunna berdua kenal kot, tapi seorang yang patut bersama kita iaitu ukht A, memohon keluar dari halaqah. Alasannya komitmen..,"Senyap.

"Lalu antunna tinggallah sembilan orang. Eh sembilan ke?,"

"Lapan orang." Seorang mutarobbi terkasih membetulkan.

"Yeke?" Aku megambil buku laporan halaqah untuk kembali mengira nama. Aiseh lupa.

"Sembilan-la," sahut yang lainnya.

"Lapan," Ukht pertama tadi menegaskan keyakinannya.

"Haahlah, lapan," Ujarku ketika usai mengira.

"Masuk kak nabilah, sembilan," Insist ukht kedua tadi.

Serentak, kami berlima tergelak. Aiseh, sempat lagi.

"Hurm, lapan orang..berlangsunglah halaqah seperti biasa. Tapi tadi seorang lagi ukhti meminta keluar dari halaqah, ana baru nak pujuk ukht A, sekarang datang seorang lagi,"ujarku sugul. Yang lain masih terdiam.

"Antunna tahu tak sapa?" Tak tahu macam mana soalan ni boleh keluar.

"Ukht M," seorang akhwat tersebut.
"Hish..nauzubillah......,"
"Eh,eh, bukan maksud akak yang tak datang hari ni ke?,"kelam kabut dia kembali bertanya.
"Haha, takmaulah main teka-teka ni, bahaya,"

Aku lalu menukilkan perihal sebenar.

"Ukhti C," diam tersampuk. "Dia baru bagitahu ana petang tadi, ana rasa pening sekejap, terus tak lalu nak teruskan agenda kehidupan, rasa sangat pilu rasa," Airmataku bergenang tanpa segan di depan mereka, buat kali sulungnya.

"Yang ana tahu, ana nak tidur, ana rasa sempit sangat so ana nak tidur, ana sangat suka tidur, sebab masalah macam hilang, ana ingat bila ana bangun, dah takde dah masalah tu,ana terbangun time maghrib tadi. Ana mamai dan otak terus recall balik masalah tu, ana rasa lemah yang sangat amat. Ana tanya pada diri sendiri. Boleh tak kalau ana buat camtu? Bagitahu murobbiyah ana, akak ana penat, ana tak nak bawa halqah dah, ana nak settle satu-satu bagi halaqah kat orang lain, bungkus-bungkus barang balik perak. Boleh tak ana buat camtu? Tapi ana takdelah cakap kat murobbiyah ana...," sengih.

"Time tu ana memang rasa lemah. Tapi Allah tegur ana, sekelip mata je dia tegur. Tahu tak melalui siapa?," Senyap.

"Tahu tak melalui siapa?" Mataku lirik pada saudari pengerusi liqo' minggu ini ukhti S.

"Anti." terkejut. "Assalamualaikum, peringatan, halaqah kita malam ini pada jam XXXX di XXXX. Sila siapkan task masing-masing," Ana tuturkan kembali isi sms tersebut.

"Mesej anti, peringatan halaqah malam ini itulah yang menegur ana. Tu pasal ana jawab apa kat anti? Ana jawab terima kasih ukhti, terima kasih sangat2,kan?," Dia hanya mampu tersengih.

"Sebab time tu ana sangat-sangat bersyukur kepada Allah swt, sangat berterima kasih sebab Allah gerakkan anti untuk sebar mesej. Mungkin anti tak rasa apa-apa, tapi itu teguran dari Allah buat ana. Dalam pada ada mutarobbi yang mungkin taknak dakwah dengan kau nab, still ada mereka yang nak dan bersungguh-sungguh, jangan-jangan zalimi mereka,"

"Ana cerita dekat antunna bukan apa ukht..sebab ana tak tahu nak buat apa, ana tak tahu nak cakap dengan siapa, ana sms murobiyah ana, sampai sekarang, haha, no reply. Ana serius tak tahu nak buat apa, lama tau ana telanguk memikir sebelum ana bersiap ke liqo' ni. Ana kongsi sebab ana nak kongsi, maaf ye?"

"Takpelah kak nab."

"Saya rasa minggu ni paling banyak diuji rasanya," Ujar si ukht A tadi.

"Ha? Anti pun diuji? Apa ceritalah?"

"Ana pun rasa malas tadi, tak tahu kenapa sebab dua minggu ini kesihatan saya tak baik sangat, malas nak buat perkara-perkara. Tadi pun nak datang h asa malas sangat, nasib baik buat kat sini, saya kata sian kawan-kawan saya, depa jauh-jauh sanggup datang, saya yang duk sini pun tak mampu turun,"jeda. "Nasib baik saya datang, sebab pengisian harini semua kena dengan saya, hehehe,"

"Ceh...," Dalam gundah pun kami masih mampu tertawa.

"Ana tertanya-tanya, apa agak-agaknya hikmah yang Allah save untuk ana hari ni?," Soalku.

"Apa dia kak? Tak faham,"

"Tak..ana tanya, hikmah apa yang Allah simpan, sampai ana dikuatkan untuk datang halaqah malam ni, jumpa antunna, beri pengisian, bukan satu tiga ni, hahaha...tiga sekali ha Allah rezekikan ana bagi, sebab yang bentang task tak datang. Sebabnya Allah nak didik ana sesuatu, kalau ana expect antunna untuk jadi baik, ana kena jadi lebih-lebih baik lagi,insyaAllah," Angguk.

Hati rasa lebih tenang walaupun bukan iu caranya. Aku pernah terbaca sebuah buku. Bahawa haram seorang murobbi minta difahami..

Aku, perempuan, sekuat mana dinding hati, seteguh mana tiang jiwa, tetap juga tergoncang kadang-kadang oeh suasana.

Aku tidak dapat menemukan suatu cerita yang biasa aku ceritakan kepada diriku sendiri, agar hati yang runtuh kembali mengutuh.

Aku, hanya memohon untuk berbicara dengan manusia. Bukan dengan bayang-bayang mereka.


Sibuk.

"Ateh pun ceritalah pasal tu, pasal ni......................................................................," Qurratun Qalbi menyudahkan pekongsiannya.

Suatu perkongsian yang buat aku rasa lebih faham diri..

Bahawa sesungguhnya, 'dia' penat. Sudahlah mahu memikirkan program, mutarobbi lain lagi. Selesa memikirkan pekara lain berbanding melayan keletahku.

Bahawa aku lebih layak untuk dibiarkan, sekali lagi, menampal kembali hati sendirian.

Yang natijah akhirnya, membuatkan aku malam itu tidur bergenangan airmata.


Ana perlu untuk bercakap dengan manusia, insan.

"Salam ukht, dalam dakwah ni mana ada yang smooth sahaja. Itulah dakwah, itulah tarbiah. Bila kita berada di zon selesa, takuttakut kita lupa atau jauh dari Allah. Jadi Dia bagi kita peringatan supaya kita improvekan amal dan ilmu kita. Seorang dai'e takde titik noktahnya untuk bersabar dan terus positif. Hanya akan terhenti bila kita pejamkan mata selamanya. Mungkin kadangkala kita perlu melangkah selangkah ke belakang, untuk mara lebih ke hadapan. Duduk sekejap, muhasabah diri sat, cuba perbaiki pa lagi yang boleh diperbaiki dalam amal kita. Adalah salah kat mana-mana tu... Kesimpulannya, muhasabah diri, dah brapa banyak kita sakitkan hati orang, da brapa banyak kita sombong dengan Allah, da brapa banyak kita suuzhon denganNya, da brapa banyak kebergantungan kita bukan pada diriNya. N so on. 1 soalan ana, pa maksud anti xperlu masukan masulah lmh?"

Itu merupakan mesej balas yang aku terima ketika aku dalam perjalanan ke tekun. Pada awalnya, aku membaca baris awal mesej sahaja. Terus aku noktahkan bacaan dan mencampakkannya ke dalam beg. Tipikal mesej.

Usai sampai ke destinasi dan selesaiku merehatkan diri aku membalas mesej tersebut, cuba memperkenalkan diri pada insan yang mungkin belum kenal siapa aku.

"Ana tak perlukan formaliti dalam membangun hati ana. Ana tak perlukan teori dan konsep kosong. Ana tak perlu sesuatu yang dibuat hanya kerana cukup syarat. Ana tak perlukan kata-kata yang bukan akhlak. Ana tak perlukan kata-kata xda ruh yang dasarnya sambil lewa dan tak faham perkara.  Ana perlu untuk bercakap dengan manusia, insan. Itu"

"Formaliti dan apa yang anti tak perlu tu maksudnya apa? Dalam liqo lmh anti semua tu ke? Ana masih kurang faham. Yang ana bagi kata-kata tadi tu anti nak tak?" soalnya. Keluh besar.

"Fahamkanlah dulu kak.."

"Yela yang anti tak perlu semua tu antii dapat kat mana? Internet? Buku? Atau dalam LMH? Atau dalam hq?  Maaflah ana ni lambat sikit..,"

"Yang ana tak pelu itu ada dalam halaqah kita, dalam prog, dalam tarbiah dalam dakwah, dalam ukhuwwah. Itu apa yang ana rasa, bila dakwah dibuat ikut aci muat je. Pengisian asal habis masa. Hq sekadar perjumpaan ilmu sehaja, liqo sekadar perkumpulan manusia menyatakan masalah, pemberian solusi yang takde ruhi. Ana taknak tu kak sekarang. Hari lain ana boleh terima. Sekarang hati tengah sakit... Dahlah kak, takpelah, ana nak tidur. Afwan kathiran jiddan, mengganggu dan memeningkan. Sebab ana tak tahu nak buat apa, nak tanya sapa dah. Jazakillah jiddan. Assalamualaikum,"

Buat kesekian kalinya, aku mengotorkan sejadah yang jadi alas kepala dengan airmata.

Aku harus terbiasa begini. Selepas ini, aku akan terus begini..



Pingu Cool