Tuesday, August 27, 2013

Avalanche~

"Ana ada perkara penting nak bincang dengan anti ni...

.....pasal dakwah...

....anti bersedia ye..,"

Cukup. Tiga perenggan mesej What's App yang aku terima dari beliau.

Disusuli dengan satu sms yang mengejutkan aku dari sembangsembang santai bersama Qurratun Qalbi petang itu.

"Ana nak jumpa Fatihah. Nak minta anti datang sekali. Boleh tak datang rumah ana selepas maghrib?"

Debar. Yang menggila. Apakah? Terus tangan ralit menyiasat peti whatsapp. Yang kutemukan tiga yang itu.

"Kak..kenapa ni kak...? Hm? Fatihah nak keluar Penang sebab ana ke?...

....bagi ana alamat, nanti pakgad tanya..

Astaghfirullahalazhim..,"balasku lewa. Apa lagi lah ni..

"Ngade2..takde apalah. Hal biasa je..Syuur lah tu..,"

Dan perbincangan tu akhirnya membawa kepada suatu situasi yang aneh lewat malam itu. Sehari sebelum EGM PEMBINA keesokan siangnya.

Bahawa..

"Okeh...berkenaan Fatihah tu..zauj ana dah tanya dengan Tarbiah, jadi Ustaz Rahim..tarbiah semua kata anti kena jadi KB," Noktah. Senyap.

"Apa?"

"Anti kena jadi KB lah ganti si Fatihah tu ha.., boleh ke?"Ulangnya lagi kali ni.

"Kenapa ana kak?" Soalku blur.

"Habis tu anti nak suruh siapa?"

"Syafiqah..ke...siapa ke...? Yang memang Penang..,"Bahasa pun berterabur tidak berstruktur. Dalam hati macam avalanche~

"Tahu..tapi tarbiah suruh anti ni lagipun yang lain semua baru-baru lagi dan....,"lepastu telinga dah tak dengar apa-apa.

"Akak, bukan sebab ana ke Fatihah keluar Penang?"Soalku tiba-tiba.
"Bukanlah...anti ni...anti hal lain..dia hal lain...,"
"Akak, bagi ana nasihat...,"
"Nasihat eh?  Hm...anti kena ni...kena apa namanya..,"
"Kurangkan buat muka buruk?"
"Tak bukan tu..yang tu pun kena juga...okeh..ana nasihatkan supaya anti bila dah jadi ketua ni perkara yang paling susah nak jaga adalah syuur, jangan syuur. Dia kalau jadi ketua ni memang susah, bila handle orang yang dipimpin boleh-boleh jadi akan terasa dengan mereka, tapi jangan syuur. Kurangkan emosi bila kita berorganisasi ni. Tu satu, ok?"
"Baik kak,"
"Selain tolong sangat-sangat, jaga adab berjemaah, amal jamaie..sebab menjadi satu ujian bagi seorang yang jadi ketua ni, sangat sikit orang yang dapat mematuhi adab amal jamaie ni. Anti mungkin ada prinsip, dan dalam satu-satu masa tu mungkin anti rasa prinsip anti betul, tapi sentiasa dahulukan jemaah. Jemaah dulu baru diri sendiri...faham? Tolong jaga adab amal jamaie..,"
"Yang istisyarah..isti'zan tu kak eh...,ok..,"
"Tu je..,"
"Doakan ana..ana tak reti..,"
InsyaAllah.

Dan malam itu, seperti biasa, aku bermonolog kepada diri sendiri. Apa ye ujian ini, buat jiwa kocak-kocak. Taufan dalam hati menjadi sangat gila. Meranapkan apa sahaja binaan jiwa yang tak kukuh. Sakit, susah sekali untuk bernafas. Rasa sangat takut dengan hari esok.

Dan menjadi sangat sedih dan takut, selepas penamaan JKC usai EGM itu.

Secara tiba-tiba sahaja, semua orang menjadi sangat alien. Hatta Qurratun Qalbi. Rasa sangat keseorangan. Sekalipun di tengah ramai.

Rasa sangat asing, alienated. Ana kan, tak minta tau benda ni...kenapa biarkan ana seorang-seorang?

Jangan syuur. Pesan masulah bermain di layar minda. Rasa-rasa itu kubuang jauh. Ini medan amal nab, bukan teori. Selagi bukan mati, fikrah harus ditegakkan. Allah ada perancangan yang sangat baik, maka nantilah kerana semua kita termasuk dalam kalangan yang menanti.

Dan kekal, aku sendiri.


Gema suara..dalam sepi,
Tanpa wajah, tanpa kehadiran diri,
Namun Engkau, tetap di hati,
namun Engkau tetap di hati...

Sepi itu...mengajar aku,
Mengenali..rindu,
Kegelapan mengingatkan..,
Nikmat cerah.....,

Kusedar dan aku tahu,
Biar di mana diriku Engkau di situ,
memerhatiku setiap waktu.

Sungguh Kau kudengar,
namun tiada tersentuh,
tiada kulihatkan diriMu,
namun Engkau tetap dihati,
Namun Engkau tetap di hati.
Pingu Cool

Sunday, August 11, 2013

Hati Hawa

Cerita Hawa 1

"Kakyong balik sini, ibu support ambil lesen. Ambil kat sini la yong."

"Erm. Kalau kat Penang tak boleh ke bu?"

"Try survey dulu."

"Mahal kat sini. Kalau boleh nak ambil di sini lah ibu.."

Memandangkan macam tu maka takpelah. Usaha sendiri dengan kudrat sendiri. Lambat sikitlah, takpe usaha.

Jadi kerja, kerja sebagai sukarelawan AP, dapat elaun RM30 sehari.

Elaun diberi mengikut minggu, jadi sewaktu elaun pertama.

"Okeh..ni ayong punye.."

"Berapa ni?" Feeling excited. Tapi mata terus pudar warna. RM180.

Muka andak dah tak boleh tertafsir. Makanya tidak ditafsir.

"Sampai bilalah...nak hidup macam ni."Helaku berat di bawah nafas yang sempit. Tangan masih digagahkan menjalankan kerja-kerja, sekalipun hati telah mati. Telah lama mati.

Andak senyap.

"Nah, andak RM150 buat sewa rumah.." RM30 aku simpan kembali ke dalam beg duitku.

Aura sebak bermaharajalela di hati. Allah, beratnya kehidupan ini.

Bagaimana mahuku sampai kepada memiliki lesen sendiri?


Cerita Hawa 2.

"Assalamualaikum...ayong.. (T.T)..." SMS yang ini memecah suasana sunyi dalam kereta ketika itu.

"Alaikumsalam...kenapa ni? Fudzla?" Balasku.

"Tak....keluarga..ateh penat ayong. Penat."

"Ateh..Allah tahu teh. Ayong tahu setiap perit kita Allah tahu. Ateh nape...share meh. Share. Knape?"

"Hm..ateh tak sedia lagi nak berkongsi. Nanti sampai masanya ateh cerita dengan ayong. Cuma nak minta semangat dari ayong.  Agar ateh terus bersabar dan ikhlas dalam membentuk keluarga ateh."

"Semoga ateh terus bersabar dan ikhlas dalam membentuk keluarga ateh. Istajib dua'ana. Istajib dua'ana. Amin.."

"Jzk Ayong. Ateh sayang Ayong..."

"Ayong sayang ateh lebih lagi. Tapi Allah lebih menyayangi teh. Sakit kita kat dunia ni pun sebab kasih sayangNya...ye? Banyakkan sabar dan solat. Sabar dan solat."


Kisah Hawa 3.

"Ukhti..bangun..bangun...kerja tak hari ni?" Ujarnya.

Senyap tak berkutik.

"Bangun..bangun...,"Senyap juga. Sesal lalu kembali ke bilik untuk bersiap. Ini kali yang ketiga. Apa halnya, entahlah.

"Saya rasa kena nasihatkan Masmirandah tu...kita kena selalu ingatkan dia..,"

"Dia kenapa sebenarnya? Ada masalah ke?"

"Tak..dia kena selalu diingatkan...,"

Dan perbincangan dalam kereta pagi itu, ku pandang ibarat angin lalu. Menjadi co pilot di tempat duduk depan menjadikanku pasif, sekadar melihat laut dari pinggir jambatan untuk ke tempat kerja.

Suatu malam yang lain..

"Masmirandah dah makan ke? Dia dah berbuka?"

"Ha? Sapa yang tak berbuka lagi?" Sapaku terkejut. Dah habis terawikh dah ni. Ni nak start buat karipap pula. Sapa lagi yang belum berbuka.

"Masmirandah...tadi dia tak makan pun...lepas solat terus tidur. Ni lauk tak luak..,"

"Sapa nak air oren sejuk..ha nah minum..," Ujar ketua rumah. Dia baru pulang dari masjid.

"Nak sikit..terima kasih.. nah..,"

"Minumlah..nak pergi tengok masmirandah sekejap,"

"Kenapa dengan dia?" Soalku keliru.Apa kena pulak ni?

"Ateh tengok dia dah lain sejak dia balik dari kampung haritu. Ateh perasan sangat..."

Usai hikayat tak berpenghujung yang dibicarakan ateh, aku hanya diam.

"Sebenarnya...dia hilang harapan..,"ujarku akhirnya. Meluahkan apa yang terbuku di dada.

Ateh senyap. Sambil mengelim karipap.

"Hilang harapan. Biasa jadi. Bila kita rasa semua benda teruk. Hidup rasa sober. Takde arah tuju. Kalau ada pun, berhalangan. Tidur sebagai eskapisme. Eskapisme paling senang. Ayong faham, sebab biasa jadi. Dia lain tau, tidur dengan harapan dan tidur tanpa harapan.."

Kisah Hawa 4.

"Macam mana ni?"

"Saya pun tak tahu..ayong rasa macam mana?"

"Awe jadi KB lah. Ayong tanak. Ayong tanaklah..,"

"Hurm..saya rasa ayong lebih layak..ayong lah jadi..,"

"Takmahu. Sebab..ayong tak lama kat sini.."

"Ha?! Kenapa?"

"Minta sambung belajar. UKM. TESL. Tengah tunggu result."

"Ayong nak keluar Penang?"

"Yup."

"Tapi saya pun sampai bulan tujuh ni je...Umi saya suruh balik..,"
"Umi suruh balik? Pujuklah dia..,Sampai bulan tujuh?"

"Tak mahu dah.. Umi dah marah-marah. Dia kata dia tak redha saya duduk Penang."

"Apa? Macam mana....," Tak redha? Innalillahi wainna ilaihi raajiun.

"Okeh..takpelah..ayong minta je UKM tu..tak tahu lagi dapat ke tak..kalau dapat pun antara pergi atau pun tak. Takpelah ayong jadi KB."

"Tapi kalau saya jadi sementara ok tak?"

"Ha? Okeh.. Pulak?  Tu..umi?"

"Umi saya kalau marah...macam-macam keluar..,"

"Tapi awe, kalau awe jadi sementara. Benda tak selesai masalah. Nanti akhir Julai, kita sekali lagi kena cari KB baru.

Senyap.

Uminya tak redha.

Kisah Hawa 5.

"Parents saya suruh balik. Nanti akhir Ramadhan datang ambil kereta. Diorang nakkan saya ada lesen dulu baru boleh pergi mana-mana."

"Lesen? Ambil lesen kat mana," Gumam tadi ditelan dalam. Seorang lagi?

"Kat rumah. Diorang nak saya ambil lesen dulu..,"

"Okeh. Dah lepas ambil lesen, boleh balik ke sini balik? Hm?"

Senyap.

"Itu alasan sahaja ukhti. Alasan. Okeh balik ambil lesen, dah settle lesen. Selesai. Tetap juga takkan kembali...,"Hatiku bungkam. Aku tahu apa benda yang jadi. Ia antara kira mahu atau tidak mahu.

Perkenalan dengan peribadi dan kehidupan menjadikan aku faham, dengan siapa aku berurusan.

Ini, masalah, mahu lari. Dari resah dan persengketaan. Terasa hati. Perkara lumrah, berurusan dengan manusia. Apatah lagi sekarang dengan umat yang pelbagai di rumah itu.

Di kesempatan lainnya,

"Bestnya..Penang banyak orang-orang hebat...,"

"Ha tengok..nak juga balik kampung dia tu? Hm?" Seperti biasa. Menjadi akhowat yang paling kejam dan jahat, aku menggiatnya.

Matanya telah bergenang. Soalanku bukan soalan kosong. Aku mahukan dia kekal di sini.

Kerana menjadi yang ditinggalkan itu perit. Dan saban ketika, satu demi satu ukhtilhubb melarikan jejaknya dari sisiku.

"Kalau saya nak duduk sini balik boleh ke?"

"Mestilah bolehhhh!!! Stay lah..stay lahh...!" Matanya tambah berkaca. Aku tahu, salah, aku yakin, apa yang ada dalam hatinya.

Ibubapa adalah alasan. Kehidupan adalah alasan. Masalah hati yang menjadi segala dalangnya.

Ukhtiku tidak bersalah. Yang bersalah itu aku.

Dulu, aku pernah berkata begini,

"Hidup memang susah, kerja tak menjadi. Duit takde. PTPTN tak bayar lagi. Orang lain kerja tetap. Belajar bukan main-main. Grad dengan dekan. Tetap jugak takde kerja. Bila nak gerak takde lesen, kena minta tolong orang. Bila rasa sober, simpan pendam, sebab nak dibawa kemana? Bukannya boleh travel ke mana-mana pun. Kalau balik rumah kampung, tarbiah boleh jadi cacat. Medan nehil. Kosong. Nak usrah kena travel pergi Ipoh. Area Teluk Intan ada akhowat, tapi akhowat pun berdagang juga. Kalau tanak Ipoh pergi UPSI. Sama juga jauhnya. Pastu nak pergi tu naik apa? Kereta motor? Tetap juga, tak de lesen. Naik bus? Nak keluar pukul berapa? Balik? Program lagi? Duduk dengan parents, tak berbuluke mata depa? Tetap juga duduk kat rumah tu takde kerja tetap..ada kerja? Dah minta kerja? Takde juga..........Sebenarnya ukhti..itu alasan hati....hidup susah merata-rata, kat mana-mana..Anti ingat senang? Tengok ana, anti rasa macam mana? Siang kerja sini, jap lagi balik masak inti. Gi masjid berbuka. Lepas terawikh balik uli doh. Sampai pukul dua baru tidur. Pukul empat bangun balik sampai subuh. Lepas subuh siap-siap pergi kerja. Pukul 7.30 gerak. Senang? Tak. tapi itu..usaha,"

Dan dia, hanya diam dan memandang cahaya.

Kisah Hawa 6.

Belakang badan terasa berbisa. Sakitnya tulang belakang ni menguli doh karipap hari-hari. Hurm...rasanya esok taknaklah pergi kerja. Sebab takde kerja.

Nak cakap dengan andak.

"Andak, ada kerja tak?" Soalku. Aku tahu andak faham sebab itu merupakan pertanyaanku hari-hari.

"Ntahlah yong. Tanya ustaz,"

"Andak tanyakanlah ye..Kalau takde kerja ayong tak nak pi kerja. Nak berehat. Buat kerja lain. Nak siapkan kertas kerja lagi..,"

"Okeh..,"

Usai subuh pagi itu.

"Andak, ada kerja ke?"

"Hurm..ustaz cakap kena follow up sekolah-sekolah yang dulu yang tak bagi respons tu tanya ada tak buat kutipan..,"

"Ha? Perluke? Bukan ke depa memang taknak dah?" Aku tahulah aku yang followup depa haritu.

"Entahlah yong..Ustaz cakap cam tu..,"Riak muka andak ketika itu sekilas dapat kuteka. Ada riak bosan dalam suaranya juga. Fikiran jahatku mengatakan, mungkin andak bosan akan ulahku yang bagai orang tak kenang diuntung. Orang bagi kerja tu, kerjalah. Banyak pula fe'ilnya.

"Malasnya..Ayong ingat nak duduk rumah je, nak buat kerja lain..,lagipun andak, reasonable ke, nak call depa balik pastu tanya, bila nak rujuk, cakap "Ha..kami dah fakskan benda tu erm..awal bulan tujuh haritu..,". Takkan macam tu kot?"

"Haah kan...,"Itu je. Riaknya masih sama.

"Malasnye..,"Ujarku lagi sambil menggosok baju.

"Sebenarnya ustaz saja cari kerja nak bagi ada duit..,"Akhirnya. Andak mungkin rasa dengan keluarnya baris kata yang ini aku akan menjadi lebih insaf dan bersyukur.

Sebaliknya.

"Sebenarnya tahu je.........,"Helaku rendah. "Tahu...tapi jangan jadi nonsense sangat. Saya hidup dengan usaha, bukan simpati,"Noktah.

Andak senyap lalu memasuki bilik air.

Dan aku, buat sekian kalinya melabuhkan kepala ke atas bantal di pinggir dinding. Telah tekad. Tidak bisa berbicara  langsung, wasap ku berikan pada andak.

"Afwan andak, ayong absent hari ni. Afwan. Ayong tak suka macam tu. Kerja kena betul-betul. Bukan sebab simpati semua. Kalau betul-betul perlukan pertolongan, beritahu. Afwan..,"

Dan tidurku selepas subuh itu berakhir panjang. Kerana ia tidak ditemani harapan.







Hawa dan kehidupan.

Ini, kisah hawa yang kukenal. Sesetengahnya merupakan kisahku sendiri. Permasalah yang pelbagai, rancah kehidupan yang harus ditempoh. Tetap, terkadang dalam kalangan 'orang dewasa' dalam tarbiah, kami masih digelar 'anak-anak'.

Bicara ini aku nukilkan, terus dari hatiku yang keras. Bahawa, akhwatku yang berada di Penang bersamaku ini, bukan hidup dengan sukaria. Kami hidup bernuansa penipuan terhadap diri sendiri, yang dinamakan harapan. Atas satu tujuan, kelestarian dakwah.

Tetap juga, kami masih dianggap anak-anak.

Bicara ini terluah kerana jeleknya aku terhadap sebilangan manusia. Yang sesuka hatinya, mengatakan kami kerja ntah-hape-hape.

Tanpa dia sedar, ntah-hape-hape itulah yang kami modalkan untuk sewa rumah saban bulan.

Dan kekejaman berterusan bila perihal baitul muslim dibangkitkan. Akhowat luar yang untung. Akhowat SEKTAR yang lebih dipandang. Biar dia arkitek, doktor atau sekurang-kurangnya pemegang master. Mereka lebih membekas di mata.

Aku, melihat kepayahan kehidupan akhowati dan aku memahami gelojak diri.

Terlebih aku memahami diriku sendiri.

Support sistem ini akan hilang keberlangsungannya, bila setiap komponen didalamnya melemah.

Dan itu yang akan jadi kepada akhwat dakwah ni, jika terus dibakulsampahkan keberadaanya di bumi pulau mutiara ini.

Buka mata, kami hawa!

Buka mata, kami ada!

Buka mata, adillah!