Monday, March 28, 2011

Allah the Best Companion Ever.

Bila dah menghampiri akhir semester inilah mula datangnya rasa tak mau balik uni semester depan lagi dah. Sebab penatnya membahagi diri. Ha.....rasa nak shut down sebentar malangnya tiada masa, bila insan lain berehat aku perlu berjaga, bila mereka berjaga, juga aku perlu berjaga. Sungguh aku lelah. Bicara itu memang mudah lagi indah, tapi buat mereka yang merasa, pahitnya bukan lazat untuk ditelan. Berhentilah sebentar dari berbicara dan dengarilah aku. Kerana aku juga perlu untuk meluah bukan sekadar menelan. Allah. The best companion ever.

Sunday, March 6, 2011

Sumber Dari Along~~

Tengah hari yang sangat sejuk...

Bukan di oversea, just over the sea...Pulau Pinang..huhu~

Erm, lama aku tunggu di sini bersama sahabat-sahabat...destinasi untuk ke Program Tahsinul Ibadah masih jauh. Hujan pula semakin lebat. Pertama kali...melihat banjir kilat berlaku di depan mata. Air yang berwarna kuning keemas-emasan itu semakin tinggi hingga ke gigi jalan raya. Aku dan para sahabat tetap setia menanti di tebing yang agak tinggi daripada kawasan banjir...Dalam pada itu, Nabilah masih sempat membetulkan duduknya di tepi pokok bunga yang semakin layu. Ada kerusi simen yang panjang di situ.

"Relax jer walaupun hujan...ish...ish...ish..." getusku dalam hati.

Itulah Nabilah, memang sifatnya begitu...sentiasa relax dan ceria walaupun duduk di tengah hujan yang lebat=)

Tiba-tiba seseorang menepuk belakangku dengan lembut...

"Eh, Sakinah? Dari mana ni? Ana ingatkan anti tak datang, kan hujan lebat ni?"tanyaku bertalu-talu terhadap sahabat yang baru pulang dari Mesir itu kerana kegoncangan yang berlaku di sana.

"Ana datang dengan bot tu la kak...ni datang dengan Amira,"jawabnya jujur sambil tangan menunjuk ke arah sebuah bot kecil yang dinaikinya bersama rakan seperjuangannya itu. Ya, sejujur dirinya yang baru ku kenal beberapa minggu yang lalu.

"La, awatnya anti mai jugak? Sian kat antuma..."sambungku lagi.

Mereka hanya tersenyum. Tiada yang lebih indah selain melihat senyuman sahabat yang berukhuwah denganku hanya kerana Allah Ta'ala...SUBHANALLAH.

Hujan semakin lebat. Aku lihat banyak pokok-pokok di tepi jalan juga hanyut dibawa arus deras banjir yang kotor kerana membawa sampah sarap yang banyak. Sampan, basikal, atap nipah dan sebagainya juga turut dibawa pergi. Tiba-tiba mataku tertumpu kepada suatu 'objek' yang bergerak-gerak dibawa arus di depanku. Tak berkelip mataku melihat...

"Ya Allah, kucing! Teah, jom selamatkan kucing tu!!!"spontan ku arahkan Fatihah sebagai jurugambar yang dilantik secara rasmi untuk program ini mengejar seekor kucing yang masih hidup terapung-apung di permukaan air dan dibawa arus. Anehnya, kulihat kucing itu menggigit sehelai kertas yang tegak berdiri tanpa tenggelam di dalam air bah itu. Malah, kucing tersebut tidak dibawa terus oleh arus deras hingga ke hujungnya tetapi hanya berlegar-legar di sekitar pokok yang masih utuh di hadapan kami semua. Seakan ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh kucing tersebut kepadaku, aku segera berlari ke arahnya sambil cuba untuk menyelamatkannya, namun gagal kerana ia terlalu jauh dari tempat ku berdiri.

"Kena ambik gambo ni..."fikirku atas rasa keterujaanku itu terhadap fenomena tersebut. Aku terus mengeluarkan kamera digital yang sentiasa berada di dalam beg hitamku untuk merakamkan detik itu terutama kertas yang digigitnya...seakan ada tulisan al-quran di kertas itu, aku ingin segera membacanya. Namun, niatku terhalang kerana ada seekor anjing yang juga terapung-apung di depan kucing tersebut dan menghalang penglihatanku.

"Pelik betul la, nape lak tibe-tibe ade anjing ni?"rungut hatiku sendiri.

Kucing tersebut semakin mendekat denganku...Saat aku cuba mencapai kertas itu, tiba-tiba...???

"ASTAGHFIRULLAH!!!"jeritku...

"Eh, kenapa ni Along?"suara seseorang kedengaran jelas di telingaku.

Macam ku kenal je suara tu...??? dan tempat ini...???

"Ya Allah, aku mimpi rupanya..."bisikku perlahan setelah kulihat Ateh disampingku. Terpinga-pinga dia melihat gelagatku sambil tersenyum-senyum. Senyum perli. Rupa-rupanya ia hanya mimpi di dalam lenaku yang hanya sebentar cuma. Aku terus bercerita kepada Ateh tentang mimpiku yang aneh itu dan dia mendengar dengan setia.

Menggaru kepala yang tidak gatal, aku mengharap agar aku mendapat jawapan akan persoalan di dalam mimpiku itu. Apakah ayat quran yang tertulis pada kertas yang digigit kucing tersebut? Erm, Program Tahsinul Ibadah belum berlangsung ketika aku bermimpi tentangnya. Lagi 2 hari. Maka, mungkin di situlah jawapannya...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Program Tahsinul Ibadah baru sahaja berlalu. Aku seakan-akan terlupa bahawa ada jawapan yang perlu aku cari untuk sebuah persoalan yang aku juga tidak pasti. Sahabat-sahabat yang sempat aku kenali di dalam mimpi tersebut semuanya aku ketemu didalam program tersebut. Fatihah, Ateh, Sakinah dan Amira...serta beberapa orang sahabat yang lain tak dapat ku kenal pasti di dalam mimpiku itu. Namun, aku gagal bertemu dengan Nabilah kerana dia tidak hadir pada program yang sebenar, hanya hadir di dalam mimpi...hehe~

Aku bertanya kepada Ateh, apa agaknya jawapan untuk persoalan mimpiku itu?

"Surah Al-Fatihah kot Along...Tadi kan Ustazah tekankan tentang surah tersebut?"jawabnya spontan.

"Ye ke?"tanyaku acuh tak acuh.

"Mimpi yang kucing tu ke Along?"Angah mencelah.

"Eh, mana Angah tau?"aku bertanya semula.

"Angah dengar Along cite kat Ateh hari tu..."jawabnya pula.

"Oooo, time tido pun leh dengo Along sembang ek? hehehe..."aku ketawa meraikan...

Angah dan Ateh ketawa serentak...Gembira rasanya kerana hangat terasa ukhuwah itu.

Mungkin benar apa yang dikata oleh Ateh. Ustazah sangat menekankan bacaan Surah Al-Fatihah yang baik kerana ia dibaca dalam setiap rakaat dalam solat dan tidak sah solat tanpanya. Bacaan yang baik dengan sebutan makhraj dan tajwid yang betul serta memahami maknanya akan membuahkan kekhusyukan di dalam solat. Selain itu, Surah Al-Fatihah selalu dibaca dalam permulaan setiap perbuatan atau pekerjaan. Mungkin itulah mesej yang ingin Allah sampaikan kepadaku melalui kucing tersebut. Perbaikilah bacaan Al-Fatihah mu...Wallahua'lam.

*Namun, aku masih berharap agar mimpiku itu bersambung dalam siri tidur yang akan datang...haha~