Wednesday, February 24, 2010

March

Nuh(SEMESCO-USM)-6hb
Nina(KMM)-7hb
Ukhti Azimah(KMM)-7hb
Shira(KMM)-9hb
Asyraf(SEMESCO)-10hb
Cikgu Lab Bio(KMM)-11hb
Ananabilah-12hb
Helmi(SEMESCO)-13hb
Senior(EN, Ezwan)-13hb
Amira najwa(USM)-14hb
Ann(KMM)-16hb
Yohana(KMM)-19hb
Nyah-18hb
Sakinah shukree(KMM)-24hb
sakinah alias(KMM)-29hb
Elly(KMM)-31hb

too many eh? Happy coming birthday.

FEBRUARI

LAHIRMU DI BULAN KEDUA.
Maka, Salam Ulangtahun kelahiran juga buatmu.

Atik(SEMESCO)-1hb
Zarif(SEMESCO)-2hb
Waed(My Bro)-3hb
Ukhti Yati(USM)-14hb
kak Miza(USM)-15hb
Afiq(SEMESCO)-18hb
Ukhti Husna Kassim(KMM)-19hb
Kak Bella(KMM)-20hb

Celikkan matamu lalu rancanglah langkahmu.

Januari

Mutiara indah di bulan pertama.

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN.

Zubaidah(SKS)-1hb
Jim(USM)-6hb Jan
Kak Huda(USM)-28hb
Ayu(SMESCO)-3hb
Zaz(SEMESCO)-31hb

SUNGGUH TELAH BERTAMBAH HITUNGANMU, MAKA BERSEDIALAH DIRIMU.

Lontarkan jika tidak ia beracun(Hlovate,RR,2009)

Ku tergesit-gesit,
memandang langit,mencari bulan,
yang kutemu hanya kejora,
lalu kutanyakan di mana puterimu?

Pada malam yang pucat,
ada sinar neon yang menyuluh,
rantaian niaga masih menyala,
atau mungkin baru menyala,
sedang malam masih remaja,
Dan jiwa mulai berkata-kata.

Ya,kami serikandi,
Hati yang genit ini kadangkala amat gusar,
untuk bersendiri,untuk menyendiri,
atau mungkin lebih gusar lagi,
bila bersendiri,tika menyendiri.

Figura-figura berdetap kaki,
Hati-hati ini dilantun bersama,
lebih ke depan dari jasad,
ia menyimpan visi menyimpul matlamat,
yang mungkin nanti bisa dilontar,
ke astaka ummah.

hati-hati kecil ini,wibawanya besar,
sedang sering sahaja terzahir,
mutiara jernih di mata kasar,
kelam-kelam ada saja tangan yang menyambar,
Alhamdulillah,terhalang dari langkah tersasar.

Kedip-kedip mata menyelimuti sinar iris yang merona,
Ya,ia bernyala-nyala,
walau malam pucat,
dan bulan sembunyi,
keyakinan tetap rapat,
sedang jiwa turut selari.

Hati-hati ini bisa dirantai,
tapi rantai besi bisa dilepas,
kami mungkin cacat,
tapi nyawa masih ada,
kami mungkin lumpuh,
tapi nadi masih berdenyut,
kami mungkin kurang,
tapi iltizam tak akan padam.

kekadang,jiwa yang rapuh merapuh,
lalu kami ratib dengan kasih dan doa,

hari ini,figura yang bersama itu,
kini berjalan seorang,
hati yang genit ini kadangkala amat gusar,
untuk bersendiri, untuk menyendiri,
tapi tetap ia harus,
kerana ranapnya nanti akan juga sendiri..

ChenderawasihMuara.

Aku mencintainya,tapi benarkah aku mencintainya?...

Aku bukanlah insan yang penuh dengan frasa indah buat dilontar, bukan juga insan yang sungguh berhemah dengan menyatakan pendirian bernas dan tegas, dalam bicara ada gagapnya, dalam memikir ada hentinyanya, dalam memberi nasihat ada getarnya...
Kerana aku yakin, bahawa ada yang Maha Sempurna, manakan mampu mengangkat muka?

Rasa malu bila melalui jejantas melintasi kompleks RST ke padang kawad USM. Rasa malu ini berterusan bila menaiki satu-satunya bus yang ada kala itu. Bertambah malu bila menjadi satu-satunya insan yang perlu berdiri di dalam bus itu, jadi bertambah malu bila sampailah bus bergerak meninggalkan port henti bus, masih lagi keseorangan berdiri.

Kenapa malu? Owh, deena berjalan kasut lain-lain rupanya. Bukan? Owh, pakai tudung senget ye? Bukan juga? Mungkin sebab bedak bertampuk-tampuk kat muka? Heh,sejak bila pakai bedak?

Atau mungkin kerana terbayang sesuatu?

Rasa terbayang flashback Mahsyar.

Dan noktah.

Bull's eye.

Manakan mampu mengangkat muka.

Boleh bicara jika berani, tips mengelakkan dipukul malaikat kubur sewaktu seksaan, boleh bicara jika berani cara buat akrobatik ketika melalui siratul mustaqim, boleh bicara jika berani cara menghidupkan penghawa dingin jenama Panasonic ketika siksa Naar membara, boleh cerita jika berani...
Jika tidak ditakdirkan bisu.

Sungguh, engkau lupa akan kebenaran paling jelas, engkau mampu meninggikan darjatmu di khalayak manusia, tapi mampukah engkau meninggikan ketinggianmu walau seinci dalam sekelip mata? Siapa yang mampu? Jawapan ada padamu.

Lalu mengapa suara yang halus itu kau getarkan di khalayak dengan cerita dunia yang akhir kalamnya merujuk ke arahmu..?

Perlukah berbuat sedemikian sedangkan telah dijanjikan satu masa untuk SETIAP MANUSIA diteliti oleh semua makhluk lain di muka bumi ini. Flashback di Mahsyar.

Sungguh aku jadi makin malu. Belakang tengkuk terasa sebu. Tapi hati mengatakan biar putus urat nadi itu, mampukah kau mengangkat wajah,deena?

Dan, ketika sendirian baru aku mampu.

Kerana selesaku hanya ketika bersama kekasih.

Yang mana diri ini tidak dapat menyimpan tempat di Firdaus buat diri sendiri dan keluarga sekalipun.

Namun, tetap juga deena mengangkat muka walau sedarjah..demi..Wajjahtu wajhia lillazi fataras samaa watii wal ard..

Buat bertemu dengan kekasih yang lebih erat daripada urat leher.

Aku mengasihiNya, tetapi benarkah aku mengasihiNya?
Dan tertunduk lagi..

Sungguh, aku malu.

Bicara basah

Bismillahirrahmanirrahim.

There're such many things to be share. Also to be remain silent.
It came from thee thus may back to thee too.

Bermulanya satu perkongsian di dinihari.

Senafas aku meneguk air dan kemudian berhenti. "Deena, di mana sunnahnya?" Rebelled aku abaikan je kata hati dan natijahnya...Hm,terpaksa menukar baju sebelum kekuliah pada hari itu.

Sedang hati ingin bicara, mengapa sunnah?

thus, sangatlah jelas dalam banyak-banyak insan, dialah yang terbaik, ada penafian? Simpanlah. tidak mahu deena mendengarnya..

Sungguh, deena pernah berada di satu takuk yang ibaratnya dunia di tapak kaki, diinjak-injak je. Kuasa di tangan menjadikan hati sekeras granite, tak boleh dicairkan melainkan diletupkan.

Dalam banyak-banyak hujah, tak kiralah betul ke salah, deena lontarkan. Sehingga takuk itu makin lama makin tinggi.

Deena pernah dapat tawaran untuk sambung asasi uitm-law selepas spm, tapi alhamdulillah disasarkan ke melaka akhirnya.

Tawaran kedua datang pada november tahun yang sama, tapi alhamdulillah diteguhkan hati untuk kekal.

Ye, bila difikirkan kembali, selepas spm memang mati-mati nak involve dalam law, kalau dapat matrix taknak pergi, terpengaruh dengan cerita syukri affendi.

Tapi, siapa juga yang mampu menerbalikkan kad tarot lalu menyatakan dengan yakin nasib kita, melainkan orang itu penipu, ataupun dia tertipu dengan kebodohan sendiri.
Sebab deena yakin, itu dalam lindungan-NYA.
Objection?No.
Thinkable?Yes.

Panjang-panjang sangat taknak baca huh?

Tapi, tak kiralah berapa masa pun yang diberi yang nak deena perkatakan hanya ini, dan gulungannya merangkumi, Deena ye, seorang yang keras hati dan egois mengalahkan gunung Himalaya, tapi Him berkuasa menentukan deena jadi apa.

Takkiralah, jika deena ingin gunakan bahasa basah atau pure literature sekalipun, apa yyang deena sampaikan ni, inilah yang deena nak insan lain faham.

Suka hati je deena ye?

Nak diapakan, kan egonya setinggi Himalayan...

Tuesday, February 2, 2010

Hanya Ziarah

Assalamualaikum. Selamat Melayari Bahtera Kehidupan. Kepada Ukhti Full Time Muslimah, Maas Salamah wa Ilal Liqo'. Buat Ukhti Ain ana sayang anti selamanya. Jangan Jauh ye? Buat Akhi Zulwafi b. Bahaudin b Watab, Salam Ukhuwah dan Jihad. Afwan. Assalamualaikum.