Wednesday, July 4, 2012

Ketawa seorang pendosa yang telah menggegarkan syurgaNya.

Hm~Kurang seminggu aku mengenal erti bebas dari program ijazah sarjana muda ini, kurang seminggu, tapi telah terlalu banyak yang aku hadapi dalam masa 3 hari ini, hanya 3 hari.

Aku tanpa segan silunya memaklumkan aku telah menjadi pendosa. Bukan berbangga tetapi kecewa. Marah pada diri sendiri. Biar kamu tahu bahawa pendosa itu aku.

Sakit rasanya memberi cinta dengan derita. Bak kata yang kulontar pada Qurratun Qalbi, pendosa itu begitulah, hatinya sakit lalu dia menyakiti orang lain. Tidak ia sebarkan cinta melainkan dengan derita.

Aku telah berdosa, kepada dia yang aku sayang. Yang memberi darahnya untukku hidup, membuang peluh bercagaran upah, mengekang mata dari terkatup, menahan perit kerana berlapar, menahan sakit kerana terluka, menahan sabar kerana amarah, menahan kasih kerana mendidik, menahan rindu untuk kejayaanku.

Dan aku telah berdosa, padanya sekali lagi. Sekali lagi.

Sakitnya hati memikirkan sakitnya hatinya. Sakitnya hati. Sedih. Yang bukan canda.

Aku mencintai dia sepenuh hatiku, aku mencintai dia juga sepenuhnya hatiku, dia yang itu juga aku cinta, dan Dia serta "dia" juga, sepenuh hatiku. Tapi telah tergamak aku menyiat kulit hatinya paling dalam.

Pendosa itu aku. Pendosa itu aku.

Pingu Cool