Monday, March 22, 2010

Bismillah..

Dalam menuju ke destinasi, ana didedahkan pemandangan yang amat menakjubkan. Meski terlalu kerap ana menikmatinya, masih tak terasa jemu. Pemandangan perairan pulau pinang. Sampai ke seberang, bus menuju ke terminal butterworth, ana dah cuak, mungkinkah ada penumpang yang naik?

SEtibanya di terminal, ye, ada penumpang yang naik, seorang demi seorang, tapi takde siapa pun yang menghampiri seat belakang. Tempat yang kami conquer. Ana memilih untuk duduk sendiri memandangkan kami dalam bilangan ganjil. Dalam berani, ada gusarnya. Ana bertawakal.
Akhir sekali, ada tiga orang naik. Seorang wanita dan dua kanak-kanak. wanita itu duduk sebelah ana dan kanak-kanak itu duduk kat dua seat yang belah sana.
Hehe...dapat lagi..
'Akak nak balik kelantan ke?'ana memulakan bicara.
'Haah,adik pun?'Respons positif.
'Hm, saya ngan kawan-kawan nak gi tengok kawan menikah...'sempoi..
'Jauhnya..tengah cutike?'
'Idakle...saje je cuti hujung minggu. Duk release tension jugak ni..'
'Ni kak mah nak balik kampung..cuti sekolah kan?'katanya. oh kak mah namanya..
'Oh...'tak tahu nak cakap apa..
'Ni, depa pun sibuk nak ikut akak balik. Ni anak penakan akak ni..'la..ana ingatkan anaknya. Tidaklah ana bertanya tentang statusnya. Biarlah rahsia..
Sepanjang perjalanan ini, ana dapat melihat akan dua kanak-kanak tu, mereka sangat thiqah dengan mak ciknya. Seorang lelaki, seorang perempuan. Ana perasan yang perempuan itu asyik duk memandang ana je.. Ana pun senyum je..

Sampai ke Grik, kami berhenti makan tengahari. Zuhur belum masuk lagi jadi kami decide makan dulu kat sini. Saat nak membayar tu, ana terpandang satu sign board yang pengusaha gantung di premisnya.'Bawalah tubuhmu ke mana-mana, tapi biarlah hatimu bersama Tuhan'. Mana dapat signboard tu, ana duk terpikir la tu.

Usai makan, kami mampir ke bus. Tapi tergerak pulak nak bergambar bersama akhowat, melihatkan yang lain belum naik bus lagi.. Mula-mula kat tepi bus. Lepas tu ke depan bus pulak. Koz nak menampakkan signboard Grik tu.. Bajet takde orang..
Tiba-tiba naik bus, bus dah penuh. Bahagian belakang je yang kosong, tempat kami. Ya Allah malunya. Alhamdulillah tak berapa aib sangat tadi.. HuHu..

Kanak-kanak lelaki tu sakit kepala.
-bersambung-

Mencari Redha Allah.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini sebagai sambungan warkah yang terputus sebentar tadi kerana mendengarkan pesanan penaja..'Hayya ala solah...' Jadi ana hentikan sebentar bagi menunaikan fardhu asar dan aktiviti-aktiviti yang sewaktu dengannya.

Allah..macam dah lupa..
Ha 13 Mac.
Hm, sampai di terminal sungai nibong dan menuju surau, kami pun duduk jap, tapi surau ni macam heavy loaded sikit ngan pcisan habuk jadi berkerah tenaga lah sikit that time. Lillah.
pastu terus amik wuduk untuk dhuha sebab dah masuk dhuha sementara menunggu 3 orang lagi akhowat yang masih dalam perjalanan. Tiba-tiba ada seorang adik yang emaknya bekerja di hentian tu duk masuk ke surau, ana expect dia nak tidur koz dia mampir ke dinding, sebab ana biasa tengok orang tidur dalam surau ni especially pekerja terminal, jadi ana pun tegur lah adik tu pastu pi amik wuduk jap.
Time tengah ambil wuduk tu ana terdengar bicara ukhti nabz yang mungkin tengah pakai telekung ngan adik tadi tu..
Adik tu bertanya,'Ni solat apa?'
Ukti nabz berkata'Nilah solat dhuha...' selepas tu ana tak dengar sepatah apa tah.. kot-kot menanti taujih ke apa, tapi La, takda.
Jurus ke ruangan solat dan rak telekung ana pun menyapa adik tadi tu, (time ni ukhti nabz tengah solat),'adik maknye kerja kat sini ye?' dia angguk je.
Ana tanya lagi'Teman mak?' Dia kata'Haah.'
Ana tanya lagi'Umur adik berapa?' Dia jawab 'Sebelas tahun' Oh, darjah lima rupanya..
Last before ana perform solah,'Nama adik siapa?' Dia jawab 'Ain'.

Usai solat, ukhti maw dan ukhti nabz dah usai lama dah, ana lipat telekung dan duk lepak kat tepi dinding gak. Ukhti maw bukak bekalan tadi dan ana pun amik bekalan ana, ajak adik ain tadi tapi dia tak mahu. Tapi yang ana perasan matanya tak lepas daripada memandang kami. Dan kami biarkan. Dia malu kot. senyap sangat. Kami cool je..

Selepas tu ukhti snaz dan nhsa pun sampai. Depa perform dhuha while we ate. Then after that ukti nnr dari kejut datang lastly...and time tunggu ukhti nnr solat, again ana ajak adik tadi.. 'Dik, tak mau makan? Ni akak ni pun sama namanya ngan adik..'dan dia senyum je macam biasa.

Sedang duk lepak tunggu masa departure..cewah..kami duk berbincang masalah umat, cewah.. Betullah..kami pun umat juga.. And suddenly adik ain tadi get up to get out from the musolla. Wah ganas ayat ana ni. Takdelah dia memang nak keluar. Kami pun duk senyum je iringi dia sampailah dia tutup pintu surau kembali meninggalkan kami sendiri. Tanpa menjawab salam.

Tiba-tiba terbuka balik pintunya.. Dan adik ain tadi menjengah.
'Assalamualaikum..' Dan terus pintu ditutup kembali.
Alhamdulillah ukhuwah tercipta juga... Pemalu sungguh adik ain kita ni..

Tapi selepas itu, kami meneruskan perbincangan masalah umat, kali in berkenaan adik ain..
'Ukhti, tadi dia duk tanya ukhti kan?' ana bertanya pada ukhti nabz.
'Haah, dia tanya ana, ni solat apa, ana jawablah solat dhuha.. tak tahu.....'huhu..
'nt tak terangkan dhuha tu ape...'soal ukhti maw
'bila nak buat ke, apa fadhlatnya ke?'ana menyambung dalam gurau..
'Ana tak tahu..tiba-tiba je..'
'Tak pelah..mungkin itu yang sesuai dengannya..'ujar ukhti maw.
'Cuma, risau mungkin inilah satu-satunya peluang untuk dia mengetahui tentang benda ni..' dan kami semua terdiam muhasabah diri. Alhamdulillah diselaputi ilmu Allah..

Dalam masa yang berbaki 15 minit kami keluar meninggalkan surau.. Sebelum itu sempat kami mentadabbur mesej yang terdapat di dinding surau.. 'Allah Melihat Apa Yang Anda Lakukan'. Simple tapi mendalam maknanya.

Usai qadha hajat dan mencukupkan keperluan di kedai berhampiran kami pun turun ke platform untuk menaiki bus. seat sebelah ana kosong, dengan harapan takda insan yang duduk. Takut-takut lelaki je..

Dan jaulah ila mardholtillah pun bermula... Program yang di tuju: Walimah akhowat. Destinasi tujuan:Kelantan.

Bismillahirrahmanirrahim..
Bismillahirrahmanirrahim..

13 mac 2010.

Hari ini dijadualkan ada perarakan sempena maulud nabi di kompleks RST, tempat ana menetap di kampus ni. Hakikatnya, akcik teksi dah menunggu seperti yang dijanjikan untuk membawa sejumlah 7 orang akhowat termasuk ana ke terminal sungai nibong, merintis satu perjalanan yang jauh demi ukhuwah kerana mencari redho Allah.. 7:40a.m kami bertolak. Sempat gak ana pack nasi goreng pakcik solihin dalam plastik macam tak pernah dibuat orang tapi unik.. Sedang ukhti maw pack dalam tupperware.. USM kan free zone of polystyrene.. We lead!

Setibanya di terminal, kami menuju ke surau terlebih dahulu. Sebenarnya, bus dijanjikan bertolak pukul 9:30 a.m, tapi khuatir kesesakan maka kami bertolak awal.

Jap, sebentar lagi ana sambung..

Senyuman Tercipta Di Abad Baru

Bismillahirrahmanirrahim..

Allah menakdirkan sesuatu itu terbaik untuk hamba-hambanya...

Satu malam ana menerima mesej dari seorang ukhti, memohon bantuan untuk meneruskan agenda mabit special minggu ini kerana dia terlibat dalam satu komitmen lain. Jadi ana pun menjadi masulah bidan terjun untuk mabit kali itu...

Hakikatnya, Khamis 11 Mac, bersaksikan lelangit bangunan yang kami duduki, alhamdulillah liqo malam itu ditamatkan dengan satu amanah bagi yang menghadirinya...

'Mohon kita sama-sama habiskan setengah juzuk tilawah dan solat taubat dua rakaat sebelum tidur ye, ukhti fillah..?'

Tepat pukul 12:16, baru sedar akan waktu, ana tersengih lalu melirik kepada ukhti snaz di sebelah..'hehe...ana dah 20 tahun..'

'Pengumuman2, hari ni hari jadi nabilah...' umum ukhti snaz tiba-tiba. Adui malunya.. tapi apa nak malu bersama akhowat pun, disaksikan Allah..

Dan ukhti nati pun memimpin lagu 'Allah selamatkan kamu..'

Sungguh, ini antara 'majlis sambutan hari lahir' ana yang sedikit 'beriman' sejak ana dilahirkan, alhamdulillah.. Ana terima ia sebagai satu lagi hadiah dari Allah selain nikmat Islam Ihsan Iman(InsyaAllah) dan lainnya.... Thank you Allah..

Selepas itu macam-macam ucapan yang ana terima jazakillah ukhti...

Dan yang paling bermakna, ucapan daripada adik ana.. 'hee..camat ari jadi kat ko yong....' orang pertama(memandangkan dia bagi mesej dulu),
Adik ana yang lelaki Wahid pulak, ana amat tersentuh walaupun mesejnye biasa.. 'selamat hari jadi yang ke 20 tahun,yong.. Hehe..yong lagi tua... Kami kat sini sume doakan kakyong.. semoga...'mesejnye terhenti setakat itu kerana mungkin kehabisan kredit, itu yang menyentuh ana sebenarnya..

Esoknya, ana terkocoh-kocoh balik, untuk bersiap ke kelas, hingga tertinggal handphone di bilik. Natijahnya..inbox full, dan saat ana bukak ada mesej2, yang menangkap mata ana mesej dari ibu, dan ana baca..'selamat hari lahir ke 20 tahun.. Ibu doakan kak yong moga diberikan kesihatan, kebijaksanaan, kecantikan, kecemerlangan dan dimurahkan rezeki..' mesej yang datang pukul 9 pagi. Sekarang dah pukul 12:40pm, Allah.. secepatnya ana balas mesej ibu terlebih dahulu, bukan menidakkan hak yang lain tapi inilah antara prioriti ana.. family.
Sejurus ana baca pula mesej adik ana dulu..'yong laptop ada kat ko ke yong..?' ana kata tak.. Pastu dia tanya pasal lambat balas, plus dia tambah dia dalam kereta dengan ibu, ibu tanya, ada mesej kak yong ke nyah, adik ana kata ada, ibu tanya lagi dia balas ke, ibu cakap kat kak nyah, kak yong tak balas mesej pun.... Siap kak nyah tambah gusar ana dengan kata..'tulah dia pegang je enset dia tu hah..' even selepas ana cerita kisah yang sebenar.Sungguh ana menangis, dah kecilkan hati ibu..

Tetapi Allah hadirkan satu lagi hadiah. Despite other messages, ada mesej dari celcom, panggilan dan sms free sempena hari jadi anda.. Alhamdulillah..

Sambil tunggu mamu siapkan burger yang ana pesan(sebab ana dah makan nasi tengahari tadi), ana pun gayutlah dengan family macam ana je yang ada telefon dalam univ ni.. Tapi sungguh kan, Allah ciptakan cinta dalam diri manusia ni, ibarat danau yang tidak kering airnya, bahkan kadang melimpah, cuma perlu dipastikan limpahannya menuju sungai atau daratan? We choose. As for ana, ana alirkan cinta buat keluarga dan sohibati, tidak tercicip pun cinta khas yang ana allocate untuk Allah dan Rasulnya. Ukhti we choose..

Ana sayang anti. Seiring dengan bertambah usia ana ni, bertambah juga kasih ana buat anti. Tetapi...'Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu..-imam nawawi-'

Akhir kalam, salam senyuman berseri mahabbah dari kejauhan.

Assalamualaikum..

Jejak Kembali Ke Laman Budi...

Bismillahhirrahmanirahim.

Assalamualaikum warahatullahi wa barakatuh..

Salam haruman kasturi menyeri senyuman(Puasa tak hari ni?)

Ana asif jiddan sangat-sangat buat diri ana sendiri kerana gagal menghampiri blog ini buat sekian lamanya.Tapi alhamdulillah setakat ni ana tak pernah halangi diri dari menghampiri pencipta mata yang melihat, bibir yang berbicara, akal yang membezakan, dan minda yang berfikir..Allah..

Sebaik-baik peringatan adalah mengenai mati.

Maka, ingin ana ingatkan diri ana sendiri dan yang membaca blog ni, ketahuilah kita pernah wujud untuk hidup di dunia ini, dan telah dijadualkan untuk mati, masanya berbeza tetapi tetap kan dibangkitkan pada hari yang sama.

Bak kata-kata yang dikongsikan oleh akhowat melalui bengkel smart solat yang mereka hadiri..(ana gagal hadiri kerana ada urusan di laman budi, Melaka), perjalanan kita masih jauh, bekalan kita masih sedikit... Ye.. Benar lagi sahih..

Jadi ukhtifillah..suka ana ingin mengingatkan agar kita cuba merenung akan sisa nafas yang masih membeku, cukupkah sudah dengan segala zikrullah dan amanah? Tepuk dada, tanya iman, jika ada..

Refleksi kembali kejadian yang berlaku kebelakangan ni..

6hb Mac 2010:

Hari yang berbeza kerana malam tadi ana sempat mabit bersama akhowat, alhamdulillah pada pagi yang bersejarah ni, ana lemparkan senyuman ke dada mutiara langit yang jingga, lalu ana rapatkan langkah bersama akhowat untuk bersarapan sebelum berangkat..

Jam 9:15, satu lakar pada lantai sejarah ana ukir pada hari ini, setelah hampir setahun ana terbang kini kembali semula ke sarang, menuntun amanah perkongsian bagi dada yang kepingin akan jejak dan langkah yang pernah ana rintis..

Ada beberapa wajah yang ana amat rindui, juga beberapa wajah yang ana nantikan pertemuan,
Sungguh, tepat selepas maghrib ana tiba di kawasan yang dijanjikan.. Allah memegang hati-hati kami...

Slot ana bermula selepas isyak. Jadi ana mulakan dengan kudrat yang Allah pinjamkan. Segala yang ingin dicurahkan ana curahkan, cukup setakat itu ana sampaikan kerana ukhti mengetahui sesuatu yang ana tidak ketahui, dan Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Dingin malam di pinggir pantai yang berombak. Ana dapat mengenali peribadinya seorang Shahidah.. Ukhti moga ukhti kuat ye menempuh lebaran langkah yang samar-samar ini, kerana tidak akan ia menjadi jelas sebelum tiba masa untuk engkau menukahnya..

Dalam dingin malam, disebabkan badan yang teramat letih, sempat juga ana berceloteh sebelum diam mendengar celoteh Kak Im hinggalah terlelap.. Ana asifah ukhti..

Hakikatnya matahari yang menjengah di gigi air belah sana menjanjikan satu perpisahan yang telah tercatat di lauh mahfuz.. Allahu a'lam..

Dalam deru kenderaan yang ana naiki, ana ingati satu persatu arah yang dituju, di sini ana bermula, dan kini ana jauh, tetapi ana berjanji untuk terus ke hadapan menukah arus yang sama moga tercapai matlamat seorang muslim itu, yakni ila mardhotillah..

Gembira bertemu antunna, gembira bertemu kembali, Gembira dikenali, Gembira lagi jika diingati, Gembira menerima senyuman, lebih gembira jika tergolong dalam doamu teman.. Jazakillahukhairan khathira..

Nota kaki: Sempat ana menziarahi akhowat yang sengal tangan kanannya hingga sukar menulis sebaik ana tiba ke kampus. Alhamdulillah Allah cukupkan..

Salam Haruman kasturi menyeri senyuman..