Monday, January 4, 2010

Bisikan Tarbiah Madah Terindah.

Satu musim datang, dan pergi,
dan aku masih di sini,
kekal di sini.

Entah kenapa, hati ini semacam kacau. Seminar kebakaran yang entah apa-apa membuatkan ana cuak. Mengapa perlu terperangkap di sini. Sedang kemanisan menanti di Ibadurrahman?

Hari yang lain. Kelas Pemantapan Kimia yang diadakan ini, hambar. Cuba ana hadirkan sepenuh hati tapi entahlah.

Tiba masa makan tengahari, langkah ditujukan ke depan khutubkhannah tercinta. Akhowat yang dirindui menanti mengajak makan bersama. Namun, duduk yang sebentar menjadi lama. Ada urusan yang minta dibereskan. Dan ana tersenyum.

Usai menadah mata di depan komputer Xerox, berbekalkan pamplet yang masih panas di tangan, kami ke cafeteria. Sungguh, dekatnya di hati saat itu ukhti.

Dan usai makan, diri minta dihadirkan kembali ke dewan kuliah, buat diteruskan amanah yang belum usai. Dan masa yang berdetik ibarat disekat. Menunggu Asar buat jemaah di bait mawaddah.

Seorang insan menekur meja di bait mawaddah, buat bersedia buat pendaftaran. Insan yang sangat gementar, kerana di bahunya tergalas satu amanat, di urus tanpa kehadiran murobbiah yang imtihan.

Kepingan-kepingan hati digunting. Ide yang datang pada akhir minit sebelum ke kuliah tadi. Tubuh yang lelah terasa amat culas sekali, namun hati gementar turut digagahkan. Dan masih menanti.

Saat melihat muka ukhti Amalina, hati berbunga. Dan kemudiannya Ukhti Imra. Bukan kehadiran nama antunna yang ana nantikan di atas kertas. Tapi hadirnya, hati-hati yang diratib untuk mencari mardhotillah.

Entah bila ana tak pasti, yang pasti BTMT telah bermula, Fasilitator dan Peserta sama jumlahnya, hinggalah Ukhti Anum yang dihormati mengorak langkah ke bilik berdekatan.

Malam yang dingin bersama hujan yang mencurah menyaksikan satu perkara yang belum pernah ana lakukan. Sungguh, telah Allah permudahkan.

Dan dalam sesi dikelola akhowat, ana minggir menjejak satu demi satu anak tangga yang meninggi di A2 buat menjengah hati yang tercicir kala itu. Namun hampa.

Dalam gerimis ana kembali. Dan mehnah kecil melintasi.

Ukhti Anum tidak menerima teks muhasabah! Dan dalam gerimis juga anti pergi mencari connection wayarless. Tapi, ye, juga hampa.

Allah permudahkan, kita dapat lakukannya bersama. Alhamdulillah. Kita senandungkan Al Fatihah.

Malam yang semakin lewat, menyebabkan mas'ulah lena dahulu daripada antunna. Ana asif jiddan.

Dan, pagi, kita berkumpul di tepi padang, bagi hidrasi air dan kelemahan semangat agar keluar dihidrat angin pagi.

Dan teringat bagaimana ukhti Munirah begitu mudah diangkat bagi merobohkan kubu yang dibina menahan serangan puak pemusnah. Dan betapa ganasnya mujahidah Islamiah menyerang pada pagi yang semakin cerah di padang itu.

Begitu terpamer ketegasan ukhti Husna menjaga akhowat yang mana sangat ana kagumi. Rindu ukhti.

Ketiadaan murobbiah membuatkan ana sekali lagi gementar menerima keadaan akhowat import yang ramai..! Ukhti Eizan meredakan badai jiwa. 'InsyaAllah, makanan kita cukup', katanya. Bukan itu yang menguatkan ana, tapi antunna.

Mehnah terbesar membadai.

Majlis bersurai awal. Evaluasi terpaksa ditunda kerana bayangan bala yang bakal menjengah.

Tak sampai 2 minit. Ukhti Anum bersuara,'Rindunya'. Dan itu juga yang ana rasa ukhti.

Bisikan Tarbiah Madah Terindah usai terlaksana. Tapi jangan ia tamat di situ, panjang-panjangkan ingatan selagi hayat.

Salam mawaddah berseri senyuman. Kasih anti kekal di hati. Kasih ana tiada noktah.
Assalamualaikum.

No comments: