Monday, January 4, 2010

TRIBULASI YANG DIHADAPI BUKAN AGUNG

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Pada tanggal 4hb Januari ini, ana masukkan satu entri yang bisa merungkai sedikit apa yang bersarang di hati. Bukan buat diluah untuk dibuang, tapi untuk dikongsi.

Senja yang menjengah semalam menemukan ana dengan satu suara yang amat dirindui. Tapi sayang, riangnya kendur tak seperti selalu. Dan ana mula buka mata, bahawa ana kini seorang Nabilah yang baru, bukan Nabilah yang dulu.

Dunia baru kini, menyekat ana untuk tersenyum bila berdepan dengan such tribulasi yang dulu ana rasakan 'bukan masalah aku'. Kini, ana bertindak bukan sebagai ana, tapi sebagai umat.

Ana tahu untuk dijadikan tatapan di dalam blog ini bukan cara yang bagus untuk meluahkan apa yang berbuku di dada, kerana ini memungkinkan pengkhianatan dan sebagainya seperti apa yang telah berlaku pada ukhti yang dirindui.

Ana khilaf dan kesal. Mengapa hati yang bersatu di pinggir pantai Pengkalan Balak, Melaka, dahulu, kini semakin tidak ana kenali? Apa mungkin kerana kurangnya hubungan jiwa yang disusun antara kita ukhti? Ana khilaf kenapa mesti anti yang bangkit berdiri lalu lepaskan dan bukan setakat itu sahaja, anti malah kini menyusun onar? Alahai hati...sejuklah..

Alahai ukhti, mengapa, bacaan doa Rabitah selepas Mathurat di pesisir pantai selepas subuh kala itu tidak dapat mengikat hati-hati kita ukhti? Apa, salahnya di minda atau di hati?

Bila diteliti dan ditelusuri, ana banyak meninggalkan tanda pada medan yang pernah ana teroka dulu, tapi mungkin ana hanya sekadar menjadikannya tanda? Bukan satu teladan yang mampu diteruskan?

Maafkan ana kerana hanya mampu menyahut seruan itu pada masa yang sedikit bersisa. Maafkan ana jika hubungan yang terbina hanya sekadar doa, mesej, ziarah dan hadiah semata.
Maafkan ana.

Masa yang telah tertinggal di belakang bukan boleh ditebus kembali, tapi untuk membungakan masa yang akan datang semekarnya pula bukan tugas yang enteng.

Ukhti yangg dirindui, kuatlah! Anti perlu kuat kerana jika tidak akan ramai orang yang dulunya seperti ana di luar sana akan terus hanyut dalam satu rona senada duniawi ini, ukhti. Ukhti senyumlah, dan ana akan cuba tersenyum. Ukhti sabarlah, dan Allah amat mencintai orang yang sabar. Ukhti maaf kerana hanya mampu untuk berkata-kata.

Buat sahabat yang tidak pernah ana lupakan, kerana hadirnya diri antunna membentuk cebisan diri ini. Kekallah...

No comments: