Wednesday, February 24, 2010

Aku mencintainya,tapi benarkah aku mencintainya?...

Aku bukanlah insan yang penuh dengan frasa indah buat dilontar, bukan juga insan yang sungguh berhemah dengan menyatakan pendirian bernas dan tegas, dalam bicara ada gagapnya, dalam memikir ada hentinyanya, dalam memberi nasihat ada getarnya...
Kerana aku yakin, bahawa ada yang Maha Sempurna, manakan mampu mengangkat muka?

Rasa malu bila melalui jejantas melintasi kompleks RST ke padang kawad USM. Rasa malu ini berterusan bila menaiki satu-satunya bus yang ada kala itu. Bertambah malu bila menjadi satu-satunya insan yang perlu berdiri di dalam bus itu, jadi bertambah malu bila sampailah bus bergerak meninggalkan port henti bus, masih lagi keseorangan berdiri.

Kenapa malu? Owh, deena berjalan kasut lain-lain rupanya. Bukan? Owh, pakai tudung senget ye? Bukan juga? Mungkin sebab bedak bertampuk-tampuk kat muka? Heh,sejak bila pakai bedak?

Atau mungkin kerana terbayang sesuatu?

Rasa terbayang flashback Mahsyar.

Dan noktah.

Bull's eye.

Manakan mampu mengangkat muka.

Boleh bicara jika berani, tips mengelakkan dipukul malaikat kubur sewaktu seksaan, boleh bicara jika berani cara buat akrobatik ketika melalui siratul mustaqim, boleh bicara jika berani cara menghidupkan penghawa dingin jenama Panasonic ketika siksa Naar membara, boleh cerita jika berani...
Jika tidak ditakdirkan bisu.

Sungguh, engkau lupa akan kebenaran paling jelas, engkau mampu meninggikan darjatmu di khalayak manusia, tapi mampukah engkau meninggikan ketinggianmu walau seinci dalam sekelip mata? Siapa yang mampu? Jawapan ada padamu.

Lalu mengapa suara yang halus itu kau getarkan di khalayak dengan cerita dunia yang akhir kalamnya merujuk ke arahmu..?

Perlukah berbuat sedemikian sedangkan telah dijanjikan satu masa untuk SETIAP MANUSIA diteliti oleh semua makhluk lain di muka bumi ini. Flashback di Mahsyar.

Sungguh aku jadi makin malu. Belakang tengkuk terasa sebu. Tapi hati mengatakan biar putus urat nadi itu, mampukah kau mengangkat wajah,deena?

Dan, ketika sendirian baru aku mampu.

Kerana selesaku hanya ketika bersama kekasih.

Yang mana diri ini tidak dapat menyimpan tempat di Firdaus buat diri sendiri dan keluarga sekalipun.

Namun, tetap juga deena mengangkat muka walau sedarjah..demi..Wajjahtu wajhia lillazi fataras samaa watii wal ard..

Buat bertemu dengan kekasih yang lebih erat daripada urat leher.

Aku mengasihiNya, tetapi benarkah aku mengasihiNya?
Dan tertunduk lagi..

Sungguh, aku malu.

No comments: