Friday, June 4, 2010

Apakah Hebatnya?

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ini ana ingin berkongsi sesuatu dengan sang pembaca yang sudi untuk menjeling sekurang-kurangnya terhadap picisan tinta eletronik ini.

Kelip-kelip kusangka api,

Kalau api mana puntungnya,

Niat di hati ingin berkongsi,

Ada khilaf mohon maafnya.

Apakah kehebatannya?

Apakah hebatnya?

Hebatkah?

KETAATAN DAN KEPATUHAN KEPADA KEDUA IBUBAPA.

WUDUK YANG SEMPURNA

ZIKIR YANG TULUS IKHLAS KERANA ALLAH.

SOLAT YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK

PUASA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT

MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNA

HAJI DAN UMRAH YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT

SIFAT SILATURRAHIM DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMAT RASULULLAH

SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT

Sekarang ukhti akhi fillah, lihatlah…

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Justeru, bersinarlah retina mata ketika membaca artikel ini. Ana ingin kongsikan pada jiwa dan hati yang sudi dilurut, pada minda yang sudi mencerna beserta pancaindera yang sudi menerima dengan saksama.

Akhir kalam, terimalah isinya, abaikan penyampainya kerana hamba hanya hamba yang seperti antum punya salah segala. To err is human, to forgive divine. Jazakumullah hu kheir..

Salam sayang berseri senyuman.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

No comments: