Friday, September 2, 2011

Kenapa kita tidak boleh mengata~1



Bismillahirrahmanirrahim~
Entry ana hari ini berbunyi~
"Kenapa kita tidak boleh mengata~~walau kita hampir sempurna"

jeng3~~
Ia mungkin merupakan serangkaian jawapan atau mirip kepada peringatan buat sahabat sahabiah di luar sana~bagi yang pelik atas hal apa yang kalau ana diajak bicara~ ana kerap pasif bila berkenaan orang lain~~~inilah~

Ini ada satu cerita~

Pada suatu hari berjalan kakilah seorang Muslim di sebuah jalan yang lengang. Sedang dia menikmati pemandangan di sekitar perjalanannya itu secara tiba-tiba ia dirempuh oleh seorang lelaki. Lelaki itu ternyata seorang Yahudi.

Memandang sahaja lelaki itu. Maka terbitlah rasa marah hingga lelaki Muslim ini berkata, " Nerakalah bagimu. Nerakalah bagimu wahai laknatullah!"

Lelaki Yahudi itu pun amat terkejut dengan perkataan lelaki Muslim itu. Hatinya sakit dan amat terluka. Dia lalu membalas: "Kamukah yang memegang kunci Neraka? Maka dengan in saksikanlah bahawa aku bersaksi bahawa Allah itu Tuhanku dan Muhammad itu nabiku!"

Usai itu, si yahudi yang kini Muslim itu lalu berlalu menyempurnakan tugasnya kini sebagai seorang Muslim yang telah diberi hidayah oleh Allah. Begitu juga berlalulah si Muslim yang menyumpahnya tadi meneruskan perjalanannya.

Sedang si Muslim yang menyumpah itu berjalan, dia melalui sebuah kebun. Di dalam kebun tersebut terdapat sebuah rumah. Berlalunya dia dihadapan rumah tersebut, dia terlihat seorang gadis yang amat jelita berdiri di tepi jendela rumah tersebut. terpautlah hatinya kepada gadis itu lalu dia terus pergi untuk berjumpa dengan keluarga gadis itu bagi meminangnya.

Ayah si gadis bersetuju mengahwinkan anak gadisnya dengan jejaka tersebut dengan satu syarat. Iaitu:"Kamu perlulah meninggalkan agamamu dan memasuki agamaku serta memelihara ternakan khinzirku selama 1 bulan".

Kerana telah dilanda rasa cinta yang tidak terbendung lagi dia lalu bersetuju dengan syarat tersebut asalkan dapat mengahwini gadis yang dicintainya.


Selama beberapa minggu kemudian, dia membela khinzir kepunyaan gadis cantik tersebut sehinggalah berlalu seorang lelaki melintasi kebun yang ditumpangnya itu. Rupa-rupanya dia adalah lelaki Yahudi yang pernah disumpahnya dan kini merupakan seorang Muslim yang abid, bercahaya peribadinya dan tenang tingkahnya. Sedangkan si muslim yang penyumpah kini telah beralih agama dan kini menternak khinzir pula.

Tanpa disangka-sangka, rupa-rupanya si gadis itu merupakan adik si Muslim yang baru dan tuan punya kebun merupakan ayahnya. Keluarganya masih merupakan penganut yahudi.

Si Muslim yang baru bertanya dengan nada hairan kepada si yahudi yang baru: "Apa yang terjadi kepadamu?"

Dia lalu menjawab :" Sesungguhnya dahulu aku telah berlaku salah denganmu. Aku telah menyumpahmu dengan sesuatu yang buruk. Sekarang Allah telah menukarkan tempatku dengan tempatmu. Akulah yang akan dimasukkan ke neraka nanti." Si yahudi itu menangis semahu-mahunya sehingga secara tiba-tiba ia rebah dan kemudian ia tidak sedarkan diri lagi. Pergilah ia menghadap Ilahi tanpa sepatah kata taubat akan perbuatannya meninggalkan agamanya.

Begitulah~kita didoakan dengan apa yang kita katakan.

Sering saja terluah di bibir mulus kita:

"Astaghfirullah~apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni, seluaq ketat~baju sendat~"
"Cuba tengok anak si fulan tu, belajaq tak pandai, mengabeskan gheta makpak ja~"
" Innalillah, bapak ustaz~anak free hair"
" Pakai tudung tapi baju lengan pendek, makbapak tak ajaq ka?"

Dan sebagainya..

Tapi, sedarkah kita? Kita punya ibu, bapa, adik-adik, kakak dan abang. Ana personally punya 4 orang adik. Dan pernahkah kita menjangka bahawa mungkin satu hari nanti apa yang kita pernah tujukan kepada orang lain akan kembali kepada kita sendiri? Nauzubillah...

Kita mungkin akan berkeluarga~punya pasangan, dan anak-anak..

dan mahukah kita apa yang sakit di mata kita kini menjadi sakit di hati kita suatu masa nanti bilamana ia terjadi kepada darah daging kita sendiri..?

Kita hanya membenci dosa yang dilakukan~bukan si pendosa yang merupakan saudara kita sendiri. Pandanglah dengan mata hati~pandulah dengan rasa sayang~

Apa yang kita doakan buat saudara kita dicatatkan~doa kita yang baik buat saudara kita tetapi tidak diketahuinya~akan dibalas dengan doa yang sama oleh para malaikat~begitu juga yang buruk~~

Justeru hadanglah lisanmu dengan perkara yang baik-baik sahaja agar yang dikembalikan padamu juga yang baik-baik sahaja~

Rasa yang membengkak dalam hati itu ada cara untuk melunasinya~nantikan~~

Sekali lagi~pandanglah dengan mata hati~dipandu dengan rasa sayang~~~

Ibarat kata-kata Abu Darda': Aku hanya membencinya kerana dosanya sahaja. Bilamana ia bertaubat dari dosanya itu, dia kembali menjadi saudaraku.."

Berbuat kerana kasih~berbicara kerana sayang~Assalamualaikum~

No comments: