Monday, August 29, 2011

Temanku kamu.





Sekian lama aku cuba untuk memahami suatu hidupan yang dinamakan manusia~ya sejak aku mengenal dunia~sementelah itu aku kerap cuba merumus~merumus~dan merumus~ kerana menyangkakan pemerhatianku telah bernoktah~seringkali itu ingin terjadi ia tidak terjadi~kerana aku telah ditampar oleh sesuatu yang bernama-HAKIKAT.

Lalu untuk detik masa yang sesaat ini~biarkan aku tersilap sekali lagi. Kerana aku tetap ingin merumus. Walau ketara silap di matapandang, biarkan kerana ia hanya sekejap. Jika itupun tidak dapat dihalalkan, maafkan aku teman, aku jemput kamu beredar dari sini, sahabat.

(^_^) Buat kesekian kalinya, aku tersenyum dalam pahit. Ya, yang pertama sebenarnya dalam pahit. Kerana aku kian penat mengempang wadi air mata. Lalu, mudah, aku lucutkan gelarannya. meskipun kata-kata 'pujangga' bahawa mata yang tidak ingin menangis adalah cermin bagi hati yang telah benar-benar keras. Kerana semakin kuat aku cuba berlari, aku akan tersungkur. Haha. itu sudah pasti.

Sejujurnya aku kian penat. Entah apa yang menjadi dambaanmu teman. Aku cuba penuhi dalam kudrat yang sedikit ini. Tapi itulah malangnya bila seorang hamba bekerja bukan untuk Tuannya, sebaliknya untuk hamba yang lain. Aku lalu penat tanpa mendapat berkat.

(^_^) Teman, aku ingin mengatakan akan sesuatu, kau adalah suatu yang amat bererti buatku. Kau menemanku sedang ketika itu aku masih belum zahir di mata yang lain. Dan adatnya teman, dunia mengatakan kaulah yang harus lebih memahami aku walaupun bukan yang 'paling'.

(^__^) Hari ini, sangat kerap aku tersenyum teman. Kau tahu kan signifikannya apa? itulah jumlah luka. Semakin banyak luka, semakin banyak senyum. Semakin banyak senyum, semakin galak aku dilukai~Ia berlangsung secara selari ye?

Teman, aku ingin sekali membicarakan siapa aku padamu. Kerana aku yakin kau tidak mengenali aku. tapi teman sebelum itu terus niatku tercantas, kerana aku lebih tahu bahawa yang utamanya kau langsung tidak mahu mengambil tahu.

Aku...takkan pernah menghampakanmu. Tidakkah kau melihat aku yang sakit dan penat untuk menjadi yang terbaik buatmu? Aku lakukan yang tidak indah di mata manusia kerana aku tahu itu yang terbaik buatmu pada akhir nanti. Aku korbankan apa yang aku ingin kerana aku tahu yang keinginanku akan membunuhmu. Tapi sayang, aku mungkin kurang memahamimu teman, kerana sebenarnya kau amat meraikan yang buruk itu... Maafkan kerana aku takkan sanggup memancung rahmat Tuhan kepadamu teman.


Bila-bila kau terluka keranaku teman, tahulah bahawa aku telah sakit sebelum itu dan aku tidak punya tempat bersandar apatah lagi berubat melainkan hanya dengan menzahirkannya sahaja. Teman, aku ini lemah, kau tahu itu bukan? Aku lemah.

Tapi teman, mengapa kau mensiniskan keperluan aku terhadapmu? Kenapa kau perlekehkan segala ketetapan yang kupohon padamu? Tahukah kamu yang aku meletakkan kamu di maqam tinggi di dalam hidupku?

Teman, aku ingin menetapkan sesuatu kerana aku yakin yang kamu tidak akan berusaha mencari hakikat ini maka aku nukilkan kerana aku yakin ia akan lebih memudahkanmu. Maafkan jika sekali lagi aku tersilap kerana aku memang sering begitu.

Aku, pertamanya takkan pernah mengecewakan sebarang permintaanmu. Sekiranya kau meminta tetapi aku tidak mengendahkannya, jangan tertipu sebaliknya berlalulah kerana aku akan segera mengerjakan suruhanmu itu. Aku ini egois, mohon kefahamanmu teman.

Aku, seterusnya, takkan pernah berlapang dada dengan arahan melainkan permintaan. justeru teman janganlah kau mengharapkan aku mempersiapkan kebutuhanmu dengan arahan, nasihatkan aku teman dan aku yakin kau mengakui betapa aku boleh bergerak sendiri. Kau memerhati bukan?

Aku, seterusnya, takkan pernah bergantung kepada sesiapa melainkan kamu. Justeru, jangan tinggalkan aku dalam setiap langkahmu. Tidakkah kau memahami teman yang aku ini sunyi, tetapi mengapa kau mengenepikanku di har-hari bahagiamu? Hama sungguhkah aku dimatamu?

Aku, ini sangat halus jiwaku, aku sangat sering tersentuh akan hakikat keikhlasan insan kerana aku ini pemerhati. Tolonglah jangan paksakan senyuman dan nada suaramu dihadapanku sekadar ingin memujuk. Mengapa tidak kau perhalusi sahaja tindakanmu itu. Kerana aku sangat-sangat mengharapkan secalit unsur keikhlasan dalam perimu padaku.

Aku, tahu amat teman, egoku ini tersibghah kerana aku lama bersahabat denganmu. Ya, kau mulia tapi aku tak dapat nafikan kemulianmu itu yang menjadikan aku, aku. Justeru terima kasih teman, tapi tolong, jangan mengatakan aku tidak berguna kerana sesungguhnya walau tanpa kata-kata aku telah memahami hakikat itu dengan baik sekali. Aku memang tidak berguna.

Tapi teman, andai suatu masa yang kita mungkin berjauhan yang tiada tertoloh lagi aku mohon kau faham, bahawa aku amat-amat mengasihimu melebihi diriku. Melebihi diriku.

Mohonku janganlah dengan jasad kakuku kau lokek air matamu. Pada ketiadaanku janganlah kau lokek airmatamu mengingatiku. Kerana, walau tidak kau pernah tahu, aku selalu bertindak begitu, untukmu.

Sampaikan padaku teman, serangkai madah-madah syurga buat pelapang katil abadi sehingga kita diseru diakhirat nanti. Kala itu aku ingin memohon dihadapan Tuhan, agar kau tetap kujadikan teman kira tempatku kelak di tempat yang sejahtera. Tapi jika sebaliknya, aku mohon aku kau lepaskan kerana aku amat-amat berharap kau ke tempat sejahtera itu meskipun tanpa aku bersama. Tidak susah teman. Kerana kau tidak bisa menilai ikhlas. Hanya Tuhanmu itulah yang menilainya.

Sungguh teman, aku bangga kerana kaulah temanku, aku mohon ampunanmu teman atas segala khilaf yang pernah kau terasakan. Dan aku juga merelakan segala luka yang pernah ada. Moga lupa. Moga lupa..

Salam sayang berseri senyuman dari sahabatmu yang mengislahkan dirinya salah satu sebab untuk kemuliaanmu di hadapan Tuhan. Sayang kamu lebih dari diriku.

Assalamualaikum.

4 comments:

Anonymous said...

temanku kamu..
untuk siapa dan kenapa?
gaduh ek? ni entri time cuti 4bulan lagi, erm,..
sila la beritahu saya..heee

syuhada ni.. hehee.. (^_^)\/

PromoterYang Cool. said...

syuhada ke~~~
tak gaduh terasa je~
hehe

PromoterYang Cool. said...

syuhada ke~~~
tak gaduh terasa je~
hehe

Anonymous said...

ya, syuhada ni.
alamak, terasa... huuhuu..
kalau gaduh, mcm kanak-kanak.. tak sesuai.. kan3.. kalau terasa, erm.. memang org dewasa selalu terasa.. ye ke? heheee