Friday, December 28, 2012

Terasa Ingin Bercinta

27 Disember 2012. Jam 10:05PM

"Heee....nak tanya pendapat ayong sebenarnya.." Ujarnya dengan mata berkedip-kedip. Ni minta apa pun jadi ni, comel.

Aku memandangnya serius. Automatik lenganku memangku dagu. Terletak elok di atas meja jepun yang rapat dengan tubuh. Di hadapanku sedia terbuka buku "Supplemen Physic" bab Heat mukasurat 136, sedang menghadamkan Hukum Gas. Wajarlah mukaku seperti Ahli Mesyuarat Pentagon, bukan?

Keningku angkat dua kali. Ceh, berlagak kau Nab!

"Heee...pasal resolusi cegah couple tu...," Rahangku jatuh, mata menjentik naik tak terkawal.

Sekali lagi, apa dia?

"Betul cakap ayong yang kita banyak cakap, jangan couple, jangan couple...tapi takde satu pun yang tunjukkan cara macam mana nak cegah couple tu...." Dia terus menghujaniku dengan ayat-ayat yang masih berterbangan di angkasa tidak tergapai di minda.

Seminit.

Oho...gotcha.

That resolusi. Resolusi. The curse backfires.

"Awe dah jenuh cari, tak jumpa..."usulnya buat ke sekian kalinya.

Sekali lagi lenganku memangku dagu. Aku ajak dia ke mari. Mendekat.

"Okeh, sekarang keluarkan permasalahan. Apa permasalahannya?" Soalku melihat kepada buku yang telah sedia di tangan. Sememangnya roh kesetiausahaan merasuk jasadnya penuh. Ahaks.

Sengihku berbunga. Dia berfikir. Aku juga berfikir. Aiyak, I don't know what to talk about love lah dear~simply zero, absolutely. -273K indeed.

"Depa nakkan rasa mencintai dan dicintai...."Masalah pertama yang dikeluarkan.

"I see.. Hurm...Ok..Kalau awe, awe buat apa?"ujarku pula. Reverse psychology.

"Cari cinta Allah..."ujarnya polos.

Aku memandangnya dalam sambil otak menerawang. Sesuai tak?

"Ok..kita bahagikan peringkat ye..peringkat orang yang mungkin tak tahu apa-apa, belum ditarbiah, dia tak tahu apa yang kita tahu, orang awam, orang biasa...ok? Agak-agak awe, apa yang depa boleh buat?" Senyap. Senyum.

"Oklah. Fitrah nak didengari, nak berkongsi, nak dihargai. Ada orang tanya khabar, dah makan ke belum, sihat ke, gembira, sedih boleh kongsi sama-sama..Benda tu boleh dapat, sekalipun tidak apa boyfriend kan? Kalau awe, awe buat apa?"soalku lagi dengan hujah menjelaskan.

"Kawan-kawan..." Yup. Kawan-kawan.

"Kita memilih-milah rakan. Berkongsi rasa, duka bahagia, ada benda yang kita senang nak share dengan dia, dan kita rasa okay-okay je. Hatta kita akhowat pun, bukan rapat dengan semua, kan? Ada yang kita rapat, yang dia boleh compliance dengan kita, sama cara fikir. Dan sebagainya, kan?" Soalku.

Angguk. Senyum lagi.

"So, ok tak kalau cakap. Pilihlah rakan yang sesuai dengan kita. Kalau boleh pilih yang sama kos, pilihlah yang sama kos. Kalau tak ngam, pilihlah yang sama negeri misalnya. Kalau tak jumpa juga, pilihlah sesiapa pun yang dirasakan senang dan setara cara fikir. Yang baik untuk kita. Paling bagus yang fikir untuk dunia kita dan akhirat kita juga."

"Pastu mesti tertanya, mana nak cari kawan macam tu? Network bukan besar pun? Bla-bla-bla~"

"Kalau awe, awe cari kat mana?" Soalku lagi.

Dia senyum. "Surau.." Senyum lagi.

Sengih. "Yup, kalau nak cari kawan yang baik, carilah di tempat yang baik. Takkan nak cari kawan yang baik, pergi cari kat kaeroke, pusat bowling, kan? Tapi kalau dah jumpa kawan yang baik, bolehlah pergi karoeke dan bowling," Sengih lagi. Teringat Qurratun Qalbi.

Angguk. "Ni macam mana nak letak ni? Bentuk poin ke macam mana?" Soalnya tiba-tiba.

Ok itu masalah.

"Hurm, ayong ada tanya pada aye, dia nak buat macam mana, nak sertai UNGGAS ke, tengok kan link yang pasal UNGGAS ayong letak kat group tu?" Angguk."Takpun macam yang Encik Saiful kata nak sebar menerusi IPT ke atau nak buat sebaran Mukabuku je?" Ujarku membalas.

"Dua-dua. Yang hardcopy kita buat, yang softcopy sebar fesbuk,ikhwah," Aku pula mengangguk.

"Ikhwah?" Dalam otak ku berlaga satu presentasi beberapa wall-paper yang dinyatakan ayat 'rasa nak berkongsi kasih dan rasa?' 'maka carilah sahabat...yada~yada~~'

Awe mengangguk.

"Ikhwah tu Encik Farid lah kan?" Angguk lagi.Kasihan.
"Bukanke dia nak exam?" Soalku lagi.
"Awe dah tanyakan dia kata dia buat, kalau ikut aye nak buatkan, bagus betul aye tu, tapi dia kata dia akan buat sebelum tahun depan maka dia akan buatlah kot,"Ujar awe panjang.

Sukahatilah.

"Okeh.. ada satu point yang ayong rasa perlu diketengahkan lah~" Ujarku. Yes, otak mula berfungsi! Punyalah lamanya nak warm up~Takpe alhamdulillah Allah tak tarik nikmat berfikir~

"Kita kan, tak sedar, kita sibuk sangat nak cari cinta baharu, sedangkan kita telah ada cinta yang sedia ada. Kita yang akhowat ni pun, terlupa jugak, betapa telah ada cinta yang sedia ada tu. Keluarga kita, famili kita..." Dia mencatatkan dalam bukunya. Aku pula terasa diserap roh entah apa. Semangatnya!

"Keluarga kita, mak ayah kita, cuba tanya diri sendiri, bukankah depa yang sudi menerima kita apa adanya, jahiliyyahnya kita dulu, depa terima, sekarang dah ditarbiah depa terima jugak, depa kenal kita luar dalam,busukwanginya kita, tetap juga mereka setia mengasihi kita. Cuba tanya, hatta akhowat sekalipun, kalau buat benda buruk, kawan pun boleh lari, tapi mereka? Tengoklah~" Otakku menerawang menggambarkan wajah ayah dan ibu yang ada kuselitkan dalam Al-Quranku. Gambar lama tapi itulah pengubat rindu.

"Kita lupa, kita tak tahu, dalam hati ni baaanyak cinta, dan banyak yang boleh kita bagi kepada macam-macam orang..tapi bukan semua layak mendapatkannya. Bukan semua layak dapat cinta kita," Aku terpaku sendiri dengan apa yang keluar dari mulutku. Subhanallah ya Allah, kurniaan ilham-Mu.

Alang yang sedang mendengar di belakang senyap sekejap dari melayari internet.

"Haha, alang dapat taujihat free.."ujarku.

"Eh,eh taklah...alang memang perlukan taujihat pun.."ujarnya sambil ketawa.

Haish, ceria betul adik-beradik aku ni.

"Bukan semua.."

"Pilihlah..manfaatkan apa yang sedia ada.."sebuah keluhan berat kulepaskan. Sungguh sebesar-besar tanggungjawab adalah kata-kata. Aku sangat mencintai penyampaian,kerana dengan menyampaikan, ilmu itu lebih mengesankan. Subhanallah, Maha Suci Allah.

"Lepas tu barulah kaitkan cinta dengan Allah..ikut tahapanlah ye? Baru nak faham, dah faham dan sebagainya..?" soal awe.

"Hurm..haah kan, cinta Allah. Ye,ye," terkesima kejap, aiseh lupa pulak bab tu. Cinta agung tu.

"Senang je orang yang ada ilmu ni nak cakap, yelah maksudnya kat sini misalnya, student-student universiti, senang nak cakap, 'Tapi saya sayang boyfriend saya kerana Allah..'"aku buat mata juling, unintended to do so. Refleks action orang kata. Freudian slip, ahaks.

"Tapi nak tanya, betulke sayang boyfriend kerana Allah?  Kalau betul, mana satu matlamat? Boyfriend ke Allah? Kalau Allah matlamat, boyfriend takde pun takpe, sebab Allah masih ada. Tapi kalau boyfriend matlamat,, tahniahlah dah dapat, cuma Allah-nye mana? Redhakah Allah dengan matlamat kita tu..kena tanya tu.."ujarku dalam.

"Okeh, jazakillah ayong, nak pergi share dengan aye pulak. Sori ganggu ayong study." ujarnya dengan senyuman lalu pergi ke bilik sebelah.

Dan aku.

Senyap.

27 Disember 2012, Jam 11:41AM.

Sementara menunggu gas sampai aku menuju ke rak buku ATIF, ohhoi nampak sebuah khazanah yang sebelum ni dah biasa nampak bila menapak ke bilik-bilik akhowat ATIF cuma tak pernah bernafsu untuk membaca. Naluri aku ni bukan naluri buku cinta-cinta. Serius. Kalau ada nafsu pun jatuh kepada buku gaduh-gaduh je lah~Syiokk~

Tapi hari ini Allah ada hadiah nak bagi, so Dia suruh buka kotak hadiah pakai kunci, kuncinya itulah 'Cinta High Class oleh Fatimah Syarha Noordin' dan 'Cintaku kerana Agamamu oleh Dr Farhan Hadi'.

Okeh membacanya dari sebelum Encik Gas Paklong sampai, sampailah selesai menjemur baju yang baru lepas spinned, sampailah siap masak, makan sekejap dan akhirnya buku itu sampai ke bilik kubawa.

Plan asal hari ini mahu study sahaja. Sehinggakan Qurratun Qalbi memesej tadi selamba aku kata:

'rasanya hari ni tak buka fesbuk kot, nak studi esok tuisyen,'

Haha. Hampeh. Nasib baik study juga, sebab hakikatnya buku itu habis ku baca.

Aiseh. Mana boleh tak habis kalau dah mula. Cewah. Aku memandang 'Al-Muntalaq' yang mula dirujuk sejak bulan lepas, juga buku '7 tokoh yang diceritakan dalam Al-Quran' yang baru aku culik dari bilik achik semalam. Tak habis lagi pun... Ceh, poyo kau nab!

dan superb!

Aku menekuni kembali prinsipku yang pelbagai. Sampaikan aku terfikir, 'Dear nab, what's the point of building concept and principle while the real job of you is too learn not create yet.'

Yup. Tapi mungkin itulah pengajaran.

Sebelum ini aku pernah ditanyakan berkenaan poligami,dan pencerahanku cetek sekali, berdasarkan pembacaan dan kefahaman yang limit. Hari ini aku temukan perkara yang sesuai dengan jiwa dan kemampuan akalku berfikir. Ye. Prinsipku sedikit mencair, alhamdulillah hikmah.

Selain prinsip, ada juga yang berubah. Cara aku melihat diriku, dan kembali dia.

Allah.

Tiba-tiba terfikir satu analisis minda yang liar.

Satu nilaian telah jatuh ke tanah. Tiada yang tersembunyi di sebalik kehadapanan.

Ada yang kau peroleh tapi ada juga yang telah kau cicirkan.

Allahu Allah. Aku kembali.

Salah aku. Salah aku.

28 Disember 2012. Jam 12:17AM.

Terasa Ingin Bercinta.

Aku menajukkan post ku dengan ini.

Tadi hatiku terasa ingin menukilkan sesuatu buat 'dia'. 'Dia' yang akan menjadi suamiku kelak (ahaks, sengih kerang, plus shining cheek,malu weyh,okeh,okeh profesional). 'Dia' yang entah siapa. 'Dia' yang entah di mana.

(By the way Qurratun Qalbi, kalau anti baca ni tak payah nak giat sangatlah ye. Ana dah dewasa okeyh?? Angkat kening double jerk)

Awak, saya kan... dah buat salah.

Kasihan ye. Awak, erm....'nak cakap apa eh?' maaf sebab, dah merendahkan nilai yang sedia rendah. Dah merendahkan nilai akhlak, ibadah, akidah, feqah, muamalat yang telah sedia rendah. Awak,maaf kadang saya tak sengaja, saya tak di jaga. Awak, saya minta maaf,awak carilah yang lain ye, proses saya lambat lagi nak jadi isteri (?) yang sempurna.

^terasa nak cakap kat 'dia' macam ni, walau pada hakikatnya 'dia' itu entah siapa, entah di mana, entah wujud, entah telah tiada.

Entah.

Terasa Ingin Bercinta.

tapi tahu belum selayaknya.

La ilaha illallah.

Aku. menerjah.daerah.cinta.yang.teratas.buat.mereka.yang.telah.faham.

Daerah cinta agung, daerah cinta Allah.

P/s: Cari saya di sana, pada DIA.


Pingu Cool

No comments: