Saturday, January 5, 2013

Peristiwa Sadis Sulung 2013

Sebenarnya, hambe telah lama memikirkan mengenai satu perkara. Sehingga membawa kepada satu kesilapan yang sangat besar hari ini. Sangat besar.


3 Disember 2012.
Hari ini ajak nyah temankan pergi cari tiket bus balik Penang. Singgah sebentar di sekolah Sultan Abdul Azizi sebab nak tuntut buku rekod kesihatan Idham. Usai urusan di sana, hambe mengajak pergi ke pejabat pos untuk membeli setem untuk Idham juga. Haha, oh Idham sedang dalam persediaan untuk ke SBP.

Sejurus selepas itu kami bermusyawarah mahu dihala kemana tujuan seterusnya.

Hambe fikir, alang-alang dah keluar ni, berjimba teruslah. Pada mulanya, kereta dihala ke The Store, macam susah je nak dapat parking jadi hambe meng'arah' Nyah untuk memandu ke Giant Teluk Intan sahaja.

Haha. sepanjang cuti 5 hari di rumah ini, baru hambe perasan hambe tak pergi ke shopping complex, TF pun tak jejak, naseb baik pergi berjimba ini, barulah boleh buat 'lawatan' ke Giant.

Rupa-rupanya di arah bertentangan, ada kemalangan melibatkan dua kereta/lori bomba. Entahlah masuk TV atau tidak.

Masuk ke dalam Giant tu, kami menuju ke kedai menjual barangan seperti jam tangan, purse etc. Tujuan kami nak menukar purse hambe yang telah di ambang sakaratul maut itu. Sejujurnya, hambe sangat2 kedekut. Ahaks, mengaku huh? Taklah, mana ada kedekut. Banyak barang hambe orang bagi, so hambe sangat mencintainya kerana nilai sentimentalnya. Sama juga dengan purse hambe yang telah di ambang sakaratul maut itu, ia merupakan pemberian ayah dulu, entah bila, lama. Purse yang hambe guna sebelum itu, keluaran avon, merupakan purchasing oleh ibu, dan hambe telah mengepaw ibu untuk purse itu,jadi wajarlah hambe sayang, kekononnya pemberian ikhlas ibulah itu.Helleh~

Jadi, memandangkan kedua-duanya telah di ambang sakaratul maut, maka hambe kenalah men-survey pengganti 'mereka' itu.  Kerana sesungguhnya tiadalah pengganti dalam kalangan beg yang bergaya dalam simpanan hambe, melainkan beg plastik isi karipap sahaja.[beg bergaya itu antaranya, goodies bag selangkah ke gerbang perkahwinan, ada dua unit, hijau dan kuning, macam mana boleh ada dua? wallahualam. kemudian goodies bag konvensyen keluarga melayu muslim warna hijau, lepas tu ada beg percuma Kementerian Kesihatan Malaysia, nyah bagi, lepas tu ada beg Agility, yang ni company ayah bagi time ayah kerja dengan depa erm~ hampir 5 tahun yang lalu dan yang paling mahal beg pensil Universiti Teknologi malaysia, dapat time matriks dahulu.]

Tapi hambe duk membelek2 takde yang berkenan di hati. Semuanya sepesen aje, tapi harganya, hamboi, kemain~

So hambe dengan nyah pun blah lalu naik ke tingkat atas. Sempat jugalah membelek beberapa helai kaftan [baca: baju kelawar, rare tak?] untuk bonda kami yang terkaseh~tak beli pun~so kami pun round lagi masuk kedai tupperware,tengok2 torchlite dan botol air untuk ayah bawa pergi kerja.

Akhir sebelum masuk ke pasaraya Giant, kami membelek lama beberapa helai kaftan yang sumpah superb! Bonda kami pasti suka kerana coraknya begitu bergaya dan mempesonakan~malangnya tiba-tiba poket terasa kempis~eheh~

So kami pun masuklah ke giant. Tujuan pertama ke rak tupperware, tapi sebelum sampai ke rak tupperware tu lalu, rak aircond, almari, senduk, rak kasut,dan setelah selesai mengumpat[jangan tiru perkara ini di rumah, ia berdosa] sesedap jiwa, kami pun sampai ke rak yang sepatutnya.

Setelah membelek-belek beberapa botol air, kami pun memilih yang bertona jingga buat ayahanda~mesti beliau bertambah khachak bergaya selepas ini dengan botol air yang begitu mempesonakan~

Usai, kami pergi pula ke rak alat tulis, di sini kenangan menjelma.

Pensil Box Power Rangers!

Hambe dah tulis berkenaannya di fesbuk, jadi takmahu tulis lagi~macam orang gila pulak nak cerita benda sama dua kali~

dan kami kemudiannya jalan lagi.

Haha. sampai di rak 'perkakas kasar' [baca:hardware], kami pun merembat satu set pelapik tandas duduk yang baharu~wah, gaya lengkungannya cukup ergonomik, bahkan tona warnanya amat appealing, nyah menjinjingnya selamba.

"Yong, budak tu dah pandang kaknyah dua kali dah,"ujarnya.

kami ketawa 'sopan'.

Kemudian kami ke tempat makanan. Selamba gila bawa pelapik tandas ke tempat makanan kan? Jangan risau, selagi tidak bercanggahan dengan syariat, go!

kat sana kami beli mexican bun dua butir~siap. Bayar.

Malamnya pula kami berdedai ke rumah makndak untuk menengok gambar kahwen kak asma [?]. Datang kali pertama, keciwa, kerana mak ndak tiada di rumah, lalu kami pun pulang dan study dan menjahet~

Kali kedua kami datang, fush jadi lawatan yang lama~sampai balik tu ibu dan ayah dah beradu pun~tapi kami puas hati~hasil berdedai tu dapatlah semangkuk bubur kacang hijau masak sekali dengan ulas nangka~enak tak, enak tak?

Dan malam tadi kami tidur lewat, haha, mengimbas kenangan sekolah dulu-dulu. SK Tmn Selayang, macamm mana nyah ngan syafik boleh maintain sampai sekarang, apa perancangan menikah [?], dan bermacam-macam lagi.

Hari itu berakhir dengan amat cantik sekali. Oh tidak lupa, nyah masak sedap gila~

Hari ini 4 Disember 2012.

Hari kepulangan. Sangat tidak seronok, Rasa sangat malas, tapi sebab nak mengajar [kononnya] esok, jadi kena balik juga. Tapi mungkin ada sebab kenapa Allah bolak-balikkan hati.

Memandangkan akan ada taklimat tarbiah seperti yang diuar-uarkan, so hambe semangat membawa bekal ni. Hari ni pakai baju baharu, yang telah ibu siapkan, kain pemberian Raidah hampir dua tahun lalu~fuyyoo~

Jadi sebelum pulang itu hambe sempatlah bersembang dengan ahli keluarga hambe. I'm gonna miss the moment when I'm at Penang. Ya Rahman jika Engkau menakdirkan ku kembali, Kau rahmatilah kedua orang tuaku yang meminjamkan nafas mereka untukku hidup selesa, juga permata hatiku, adik-adikku, lapangkan dada mereka dengan makrifatnya, dan ampunilah dosa kami, dan himpunkanlah kami dalam himpunan orang-orang yang berkasihan keranaMu dan untukMu. Huhu, touching seh~

Time nak balik tu, salam dengan ibu.

"Ibu, kakyong mahu pulang dahulu, ibu doakan kayong ya? Ibu jaga diri, bila nak pergi sairajam?"Huh sempat lagi bertanya tentang Sairajam tu~haha~

Huu..hati menanges bila ibu hulur duit RM50, bila hambe kata tak perlu ibu kata simpanlah buat belanja, sikit-sikit. So hati menanges, wajarlah kan?

Ibu tidak ikut menghantar, yang ikut hanya Ayah, Nyah, Siti dan Am.

Wahid tidak keluar bilik. haru tak haru? Bukan hambe ke yang merajuk? Takpe dera sikit perasaan dia. agak-agak2nya dia sedih tak tak sempat salam tangan kakyong dia? Huh, perasan kau nab~ (T.T)

Naik-naik kereta. Hu...sedihnye~

Bila sampai je bustop, ayah cepat2 serah kunci pada nyah dan pergi ke kedai seberang jalan, untuk beli kerepek kat orang jual kacang putih dan jambu. Oh ayah, my superhero.

Hambe pulak tengah sibuk ni 'menyapu' seat sebelah pemandu tempat hambe duduk seminit dua tadi sebab serbuk perada yang ada dekat baju baharu ini, melekat pada seat lah pulak~haha~

So bila dah siap tu hambe pun maralah ke arah bus. Niat di hati nak beli gula-gula. Keropok dah ada dah beli di Giant semalam.

Bila tengok ayah mara ke arah rak keropok, hambe cepat-cepat menghidu niat ayah. Ayah tak pernah gagal untuk belikan kudap-kudapan untuk aku bermusafir, tahu? Bagaimanalah ayah tidak menjadi my knight in the shining armour,then?

"Ayah, tidak perlu beli keropok, semalam kayong dah beli, kayong mahu beli gula-gula sahaja."ujar hambe.
"Yeke?Cukupke?" Soal Ayah kecewa.
"InsyaAllah cukup~ (^__^)"
"Nak beli apa lagi?" Soalnya kembali.
"Nak belii gula-gula dengan...erm...100 plus,"ayah dah mula buka peti ais di kedai tersebut. Hambe lalu mendekati ayah.
"Ayah, takpelah ayah, biar kayong beli, kayong mahu pecah duit kayong ni, mahu naik bus, naik feri takde duit kecil," Hambe memandang wajah ayah. Pahala wo~
 "Betul ke?" ayah bertanya. Hambe mengangguk. Ayah mengangguk walhal sebenarnya ayah tahu, keinginan hambe apa. Ayah sangat mengenali hambe.

Sebelum menaiki bus ayah menghulurkan RM50 lagi. Hamba kata tak payahlah ayah. Sebab hambe tahu idham kan nak masuk asrama, mesti pakai banyak duit, barusan tadi ibu beri RM50.

"Ambillah beli nasi..,"kata ayah. Nafkah untuk anak. faham je, tapi tak sanggup nak ambil.
"Nasi? Beli nasi 50 ringgit? Fuyyo~"sengih. Giatku. Betapa anak ayah yang nakal ini belum sepenuhnya matang. hehe.
"Ala, tu untuk nasi sebulan lah yong...,"sampuk nyah.

Usai sandiwara spektra di perhentian bus dan ayah meninggalkan hambe seorangan, hambe pun menaiki kenderaan. Ketika itu hambe menerima mesej daripada Ainina Shah, bahawasanya taklimat tarbiah malam ini dibatalkan. Walhal hambe baharu sahaja mahu bertanya alamat pejabat daripada beliau memandangkan hambe berhajat untuk pergi terus ke sana usai sampai ke Butterworth nanti. A'la kulli hal, Allahu a'lam.

Di dalam bus, hamba kembali berfikir, bagaimana ye?

_____________________________________________________________________

Episod Sadis 2013 bermula.

Ok. If you don't ask, the answer is always no. Dengan moto sebegini dalam minda, hamba memberanikan diri untuk mesej kak xoxoxox.

"Assalamualaikum,kak..."intinya hambe sekadar bertanya ada tak kemungkinan untuk hambe excuse pendaftaran esok memandangkan hambe ada meeting jam 2 petang.

Kak xoxoxo pun menelefon hambe.

Yang isinya membawa hambe lari jauh dari keputusan menerima tawaran PPIP itu, erm sesuai ke? Takpelah~

Hambe pening kepala. Apa dah jadi ni?

Tiba-tiba panggilan terputus. Allah. Terowong. Tiada sambungan talian.

"Maaf kak, masuk terowong. Saya masih di dalam bus. Bukan sengaja" isi mesejku menjelaskan agar beliau tidak menyangka hambe memutuskan talian.

"I end the call. It's ok la. I think people baik bertudung labuh will apply professional attitute which is i already put trust on you and sudden you do this to me? Islam tak ajar kita menyusahkan orang last minit and make everything spoil. neway thanks," entah kenapa hambe rasa cool je, tak rasa nak melatah hape, mungkin sebab hambe kenal kak xoxoxo ni bagaimana sebelum ini, hambe rasa mungkin beliau tertekan dengan keadaan sekeliling beliau.

Oh lupa, isi panggilan telefon beliau ada 'marah'. If that is the word which can explain it into a simple thing. Hurm~

Hambe pulak entah dirasuk apa, terasa nak jadi ahli falsampah lah pula, jadi hambe balas ni pada beliau:
"Profesional Islam mengajar kita bersabar dan bermusyawarah bila berurusan dengan manusia ,kak.Saya telah memikirkan sebelum saya bertanya tanpa tujuan menyusahkan orang lain. Tanpa tujuan menyusahkan orang lain. Saya hanya bertanya. Saya bukan baik, bukan sempurna, tapi I'm heading to it. I'm hurting you, as for that, I'm pleading sorry. Maaf mengecewakan akak. Saya tak boleh halang orang lain dari sakit hati, dan itu kelemahan saya sejak saya dewasa. Maaf sekali lagi." panjang tak? Menyimbah minyak ke api huh?

Ekceli hambe dah lamar beberapa orang sahabat hambe yang mungkin boleh gantikan hambe sekiranya kak xoxoxo mengalami masalah mencari cikgu fizik, sebab sebelum ni kak xoxoxo kata mereka memang sangat memerlukan orang yang boleh ajar fizik. tetapi...

"U ingat pusat bimbingan ni TADIKA ke simply u nak datang or not??? For wat u asking me, if ur already decide dat ur priority. cuba berfikir. dah bagi tahu awal-awal yang job ni perlu sacrifaction and u said u willing. takpe cik nabilah,ramai yang boleh ajar fizik, i pun tak perlu cikgu yang takde rasa tanggungjawab. just menyesal je trust orang yang bertudung labuh macam u." hambe pun pelik macam mana hambe boleh cool gila ketika itu sebab bila hambe tulis ini sekarang, hambe rasa semacam. Rasa nak bakar kereta.

'Baik. Saya bertanya atas rasa tanggungjawab juga kak. Hatta tadika pun saya akan buat benda yang sama. Tanggungjawablah yang buat saya bertanya terlebih dahulu. Instead of missing suddenly at the exact time. Sebelum bertanya tadi saya dah spare plan kalau akak perlukan saya cari ganti ke atau apa2, saya ada sediakan. Sebab rasa tanggungjawab. Tapi akak lebih pintar dan berpengalaman, akak tahu cikgu jenis apa yang terbaik untuk anak2 PPIP. Cuma memandangkan akak dah nasihat saya tadi, terima kasih. saya berikan pula satu nasihat sebagai menunaikan kewajipan seorang muslim. Maaf. Profesional bila berurusan dengan manusia adalah sabar dan rasional. Minta maaf kak, salah silap. Saya tak bermaksud. Minta maaf. Assalamualaikum." Tajam ke? Tapi takde hidden agenda to hurt, just to tell.

Sementara nak menunggu kak xxoxo reply hambe cuba jugak nak tidur sebab kepala dah mula berdenyut2 dan belakang tengkuk mula menegang.

Akhirnya..

"kita boleh bersabar TAPI BUKAN DENGAN ORANG YANG SUKA SPOIL EVERYTHING LAST MINIT!!!!! i dah bagitahu awal-awal TAK BOLEH DATANG BAGITAHU!!! y sudden u nak minta cuti?
Takpelah nabilah,saya tak perlu pun bercakap dengan orang macam awak. saya takde masa k. salam"

-The END-

Huh.

Penat.

Tiba-tiba je benda tu terjadi. Just in a sec.

Terkejut? Yup~sudah tentu. tak faham?

Ok meh hambe clarify balik.

Ceritanya begini. Hambe ditawarkan jadi cikgu tuisyen pusat bimbingan universiti tempat hamba belajar dahulu, mengajar subjek fizik in which esok 5 Disember pada jam 11.30-12.30 ada penyerahan surat lantikan dan briefing. kemudian 2.30pm-5pm BANTUAN kami diperlukan untuk sesi pendaftaran pelajar.

Sekurang-kurangnya itulah yang hambe dimaklumkan melalui mesej.

Krisis terjadi apabila, hambe bakal ada meeting pada jam 2 petang lalu hambe memutuskan untuk  BERTANYA kepada kak xoxoxo, sebab tuan-tuan cuba perhatikan jam 2.30-5.30pm BANTUAN, perhatian BANTUAN kami diperlukan untuk sesi pendaftaran pelajar.

Dah namanya bantuan jadi hambe ingat mungkin boleh hambe minta excuse. So hambe pun cuba bermusyawarah dengan beliau. Seperti biasa yang hamba lakukan. Adjust. Simple benda tu satu rutin kehidupan kot. Adjust.

Tetapi krisis terus memuncak apabila selepas hambe mesej je kak xoxoxo terus call hambe. Ingatkan nak slow talk. Rupa-rupanya kena marah on the first sec. What the...?

Time tu ana pelik. What had happened,what I'm doing? Apa ni,apa ni? Pening. Sebab hambe tak terfikir perkara marah-memarahi ni boleh berlaku. Sebab...erm...kita dah besar?

ke hambe salah?

Macam ni, bila hambe tanya awal2 tu katakanlah kalau boleh, tapi kena cari ganti, hamba boleh usahakan takde masalah, takpun kalau kata tak boleh, tak pelah, hambe kan bertanya je, hambe adjust lah pulak meeting hambe tu. So-so lah, kan simple je benda tu. Bila hambe tanya tu, kalau jawapannya negatif pun hambe ok apa, sempoi~tapi bila dah kena marah tu~suara melengking2, hamba pun rasa macam nak naik minyak.

terus hambe fikir, ish kalau hambe jadi kerja bawah dia ni, sakit jiwa ni, hambe dahlah bekeng kata orang ganu~

So hambe decide, enuf, hambe tarik dirik. Ape lagi perang lah belah sana tu.

Hambe tak tahu ketika itu beliau di mana, tapi kalau di bilik beliau, mesti disaster kan? Sebab....menjerit?

Hambe bertambah pening bila mendengar jeritan, tak boleh fikir, tak boleh jawab apa dia tanya.

Dan akhirnya begitulah. Hambe pun terlepaslah peluang mengajar tu.

takpelah mungkin ada hikmahnya.

hati hambe memang berbolak balik pun sebab, kalau mengajar hujung minggu memang susah~memang susah~program lagi, balik kampung misalnya? ni tahun ni bulan 3 sahaja dah ada 2 tarikh hujung minggu sepupu kahwen, nyah nak bertunang lagi. Haru lah~

Tapi tu lah hambe ambil ruang untuk segala-galanya, hambe berTANYA.

Bila dah jadi macam tu, hambe pun berlapang dadalah, mungkin, entah, mungkin Allah nak mpermudahkan urusan ana yang sangat susah nak decide ini.

Entah.

Tadi bila dapat mesej dari KB kata meeting tunda Ahad jam 2 hambe rasa campur baur. Kalau tahu awal...................takpelah mesti ada sebab Allah nak hambe tahu lambat. memang Allah nak benda tu jadi.

Mesti tuan-puan fikir hambe terukkan sebab dah merosakkan imej orang memakai tudung labuh.

Hambe lagilah! Rasa entah hape-hape. Misery petala kelapan. Totally exhausted dengan dunia.

Tu pasal sampai sekarang 2.23 pagi 5 Disember 2012 tak boleh tidur2 lagi.

Tapi hambe rasa tenang sebenarnya. Sebab hambe tahu, hambe tak buat kesalahan lain kecuali satu. Hanya satu. Iaitu minit penghabisan. Last minute.

beliau mahu hambe memberitahu beliau, hambe beritahu, tapi last minute, kena marah pula.

So hambe muhasabah perkara ni sedalam-dalamnya.

Adakah hambe dah menjauhkan dia dari subjek dakwah. Kasihan beliau, potensinya besar, tapi kalau sebab kes hambe beliau tak percaya dengan dakwah lagi macam mana?

Mesti tuan-puan terfikir benda ni kan?

Ok. Clarification.

Pertama, hambe telah bersalah. Tapi salah hambe satu je. Hambe yakin hambe benar.
Lepas tu hambe usahakan dengan akhlak semanis kurma mengatasi tuduhannya. Tapi hambe gagal.

Kedua, bila dia memutuskan untuk menghakimi orang bertudung labuh sedangkan hambe dah buat disklemer, itu hal beliau. kasar tak? biar! biar sampai maksud. Itu hal beliau! Bukan salah hambe dah~sape suruh sesuka hati nak menghakimi orang~semua orang tudung labuh tak boleh percaya~ibarat hantu pakai selimut malaikat~

Eh, hello~bukankah hambe dah cakap 'saya bukan baik, bukan Islam sempurna, tapi I'm heading towards it'. jelas kan?

takkanlah korang simply nak cakap orang yang pakai telekung ni, mesti semua dah naik haji, sebab dia pakai telekung?

Orang yang baca Quran, mesti Qari-Qariqh negeri, sebab dia baca Quran?

Orang yang solat sunat ni mesti dah sempurna cukup waktu cukup hal solat wajib, tu dia buat solat sunat?

Hoi..hoi..sini,sini. Bukak mata sikit.

Orang yang pakai telekung tu bukan semuanya dah pergi haji, tapi mereka menuju ke arah tu.

Orang yang baca Quran tu, bukan semuanya Qari tapi mereka menuju ke arah tu, sekurang-kurangnya Qari untuk diri mereka sendiri.

Yang solat sunat tu, bukan semuanya putih melepak takde dosa macam nabi, tak,tak, tapi solat sunat tu nak tampung compang-campingnya fardhu.

Tuan-puan tahu dan faham je kan?

Lalu, kalau yang pakai tudung labuh ni???

Ada pula ke diskriminasi?

bahawa orang yang pakai tudung labuh ni dah capai tahap malaikat, ala-ala mokhsya segala, takde dosa, bukan manusia so semuanya kena baik je.

Ha.ha.

Entah. Tu pasal hambe memutuskan untuk, biar.

Hambe rasa tenang. Hambe yakin hambe benar. Cuma hambe kasihan. Kasihan pada dia, kasihan juga pada diri hambe.

Hambe yakin beliau tidak semudah itu melabel orang, cuma tu lah hambe rasa beliau sedang tertekan mungkin. So beliau tidak mampu nak cater semua benda yang datang tiba-tiba.

Untuk kesalahan minit penghabisan, memang hambe mengaku salah hambe.

Takpelah, nanti hambe minta maaf pada beliau secara berkala, bila-bila. Mudah-mudahan lembut hati beliau, ya Rahman.

Huh.

Perkara ni buat hambe tak boleh tidur dan pening kepala.

Sampai je di Butterworth hambe rasa bengong sekejap. Nak buat apa ye, nak buat apa? Pening. Blurr.

So hambe jalan dengan sempoi, jalan perlahan-perlahan. Sampai kat penghadang feri yang kena bayar RM1.20 tu hambe pun masukkan lah syiling tapi dia tak mahu buka. Bila pegawai tu datang ke arah hambe, hambe kata:

"Encik saya dah bubuh seringgit dua dah..,"polos dan celaru.
Beliau ambil dan masukkan kembali lalu beliau cuba memasukkan syiling 50 sen itu kembali. Rupa-rupanya tak mahu detect juga. Beliau mendahulukan duit beliau.

Hambe pula dengan cemerkapnya mengeluarkan dompet nak bayar balik. Beliau menegah. Baiklah. Satu dunia dah boleh membaca kekalutan hambe huh?

Pening.

Feri terlepas. perut lapar jadi makan nasi, perlahan-lahan.

Ada seorang gadis duduk sebelah.

"makan?" ujar hambe. senyum.

Alhamdulillah. Ada akhlak yang itu, insyaAllah siuman lagi.

Bila feri sampai hambe ambil port yang menhadap lautan~kat sini Allah nak ajardidik hati~best wo~

'In each cloud, there's a silver lining'. <
Betul. betapa cantiknya alam ketika senja itu untuk diendahkan kerana memikirkan perkara yang remeh seperti peristiwa tadi.

Dan kembali senyum. Alhamdulillah.

Sampai di ATIF, hambe bersalam dengan semua ahli rumah. Saja tak menyapa ateh dulu. Letak beg, settle down pastu baru pergi bilik sebelah.

Ateh menceberkan mulut bila hambe masuk ke biliknya dan tetiba dia menanamkan mukanya ke kaki AB. hambe tercengang.

"Kenapa?" Soalku pada Ab.
"Ateh, menangis. Sebab ayong balik..."ujar AB.

Hambe terkedu. Nanges? Pastu bila ateh angkat muka, sahlah matanya berbekas air mata.

"Heh? Rindu sangat ke sampai nanges?"ujarku sambil menghulurkan tangan bersalaman.
Dia membalas salaman.
"Rindu lah...nak peluk boleh tak?"soalnya. Ketika itu hambe sebak [sekarang ketika menulis entri ini hambe menangis]

Usai hambe pun nak beransur sambil gelakkan ateh.

Sebelum mandi hambe masuk balik ke biliknya, matanya masih bergenang. Hambe menggelakkannya lagi.

"betul nanges yeh?"usik hambe.

usai mandi tu, hamba masuk ke biliknya sambil memberi salam. Rindu ateh sebenarnya.

"Assalamualaikum..."ujarku memasuki pintu bilik.
"ush..terkejut...,"balasnya. Keningku terangkat.
"Ayong bagi salam kot......"takkan terkejut?
"Waalaikumussalam~~"jawabnya.
"Ateh, mana jadual exam ateh?"soalku.
"Ni,ni,ni..."diunjuknya dengan jari pada sekeping memopad yang terampal di dinding meja belajarnya.

"Dah banyak ke study,"

"Yang 8 dengan 9 tak study lagi."

"Yang lain dah habis?"

"Sikit."

"Kenapa sikit?"

"Hehe."

"Apa ketawa-ketawa ha? Kenapa tak study."

Sengih lagi.

"Eh, kenapa mengangis?" soalku memancing emosi. Haha. Kejam.

"Hurm............."

Dia pun mula bercerita.

"Sebenarnya, ateh tak tahu pun ayong balik. Waktu ateh tengah lipat kain kat situ, ateh terdengar tapak kaki ayong, tapi ateh rasa, takkanlah..."time ni aku giat dia, kata dia berhalusinasi. Haha. Dia kembali menyambung.

"So ateh abaikan je lah."

"Ayong tahu...ayong dah tertanya-tanya. Mana ateh ni? Selalu ateh akan turun bawah dengan excited, diam je.Ayong dah cakap kuat-kuat, takkan ateh tak tahu ayong dah balik kot. nanges rupanya..."ujarku serkap jarang.

"Eh, tak dengar pun,"balasnya.

Haik?

"Habis mana tahu ayong dah balik?" soalku pelik.

"Achik yang cakap. Achik masuk bilik dia cakap, 'oit, tu your twin.' ateh pun apa lagi, excitedlah!" ujarnya. mata dah kembali bergenang.

"Ateh tanya betulke ayong dah balik? Macam tak percaya, ateh intai kat pintu tu, tak tegur pun ayong, time tu rasa hidung panas,"......................................

Diam.

Ok sampai sini aku tak tahu nak cakap apa. Sweet pain though.

Subhanallah, hebatnya Allah menciptakan kasih dan cinta~

Fuh~ok tepis~tepis~kasi tepis semua air mata~

Sambung cerita.

'Ayong, ateh ada hadiah untuk ayong'
'Hadiah apa?'
'Tutup mata dulu'
'Ok.'
'Nak warna apa,merah ke kuning?'
'Hurm kuninglah'
'Nah'
'Ateh!!!!! Bestnya~~~'

In each cloud there's always a silver lining.

Tamat.

P/s: sekejap hambe, sekejap saya, sekejap aku. So raikanlah ye, entri ni panjang sangat so malas nak proof read~



Pingu Cool

1 comment:

Anak MalaysiaLAH said...

wuwuwuwuwwu.. siannyer kak nabilah..kesian jugak kat kak oxoxox tu..well, marah memarahi memang syok. tp lepas tu rasa hell.hiks