Tuesday, March 26, 2013

Pembunuh.

Berbaki beberapa minit menuju zuhur.

Selepas zuhur ini ada janji temu.

Hurm..

Terasa ingin menukilkan sesuatu sejak malam tadi.

Macam ada yang membuak-buak dari benak yang ingin dibongkar ke kanvas putih eletronik blog ini.

Maka, terimalah.

Heeeeeiran.

Semalam, usai membeli dua biji burger HANYA untuk Ainina Shah, aku melangkah masuk ke RST meneruskan agenda hari ini.

Malam masih terlalu remaja, justeru terlalu banyak kereta beratur di pintu pagarnya.

Aku, secara umumnya, tidak begitu mencintai berada di tengah lautan manusia yang boleh melihat.

Kerana, lumrahnya aku tidak suka dilihat. Yeke?

Ya.

Jadi aku meneruskan langkahan yang kadang-kadang pincang, sebab kasut yang baru dibeli itu baru sahaja dirasmikan.

Kasut itu saiznya, lebih satu dari saiz kasutku yang sebenar. Apatah lagi bila berstokin maka bertambah besarlah kasut itu dipenglihatanku.

Untung, tidak terpeleot.

Jika tidak, mahu empat liqo' yang masih berbaki minggu ini, aku request untuk buat di ATIF rumah sewaku sahaja. Nauzubillah.

Tak mahu.

Aku sudah cukup menganggur dan tidak betah tarbiah datang kepadaku, melainkan aku yang pergi kepadanya.

Jadi dalam melangkah itu, aku melintasi sebuah kereta yang kalau pada pengamatanku merupakan sebuah kereta Myvi.

Dalamnya akuu tidak pasti siapa tapi hatiku tercuit juga sebab lampunya yang semulajadi tinggi benar-benar mengganggu penglihatanku, apatah lagi hatiku.

Yelah, udahlah tak gemar dilihat, ini disuluh-suluh pula.

Nasib, tak kupecahkan cermin keretanya. Haha.

Itu tak menjadi masalah walau sebesar kuman pun padaku.

Yang menjadi masalah adalah...

Berlari-lari.

Kulihat seorang wanita terkinja-kinja berlari dengan bersungguh-sungguh menuju ke kereta tadi. Tampaknya dialah insan yang ditunggu si penghuni kereta.

Sehingga aku sempat bertanya dengan diri sendiri, ada kemungkinankan dia bakal melangkah longkang yang besar itu dalam kalut lariannya?

Dan soalanku terjawab. Apabila dia ternyata melangkah melepasi longkang itu.

Hati aku terpalu. Sentap.

Sebegitu bersungguh-sungguhkah dia perlu untuk sampai ke sana?

Sehingga sanggup bermujahadah dalam langkahnya sebegitu rupa?

Aku pun tak sebegitu bila menghadiri liqo' tarbawiku.

Iyalah, masakan aku mahu berlari-lari kencang, hatta berlari anak pun boleh merisikokan aku ketempangan kaki yang bakal pula melumpuhkan agenda tarbawi lainnya, selama berbulan-bulan.

Aku jadi teringat peristiwa aku jatuh terduduk di hadapan DUD ketika aku masih siswi.

Yang natijahnya, dua liqo' terpinda serta satu mabit tertajarrud dari gapaianku, malam yang sama.

Hush..sengsara.

Tu tak dikira kesusah payahan menyusun langkah menuju perbatasan ilmu lagi itu. Mujur ada kawan menawarkan khidmat pelanduk teknologi, Kancil.

Dan aku belum pernah berlari lagi, sejak itu.

Surau.

Usai sampai di surau, aku jeda mencari nafas.

Qurratun qalbi aku lihat sedang hanyut dalam nikmatnya bertemu akhwat dalam liqo' tarbawinya.

Sedangkan hak aku bakal bermula tidak terlalu hampir. Masih berbaki satu setengah jam.

Justeru, aku ambil nafas dan kemudianku bersiap untuk solat.

Usai solat sempat aku menukilkan kisah wanita yang berlari-lari menuju ke kereta itu tadi, ke dalam buku catatan.

Sehinggakan aku kembali tertanya-tanya.

'Pudar sangatkah warna nikmat Tuhanmu yang di sediakan bagi insan yang sanggup melihat dan mengambil iktibar?'

Sampai kita lebih bersungguh-sungguh mengejar keredhaan manusia berbandng keredhaan Allah.

'Atau mungkin, hebat sangatkah manusia itu sehingga sanggup dilabuhkan jiwamu sedemikian rupa?'

Kalaulah potensi yang sama dilakukan untuk kehidupan yang lebih barakah, aku yakin wanita itu akan menjadi sosok yang bukan calang-calang.

Dalam situasi ini aku cuba berlapang dada.

Di dalam buku itu aku mampu.

Tapi di sini, telah tidak.

Aku tertanya-tanya, jika langkahan paritnya sebentar tadi gagal dicapai, apa yang menatijahkannya?

Aku masih tertanya-tanya, dalam dada penuh sesal atas tajassus yang aku lakukan ini.

Kisah Putus Asa.

Aku membuka emel yahoo ku sebentar tadi dan menemukan sebuah emel dari insan yang kadang-kadang aku nantikan.

Siapa dia?

Aku tak kenal.

yang aku tahu, dia seorang encik, dan perbahasaannya pada aku adalah, adik nabila.

Comel bukan?

Perkenalan berlaku tak salah aku tiga tahun lalu menerusi emel yang sama.

Aku tanyakan dia, siapa? Lalu dia beritakan siapa dirinya.

Kekal, aku tidak kenal.

Justeru aku bentangkan, kemungkinan-kemungkinan yang mungkin menemukan kami.

Dan kekal, dia sangkal.

Tak. Takde apapun, yang pernah menemukan kami. Tiada urusan apapun, dan tiada pertemuan apapun.

Bagaimana emelku jatuh ke tangannya juga, tiada kisah disebaliknya sekurang-kurangnya di pihakku.

Yang penting sekarang, rahsianya kini milikku. Cewah.

Mutiara.

Mutiara ilmu, itulah rahsianya yang kini milikku. hanya itu.

Saban masa, inboxku akan dipenuhi artikel-artikel kirimannya.

Usai kami ber-MOU, meneruskan sahaja kebetulan yang terjadi dengan berkongsi cerita.

Sebenarnya, dia yang bercerita.

Sedang aku malas untuk meresponnya.

Telah ditarbiah, aku sisih apa yang tidak perlu.

Justeru emelnya ku simak, saban kali. Yang perlu aku ketahui lebih, aku google sendiri.

Minimal jika sekali harung ia menghantar lebih 6 pautan artikel, akan kuucapkan, alhamdulillah terima kasih.

Dia bukan sesiapa.

Dia bukan sesiapa padaku, melainkan seorang teman ghaib yang wujud di alam maya.

Apa yang penting darinya adalah artikelnya.

Dan hari ini aku bertemu suatu kebetulan baru yang bersesuaian dengan kisah gadis itu.


Pertengkaran Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab.

Ini kisah yang dinukilkan dalam salah satu hadis dalam himpunan riyadus solihin.

Kisah sang pendosa yang telah membunuh 99 nyawa.

Dan kemudian dia bertemu dengan seorang pendeta yang berkata, 'Tiada ampunan bagimu.'

Dia kemudiannya, memenggal kepala pendeta itu, menggenapkan pembunuhannya menjadi 100.

Lalu ia bertemu dengan seorang alim dan bertanyakan satu soalan yang sama.

'Aku telah membunuh banyak nyawa, adakah Allah Tuhanmu akan menerimaku sekiranya aku ingin bertaubat?'

Kata orang alim itu: 'Tiada apa yang memisahkanmu dari taubatmu itu.'

Si pembunuh mendapat harapan.

Lalu si alim menitahkan dia supaya melakukan perjalanan.

'Pergilah kamu ke sebuah daerah, penduduk di sana, menyembah Allah yang kamu cari, pergilah dan sembahlah Allah bersama-sama mereka, tinggalkan tanah asalmu kerana sesungguhnya ia merupakan tanah yang buruk, bagimu,'

Lalu si pembunuh melakukan perjalanan.

Dan taqdir Allah mendahuluinya, ia lalu meninggal dunia.

Turunlah dua malaikat, iaitu malaikat azab dan malaikat rahmat berebutan bagi menentukan penghukuman ke atasnya.

Mahu dihukum dengan rahmatkah? Kerana sesungguhnya dia dalam perjalanan menuju redha Allah.

Atau mahu dihukum azabkah, kerana ia belum sempat berbuat apa-apa kebaikan?

Lalu turunlah, satu lagi malaikat pemutus, mensarankan solusi.

Ceritanya...

Ceritanya di sini. Ekspresi pertamaku usai membaca emel itu adalah, naseb baik si pembunuh tu dah memulakan perjalanan, kalau dia lambat...

Dan kes gadis itu, katakanlah langkahannya pincang melepasi parit besar itu lalu dia arwah, adakah kisahnya bakal diadili seperti di atas?

Dan kemudian, aku teringat kisah Hassan bin Hanan, yang melihat sebuah bangunan lalu bertanya, 'Kapankah didirikan bangunan ini?'. Lalu dia kemudiannya menyesal dan mengutuk dirinya sendiri. 'Mengapakah aku mempersoalkan sesuatu yang tidak bakal menambahkan amalku? Oleh itu aku hukum diriku berpuasa satu tahun,'

Aku terdiam sejenak dan beristighfar.

Aku tidak mahu menjadi pendeta, yang selayaknya meletakkan hukuman.

Tetapi aku ingin menjadi orang alim, yang memandang dosa, bukan pendosa.

Astaghfirullah..Astaghfirullah.

Dan aku kini ingin menjadi si pembunuh, yang tak melewatkan langkahnya menuju zuhur.

Usai.Pingu Cool

No comments: