Thursday, March 21, 2013

Kisah 1,2,3....

Hari ini membulatkan mata juga untuk menuliskan sebuah post~hasil teguran Qurratun Qalbi, Ainina Shah.

"Ateh selalu buka blog ayong tau..,"
"Haha..takde apa-apa pun dah lama gila!,"
"Tahu takpe..,"

Jadi malam ini sengaja je menggatalkan tangan membuat satu post sebab sumpah bosan dah berabad duk bukak blog ni keluar post yang sama saja.

Sebabnya, pengunjung paling setia blog ini mesilahh ownernya sendiri. Merenung post2 dan memerhatikan nasib sendiri. Haha.

Kisah Serunding.

"Kak Nab, nah, hadiah!," Eh? Serunding?
"Ni sapa bagi ni?"
"Sayalah.. Tu pasal saya lambat tadi, mula-mula pergi bilik kawan, lepastu balik jap nak packing ni...,"
"Oho..ingatkan tidoq~Eh kenapa tak sama besaq?"
"Da, kak nab ambillah..,"
"Okeh terima kasih tau, mana dapat serunding? Gi Kelantan ke?"
"Tak kawan saya bagi.., akak simpanlah nanti ***** nampak,"
"Oh, ok,"

Itu kisah serunding. Serunding biasa sahaja, dalam dua bekas, satu besar satu kecil, satu untuk aku dan satu untuk *****. Bekas itu melambangkan tanggungjawab yang dibawa tuh, aku dapat bekas besaq sebab duk ramai-ramai.

Jadi makanlah.

Serunding itu biasa-biasa sahaja. Tapi sedap dengan perasa cinta. Haha, nak jugak cinta2 dia tu.

Serunding yang sama mengundang satu rasa nestapa pada jiwa.

"Wah..serunding! Sapa bawak?"
"Ada orang bagi long,"
"Along ingatkan ada orang bawa dari kampung, ingat serunding ni ingat ude...,"
"Ingat siapa?" tak berapa jelas.
"Ingat Uda...,"
"Hurm..haritu tak berkesempatan jumpa dia,"
"Yeke?"

Sweet pain though.
Ceria tentang serunding dari cinta membawa kepada cinta.

Kisah Tudung.

"Kak Nab, nak tanya,"Ujarnya bersusahpayah sebelum liqo' bubar.
"Ye, kenapa?"
"Takpelah kak, lainkali lah~,"
"Eh takpelah, hey awak, pergi balik sekarang, saya nak bercerita dengan ***** seorang sahaja,lalala, pergi balik cepat," ku menghalau adik usrah seorang lagi itu. Dia takmahu balik. Aku paut bahunya dan aku pimpin dia sampai ke pintu.
"Hehe..alaaa..kak nab, bestnye macam ni, macam adik saya pulak," katanya.
"Eh, awak bukan anak bongsu ke? Dah pergi balik, hahaha," Sebenarnya aku sengaja je, memang cara pergaulan dengan adik2 usrahku begitu. Kakak yang nakal ni.

"Okeh, so, kenapa, ce cerita?" Misi mengorek dimulakan.
"Takde apa, saja je..," Sambil mengeluarkan sesuatu dari beg.
"Nak bagi ni happy belated birthday...,"Aku pun time tu malu2 kucing (eh, malu betul2 ni tahu?) menerima hadiah itu.
"Ya Ampun, terima kasih bebanyak, haaa...terharunya...sedih,"Ujarku.
"Takdelah kak, saja beli untuk akak,"
"Eh, sdihnya, terima kasih tau, huhu, kain ke?"
"Ha...tak..tudung..,"
"Yeke? Terima kasih tau..,"

"Erm...nak beri ini je ke? Bukan nak cerita apa-apa?"
"Takpe ke kak? Kawan akak dah tunggu?"
"Dia belum sampai lagi, takpelah, ceritalah,"

Kisah Cinta.

Mata yang comel itu kini bergenang. Kerana rasa cinta pada saudara ia tidak tega membuat sesuatu yang boleh menyakitkan sahabatnya, justeru ia majukan musykillah bagi memohon masukan.

"*****, sayang tak kat dia?"
"Sayang..,"
"Jadi, jangan beri peluang untuk sesuatu yang negatif ini jadi. Sebelum terjadi apa-apa elakkan situasi itu seketika..,"
"Takpe ke kak? ***** macam pening bila kawan-kawan pn duk tanya-tanya..,"
"Bagi jawapan selamat, "Ini masa dia, jangan kacau,", jadi next time bila depa nampak ***** lagi depa dah tahu, "Eh, *****, masa ke?" so jawablah, "Haah, masa.","
"Ok,"
"Bila sampai tahap kematangan antunna berdua, baru explain cara matang sikit pada dia kenapa ***** buat camtu, insyaAllah next2 time, kita faham dia, dan dia faham kita.. Kalau betul-betul sayang, jangan terjebak dalam situasi yang akhirnya membarahkan benci kita kat dia, tak jangan. Okay?,"
"Okay kak, terima kasih,"
"Okeh, jom,"

Kisah Menjaga Hati.

Dan ini kisah menjaga hati. Dalam setiap perhubungan akan muncul ketika-ketika tertentu, orang kita kenal menjadi orang yang pernah kita kenal.

Makna kata, dia tidak menjadi dia.

Ambil inisiatif berhenti sejenak dan berilah masa.

Ketahuilah, dia sedang diuji dengan ujiannya. Dan kita sedang diuji dengan dia.

Apakah benar, cinta yang dimanifestasikan itu, cokmarnya redha Allah atau sekadar puing-puing bahasa dunia berlatar syurga fana?

Cewah.

Serius. Kalau benar cinta, bertahanlah dalam bersabar. Kerana di sela masa yang lain, sahabat kita juga melakukan perkara yang serupa berhadapan dengan kerenah kita.

Itulah entiti yang dinamakan manusia, keunikan dalam persahabatan.


masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah pertanda
cinta tak di sini lagi
kau tlah berpaling
reff:
biarkan aku menjaga perasaan ini, ohh
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi, aku takkan pergi
kau menjaga, aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meski ku lihat kini
kau di seberang sana
repeat reff
andai akhirnya
kau tak juga kembali
aku tetap sendiri
menjaga hati
repeat reff [3x]
sejujurnya diriku masih mengharapkanmu

#enuf said. tidur~




Pingu Cool

No comments: