Friday, April 12, 2013

Bebel

Tahu tak sekarang ni sepatutnya saya tengah buat apa?

Sepatutnya sekarang ni tengah hadap isu-isu semasa. Isu homeless, buang anak, krisis air di beberapa tempat dalam negara, isu keselamatan Lahad Datu,, menghadam apakah kaitan GTP dengan NKRA dan dari manakah wujudnya MKRA pula. Apakah peranan sektor swasta dalam melestarikan ETP pula dan apakah itu EPP dan BO. etc...

Tapi,

Tak lalu dah.. Nak menghadap benda tu sejak pagi tadi.

Malam semalam sampai pukul 2 pagi hadam tajuk matematik tingkatan 1-3 dan tingkatan 4. Fuyoo, rasa macam dapat pencahayaan agung pula rasanya. Sebab mampu buat benda yang kalau 7 tahun lalu sangat-sangat berat untuk dibuat. Tu ibaratnya macam nak bukak pagar besi tapi yang dah berkarat, punyalah payah dan bunyinya subhanallah...berkerrrrriukk.

Tapi malam tadi boleh.

Pagi tadi lepas Subuh sambung Math tingkatan 5, sampai pukul 7.42AM dan lepas tu nilah menghadap page PEMANDU tu.

Lepas ni kena cater semua benda tu dan bersedia untuk buat2 apa yang patut~

Punyalah malas gila nak masak sampai torture AB suruh dia masak sensorang. Ampunkan.

Sebenarnya nak cakap apa?

Takde apa..nak cakap je...

Sebenanrnya nak cakap...nak membebel-bebel. Tapi kan FB sangat tak seronok. Bukak je rasa nak muntah dah..sekarang.

Banyak je kebaikan, tapi aku pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Pelik tak?

Psikologi kot~

Hurm,,esok nak exam PTD. Ha..exam PTDlah yang membuatkan aku rajin kaji bebenda tu..  Tapi rasa macam tergawang-gawang lagi.

Haa..jap lagi sebelum asar nak tidur lah sekejap. Haha.

Dapat kerja, bagus ke?

RM30 sehari... Buat seketika, jadilah... Sekejap je pun. 15 hari.

Ruang relung hati terasa sempit.
Iris mata meregang semahunya.
Pemandangan jadi pudar warna.
Sedang bunyi-bunyi alam serasa menyesakkan jiwa.

Nafas tidak lagi berbaris,
Kitar waktu hidup dilalui seadanya sahaja.
Malam menjadi siang,
Siang menjadi malam.
Tengahari entah bila.
Hanya waktu solat menjadikanku hamba.

Semua insan berjalan, laju, pantas dan lekas,
Di atas tanah ternampak hati-hati,
Tertinggal dan terjatuh dari jasad.
Berjalanlah jasad tanpa ditemani hati.

Entah bila bayu yang lembut itu amat keras tamparannya.
Bagaiman senyuman bisa menjadi sindiran.
Entah bila cinta dalam hati mati,
Mungkin sahaja kepompong kupu-kupu dalam hati,
Tidak mampu berevolusi lagi, kini.

Rentak tanah yang dijejak,
Dipijak hati-hati.
Entah bila bermula tanah jadi pecah berkeping-keping.
Di tanah sendiri, identiti dilarik, carik, habis.

Sampai nian, nafasku bukan lagi nafasku.
Nafasku teracu mengikut kemahuanmu.

Entah bila persoalan kehidupan menjadi serumit ini,
Tiada kata mudah seindah 'ya' atau 'tidak' bagi mengkonklusikannya.


Hempedu ibarat dipicit-picit,
Hingga isinya masuk ke dalam darah,pahit.

Andai adanya hempedu.

Isi hati bukan lagi isi hati.
Kemurnian jiwa dan perasaan bukan lagi hanya dihukum Tuhan.

Fikiran kini diacu, kebebasannya dicabul,
Pandangan kini menjadi semu, sekarang ada pangkat, 'salah' atau 'betul'
Kemurnian fikiran dan eksklusif minda bukan lagi kekayaan hakiki sesuatu peribadi.


Entah bila, terang jadi suram.
Lembut jadi rakus,
Dingin jadi hangat,
Selesa jadi rimas.

Entah bila, hatiku bukan lagi hatiku.

Entah bila aku tidak menjadi aku.

Pingu Cool

No comments: