Monday, January 2, 2012

Ibubapa saya malu~ortodoks lelucon

Sebab pola pemikiran yang setara~berdemo mereka dianggap memalukan mak ayah~kerja mahasiswa belajar~iya tapi manusia diwujudkan sebagai multifunctional, sebelum pelajar, kita menjadi anak (selamanya), sebelum menjadi anak (kita adalah hamba, selamanya), segala keperluan bagi kehidupan kita lakukan, kita tidak jumud dalam pertanggungjawaban, kerana yang penting 5 maqasid syarak itu terpelihara, kerana itu tugas mahasiswa bukanlah belajar semata, tetapi tugas kami adalah sebagai muslim seluruhnya, jangan pendekkan konteks kata mengikut nafsu, sebab apa yang terkeluar dari lisan tidak semestinya lurus, bersabarlah dalam berhujah, ingatkanlah jika salah, jangan menggasak dan bertelagah, ia hanya mumbuncah barah~
kita buat pelan-pelan, takpe benda yang dah jadi, kita perhalusi, yang salah kita perbetul jika Allah izini,
jangan hakimi sikap kami yang dikatakan membuta tuli, tiap tangkas tingkah, tiap tunas fikir berada bersesuaian pada tahap umur..maka hormatilah..
Alhamdulillah, insyaAllah ramai yang sedar bahawa tindakan kita memberi tanda kepada ibubapa~bagi yang berbicara ayuh berfikirlah sebelum berbuat~elakkan pergaulan tidak sihat~dan kekallah dalam prkatis Islam yang tepat dunia akhirat~insyaAllah moga Allah redha~
Kita dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita katakan, bisa saja kita berkata tanggungjawab kita itu hanya belajar~maaf ana tidak sependapat~belajar itu satu fungsi minda~minda itu sebahagian dari jasad~jasad itu sebahagian dari bahagian hidupan~belajar itu jelas hanya satu juzuk penghidupan~maka berhentilah berkata yang tidak-tidak...berhentilah berkata yang tidak-tidak.

Saya belajar dan saya ingin perform di dalamnya, saya berdakwah dan saya ingin perform di dalamnya, saya bekerja dan saya ingin perform di dalamnya, bila saya berkata-kata saya ingin perform di dalamnya~bila saya cuba berakhlak~saya juga ingin perform di dalamnya, bila saya berjuang saya akan perform di dalamnya.

Saya manusia yang multifunctional, saya akan berusaha melakukan segala-galanya yang saya ingin, maut saya tidak begitu jauh, tapi cita-cita tidak begitu hampir, saya punya Plan B, mencari Redha Allah dalam bertoleransi dengan redha Manusia.

Tapi saya punya juga Plan A, Redha Allah melebihi redha manusia.
Saya mahasiswa.

We are all Safwan Anang. Saya membenci korupsi akhirat~dan saya belas melihat mereka yang menkorupsi dunia mereka~

Ibu saya malu jika saya tidak menjaga pergaulan dengan lelaki ajnabi, ibu saya malu jika dia tahu saya keluar berpeleseran tanpa tujuan di pusat membeli belah, ibu saya malu jika saya seorang wanita bertingkah seperti lelaki, ibu saya malu jika saya beradap sebagai seorang yang kurang ajar, ibu saya malu jika saya membuka aurat dan mempertontonkannya kepada umum, ibu saya malu jika saya tinggal solat, ibu saya malu jika saya melihat dan menonton adegan memalukan, ibu saya malah lebih malu jika saya yang mempertontonkan adegan memalukan itu, ibu saya malu, jika dia melihat saya berpelukan dengan lelaki yang bukan-bukan, ibu saya malu bila tubuh saya murah tergadai, ibu saya malu jika saya memakai pakaian ketat-ketat, ibu saya malu jika saya mengaku tidak bertuhan, ibu saya malu jika saya menengking orang yang lebih tua, ibu saya malu jika saya melawan ayah, ibu saya malu jika saya meninggalkan agama saya, ibu saya malu, ibu saya malu jika saya mensyirikkan Allah dengan dunia dan kebendaanya, ibu saya malu jika saya cuba untuk membunuh diri, ibu saya malu jika saya merosakkan akal dengan minum arak atau mengambil dadah, ibu saya malu jika saya bertindak membuta tuli di luar batasan fikiran manusia, ibu saya malu jika saya memecahkan kemudahan awam, ibu saya malu jika saya mencederakan orang lain, ibu saya malu jika saya mencuri atau merompak, ibu saya malu jika saya membunuh......ibu saya malu...ibu saya malu.....

Dan ayah? Ayah malah lebih malu, puterinya maruahnya, aset dunia, keuntungan akhiratnya, saya beliau didik menggunakan peluh dan darah, menggunakan penat dan lelah, sakit sihatnya dikerahkan untuk saya satu daripada anak-anaknya, ayah saya menangis jiwa jika ibu saya malu dan sedih, ayah saya hilang satu nyawa bila puterinya tersasar dari jalan lurus, ayah saya terluka jika ibu saya malu dengan saya.

Orang lain mungkin kurang malu jika anak-anaknya berbua seperti jika saya berbuat, mungkin kerana ibu kami berbeza, ayah kami tak sama, ibu dan ayah saya malu kerana Allah melarang apa yang dilarang dilakukan, tapi orang lain malu kerana orang lain mencemuh dan menjenuh....

Ibuayah saya tahu yang apa yang wajar mereka malukan itu hakikat, suatu ilmu yang perlu dalam membina umat, mendidik jiwa-jiwa remaja yang liat.

Tapi saya tahu saya yakin, ibuayah tahu apa yang perlu dimalukan, saya bina jatidiri saya insyaAllah menggunakan acuan langit, bukan dunia, saya berdiri dengan apa yang saya percaya. Saya perjuangkan apa yang saya imani.

Saya yakin ibu tahu.

We are all Safwan Anang. Saya percaya ibunya seperti ibu saya, ayahnya seperti ayah saya. Malu mereka bertempat, kerana berterapkan acuan akhirat, kerana tanpa ibubapa yang kuat, sukar membentuk anak yang hebat...

We are all Safwan Anang, saya benci korupsi akhirat, saya belas melihat mereka yang mengkorupsikan dunia mereka..

No comments: