Tuesday, January 31, 2012

Hari yang Lain.~

Cuma..hari ini aku direnjat sesuatu.

Assalamualaikum dan sejahteralah dunia dengan rahmatNYA.
Esok dah mula kembali bermusafir. Bergelandangan di tanah orang dalam memenuhi satu juzuk penghidupan, mencari ilmu. Seperti biasa, harus kekal cool.

Hari ini hari yang lain, aku ingin merintis jalan mencari cinta. Tadi Allah berbicara terus ke hati yang buat hatiku ini bertambah terang. Kini menjadi lebih cool.

Dunia itu di sini. Akhirat harus di sini. (wayushiru li sodrihi thalatha marrath~)

Menjadi penyejuk mata untuk mencari penyejuk hati..bukan tugas mudah. Kerana harus memberi sebelum mendapatkan. Kamu?

Bukan. Kerana bukan itu tandanya. (^__^)

Dengan cool, (ditambah sedikit riak dan takabburnya), astaghfirullahalazim, aku bicara, aku maafkan kamu, yang melempar panah dari senyuman-senyuman mereka, yang membuncah barah dari panahan-panahan mata mereka, yang melemahkan sehelai lapisan yang membalut hati sedang ia sudah cukup lemah. Aku maafkan kamu, kerana sungguh kamu telah tewas pada dinihari ini. Allah berbisik terus ke dalam hati hambaNya yang pendosa. Dan kamu tewas. Kamu tewas. Aku maafkan kamu.

Dengan cool lalu tawaduk aku bicara. Aku bangga menjadi hamabMU Ya Rabb.....Peluk aku kembali dalam rahmat kasihMu ya Allah. Aku redha dengan Allah sebagai Rabbku, dan dengan Islam sebagai agamaku, dan dengan Muhammad sebagai rasulku. Redhailah aku ya Allah.

Pingu Cool

No comments: