Thursday, January 17, 2013

Call My Name.

Uhuks~uhuks~

Perhatian, entri ini sumpah bosan, bagi anda,anda,anda yang punya maslahah yang lebih aula, sila klik simbol pangkah di atas tab ini~dan sambunglah dengan agenda anda masing-masing.

Bagi yang dah dimamah bosan, seperti kukis monster memamah kukisnya, saya mohon untuk anda berfikir sekali lagi sebelum  meneruskan pembacaan.

Sekali lagi, entri ini sumpah bosan.

Bosan, tahu? Bosan?

Boring in henglish~

Baiklah~

Death is at your own risk okay?

Arakian tersebutlah kisah seorang yang bernama.............

Bernama apa?

Hurm,apa ye? Dah lupa dah namanya apa? Apa ye namanya?

Okeh inilah yang akan terjadi apabila setelah 3,4,5 tahun duduk bersama mashorakot~yang tak memanggil kita dengan nama kita sendiri. Hayok~takut tak? takut tak?

Asal Usul Nama

Tak payah nak asal usul sangatlah, kan~

Okeh, Siti Nur Nabilah Bte Nasri.

Dulu, time sekolah rendah kan, selalu terfikir, kenapa nama aku Nabilah? Tak sedap tu~ kenapa tak nama haslinda ke, amirah ke, puteri ke, rosdiana ke, maria ke, raja ke, tengku ke, saloma ke, natasya ke, elayne ke, etc,etc.

Sebab sumpah nama Nabilah ni tak market langsung~boring, takde kick, lame dan sumpahan-sumpahan senada yang sebagainya~

Sampaikan rasa jeles gila bila rasa nama nyah lagi sedap~amalina~

Kenapa nama dia ada na,na kat belakang tu?

Sebab time tu spread rumors yang kata selalunya nama perempuan kena ada na kat belakang, diana, kirana, amalina, syazana, ainina, aina, zarina, lalala~

Time tu rasa mnyampah~hish kenapalah tak boleh pilih nama sebelum kita lahir? Punyalah rasa nama nabilah tu lame~

Lepas tu spread pula rumors kata, nama perempuan kena ada 'ta marbutoh' kat belakang~

Yang kalau diwaqofkan akan berbunyi 'ha'.Atau H dalam bahasa 'hebrewnyew'

So, nama-nama perempuan seperti nabilaH, amiraH, syarifaH, masitaH, faizaH, fatiaH, nazifaH, haziraH, semuanya nama perempuan~yadayada~

Time tu memang mengarut. Yelah budak-budak lagi. Landasan tarbiah belum dikenali apetah lagi diterokai.

So takdelah nak fikir pasal dakwah, tesis, taklim, fyp, umat, isu semasa dan sebagainya.

'Bisnes' yang paling laris kat gazebo time waktu rehat ketika itu adalah 'botol air saya ada straw', 'bapa saya beli baju power rangers', 'ala, paper doll saya dah koyak, baju yang ni buruk lah, nak beli set yang baru', 'heee..awak curi sticker mickey mouse saya!' dan yang paling gempak adalah bila seseorang tahu nama bapak korang.

Fush, time tu kalau nama bapak kena unveil, ucapkanlah selamat tinggal dunia. Sebab lepas tu dah takde keamanan dah time nak escape awal pergi kantin sebelum waktu rehat.

"Nasri! Nasri! Nasri..." Haha, nostalgik sungguh.

urm...persoalan pasal nama ni berlanjutan sehinggalah ke sekolah menengah tingkatan dua.

Time tu tahu dah maksud nama aku ni sumpah indah.

Kebijaksanaan.

Bukan cerdik tau, bukan pandai, bukan pintar.

Tapi bijaksana.

Tapi tetap juga tak suka nama NABILAH tu.

So terjumpa satu nama yang dirasakan lagi cool.

Naballah.

Naballah? Tak ingat apa maksudnya tapi tulis kat buku tulis semuanya naballah~suka hati je tukar nama~

Sampai cikgu Iskandar, cikgu Bahasa Melayu tegur, time tu muka selamba badak je kata, tersalah tulis.~

Boleh pulak mamai sampai 27 buah buku nama naballah?

Dahlah kat cikgu tu saja ada lebih 3,4 buah buku?

yela, dengan pemahamannya, komsas, tatabahasa, karangan. Semuanya nama naballah.

Mana cikgu tu tak pelik? Haha, dunia, dunia.

Okeh tambah satu lagi kes.

Krisis identiti tahap akut.

Time tu tingkatan dua jugak, hehe, geng oktopusi (nama geng aku) semuanya ada nama samaran.

Guna untuk urm~urm boleh ke cakap eh? Boleh rasanya~

Guna untuk update buku Hobwash~

Buku dialog penceritaan geng oktopusi dan alam cinta [mata ke atas tangan ke bahu] ala-ala Harry Potter versi anak-anak sidek.

Sebab time tu lima-lima orang obses dengan benda alah tu~

Well in fact until now~

Tak kesah lah orang kata ada agenda missionaris ke hape, tapi yang pasti time dulu tengok tu memang boleh 'tertinggal' solat lah. Haha, kira berjayalah kan 'agenda missionaris' tu~

Okeh, enuf said.

So bila setiap orang ada nama samarn maka berlakulah sesuatu yang tak berapa patut berlaku.

Time tu zaman orang bawa fail plastik ke sekolah tahu?

Tahu tak fail plastik yang mana?

Ala yang boleh buka pastu klip kat tepi tu~selalu kalau lumba lari ke, pertandingan koir ke, kalau saguhati dapatlah fail plastik tu sekeping.

So nak dijadikan cerita, fail plastik aku kaler pink time tu tertinggal kat bangku kambing time solat asar.

Sebab dah terlewat, tempat wudhuk ramai sangat, so terlewat solat, lepas tu pulak ada perhimpunan.

Time dah habis solat tu, tengok-tengok kawan-kawan prefect dah buka pagar, so aku pun berlari lah laju-laju ala-ala waksen nyambek.

main rembat je beg yang aku tinggalkan kat bangku tu tuptup tertinggal fail tu~

Pastu bila esoknye datang for sure lah takde dah.

Mustahillah ada~takyah nak buat fairy tale sangatlah kan?

Pastu time tu rasa haru gila tahap gaban tak ingat~

Dalam tu ada senarai nama pengawas, jadual tugasan, pastu ada lukisan, ada poster daniel radcliffe dapat kat gempakz, tuptup hilang tanpa dikesan.

Okeh, dah boring? Haha sudah kubilang dong...

Okeh, lepas tu ala-ala depress jalanilah hidup sperti biasa.

Hinggalah pada suatu petang bertemu dengan cikgu Rohaizah yang sedang mengambil sesuatu dari kereta beliau.

"Nabilah, nanti cuba awak maklumkan kat perhimpunan, ni siapa punya?" katanya sambil menghulurkan sesuatu yang sangat-sangat aku kenali.

"Eh, cikgu ni saya punya!" Ujarku teruja.

"Hah? Tapi nama kat dalam tu lain.." katanya pula.

"Carmen..carmen...?" soalnya lagi.

Aku tersengih. Hehe. Cikgu dah pandang pelik.

"Saya lah tu cikgu," ujarku tersengih.

Cikgu Rohaizah geleng kepala.

"Awak ni Nabilah, bukan nama Islam tu~nama sedia ada dah elok dah..." aku sengih sahaja.

Catherine Carmen Cliff, tulah nama samaranku ketika itu, haha, nostalgia, nostalgia.

Peristiwa demi peristiwa berlaku, sehinggalah aku ditingkatan 5.

Time tu biasalah budak sekolah, banyak sangat nama ejekan yang pernah tertancap. Yang penting semuanya jadi memori. Mahyun, nenek, mak tiri, semuanya perasa-perasa yang melengkapkan kehidupan persekolahan.

Rata-rata rakan-rakan memang memanggilku dengan nama Nabilah.

Tapi nak dekat habis sekolah tu, tetiba dapat nama singkatan: 'Nab'.

Yang mana kekal sampai sekarang.

Ketika matrikulasi, ada satu kali tu aku guna kamus Besta milik Pui San, saudari x-rumate.

Saja je aku taip 'n.a.b' kat kamus tu nak tengok apa maknanya.

Punyalah terkejut!

NAB=New American Bible.

Wush. Time tu aku terus canang kat orang jangan panggil aku Nab, aku tak suka.

Tapi nak buat macam mana?

Dalam praktikum ada 3 orang nama Nabilah. Walaupun aku time tu ketua praktikum konon ada autonomilah nak pakai nama apapun tapi dah lepas satu sem, orang pun dah biasa dengan panggilan masing2.

Seorang tu namanya Nurrin Nabilah, yang ni depa panggil Nabilah. Seorang lagi namanya Nur Nabillahh, yang ni kami panggil kak bella. dan aku, Siti Nur Nabilah, orang biasa panggil Nab.

So selepas 'syura' dengan rakan-rakan rapatku, ada lah dua nama yang dominan.

Aku bagitahu hal ini pada Syazwan, Si Enchek Chekodok ketika itu dan beliau lalu terus memanggil aku SITI. Ulalala~

Seorang kawanku namanya Siti Zulaikha,tak kasi panggil aku siti sebab orang panggil dia Siti juga kat wing. So dia panggil aku Deena.

Deena yang bermaksud agama kami. Cantik kan?

Dia pandang aku time tu dan terus bagi nama tu. Sebab time tu aku baru kenal tarbiah. Dia lah yang menggalakkan~

Dan nama tu lekat sampai sekarang kalau aku bersapa dengan kawan-kawan matriks ku yang dulu.

In fact, mawardeena...dapat dari itu juga~

Ok, full said.

Huff. sebenarnya nak cakap apa?

Sabar...haiii takkan dah boring kot??? Lalalalala~

Call My Name.

Baru-baru ini aku tersedar akan sesuatu.

Hurm.....aku rindukan namaku.

Benda jadi bila aku tetiba terfikir.

Time tu tengah liqo PEMBINA tengah buat SWOT analisis untuk retreat ISMA.

Aku pun pelik apehal aku tak boleh fikir apa-apa?

Aku rasa macam numb gila!

Rasa macam kosong, kosong jiwa, kosong minda, kosong segala-galanya.

Pelik sangat.

Sehinggalah tiba-tiba, aku terjeda sejenak.

dah lama tak dengar orang panggil nama aku.

N.A.B.I.L.A.H

Nabilah, nabilah,nabilah,nabilah.............

Satu hari tu aku bangun sangat lambat.

Akhowat kejut bangun subuh, subuh wei, subuh.

Aku perasan ada 4 orang yang masuk kejut, seorang demi seorang.

Sebenarnya aku dah sedar tapi baring tunggu bilik air time tu ada akhowat yang tengah basuh kain. Lama gila. Sebenarnya tak lama pun.

Tapi sebab aku dah bangun lambat semua orang aku nak fire.

Tapi semasa aku tengah baring tu memang aku tengah mamai.

Tapi secara tiba-tiba je aku terdengar orang panggil nama aku.

NABILAH.

Aku terus celik mata selebar-lebarnya.

Rasa sesuatu. Yang menyelinap masuk terus ke dalam hati.

Rasa sesuatu yang hidup.

Usai solat subuh yang lewat hari tu aku terjeda lama...

Sangat lama.

Sebenarnya dah berapa lama aku tak keluar rumah?

Soalan tu aku tanya sebab rasanya subhanallah sangat lama orang tak panggil aku dengan nama, NABILAH.

Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~~

Seronoknya dengar nama tu~

Nabilah~

Kalau kat rumah ni memang takde orang akan panggil aku Nabilah, semua orang panggil aku ayong.

Aku dah jadi tak suka pada panggilan tu~

Sebab panggilan yang sama akan dibawa bila berkumpul dengan akhowat yang tak duduk sama, nama tu di fesbuk, nama tu di-liqo', nama tu diprogram, nama tu di tugasan halaqah.

Oh ye, bercakap berkenaan tugasan halaqahlah yang membuatkan aku menimbulkan isu nama ini.

Haritu dapat tugasan halaqah, dan nama tu jugaklah yang tertulis mewakili aku di situ.

Terus bagitahu Qurratun albi. Berkongsi rasa dengannya.

Tiba-tiba, rupa-rupanya dia juga sama.

Baru perasan kekurangan itu dalam hidup.

Baru tahu bahawa ada satu rasa yang pelik bila M panggil nama kita.

Dia berkongsi rasa yang sama.

Ingatkan kongsi perut je.

So aku pun paksa beliau panggil nama aku balik. Muahaha.

"Mula-mula dulu nak panggil ayong tak boleh tau..,"luah beliau. "...rasa geli..hee..yelah dah biasa panggil nabilah.."tambahnya lagi.

Aku sengih sahaja.

Ohoi, permulaan yang baik.

Tapi tetap juga tersasul2.

Sekarang, macam mana nak koreksi orang lain pula?

Oh, if you want to change, then be the change.

Then let me be the change.

Aku sendiri yang akan start dengan memanggil nama kembali.

**************************************************************

"Tahu tak sebenarnya, makin lama rasa makin bengong dalam melalui kehidupan?" soalku pada Qurratun Qalbi a.k.a Ainina Badzrul Shah.

"Bengong? Kenapa?" Soalnya sambil memandangku pelik.

"Sebab dah takde orang yang doa...."ujarku sedih.

Dia angkat kening.

"Dah takde orang yang panggil nama, Nabilah....yang ada ayong, ayong, ayong, ayong tu apa maknanya? Mana ada makna? Dah takde orang yang doakan kebijaksanaan, takde orang nak panggil nama betul, dahlah dah takde liqo dengan adik-adik, dulu ada juga orang yang boleh doakan, sekarang tinggal ahli rumah je itupun.....,"aku malas dah nak sambung. Rasa emosional pulak~

Ainina Shah dah mengangguk-angguk kencang tanda sangat-sangat faham.

"Haah lah, baru perasan....,"ujarnya pendek.

"Dulu kan time M panggil nama, rasa sangat refresh, rasa nak nangis, rasa nak menjerit, melompat-lompat. Rasa macam 'ya Allah, M panggil nama aku...' punyalah kasihan...sebab M jarang nak panggil nama ayong, asik2 panggil A....panggil B....sangat jaranglah sebut Nabilah...? Tapi bila sebut tu huuuuu rasa...,"tak dapat diteruskan.

"Haah, ateh pun macam tu juga, mula-mula rasa biasa, M tak pernah panggil Nina, tapi ada satu kali tu M panggil Nina, rasa......wuaaa~bestnye..,"

"Betul, dan sejak tu lah ayong rasa yang sebagai M, kena panggil nama semua anak, berkali-kali. Itu membelai jiwa mereka." Hurm...keluhan berat.

"Boleh tak lepas ni ateh panggil ayong, Nabilah balik?" soalku.

"Sebenarnyakan dulu time nak panggil ayong tu geli...sebab tak biasa. Ok lah nabilah..."ujarnya sambil sengih.

"Kalau time dengan ahli rumah takpe lah ateh nak panggil ayong, ayong pun takpe." ujarku lagi.

"Ha, maksudnya?" Dia bertanya pelik.

""Takdelah kalau time makan tu takpe je nak panggil ayong..takkan time makan tetiba pula, 'nabilah..minta kicap..' mesti orang ingat 'budak dua orang ni pehal pulak? rival ke hape?'" Ainina tergelak.

"Okeh, okeh...."

Sebenarnya kan, tak tahu sejak bila.

Rasa nama Siti Nur Nabilah Bte Nasri itu sangatlah istimewa. Sangat manis, sangat membahagiakan.

Kalau ada orang yang sebut panjang-panjang cukup dengan qolqolah sughra wa kubro nye memang hambe kenang sampai mati lah~

Sebab, rupa-rupanya, itulah doa.

Yang memacu aku merentasi kehidupan ini.

Dalam kebijaksanaan yang bersesuaian.

Allah tahu apa yang terbaik untukku.

Maka dia memilihkan bagiku nama yang itu.

Terima kasih Ayah dan Ibu kerana telah mematrikan sebuah mantera doa yang teramat indah.

Siti Nur Nabilah Bte Nasri.

Call Me By My Name. Please.



Nota kaki:
Dulu dalam kelas time sekolah menengah aku seorang je nama Siti, so nama aku adalah yang paling belakang sekali dalam senarai kedatangan dan kalau time susun tempat duduk peperiksaan aku akan duduk di tempat paling belakang dewan.

Pastu time tu cikgu Fizik, panggil aku Siti.

Pastu kalau perasan ejaan binti pada namaku adalah Siti Nur Nabilah Bte Nasri.

Bte.

Khas tu. Sebab aku anak sulung, time tu mungkin first time ayah pi daftar nama, kebetulan pula ayah seorang guru menaip ketika itu, sebelun kegawatan ekonomi tahun 98 beliau ada buka institut komputer, so mungkin terpengaruh dengan sistem trengkas, so binti jadi bte.

Dan bte tu jadi darah daging selama 22 tahun aku hidup ni.

Baru-baru ni dapat kad pengenalan baru, sengaja tukar.

Tengok-tengok bte dah takde! Jadi binti dah~~~~


Wuwaaa sangat sedih, dahlah gambar pucat macam hape ntah, tamau binti~

Terus jadi tak istimewa dah~ sedih~

Takpelah, surat beranak ada lagi~

Tanya kat ibu, valid ke ibu macam tu? Bukan ke surat beranak lain...

Ibu kata, dia nak selaraskan lah tu~

Takpelah Siti Nur Nabilah Bte Nasri tetap bertakhta di hati~


Pingu Cool

No comments: