Monday, March 22, 2010

Senyuman Tercipta Di Abad Baru

Bismillahirrahmanirrahim..

Allah menakdirkan sesuatu itu terbaik untuk hamba-hambanya...

Satu malam ana menerima mesej dari seorang ukhti, memohon bantuan untuk meneruskan agenda mabit special minggu ini kerana dia terlibat dalam satu komitmen lain. Jadi ana pun menjadi masulah bidan terjun untuk mabit kali itu...

Hakikatnya, Khamis 11 Mac, bersaksikan lelangit bangunan yang kami duduki, alhamdulillah liqo malam itu ditamatkan dengan satu amanah bagi yang menghadirinya...

'Mohon kita sama-sama habiskan setengah juzuk tilawah dan solat taubat dua rakaat sebelum tidur ye, ukhti fillah..?'

Tepat pukul 12:16, baru sedar akan waktu, ana tersengih lalu melirik kepada ukhti snaz di sebelah..'hehe...ana dah 20 tahun..'

'Pengumuman2, hari ni hari jadi nabilah...' umum ukhti snaz tiba-tiba. Adui malunya.. tapi apa nak malu bersama akhowat pun, disaksikan Allah..

Dan ukhti nati pun memimpin lagu 'Allah selamatkan kamu..'

Sungguh, ini antara 'majlis sambutan hari lahir' ana yang sedikit 'beriman' sejak ana dilahirkan, alhamdulillah.. Ana terima ia sebagai satu lagi hadiah dari Allah selain nikmat Islam Ihsan Iman(InsyaAllah) dan lainnya.... Thank you Allah..

Selepas itu macam-macam ucapan yang ana terima jazakillah ukhti...

Dan yang paling bermakna, ucapan daripada adik ana.. 'hee..camat ari jadi kat ko yong....' orang pertama(memandangkan dia bagi mesej dulu),
Adik ana yang lelaki Wahid pulak, ana amat tersentuh walaupun mesejnye biasa.. 'selamat hari jadi yang ke 20 tahun,yong.. Hehe..yong lagi tua... Kami kat sini sume doakan kakyong.. semoga...'mesejnye terhenti setakat itu kerana mungkin kehabisan kredit, itu yang menyentuh ana sebenarnya..

Esoknya, ana terkocoh-kocoh balik, untuk bersiap ke kelas, hingga tertinggal handphone di bilik. Natijahnya..inbox full, dan saat ana bukak ada mesej2, yang menangkap mata ana mesej dari ibu, dan ana baca..'selamat hari lahir ke 20 tahun.. Ibu doakan kak yong moga diberikan kesihatan, kebijaksanaan, kecantikan, kecemerlangan dan dimurahkan rezeki..' mesej yang datang pukul 9 pagi. Sekarang dah pukul 12:40pm, Allah.. secepatnya ana balas mesej ibu terlebih dahulu, bukan menidakkan hak yang lain tapi inilah antara prioriti ana.. family.
Sejurus ana baca pula mesej adik ana dulu..'yong laptop ada kat ko ke yong..?' ana kata tak.. Pastu dia tanya pasal lambat balas, plus dia tambah dia dalam kereta dengan ibu, ibu tanya, ada mesej kak yong ke nyah, adik ana kata ada, ibu tanya lagi dia balas ke, ibu cakap kat kak nyah, kak yong tak balas mesej pun.... Siap kak nyah tambah gusar ana dengan kata..'tulah dia pegang je enset dia tu hah..' even selepas ana cerita kisah yang sebenar.Sungguh ana menangis, dah kecilkan hati ibu..

Tetapi Allah hadirkan satu lagi hadiah. Despite other messages, ada mesej dari celcom, panggilan dan sms free sempena hari jadi anda.. Alhamdulillah..

Sambil tunggu mamu siapkan burger yang ana pesan(sebab ana dah makan nasi tengahari tadi), ana pun gayutlah dengan family macam ana je yang ada telefon dalam univ ni.. Tapi sungguh kan, Allah ciptakan cinta dalam diri manusia ni, ibarat danau yang tidak kering airnya, bahkan kadang melimpah, cuma perlu dipastikan limpahannya menuju sungai atau daratan? We choose. As for ana, ana alirkan cinta buat keluarga dan sohibati, tidak tercicip pun cinta khas yang ana allocate untuk Allah dan Rasulnya. Ukhti we choose..

Ana sayang anti. Seiring dengan bertambah usia ana ni, bertambah juga kasih ana buat anti. Tetapi...'Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu..-imam nawawi-'

Akhir kalam, salam senyuman berseri mahabbah dari kejauhan.

Assalamualaikum..

No comments: