Monday, March 22, 2010

Jejak Kembali Ke Laman Budi...

Bismillahhirrahmanirahim.

Assalamualaikum warahatullahi wa barakatuh..

Salam haruman kasturi menyeri senyuman(Puasa tak hari ni?)

Ana asif jiddan sangat-sangat buat diri ana sendiri kerana gagal menghampiri blog ini buat sekian lamanya.Tapi alhamdulillah setakat ni ana tak pernah halangi diri dari menghampiri pencipta mata yang melihat, bibir yang berbicara, akal yang membezakan, dan minda yang berfikir..Allah..

Sebaik-baik peringatan adalah mengenai mati.

Maka, ingin ana ingatkan diri ana sendiri dan yang membaca blog ni, ketahuilah kita pernah wujud untuk hidup di dunia ini, dan telah dijadualkan untuk mati, masanya berbeza tetapi tetap kan dibangkitkan pada hari yang sama.

Bak kata-kata yang dikongsikan oleh akhowat melalui bengkel smart solat yang mereka hadiri..(ana gagal hadiri kerana ada urusan di laman budi, Melaka), perjalanan kita masih jauh, bekalan kita masih sedikit... Ye.. Benar lagi sahih..

Jadi ukhtifillah..suka ana ingin mengingatkan agar kita cuba merenung akan sisa nafas yang masih membeku, cukupkah sudah dengan segala zikrullah dan amanah? Tepuk dada, tanya iman, jika ada..

Refleksi kembali kejadian yang berlaku kebelakangan ni..

6hb Mac 2010:

Hari yang berbeza kerana malam tadi ana sempat mabit bersama akhowat, alhamdulillah pada pagi yang bersejarah ni, ana lemparkan senyuman ke dada mutiara langit yang jingga, lalu ana rapatkan langkah bersama akhowat untuk bersarapan sebelum berangkat..

Jam 9:15, satu lakar pada lantai sejarah ana ukir pada hari ini, setelah hampir setahun ana terbang kini kembali semula ke sarang, menuntun amanah perkongsian bagi dada yang kepingin akan jejak dan langkah yang pernah ana rintis..

Ada beberapa wajah yang ana amat rindui, juga beberapa wajah yang ana nantikan pertemuan,
Sungguh, tepat selepas maghrib ana tiba di kawasan yang dijanjikan.. Allah memegang hati-hati kami...

Slot ana bermula selepas isyak. Jadi ana mulakan dengan kudrat yang Allah pinjamkan. Segala yang ingin dicurahkan ana curahkan, cukup setakat itu ana sampaikan kerana ukhti mengetahui sesuatu yang ana tidak ketahui, dan Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Dingin malam di pinggir pantai yang berombak. Ana dapat mengenali peribadinya seorang Shahidah.. Ukhti moga ukhti kuat ye menempuh lebaran langkah yang samar-samar ini, kerana tidak akan ia menjadi jelas sebelum tiba masa untuk engkau menukahnya..

Dalam dingin malam, disebabkan badan yang teramat letih, sempat juga ana berceloteh sebelum diam mendengar celoteh Kak Im hinggalah terlelap.. Ana asifah ukhti..

Hakikatnya matahari yang menjengah di gigi air belah sana menjanjikan satu perpisahan yang telah tercatat di lauh mahfuz.. Allahu a'lam..

Dalam deru kenderaan yang ana naiki, ana ingati satu persatu arah yang dituju, di sini ana bermula, dan kini ana jauh, tetapi ana berjanji untuk terus ke hadapan menukah arus yang sama moga tercapai matlamat seorang muslim itu, yakni ila mardhotillah..

Gembira bertemu antunna, gembira bertemu kembali, Gembira dikenali, Gembira lagi jika diingati, Gembira menerima senyuman, lebih gembira jika tergolong dalam doamu teman.. Jazakillahukhairan khathira..

Nota kaki: Sempat ana menziarahi akhowat yang sengal tangan kanannya hingga sukar menulis sebaik ana tiba ke kampus. Alhamdulillah Allah cukupkan..

Salam Haruman kasturi menyeri senyuman..

No comments: