Monday, March 22, 2010

Mencari Redha Allah.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini sebagai sambungan warkah yang terputus sebentar tadi kerana mendengarkan pesanan penaja..'Hayya ala solah...' Jadi ana hentikan sebentar bagi menunaikan fardhu asar dan aktiviti-aktiviti yang sewaktu dengannya.

Allah..macam dah lupa..
Ha 13 Mac.
Hm, sampai di terminal sungai nibong dan menuju surau, kami pun duduk jap, tapi surau ni macam heavy loaded sikit ngan pcisan habuk jadi berkerah tenaga lah sikit that time. Lillah.
pastu terus amik wuduk untuk dhuha sebab dah masuk dhuha sementara menunggu 3 orang lagi akhowat yang masih dalam perjalanan. Tiba-tiba ada seorang adik yang emaknya bekerja di hentian tu duk masuk ke surau, ana expect dia nak tidur koz dia mampir ke dinding, sebab ana biasa tengok orang tidur dalam surau ni especially pekerja terminal, jadi ana pun tegur lah adik tu pastu pi amik wuduk jap.
Time tengah ambil wuduk tu ana terdengar bicara ukhti nabz yang mungkin tengah pakai telekung ngan adik tadi tu..
Adik tu bertanya,'Ni solat apa?'
Ukti nabz berkata'Nilah solat dhuha...' selepas tu ana tak dengar sepatah apa tah.. kot-kot menanti taujih ke apa, tapi La, takda.
Jurus ke ruangan solat dan rak telekung ana pun menyapa adik tadi tu, (time ni ukhti nabz tengah solat),'adik maknye kerja kat sini ye?' dia angguk je.
Ana tanya lagi'Teman mak?' Dia kata'Haah.'
Ana tanya lagi'Umur adik berapa?' Dia jawab 'Sebelas tahun' Oh, darjah lima rupanya..
Last before ana perform solah,'Nama adik siapa?' Dia jawab 'Ain'.

Usai solat, ukhti maw dan ukhti nabz dah usai lama dah, ana lipat telekung dan duk lepak kat tepi dinding gak. Ukhti maw bukak bekalan tadi dan ana pun amik bekalan ana, ajak adik ain tadi tapi dia tak mahu. Tapi yang ana perasan matanya tak lepas daripada memandang kami. Dan kami biarkan. Dia malu kot. senyap sangat. Kami cool je..

Selepas tu ukhti snaz dan nhsa pun sampai. Depa perform dhuha while we ate. Then after that ukti nnr dari kejut datang lastly...and time tunggu ukhti nnr solat, again ana ajak adik tadi.. 'Dik, tak mau makan? Ni akak ni pun sama namanya ngan adik..'dan dia senyum je macam biasa.

Sedang duk lepak tunggu masa departure..cewah..kami duk berbincang masalah umat, cewah.. Betullah..kami pun umat juga.. And suddenly adik ain tadi get up to get out from the musolla. Wah ganas ayat ana ni. Takdelah dia memang nak keluar. Kami pun duk senyum je iringi dia sampailah dia tutup pintu surau kembali meninggalkan kami sendiri. Tanpa menjawab salam.

Tiba-tiba terbuka balik pintunya.. Dan adik ain tadi menjengah.
'Assalamualaikum..' Dan terus pintu ditutup kembali.
Alhamdulillah ukhuwah tercipta juga... Pemalu sungguh adik ain kita ni..

Tapi selepas itu, kami meneruskan perbincangan masalah umat, kali in berkenaan adik ain..
'Ukhti, tadi dia duk tanya ukhti kan?' ana bertanya pada ukhti nabz.
'Haah, dia tanya ana, ni solat apa, ana jawablah solat dhuha.. tak tahu.....'huhu..
'nt tak terangkan dhuha tu ape...'soal ukhti maw
'bila nak buat ke, apa fadhlatnya ke?'ana menyambung dalam gurau..
'Ana tak tahu..tiba-tiba je..'
'Tak pelah..mungkin itu yang sesuai dengannya..'ujar ukhti maw.
'Cuma, risau mungkin inilah satu-satunya peluang untuk dia mengetahui tentang benda ni..' dan kami semua terdiam muhasabah diri. Alhamdulillah diselaputi ilmu Allah..

Dalam masa yang berbaki 15 minit kami keluar meninggalkan surau.. Sebelum itu sempat kami mentadabbur mesej yang terdapat di dinding surau.. 'Allah Melihat Apa Yang Anda Lakukan'. Simple tapi mendalam maknanya.

Usai qadha hajat dan mencukupkan keperluan di kedai berhampiran kami pun turun ke platform untuk menaiki bus. seat sebelah ana kosong, dengan harapan takda insan yang duduk. Takut-takut lelaki je..

Dan jaulah ila mardholtillah pun bermula... Program yang di tuju: Walimah akhowat. Destinasi tujuan:Kelantan.

Bismillahirrahmanirrahim..

No comments: