Sunday, February 12, 2012

Berada di tengah garisan khatulistiwa~

Hari ini, saya memang terasa sangat ingin menangis.

Haha, what happen to you la nabilah?

Dulu kan, ada seorang gadis, dia ditarik tudung sampai pin tercabut, apa yang dia buat adalah mencabut kasutnya dan membalingkan kepada orang yang menarik tudungnya itu.

Ada seorang gadis yang ditumbuk bahu, sampai rasa lengan dislocate, apa yang dibuatnya adalah menyadungkan kaki budak yang berbuat hingga jatuh terhenyak.

Ada seorang gadis yang tertinggal jam di dalam kelas, di bawah meja, apa yang dibuat bila dia ternampak senior darjah 6 lelaki memakai jam bulan bintang itu adalah dengan beraninya minta balik~sampai kena hadap cikgu sebab bertikam lidah, sampai jam tersebut dicampak ke dalam longkang di depan matanya sendiri. Dia pulang dalam keadaan relaks xda ape2.

Ada seorang gadis yang diugut akan dihentak dengan kerusi yang telah diangkat tinggi oleh budak paling ganas dalam kelas, tapi dengan selambanya dibalingkan buku ke arah budak tersebut yang menyebabkan gadis itu memang dibaling dengan kerusi itu.

Ada seorang gadis yang melihat adiknya dipijak seorang budak lelaki sampai berdarah bibir sebab nak tengok keluar tingkap sedang adiknya diam membatu tak buat apa-apa, dia dengan gagah dan perkasanye mencengkam pinggang budak lelaki tersebut dan membantingnya sekuat tenaga ke tepi kelas.

Ada seorang gadis yang baru seronok mampu menunggang basikal, bila jatuh bukit terseret lutut, luka dahsyat tapi dengan selambanya balik sambil melipat seluar sampai lutut, cukup untuk menutup lutut dan menutup luka agar tak dikesan ibunya.

Gadis yang sama juga kali pertama diserang gastrik dengan lamanya dia berada di dalam bilik air menahan sakit tanpa mahu keluar dan mengadu.

Gadis itu, gadis yang sama. Itu aku. Dulu.

Dia tidak akan menangis walau sedahsyat mana perkara yang perlu dia lalui.

Gadis nakal yang sama, kini tidak mampu berbuat sedemikian lagi.

Dia lemah dengan ujian. Mungkin ya.

Aku telah kehilangan hikmah, jika itu masalahnya.

Terasa kifarah dosa-dosa.

Rasa sakit yang menyayat...rasa lemah yang menggugat...

Been absent for a while from a live connection, maybe help.

May I gaining the hikma back.

Pingu Cool

No comments: