Tuesday, June 11, 2013

Makan banyak~

Ku sangka aur di pinggir tebing..

Kiranya tebu di pinggir bibir...

Kusangka jujur pancaran batin...

Rupanya palsu penghias zahir..

Kukira hati jiwa nurani..

Suci sendendang wajah terbayang...

Kukira puji seikhlas budi...

Kulupa lidah tidak bertulang...

Dimanis gula semut binasa...

Kail berduri bersalut umpan..

Dimanis kata insan terlena...

Kerana budi hampa terkorban..

Inikah dia...lakonan hidup...

Dipentas dunia insan berpura...

Tipu dan daya...pencapai maksud..

Budi dan harta..merangkum noda...


So, hari ni berkonsekuensi keadaan semalam, aku masih belum tenang-tenang.
Celik mata jam 4.30..seronok jugak bangun awal-awal ni. 
Dulu time study selalu bangun terlebih awal.
Sekarang selalunya time program je lah.
So nak dijadikan cerita aku guling-guling sebab Alang takde so toto ini aku yang punye haha!
 (terlebih jovial huh?)
Lepas tu raba-raba cari henfun~capai yang mana tercapai.
So tercapai Nokia X2, tengok2, dah 4.41a.m.
Ceh, aku baru berguling-guling dua kali kot takkan dah sebelas minit? haiyak. Ni mesti kes alarn kedua ni. Aku ingat first alarm, 4.30a.m.
Baru nak riak.
Astagar.
So aku capai pulak henfun keduaku.
Ninetology.
Cek2 ada 64 mesej from four conversation.
Haih..malaih....

So aku ignore dulu.
Bangun dan solat.
Solat..dan solat lagi..
Pastu tak rasa nak sambung.
Aku pun...baring..bum...
Pastu tetiba alarm bunyik!
haish..kacau! Ni alarm 30 minit sebelum azan pulak...auto-app sekali dengan aplikasi waktu solat. bagus tak? Tapi kurang sensitiviti sebab azan fajr dia takde assolatu khairum minannaum~

So aku guling-guling lagi sebab henfun tengah cas..
Kemudian satu lagi alarm!
haish! Tak tenang hidup aku dibuatnya~
So matikan.. tu alarm 5.45...ala-ala aku bangun setiap hari. Kira wake-up call-lah. Kalau terlepas, terlepaslah rahmat Allah.

So dah settle padam alarm~aku tak terus runtuhkan badann atas toto.
Dalam gelap-gelap tu aku pandang sejadah yang masih terhampar tak berlipat. Lama aku berdiri.

nak solat apa lagi eh? Bagi tenang?
Ada tak solat sunat penenang?

So aku pun secara off-handednya.
Berdiri mengangkat takbiratul ihram..dengan lafaz niat solat sunat saja...
Mana ada tambah tenang dalam niat tu~nanti jadik bidaah pulak~
Usolli sunnatan sakiinah ra'ataini.....
tak niat solat sunat dua rakaat biasa....
Aku cuma nak tenang je ya Allah..nak tenang je....

Usai solat dua rakaat tu.
Henfun masih-masih tak bunyi-bunyi lagi petanda azan belum masuk.

So aku sekali lagi dengan pasrahnya bummm...baring lagi~
Amik selimut tutup muka~duk diam-diam....
Pastu pusing badan menghadap tempat solat tadi..
Dan diam lagi...
Aku dengar bunyi burung-burung keluar sarang..sayup-sayup...decit-decit..halus.
Sekejap lagi, azanlah ni. Kataku pada diri sendiri.

Telinga ku pasang untuk menangkap apa-apa bacaan.
haik..kenapa takde bacaan Al-Quran ni? Masjid TTS selalu ada bunyi pagi2 walaupun tak dengar sangat.

So aku pun tunggu sampailah..tetiba ada orang buka pintu~
Time tu muka tengah tutup dengan selimut.
Aku tengah baring siap dengan telekung..
Sejadah tak berlipat~
Allah....alang masuk lah kot~
Malas nak bergerak~
Malas nak bersapa~
So aku kekalkan posisi~
Sampailah terdengar pintu ditutup kembali~

Alang amik tuala lah kot~

So aku kebil2 mata~
kenapa azan lambat sangat ni?

Aku pun bangun, dan ready berdiri~gila-lah~
aku pun tak tahu apa yang aku buat~
Disebabkan aku memang tunggu azan utk solat sunut subuh~so aku takdelah nak solat sebab belum azan lagi~
Tetiba..henfun menjerit..
Ohoi~alhamdulillah~
terus aku angkat takbir dan solat sunat~
Dan kemudia terus solat subuh~

okeh sekarang tengah bersila atas sejadah~terkebil-kebil.
Pandang siling kosong dalam gelap.

Pastu..aku bummmm..baring lagi~

Pemalas betul!

So sekarang ingat nak bangun bukak lampu~
Tapi sebelum tu berangan dulu~
Ohoi bilik ni semalaman bergelap~sejak maghrib semalam sampailah beberapa minit akan datang?
Sedangkan aku ada dalam ni setiap masa?
Ohhoi~jimat hoi~

Okeh, enuf crap.
So bangun bukak lampu~dah siap lipat telekung segala~
Ingat harini nak basuh bajulah sekali dengan telekung~
Kita tengok nanti~terlupa ke tak~haha~

So aku pun pergi bukak lemari sebab nak cari tudung nak tilawah~
Sebab tudung aku tinggal kat bawah dan malas nak turun ambil~
sejak hari ahad? Haha~Pemalas ko nab.
Semalam aku tilawah pakai topi yang beli kat cameron haritu pastu tambah selimut~punyelah pemalas~
Sebbaik tak kantoi ngan alang time tilawah tu~adalah juga 3 kali aku buat camtu~

So harini aku malas nak turun so aku keluar tudung baru~
So ternampak tudung lain~so amik dan gaya2 depan cermin~
Dan again, anuf crap~aku pun put the tudung beside and wear the proper one to tilawah~
banyak jugak setengah juzuk aku kampoi tadi~

So area lepas tilawah tu aku baring lagi tapi kali ni lampu terbukak lah~

So aku decide harini nak buat task~

tapi sekarang lapar~

jadi aku sambar sepeket kopi putih cap ayam dan turun..akhirnya!

Dengan niat yang satu, mencari makanan untuk dimakan kerana Allah~

Ada nasi tapi takde lauk~

So ceritanya bermula di sini~

Aku buka peti dan aim keropok lekor untuk digoreng~
Dalam sink ada dua ekor ikan kembung, rasanya alang lah kot yang suka makan-makan lauk pepagi ini~
So aku pun mula lah aku punya operasi.

Bukan aku masak pun harini~
Giliran aku esok~
Tapi, aku lapar tahu? Lapar.
So aku pun potonglah kiut-kiut keropok tu sampai habis~

hahaha...siaplah korang~habiskan!
Kata hatiku yang kutujukan kepada semua housemateku agar mereka kena juga habiskan semua keropok tu~
Sebelum tu aku masak air~
So aku goreng keropok tu sampai ranggup (kesalahan ejaan disengajakan, sebab aku memang pronounce rang-gup, suka)
So aku goreng, goreng sementara tunggu air masak dan keropok siap digoreng aku amik sos kat dalam bilik peti~untuk dimakan bersama emplong~

Emplong ni aye bawa dari sabah bila dia bercuti dengan famili beliau minggu lepas~
So aku cicah emplong tu dengan sos~
Sambil balik2kan keropok~
Dah siap aku angkat~
So masukkan lagi~

Air pun masak so aku pun buat kopi putih cap ayam aku~
Ok done~

Aku aim nasi dalam periuk~ni goreng sedap ni~
Aku dah boleh  bayang masin2 nasi goreng~
Tapi alang defros ikan, dia nak masak apa? 
Hurm~
Pikir2 lama jugaklah aku pun kata takpelah~goreng bihun tomyam lah~
Padahal keropok dah banyak~
Tapi tak jadi pulak~aku makan jelah keropok tu~
Tetiba aku pi kat peti dan amik nugget~
So aku pun goreng habis nugget tu~

Pastu aku ternampak mee sedap~
Aku tak suka sangat makan benda ni semenjak dua menjak ni~
Aku lenih suka goreng mihun je~
Tapi entah nafsu kebinatangan apa yang merasuk~
Aku pun merendam maggi~

So sekarang tengah tunggu maggi kembang~
Aku senyum tengok nugget yang makin hitam dalam kuali~
Haiya nab..engkau ni~
Tapi seyes, aku suka makan benda-benda terlebih vcarbon ni~ Thrrill rasa dia~
So aku pun balik2 kan dan angkat~

Skarang aku ada secawan kopi putih cap ayam, sebeban keropok lekor kelantan, 5 keping nugget bukan utk aku sorang, nasi sejuk, dan magi~

So aku dah siap buat mee sedap mee goreng tu~

So aku ada makanan-makanan ni campur emplong~

Aku amik nasi seciput buh kicap makan dengan nugget, pastu makan mee sedap, amik keropok buat lauk, penolak nasi,..pastu boring-boring makanlah emplong~

Aku makan semuanya sekali~kuantiti porsi manusia lah~tapi berjenis2.

So, apamacam?

Ada bran?

Ekceli aku tengah kusut, so aku makan banyak~

Sebenarnya tak banyak pun sebab aku jenis cepat puas kalau makan~

Nak suruh makan banyak2 nak kasi perabih tu boleh, tapi kalau secara sukarela memang tak la~

Tapi sebab aku tengah serabut so aku main bantai je masak semua benda.

Ala bukan makan sorang semua housemate kampoi sekali.

So agak2 dah puas makan.

Dan selesai secawan kopi cap ayam.

Aku pun blah naik atas~
amik lappy alang dan start bedah buku uluwwil himmah.

Ni skarang tengah buat slidelah ni utk liqo'

So itulah kejanggalan hariku~

Adios.

Pingu Cool

No comments: