Thursday, June 20, 2013

Jurnal kami, sukarelawati AP.

Jurnal Sukarelawati AP (^_^):

Hari pertama: Rasa malu wo nak approach orang promot auto debit potongan Aman Palestin setiap bulan. Namun tahu, Allah ada simpan hadiah setiap hari.

Gelagat hari pertama:

Sukarelawati: Encik, sila ambil satu..kami daripada Aman Palestin (muka subjek sangat serius maklumlah gaya eksekutif standard)

Subjek: Tak ape, tak ape..mereka dah cukup susah dah tu. Tak apa saya derma..nah..(sambil memasukkan RMX dalam tabung palestin).

Hari kedua: Kebanyakan orang yang dihulurkan risalah tu kata dah dapat. Aiyak..susah ma..tak ingat muka...

Gelagat harii kedua:
Subjek: Ni apa ni..?

Sukarelawati: Encik kami dari Aman Palestin, ni pejabat kami..sila ambil satu.. (^_^).

Subjek: Astaghfirullah....ni sukarelawan ka ni?

Sukarelawati: (^_^) sengih. Ye saya..

Subjek: Astaghfirullah...astaghfirullah...maksudnya ni bukan student ka?

Sukarelawan: Bukan encik, kami dah grad. Encik, encik berminat dengan auto debit?

Subjek: Auto debit? Oh..tak apalah..auto debit ye? Syarikat kami pun ada buat auto debit ni..insurans takaful yang kat depan tu..Astaghfirullah..betul ka sukarelawan?

Sukarelawati: Ye....encik kenapa ye? Ada benda salah ke yang kami buat? Encik istighfar memanjang tu?

Subjek: Astaghfirullah...tak saya malu sebenarnya dengan diri sendiri..(oh...kemudian beliau bertanyakan pada kami latar belakang akademik dan sbgnya sebelum beliau bergegas ke pejabat beliau dan berjanjii untuk datang kembali)

Menjelang tengahari beliau datang lagi, saya yang sedang menyusun pamplet rasa tak sedap...

Subjek:Astaghfirullah....astaghfirullah...(sambil mengeluarkan duit dari dompet, lalu dimasukkan ke dalam tabung.)

Sukarelawati: Alhamdulillah terima kasih encik, semoga dipermudahkan urusan..(^_^)

Subjek: Astaghfirullahalazim....astaghfirullah...nah amik ni RMX belanja makan tengahari dua-dua orang, saya sedekah..

Sukarelawati: Eh,eh,eh tak payah encik, tak perlu..ya Allah..tak perlu..ambil balik encik..

Subjek: Eh tak,tak saya memang niat ni..tadi saya nampakorang  tua..dah niat dah nak bagi..tengok lagi skali takdak dah, takpa saya bagi kat kamu..buat makan..

Sukarelawati: Ya Allah encik....sebenarnya kami ok je.. Kami boleh je hidup encik buat kerja sukarelawan ni sebab kami dah biasa..sejak kami student lagi kami dah biasa terlibat dengan kerja-kerja ni..Kami ok je encik..encik jangan rasa kasihan...Allah simpan rezeki untuk hamba-hambanya..jangan risau..encik ambillah balik duit ni.

Subjek: Eh tak ape..tak ape..tu lah saya sedih..malu dengan diri sendiri..tengok orang-orang muda buat benda-benda macam ni..saya rasa malu..patutnya saya ni ha..yang dah bersara..tua dah ni yang buat...

Sukarelawati: Tak ape encik..setiap daripada kita ada role masing-masing dalam membantu umat. Encik ada kemampuan encik bantu dengan kewangan. Kalau tanya saya, yang saya mampu, tenagalah..(^_^)

Subjek: nanti bila dah kerja tetap...bolehlah ambil insurans..ni kad saya..tapi kena kurangkan berat badan sikitlah..

Sukarelawati: Erk..insyaAllah terima kasih encik...encik ni ambil balik duitnya..

Subjek: Takpe,takpe..maaflah saya cakap ye, kalau insurans ni kalau slightly overweight depa susah nak amik kalau bulan-bulan kena potong RM150, boleh kena sampai RM200..sebab health risk macam sakit jantung semua..tinggi sikit..saya minta maaf cakap,anak sulung saya lelaki 34 tahun..pun besar sikit..tulah..kalau yang dia(sambil aim kat kawan)...ha..depa tengok terus lulus..

Sukarelawati: ye encik, insyaAllah..huhu..terima kasih.

huhu...macam-macam..

Tengahari tu sewaktu bergilir-gilir rehat..jumpa sorang lagi ejen insurans..

Sukarelawati:Hai..jemput ambil satu... (^_^)

Subjek: Takmau..(sambil memasukkan derma dalam tabung)

Saya angkat kening...okaiii....

Subjek: Saya tamau benda tu saya mau isi saja..ini untuk palestin kan?

Sukarelawati: Ye saya...terima kasih banyak-banyak. (^_^)

Subjek: Saya suka sama you. Satu..you macam I. Muka you macam I, bulat.

Sukarelawati: (Dalam hati..ah sudah...tahan ketawa tapi tersengih juga)

Subjek: Dua...muka you macam chinese ma..chinese look..

Sukarelawati: Hahahah..(pecah ketawa) Haiya...mana ada ma...

Subjek: Ada..I percaya, I bukan orang pertama cakap you macam cina..betul tak?  Betul tak?

Sukarelawati: Ngeheh. Ada.

Subjek: Itu ada atuk ka..nenek ka..chinese?

Sukarelawati: Takdak.. (^_^)

Subjek: Cuba check..cuba check..

Sukarelwati: Okeh..ni you nak pergi mana ni?

Subjek: I dari itu hospital..I ada customer kena operate..I Prudential ma...so I datang sini jalan-jalan dulu nanti I pergi sana balik..I duduk sana bukan I boleh tolong apa-apa.

Sukarelawati: Hurm( sambil angguk-angguk) Sudah lunch ka?

Subjek: Sudah..kalau belum lunch mana ada tenaga ma..

Sukarelawati: (Ngeheh..cheq ni ha..belum lunch lagi ni...uhu)

Selepas bertanyakan latar belakang dan selepas dinasihati supaya try cari kerja kat Pulau berbanding kat mainland ni, atas faktor ekonomi dan kemudiannya sempat mempromosikan insurans....

Subjek: You ada amik insurans ka?

Sukarelwati: Takde.. :P

Subjek: Aiyoo..you sangat jahat...

Sukarelawati: Macam mana saya mahu bayar ma...? Saya belum kerja tetap lagi..

Subjek: Ya lorr..tak ape mari bagi saya number you..

Suarelawati: Takmau lah..tamau..

Subjek: Tak boleh..bagi sini...cepat..(nada gurau-gurau..)

Sukarelawati: Tamau lah...
Subjek: Aiyoo...
Sukarelawati: okeh..okeh..01...

Macam-macam...

Petang tu pulak:

Subjek: Ni Aman Palestin..bukan kat tu ka.. kat sapa?

Sukarelwati: Sungai Dua encik?

Subjek: Ha..kan..yang Budiyanto tu?

Sukarelawati: Ye saya, kami dah pindah sekarang pejabat urusan dan gerai jualan ada kat dalam ni.

Subjek: Ha..budiyanto..budiyanto...saya kenal dia..

Sukarelawati: Encik nak jumpa ustaz ke? Dia ada kat dalam tu..

Subjek: Ha boleh juga...(sambil cheq membuka jalan menuju pejabat)

Subjek:(mengatakan pada team mate yang tinggal kat luar tu ) tolong tengokkan kereta putih saya tu ye..dalam tu ada gaslah...ada apa lah...

Hehe..
Bila selesai urusan dia..

Subjek: Ha..berapa upah jaga kereta? (muka serius sambil pakai kasut Phua Chu Kang)

Sukarelwati: Hehe..kereta encik yang putih tu?

Subjek: Haah...dalam tu ada gas...takut pulak...(kami tahan senyum je)

Kemudian dia beransur..bila kami pandang tepi tengok da takde..sekelip mata je..pelik.
Kemudian dia keluar dari kedai dobi selang beberapa kedai dari kedai kami sambil pegang plastik karpet yang baru lepas di dobi..sambil tersenyum dan melaung..

Subjek: Amik karpet ni ha....!

Haiyak.


Dan semalam, hari ketiga.

Orang tak ramai..memang tak ramai langsung..kadang-kadang kacau team mate kat sebelah tu..sampai terkekek-kekek dia ketawa..sebab boring~

Tapi highlight of the day tetap ada.

Hari ni mengikut gagasan ustaz untuk letak flyers 'Ramadan bersama Palestin' kat deret kereta. So pepagi tu hambe gi lah buat. Buh kat semua kereta.

Tengah dalam usaha tu terlintas sorang pakcik yang bawa tong air.

Pakcik: Apa tu cik?

Sukarelwati: Silakan pakcik..kami daripada Aman Palestin..ni merupakan risalah projek terbaru kami sempena Ramadhan ni..Ramadhan Bersama palestin..jemput ambbil...

Pakcik: Terima kasih...

Saya pun lalu menitipkan risalah yang masih berbaki ke kereta terakhir lalu pulang ke booth.
Ternampak pakcik tu tengah converse dengan zaujah beliau kat tepi van yang parking kat depan bustop tu. Converse sambil pandang kat kami. (booth.)

Senyum je, tak kisahlah nampak ke tak.

Kemudian nampak pakcik tu menuju ke arah kami. Tapi takmau perasan jadi senyap je.

Lalu betul-betul dia mai dan tanya..

Pakcik: Dik..ni apa sebenarnya..cuba terang sikit?
Sukarelawati 1: Ni kami sediakan pakej gangsa..pakej perak..pakej emas..

Bila tengok pakcik tu macam tak minat je..

Sukarelawati 2: Pakcik...sebenarnya macam ni...ini projek Ramadhan bersama palestin..Kami tengah kumpul dana sebanyak ni...RM2juta, semuanya RM5juta untuk ni..pakcik...sumbangan hari raya, dan pakaian hari raya, bila kita nak raya kan kena ada pakaian yang  baik..jadi kita kumpulkan sumbangan untuk itu..selain itu pakcik..kami usahakan utk sumbangan untuk sahur dan berbuka...untuk anak yatim palestin dan keluarga kat sana..sebab tu kami buat projek ni pakcik.

Subjek: Ha..baru terang..nah ambil (sambil bagi dua keping not Rm50)
Sukarewati: Allahu akbar! Alhamdulillah. Pakcik saya daftarkan pakcik untuk pakej gangsa ni e pakcik..boleh pakcik bagi maklumat? Nama..............

Kemudian keluar seorang dari kedai AP. Beliau datang jumpa ustaz sebab nak dapatkan sumbangan pondok tahfiz dipendang. Pun pakcik tu bagi sumbangan. Hebat tak hebat?

Alhamdulillah itu pagi..

Menjelang tengaharii tengah kami melangut menengok orang yang lalu lalang sebab tahu depa dah dapat flyers, datang seorang mamat yang jual karpet kat kedai hujung sana. Bukan rakyat tanah melayu. Tahu depa kerja kat kedaii hujung tu sebab slalu lalu, tapi kami tak bagi flyers sebab flyers dalam bahasa Melayu. Dari depan tabung haji lagi dia duk usha kami..rasa tak best juga..tapi matanya dikecil-kecilkan.

So kami diam je..tak senyum..tak apa..bila dia lalu depan booth kami..dia jalan laju..tapi kemudian dia brek, dia keluar duit, datang balik dan bubuh RMX.

Mungkin tadi yang dia duk pandang tu dia tengah scan tulisan kat tabung AP.

MasyaAllah. Ceritanya tak habis sampai situ.

Petang tu, dia lalu lagi, kemudian..dia jalan laju, brek dan datang lagi bubuh RMX lagi.

MasyaAllah..

Dua kali dalam satu hari, pada orang yang sama. Mulianya.. T.T...

Alhamdulillah.

Dan puncaknya...petang semalam.
Ketika sedang boring menjaga booth tu..kami ternampak seorang lelaki ala-ala mat rempit dengan topi dan pakaian hitam serta bercermin mata berjalan bersama dengan dua orang anak kecil sebaya 4-5 tahun. Keduanya dressed up macam hiphoppers~

Menghampiri booth kami, lelaki dewasa tu cakap kat budak berdua tu..

Dewasa: ha...! Tu..pergilah bubuh! (dengan gaya rock habis...gua cakap sama lu..kat anak-anak sedara (agakan penulis))

Dan bila depa lalu tepat depan booth tu,
Dia keluar duit dan suruh salah seorang anak sedara dia masukkan dalam tabung.

Sukarelawati: Alhamdulillah..terima kasih... (^__^) senyum kat adik tu sambil angguk hormat pada lelaki tadi.

lalu depa pun berlalu sambil berjalan dengan gaya rock gila...comel sangat...

Sukarelawati 1: Comel...ntahntah lelaki tu paksu depa kot~ comel sangat..

Sukarelawati 2: Kenapa awak cakap paksu?

Sukarelawati 1: Ntahlah..agak je..sebab budak-budak tu bersikap cool dengan dia..kalau abang misalnya..rasa tak tsiqah macam tu..ni dia ikut je apa cakap orang tu..
"Ha..tu..pergilah bubuh...." (sambil melakonkan kembali situasi paksu dan anak sedara beliau)

Sukarelawati 2: Hehehe~

Kemudian atas beberapa sebab saya masuk sekejap ke kedai, bila keluar..

Sukarelawati 2: Awak....tengok ni...orang tu bagi...

Kata kawanku sambil mataku melirik ke arah yang ditunjuk. Sekotak 'sesuatu' berada di atas meja booth.

Sukarelawati 1: sapa?

Sukarelwati 2: Yang awak kata paksu tu lah...

Sukarelwati 1: MasyaAllah yeke? Ya Ampun...masyaAllah~

Sukarelati 2: Dia lalu pastu dia bagi..

Aku lalu membuka kotak tersebut dan di dalamnya ada dua biji donut yang macam dunkins punye tu~ masyaAllah~comelnyee~
Alamak....baiknya paksu...
Kami ketawa sambil berhamdalah dan kemudian tangkap gambar kenangan~
MasyaAllah hebatnya hati anak muda tu~

Kemudiannya kami tersedar sebuah kereta lalu dan meng-hon kami. Paksu tu rupanya...

Ya Allah..moga barakah hidupnya Ya Allah.

Alhamdulillah..

Kami, sentiasa mendoakan anda-anda yang sangat baik kepada kami.
Sangat baik.
Kami mendoakan semoga anda dipermudahkan urusan dunia dan akhirat~

Ni tak kira lagi sorang salesman direct selling yang datang ke kedai dan request sticker kat kami suruh ambilkan..sangat bagus..

dan juga seorang lelaki yang diragui yang masuk ke dalam kedai, tengok2...kami dari luar berjaga-jaga juga..sebab risau..ada sorang akhwat je kat dalam..

Kemudian nampak dia isi borang.

Bila keluar, kami masuk lah tanya.

Rupa-rupanya dia nak jadi ahli Aman Malaysia, tapi kami bukan Aman Malaysia. Last3, dia isi borang sukarelwan AP. Malu kami pada diri sendiri.

MasyaAllah seronok sangat kerja ni~kenal pelbagai ragam masyarakat~
Pingu Cool

No comments: