Monday, February 27, 2012

Hatiku Tertinggal Di Masjid Putrajaya.

Haha, tajuk...

Baiklah dulu ada satu lagu bertajuk "Hatiku tertinggal di Malaysia"

First time dengar tu sumpah rasa takut dan haru biru apa jadi kalau PATI yang ada di Malaysia ni menujukan lagu tu untuk gadis2 Malaysia? Yang hot? [yang penting aku cool~lain okey?]

Tapi biarlah malas nak describe pepanjang pasal lagu tu, yet aku tak kisah sangat pun~

Tapi nak describe ni, pasal hatiku tertinggal di Putrajaya.

Ceh memanglah selfish. Kalau pasal diri sendiri maklum, pasal orang lain ignore. Jiwa yang tak sesuai sebagai pemanggung masalah umat. Nab..nab~

Semalam. Ye baru semalam.

Sebenarnya semalam lagi..haha. Ok, maaf, maaf, aku mengaku aku tengah clumsy, this petang first lab start and yet kami pemohon Kiosk Usahawan Siswa akan menghadiri temuduga tu. Hati tengah kacau macammana nak lepas dari lab tu nanti. Mungkin pepura buat pi tandas? Haha..Lagi, Nina kata satu kampus blackout tadi, mungkin~mungkin~kalau takde eletrik~takdela lab~mungkin~entah, moga Allah permudahkan.

So, sebenarnya sekalipun program tu semalam yakni 26 Feb. Tapi kami bertolak dari Penang malam sebelumnya lagi. Berlima, sekereta dengan tawakkal.

Yang bersama lebih memahami tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan.

Tapi sepanjang malam juga tak tidur memandangkan kena jadi co pilot yang mengawasi keadaan sekeliling. Entah mungkin walaupun aku tidak reti memandu tapi akulah yang paling 'emak' dalam kalangan kami. So bolehlah mengangkat diri sendiri sebagai "Guarding Angel" untuk mereka-mereka ini.

Mula-mula jadi co-pilot Nina, pas singgah hentian Sungai Perak, tukar jadi co-pilot Eton. Nina pergi tidur. Yang lagi dua tu pn tidur juga. Erm~memangjang sengaja aku cakap ni sebab tengoklah nanti sapa yang tertidur dalam dewan nanti.

Bersama Eton, hujan turun lebat dan kuat, jalan licin dan memancing tawakal kami setinggi langit. Minyak yang ditunjukkan di dashboard kereta yang kami naiki menggusarkan sebab melepasi hentian Behrang, Ulu Bernam, dan seterusnya, tiada perhentian yang menyediakan station petrol. Jadi, dengan tawakal dan kesabaran kami teruskan hingga ke R&R Sungai Buloh. Alhamdulillah sebenarnya minyak tu cukup je. Hehe. Pesan Murobbiah yang aku titipkan sebenarnya.. Sebab Murobbiah kata, "Ingat pesan ana, jangan bagi driver sorang je yang drive, yang penting co-pilot jangan tidur, kena temankan driver, minyak make sure penuh, hati-hati." Aiyai, madame, kami baca dan kami taat. (^__^)

Dan setelah mengisi minyak, Driver sekali lagi bertukar sebab dah nak masuk jalan persekutuan yang memerlukan specialty yang halus lagi mahir, cewah. Dan aku pulak kini kebelakang dan direhatkan. Yeke? Hehe..Eton pulak yang jadik co-pilot. Nina kembali drive. Dan aku tidur?

Harapanlah. Hehe taklah..sebenarnya bila dah masuk jalan persekutuan ni yang kena lebih berhati-hati. Aku kat belakang pun jadi juga co-pilot membantu Eton, mana boleh tertidur. Menunjuk jalan, yelah, kamikaze-kan.

So, masa terus berjalan, kami melalui pelbagai jalan dan arah dan alhamdulillah, kami menemukan Presint 3 yang dituju. Dan nampak kubah sebuah masjid yang sangat indah. Kami lalu menjejakinya sambil mata melilau mencari Dewan Cempaka Sari yang bakal menjadi pentas program nanti. Nina memasuki sebuah jalan yang berhadapan pintu gerbang masjid bagi mengetahui nama bangunan itu. Dan di situ ternampak segerombolan lelaki berserta beberapa buah kereta yang diparkir. Mereka melihat kami dengan hairan, kerana Nina baru sahaja melakukan kesalahan lalu lintas atau mungkin sahaja mereka menantikan orang yang akan menyertai mereka mereka. Aku dapat rasakan, mereka juga orang luar seperti kami atau lebih tepat, mereka mungkin ikhwah yang datang awal.

Hatiku gusar, merasakan masjid mungkin ditutup.

Benar usai tahu nama bangunan yang tidak berkaitan itu, kami ke parkir masjid, parkir pun tutup. Kami ke pintu yang lainnya, ternampak pakcik guard tapi takkan nak gegar pintu pagar kejut dia tak?

Kami ke pintu yang berhadapan dan menemukan parkir terbuka di situ.

Kelihatan notis masjid dibuka pada jam 5pagi hingga 10 malam.

5 pagi.

Jam baru menunjukkan 3.45pagi. Sejam lebih.

Kami memutuskan untuk memarkir di situ sahaja kerana terdapat pengawal keselamatan berhampiran. Nanti jam 5 kami masuk.

Enjin dimatikan, masa untuk tidur, mungkin sejenak sekadar memenuhi keperluan Tahajjud.

Akhowat lena. Najwa dan Kak Ema tidak langsung berkutik. Eh salah, sebenarnya sejak di hentian Sungai Buloh, Kak Ema yang menjadi co-pilot, Eton ke belakang.

Najwa langsung tak berkutik, haha jika dia membaca dia pasti marah ni.

Aku pula cuba untuk lena, tapi gagal. Gagal sangat, ada lebih kurang tiga belas minit bila Nina buka aircond sikit yang aku sedar aku tidur, selebihnya lebih memilih untuk peka menjaga keadaan sekeliling.

Jam menghampiri jam 5 aku terdengar suara lelaki yang bergema. pandangan menjadi lebih peka. Oh, dia pengawal keselamatan Masjid. Aku tahu mungkin dia sedar akan keberadaan kami, satu-satunya kereta berhampiran tersebut.

Jam lima, pintu dibuka, kon keselamatan dialih, petanda masjid kembali aktif, Nina yang mungkin juga tidak boleh lena sepertiku aku kuis, "Ukhti, dah jam 5, dah buka. Kita naik yuk"

Kami kejut kak Ema, Najwa dan Eton yang baring di seat belakang. Tekad betul budak Eton ni meredah barang yang bergelimpangan tu.

Usai menemukan barang-barang yang perlu untuk mandi, kami melangkah masuk. Alhamdulillah.

Kami menemukan pangawal keselamatan yang bersongkok itu. Lalu menanyakan arah tempat solat wanita. Dia menunjukkan jalan dengan saksama. Terima kasih encik.

Menaiki lift menuju ke aras 1. Lift?

Oh, lupa ingin aku perkenalkan, Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin. Itulah nama masjid Putrajaya ini. Dan inilah jajk dimana hatiku hilang keciciran.

Kami tidak menemukan tempat solat wanita, tapi kami menemukan pemandangan yang subhanallah mengasyikkan. Pemandangan yang membentur tambah jelas sedikit gambaran syurga milik Allah azzawajalla.

Kami melilih belakang tembok untuk beroperasi. Eton dan ka Ema memilih untuk lena sebentar. Najwa yang pada mulanya memilih untuk qiam turut bersama kami membersihkan diri terlebih dahulu bila kami menggagaskan perkara tersebut.

Mencari kamar ablution menemukan aku pada satu lagi pemandangan yang boleh menjatuhkan rahang, and yet dan jatuh pun. Tandasnya.

Subhanallah, sebenarnya bilik ini biasa-biasa sahaja, cuma sinaran cahaya yang menjadikannya indah.

Kami selesaikan urusan kami, mengambil wuduk dan naik, jam menunjukkan berbaki 10 minit sahaja lagi ke jam 6. Kami gegas mengejutkan Eton dan kak Ema.

Satu kejadian terjadi bila Eton tak sedar-sedar. Haha, Eton buat lawak pulak pagi ni.

Aku memakai telekung dan menghampiri Najwa yang telah siap terlebih dahulu yang sedar bertapa di kolam buatan sambil tilawah. Dari situ aku terlihat seorang wanita yang sedang solat di ruang solat utama. Aku memilih mengarahkan langkah kakiku yang berbaki ke sana.

'Ruang Solat Wanita'

Aiseh, di sini rupanya.

Aku lalu mengangkat takbir melunaskan Tahiyyatul Masjid dan seterusnya witir untuk masa yang masih berbaki. Seperti biasa syahdu hatiku bila dahi mencecah ambal yang padu.

Hatiku luluh di ambal ini. Pagi itu.

Jemaah masjid makin meramai. Dan ada beberapa orang yang kulihat sepertiku, pe'rak melihat keindahan masjid ini. Oh, tuan, hatimu keciciran di sini jugakah?

Disebabkan runag solat wanita ini todak dipisahkan dan tidak dihijabkan, aku jadi segan mahu solat.

Oh Allah, padukanlah hatiku hanya untukmu.

Tapi alhamdulillah, dikuatkan juga untuk solat sunat selepas azan.

Syahdu sangat terasa. Sungguh hatiku itu tegar untk kekal melekat di ambal sana.

Usai solat subuh, kami berkeliaran kembali ke zon operasi kami. Belakang tembok.

Usai mengemas, kami menggagaskan untuk melihat-lihat sekitar masjid. Tetapi perut yang berkeroncongan di tambah ketidaktahuan tempat program menjadikan gagasan itu terbata. Kami memilih untuk terus ke kereta. Sambil mencadangkan untuk terus bertanya kepada pengawal keselamatan yang tadi berkenaan tempat program tersebut.

Kami melihat beliau beredar sebelum sempat kami bertanya. Cuba mencari pengawal lain, tapi gagal. Kami ke kereta dan berkemas sekejap. Sebuah kereta kancil di sebelah kami yang dipenuhi ikhwah, aku tahu itu ihkwah dari muka tu. Sedang cuba parkir kereta. Haha, aku tahu mereka inipun jenis kamikaze macam kami juga.

Sedang cuba nak loading bebarang ke dalam kereta tu, dan Nina di bahagian pemandu, aku disapa seseorang. Nak bagi penampar ke nak sembur je?

"Assalamualaikum kak, nak pergi dialog ke?". Soalnya.

Kepalaku yang pusing dan keadaanku yang mamai, menyebabkan aku memahami kata-katanya seperti "Kak, nak berdialog ke?" Haha...

Dan aku menjawab "InsyaAllah ye." Dia menanyakan arah lokasi dewan. Dan ternyata kami tidak boleh menjawabnya.

Aku dan Nina kembali melihat si Pengawal dan kami menghampirinya.

"Assalamualaikum encik, nak tanya satu soalan lagi, encik tahu macam mana nak pergi Dewan Cempaka Sari?" Dan beliau sekali lagi dengan saksamanya menunjukkan arah. kami mengangguk dan turut mengekornya keluar dari pintu tersebut memandangkan dia nak menunjuk dengan lebih jelas.

Usai faham, kami mengucapkan terima kasih dan kembali menunggu di kereta memandangkan Najwa pergi bersama Eton kembali ke masjid untuk membetulkan tudung. Dan encik tersebut kekal di belakang kereta. Aku yang berada di pintu seat penumpang belakan seat pemandu yang ternyata hampir dengan Nina yang masih berdiri di luar pintu tu, berisyarat dengan mata dan berbisik sambil senyum.

"Ukhti, kenapa dia ada kat belakang lagi?" Nina menyorot dan tersenyum sambil mulutnya herot mengiakan.

"Haah, kenapa ye?" Aku buat pandai, dan sekali lagi aku disapa. Nak tampar ke nak sembur? Haha.

"Malam tadi, korang tidur ramai-ramaila kat dalam ni?" Ujar encik pengawal. Baru kami faham rupa-rupanya dia nak tanya sebab pelik.

"Haah" Jawabku ringkas. Nina memilih tidak bersekutu.

"La yeke" mukanya memancar kagum berkias kasihan.

"Ye, sekejap je pun. Kami sampai tadi lebih kurang jam 3.45pagi, nampak notis tu jadi memutuskan untuk tunggu jelah" Ujarku sekadar memenuhi ruang.

"Kalau tanya tadi, kat atas tu ada bilik musafir, boleh tumpang [aku dengar dia sebut pasal istikharah?memang takde kaitan tapi aku terdengar dan kurang jelas sebab masih mamai].

"Oh, takpelah kami pun dari luar daerah, inilah pertama kalinya sampai ke sini, takpe, biasa-biasa je" Aku tahu dia tahu kami dari mana sebab dia ada menanyakan sewaktu menunjukkan lift tadi.

memilih untuk tidak beramahmesra lebih lagi aku ke pintu sebelah sana. Dia kembali senyap tapi masih lagi berada di situ. Aku dan Nina kembali berpandangan.

Kami sepakat,"Sukahatilah pakcik".

Kami masuk ke dalam kereta untuk menunggu sambil boleh mengelak bercakap dengan pakcik tu, eh encik tu, dia muda je.

Dia tak jahat, dia tak annoying, cuma bukan mode dan bukan cara kami untuk bersembang menghabiskan masa.

Najwa dan Eton pun sampai lalu kami cuba bergerak.

"Nak honk dia ke ukht?" Tanya Nina.

"Takyahlah." Ujarku tapi kemudian, "Eh honk jelah, bagi penghormatan sikit," Nina cuba untuk honk tapi tak keluar, bukan rezeki dia nak dapat honk kami tu. Haha.

Encik tu masih di tempat tadi berhampiran kereta kami. Hingga kami menggagaskan, dia nak mengorat. Haha, akhowat sekadar bercanda. Di pagi hari yang masih belum pasti.

Di situlah hatiku tercicir, tertinggal di masjid Putrajaya.
Pingu Cool

No comments: