Tuesday, February 21, 2012

Lukisan hari ini.

Bismillahirrahmanirrahim~

Melampiaskan hak-hak kepada bingkisan eletronik yang ini.

Khabar apakah hati?

Hari ini biar kita bicara pasal apa-apa saja...

Ya iya, sampai bila harus dipembarisi oleh keadaan.

Bukankah yang tidak tersusun itu seni?

Jadi ayuh kita bicara tentang apa-apa sahaja. Biar ia menjadi seni.

Tapi teman, biar ia terjadi jarang-jarang kali sahaja. Kerana sungguh tanpa pembaris dan yang dinamakan peraturan itu bukan selamanya indah.

Dan sungguh yang dinamakan peraturan dan persetujuan itu bukankah sunnah?

Kembalikan ingatan kepada Piagam Madinah.

Allahumma solli a'la sayyida Muhammad. Secara tiba-tiba terkenang habibina Ya Rasululllah.
Tadi sembang-sembang sambil beriman sama si belahan hati. Ya, akui, hatiku berbelah-belah kepada bahagian yang varsiti. Banyak sekali.

Kembali kepada sembang-sembang sambil beriman itu, ya tujuannya itulah, berkaitan kerja kami sebagai Promoter. Promoter fiddinillah~

Sedang sembang-sembang, si belahan hati menyebut nama kekasih yang satu, sedang aku juga menyusun rangka bicara di minda berkenaan Dia juga. Subhanallah, serasanya sebak yang tiba-tiba. Ya Allah aku rindu Dia, adakah aku akan menemuinya ya Allah?

Itu satu. Rindu. Ayuh kita lakarkan seni penghidupan dengan garisan yang lain pula. Ayuh calitkan juga warna yang baharu.

Alhamdulillah seramai 31 orang yang berjaya dipromot sebagai langkah pertama hari ini. InsyaAllah promosi tidak akan berakhir hinggalah kiamat.

Aku mempromosikan si belahan hati bagi memberikan tawaran iman kepada 31 orang yang hadir itu. Usai, aku lalu naik ke sayap-sayap yang ditandai untuk tujuan promoting sekali lagi.

Tawaran hari ini bertajuk " Be Fabulous Forever" by si belahan hati Sis Fatihah. InsyaAllah esok si belahan hati yang lain pula, Sis Syuhada yang bakal menggantikan aku. Dengan tajuk " Heaven's Melody"

Menarik bukan tawaran-tawaran ini? Jadi itu satu warna lagi yang terlakar. Usai, ayuh aku telah mencolet satu lagi warna baharu, ini aku lakarkan..

Hitam. Ya hitam, buat satu tragedi hari ini yang menyorot juga luka semalam.

Sekalipun Allah menjanjikan kehilangan seseorang atau sesuatu yang hilang dari khafilah dakwah itu akan digantikan dengan orang yang lebih baik daripada mereka, hati ini tetap tidak nyaman dari sebak.

Ah sudah, jangan terlalu hairan kerana aku terlalu syuur pada pandanganmu harini. Jangan merasa terlalu pelik bahkan muhasabahlah, kerana kamu belum mengenal aku, bukankah apa yang kau lihat itu hanya patung konyol yang berlegar-legar di dimensi manusia. Aku merupakan angin dan tanah yang terperangkap dalam jasad manusia lalu tertakhlif menjadi khalifah. Jangan marahi aku kerana aku ini dikuatkan Allah untuk hidup, jadi penghidupan aku itulah. Misteri bukan?

Sekali lagu, tidak dapat dihalau sebak yang datang memberi salam itu sebab, sungguh keterikatan hati yang aku simpulkan hatta pada pertemuan pertama sekalipun bukan sekedar mainan semata-mata. Bukan pula seperti pintalan-pintalan buih -buih lautan yang terlerai dan hilang kala ombak berlari pergi. Bukan, bukan, bukan. Carumannya ikatan hati yang aku panggil cinta itu amat besar, aku korbankan rasaku, aku korbankan masaku, aku korbankan hawa' badanku. Jadi carumannya hebat nilainya. Bukan murah dan boleh ditepis dengan tangan.

Tapi, itulah yang memegang hati itu DIA. Kuatkan, kuatkan, kuatkan. Ah, sudah mutiara jernih itu menyesakkan mataku..sekali lagi, malas aku mengempangnya.. Shuh..lepas.

Itu satu lagi warna seni kita pada hari ini.

Nah, sudah molek "lukisan hidup" kita hari ini.

Ayuh kita bingkaikan.

Manusia adalah tanah yang dihadiahi perasaan.

Enak bukan? Perasaan itu bukanlah kuih atau minuman. Ia merupakan kurnian agung pada makhluk bernama manusia.

Ada satu ayat yang sangat best berkenaan perasaan ini. Yang mana nyawa yang berperasaan dinamakan jiwa...

DIA kata: Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepaa Tuhanmu dengan hati yang rida dan diridaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah kedalam syurgaKu.
(Kitab Langit, 89:27-30)

Justeru aku redha dengan warna-warna ini. Kerana aku punya jiwa. Aku yakin Allah itu ada. Tidak perlu diteriakkan pada telinga dan ditonjolkan pada mata. Adanya aku di hadapan PC ini sudah cukup meyakinkan aku DIA ada.

Ayuh, menjadi redhalah dengan lukisan pada hari ini.

Kerana, engkau adalah jiwa..harapanmu bukan pada kedatangan hari esok, kerana yang menyempurnakan redhamu adalah redha Tuhanmu..

Maka, istirehatlah dalam larian dakwah, berhentilah sejenak dalam lompatan tarbiah, ambillah nafas sejenak dalam pusingan rahmah. Dan senyumlah.

Pingu Cool

No comments: